Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru 2010!

its new year eve baby!

i'm going to celebrate new year with my babes. tengok fireworks and lepaks-lepaks sampai subuh.
oo..how i wish u with me sayang. tapi takpe la kan. i need to understand our situation la kan..? hehe.
PJJ - percintaan jarak jauh. demn it. benci. tapi terpaksa la rela terima. hiks.

anyway, where are u going to celebrate your new year? have a blast one =)

hope this coming 2010, our life will be much better.

HAPPY NEW YEAR !!!!!

Wednesday, December 30, 2009

bangga youuuuu!!!

sorry for this late entry.

i just want to say that im very proud of u brother, Mohd Asyraf Bin Lukman.


 bukan brother yang terjojol kt belakang tuh yeh. tuh brother in law. hehehehe

macam mane lah die boleh dapat 8A dalam PMR tuh. tak sangka gile. sebab tak tau bile mase die belaja and study. asyik-asyik men gitar, g jamming, tgk tv and lukis anime. seriously, memang takde tokoh kan nak dapat 8A. hehehe

tapi, see her sister yang sorang ni la kan. like brother like sister. heheh. tapi aku tetap menang dari kau adik sebab aku dapat 9A PMR dulu. hahhaha. tak boleh challenge aku eh.

kau teruskan je la sekolah High School Muar tuh. sekolah bagus. kang kau masuk boarding school macam-macam kau dapat plak nanti. lagipun kau mane boleh tinggal lauk ayam mak masak dengan jamming session kau tuh kan..???

notakaki : abang amir janji belikan die guitar elektrik ala-ala led zepellin. mampussss...

2 more days babe!

yeay! lagi 2 hari nak 2010 nie! excited-excited.

kenape?

 2009
- tahun ni tak berapa banyak benda best yang jadi dalam hidup.
- accident 2x. cis.
- tukar kerja baru. office baru. tapi tengah-tengah KL. bercinta hari-hari pergi balik kerja.
- belajar banyak benda. banyak sangat! everything. from love to work to friends to self discovery.
- seriously 2009 nih macam tak banyak benda menarik dalam hidup. tak paham kenape. maybe sebab masa sambut new year 2009 tak tengok fireworks??? mungkin. mungkin..

jadi untuk 2010 nih, mesti pergi tengok fireworks. mesti! mesti! hehe

wishlist 2010:
- cat bumper kerete
- backpack to aussie
- bandung bebeh
- pergi gym cut off 6.7 kg before may 2010
- May 2010 ^_^
- get as many tender or P.O as i can and get the BIG money! lalalalala~

ok tuh jek. daaa~

Monday, December 28, 2009

kecelakaan.

ok. take a deep breath.

fuuuuuhhhh.

just now i had an accident. tapi nasib baik minor defect jek. only bumper kereta je yang tercabut. tapi takde la teruk sangat. ketuk balik for only 70 bugs. tapi sebab i langgar kereta orang, so i macam bayar la kat orang tuh balik. memang my fault pun. tak perasan orang depan brek. so tercium bumper die. lampu signal die pecah and bumper macam tercabut sikit. tapi takde la teruk sangat pun. so terus gie workshop and cina tuh cakap total sparepart and pasang 380 bugs. WTF mahal nak mampus.

pastuh cakap-cakap dengan owner kereta tuh die cakap die beli sparepart sendiri and pasang sendiri. just pay him 200 bugs. i called my dad tapi no answer plak. my sis pun x angkat. nak call akmal tapi teringat die ade ISO evaluation that day. tapi tengah lunch time maybe die free. so i call die. nasib baik die angkat. he banked in 300 bugs for me and paid 200 to the indian guy. oh lupe. kereta yang i langgar tuh mamat india. nasib baik die baik jek and tak ketuk duit aku banyak-banyak. nama diorang ravi and boy.

so mase nak tunggu kereta i settle, we all pergi minum kat maple. borak-borak dengan diorang. diorang keje dengan AmBank, yang dok tarik kereta orang kalau tak bayar kat bank tuh. woh, kire gangster jugak la kan.. tah betul tah tidak aku pun tak tau lah. lantak kau lah. aku tak heran pun. janji settle sume bende diorang tak balun aku sudey.


calar balar dah. nanti dah ade duit aku hantar kau pergi cat balik yeh. bertahan! hehe

macam serius tengah pokai. sebab salary lum dapat lagi. company will pay me by check at the end of the month coz i baru start keje. memang rules diorang. terpaksa pinjam dengan akmal.

thanks so much sayang. i hutang u banyak gile. hehehe. nanti dah dapat gaji ganti balik ok.

now baru i paham maksud u, that u always be with me no matter what happen. love u so much!! peluk sikit. hahahah. gatal.



tibe-tiber terfikir ni.
4733, tambah sume nombor akan dapat 8.
tarikh lahir aku 8 hb.
and hari ni 28 hb.

sepatutnye ong la kan. ni apsal macam hari yang malang jek untuk aku ni. isk.

cube terangkan.

malam tadi drive sorang balik kl. bertolak lebih kurang kul 6pm after pergi wetex beli contact lens dengan bf. hoh yeh. dia balik muar awal sikit. then datang lunch rumah i. hehe. pastuh g wetex lepas kene pakse. huh.

ok. yang penting nak cakap ni. hiway jam gile. hei. korang yang lain kan banyak cuti. cuti je la lagi. bagi la orang-orang berkerja yang kalau nak cuti unpaid leave ni balik kl dengan senang hati dan smooth jek. 5 jam okeh baru nak sampai kl. bengang betul aku. sampai sakit-sakit kepala ni. migrain agaknye. dah la sorang-sorang kan. tension jek. heee



kau tengok jam gile hiway ni. bersusun-susun kereta. start dari exit pedas dah jam. all the way sampai nilai. pastuh aku tak boleh nak tahan sampai sungai besi, aku wat de-tour amik root yang pergi shah alam. then kuar subang amik nkve pergi  damansara. ingatkan nak exit kat senawang and amik lekas hiway pergi kl. tapi tak ingat jalan sangat, plus malam plak tuh, jadi tak berani dan terpaksa la meredah jam tuh. cis.

hoh. pastuh bila pergi kerja pagi ni, kul 8 aku dah sampai ofis. jalan clear gile! padahal kuar rumah pun dah kul 7.45am kot.

sooo..apsal yang malam tadi tuh jam sangat all the way ke kl? tak paham betul ni. isk.

Wednesday, December 23, 2009

helo. helo. panas! haha. takde kaitan. kunun nak jd cam fazura dalam citer pisau cukur. huh.

well. well. masih igt lagi pada encik adidas pemberian encik akmal ni?


hari dengan bangga nye aku telah mengerah tenaga beliau. barulah beliau digunakan sepenuhnya. bukan hanya untuk bergaya berjalan sahaja. cewaaahhh.

after office tadi straight away g fitness first. dengan kak nurul. dia tunggu kat sane. betul-betul pulun habis kot. kerah tenaga gile-gile ni. sakit-sakit dah satu badan ni. adoiiii.

Monday, December 21, 2009

quick update of my life.
- i had a hectic weekend. thursday after work had dinner with akmal. watched football final SEA games together. wehuuuu! malaysia won. first ever after 20 years. so proud of the team. then had my car washed by the bangla. then hujan pulak. membazir betul basuh. nasib free. courtesy from him. nasib dia faham gf die ialah sangat sengkek sekarang. uhu.
-then on friday, went to O.U with him. watched ninja assasin. i sangat tergoda tengok body rain. owh..sangat hot okeh. isk. hot. omaigod. *faint*. suddenly i was really into this gsc's chicken meat ball. 15 pieces for RM4. okeh la kan. i bought them for 12 ringgit. 30 pieces for me and another 15 for him. itupun berkira supaya dia jangan curi aku punye. kedekut kan. tamak. hahhaha. tak tau la ape yang delicious yummy sedap sangat mende ni. maybe tengah lapar kot time tuh. sebab tub rase cam sedap gile je. heehe. cube korang plak try.
- then balik rumah semula. mule-mule nak gie tengok die men basketball. tapi last minute die tak kasi. alasan, takut abes lambat and aku boring tunggu. so konon-konon kesian la kat aku nanti. heh. tak kasi ikut cakap je la kan. choi. so, aku pn gi la gym. tapi harapan punah sebab mc dia cakap public holiday close 8pm. tuh la. salah aku jugak tak bace schedule kan. bunguksss..so, balik rumah. sambil telefon akmal dan memekak-mekak kat dia mengadu nasib. pastuh kene marah dengan dia. hisshhhh.
-sabtu, pagi-pagi gerak gie kl amik dia kat rumah then breakfast jup.pastuh balik seremban. hantar dia balik. singgah rumah die jup. his mum and bro je yg ade, ayah dia takde kat rumah plak. hu. lepak-lepaks sane jup then balik rembau.
-ahad pulak, pergi kenduri kahwin anak sepupu ayah. hah. aku pun tak tau dah ape hubungan anak sepupu ayah dengan aku. 3 pupu kah? kupu-kupu? pape saje la. yang penting bosan. hahah. malam plak balik muar..
-isnin tadi, g hospital muar. jumpa encik akmal. haha. sebok ingatkan aku jadi professional. last-last dia jugak yang tak biasa. ape la. so, dah settlekan sume, balik rumah dengan dia. lunch. mak masak. sedapppppp! 2 kali tambah. hehehe. 2pm macam tuh, anta die pergi hospital balik and aku pun terus shoot balik kl.and terus pergi office.

penat gile okeh. sakit kepala aku ni hah. sampai tertido masa drive. nasib tak terbabas. pastuh tido jup kt r&r ayer keroh 10 minit. baru la cam okeh sikit after that.

hah. aku pun tak tau ape motif aku cerita bende nih sume. lantak la kan. hahahhaha

Thursday, December 17, 2009

.......

i want to write. but i dont know what to write.
i am craving for something, but i dont know what it is.
i want to buy new shoes and cloth, but i haven't get my paid yet.
i am so want to get married, but i'm not ready yet.
i want to go for a holiday, but it will be unpaid leave.
i want to further study, but i dont know what course should i take.
i want to meet him, but i am working.
i want to go back early, but i have no good reason.

-_-''

bored to death.

Tuesday, December 15, 2009

jangan cemburu okeh.

yeay. hari ni dapat laptop baru. company bagi. free. baru yang sangat baru. i mean baru di beli. hahahah. jangan jeles ok. bau kedai lagi ni.  wakakakakak.

encik pegawai sains akmal rais pun beli laptop baru jugak. beli yang kene keluarkan duit tuh. hahhaha. die punye ialah HP yang colour putih yang comel tuh. bukan HP mini. tah model ape tah. tapi memang comel and cun gile. cis. cis. mine is Compaq Presario jek. tapi ok la kan. janji free. wakakakakka.

eh, patut bersyukur. alhamdulillah....huhu

oh ye, tadi start gie gym. sakit-sakit badan ku ini. kene kerah tenaga dengan trainer. adoiiii..tapi tak sempat nak snap-snap pictures. nanti-nanti i snap ok. wheee.

dan eh eh, jumaat cuti. wah. tak sabar gile. huhu.

Monday, December 14, 2009

esok isnin. kerja.
lusa selasa. meeting.
tulat rabu. training.
cit. cilaka.

nasib jumaat cuti. boley dating.

sudah. aku mahu tidur.
selamat malam semua. selamat malam dunia.
jumpa esok.

geli-geli.



picture from lelove

i miss him. so much. even though we just met last friday, feel like its already a week.
i love to hug him like that. when he's driving. listen to his heart beat and i feel very safe.
love it when his fingers tingle with my hair.
then he whispers, " i'll be with u forever, take care of u sampai mati. that's my promise. hold to it. be patient. time for us will come sayang."
.
.
*silence*
.
.
"before that, kuruslah sikit eh. exercise please. jaga kesihatan kamu. be healthy. nie dah ok dah, tapi bagi fit sikit lagi."
and i'll laugh out loud. hahhahah. sambil poke his tummy yang berlemak jugak. cakap orang pandai.

dia nak kahwin dengan supermodel ke aku ni? heeee

Saturday, December 12, 2009

malam tadi mimpi jacob si werewolf. awww~

tajuk takde kaitan dengan entri. haha.

ape nak buat?

nak balik damansara tapi takde orang.
kakak honeymoon kat thailand. hadtnyai katenye. last 2 years pergi france. jeles. bila turn aku nak kahwin and pergi honeymoon macam tuh. hahaha. owh. banyak betul duit diorang. bila aku nak kaya macam tuh? please turunkan duit dari langit. please. ^_^"

semalam jumpa akmal. tapi tak lumayan. sebab aku buat perangai and muka tension. menangis teresak-esak. sampai mata bengkak macam bola golf. tapi at the end, berbaik-baik semula. kelakar betul bila ingat balik. pesan dia, lepas ni kalau ade benda yang tak puas hati, cakap dan jangan simpan sendiri. menyeksa diri tak dapat apa-apa. at least kalau cakap, dapat sedar and perbaiki mana yang kurang. betul. mungkin itu yang sangat perlu untuk buat suatu relationship berjaya. perlu memahami dan bertolak-ansur. ya. aku kena belajar bab memahami dan bertolak ansur tuh lebih lagi. sebab aku rasa aku macam selfish. pentingkan diri. asyik nak dia ikut kehendak aku jek. bila tak dapat aku tension and buat perangai. huh. kejam sungguh kan?

tapi sayang, i dah banyak berubah ok. u masuk team futsal hospital pun i tak kesah even though every week u ade tournament or friendly match and kita tak dapat jumpa lama-lama macam biasa. i dah paham erti jumpa. spend the quality time together. and bercerita apa sahaja. and gelak sepuas hati. bukan berapa lama yang penting kan? oh. baru nak paham sekarang. ape la kan?? jangan ketuk kepala i ok. tipu. ade kesah sikit sebab tak dapat jumpa lama-lama. tapi dah boleh paham sekarang and like u always said, time for us will come. for us to be stick forever. and harap-harap u takkan muak tengok muka i sampai mati. uhu.

oh. tiba-tiba rasa tak sabar nak hidup berdua dengan u. berdua lebih baik??? macam lagu acha septriasa pulak. huhu.

Thursday, December 10, 2009

mari meng-fit-kan diri

weh. ni nak cerita pasal semalam.

semalam kan after keje, aku pergi subang parade. niat di hati nak pergi amik coffee kat LWM. sebab coffee aku dah abes. kalau tak minum, seminggu la aku tak 'membuang' nanti.

so, aku pun drive je la slow-slow pergi subang. sambil tuh, on the phone dengan akmal. tapi gune bluetooth la. then, bila nak masuk parking, kak nurul call. rupa-rupanya dia kat belakang aku je. nak masuk parking jugak. so, bile memasing dah parking, we all pun jumpa la kat dalam subang parade tuh. after aku dah g amik coffee aku, aku jumpa dia kat level 1, depan celebrity fitness tuh. dia pun memang nak pergi usha-usha gym tuh. so aku teman la dia.

pastuh aku tersedar plak yang aku ni gemuk lagi, pergi LWM pun kurus sikit jek. cis. cis. kitorang usha-usha la celebrity fitness tuh. masa tuh tengah ade group dancing. aku dah teruja dah time tuh. pastuh ade rpm. lagi teruja sebab boleh burn 600 calory per hour kot. ade yoga, kick boxing. pokok nya, memang aku dah teruja lah.

pastuh akmal pernah la cakap suruh aku masuk gym. exercise. seriously, aku nak masuk pun sebab dia la kan. dah la dia dah kurus and fit sekarang. aku jugak makin melebar nih. aku pun taknak la kan nanti orang tengok bf gagah tapi gf gemok. tak best la kan. nak la dua-dua pun macam best je kan. baru la macam padan kan. pastuh aku ingat lagi dia cakap dia suka tengok perempuan exercise and involve in sport. dia cakap nampak hot. oh. aku nak jadi hot macam itu! hahahahah.

so, aku and kak nurul usha-usha price dia. tapi mahal weh. untuk all club, registration fee sampai RM 400++. pastuh if nak amik juice kena bayar lain. isk.

then, kitorang g usha fitness first kat depan subang parade tuh plak. serius cakap, gym dia tak lawa mane pun. tapi, bulan 3 nanti gym baru siap, kat empire subang tuh jugak. lagi menarik. siap ade swimming pool sume. paling best, upfront fee dia RM100++ jek untuk all club. boleh pergi mane-mane gym fitness first kat seluruh dunia. tapi monthly tinggi sikit dari celebrity fitness. and juice bar dia ialah free! wah. tanpa disedari, aku telah meng-sign-up kan diri aku. cis. cis.


bukti!

so, start minggu depan akan bermula lah misi aku menghilangkan lemak-lemak di badan~

wish me good luck!

Monday, December 07, 2009

6 things i hate today~

1. walaupun aku punch out pukul 5.31 petang, aku stuck dalam jam sejam setengah. sampai rumah pukul 7.30 malam. kepala pening sebab perut masuk angin. bad monday. aku dah agak dah. tapi pagi tadi aku sampai awal. punch in 8.05 am. aku lupa cuti sekolah. pagi- pagi takde bas sekolah. hiks. takpe. bagi good impression sikit.

2. sebab lapar sangat, gie tapau kuey tiaw kungfu kat restoren ulek mayang. untuk hilangkan rasa bersalah makan malam, bungkus sekali jus epal hijau tanpa gula. kira ok la kan? macam sehat la jugak kan? hahah.

3. kulit kelapa aku gatal, beminyak. rambut gugur. tolonggggggg!!!! rimas betul. nak kerna pergi beli shampoo yang untuk rambut gugur + oily scalp + dandruff. mesti ade! mari pergi shins kat mid this weekend! mesti! seram betul bila fikir umur 30 kepala botak separuh. oooooo tak rela.

4.  FYI, aku belum tengok lagi cite 2012, new moon, ninja assassin. ye. aku tau aku dah ketinggalan zaman. sangat. and macam nak tengok couple retreat juga. macam menarik ditonton bersama pakwe. hiks.  harus heret pakwe weekend ni tengok movie.

5. FYI juga, gaji aku dengan company lama belum dapat lagi. alasan, instrument belum settle. WTF! kau tahan duit aku pun aku tak heran. sebab at the end of the day, kau juga yang akan kena. what goes around comes around. and kau dah pun rase sekarang bila ade orang songlap duit kau. padan muka. anaiya lagi kami-kami yang tak berkemampuan ni.

6. rindu bf sangat-sangat. benci betul. seksa. harap-harap dapat jumpa weekend ni. ^_^

sekian.

Sunday, December 06, 2009

cerita karaoke

tomorrow is monday. bad monday. black monday. monday blues. tekanan betul. asal bila hari isnin jek mesti nak tension? asal hari lain takde plak nak tension-tension? asal ah? heee. yang penting aku tak suka hari isnin.

ah lupakan hari isnin. mari ingat ingat hari jumaat hari tuh. hu.

ok. pukul 5 tepat aku punch out and terus gerak ke subang. kemana? ke neway tuh hah. karaoke! hakhakhak.
(oh. ofis aku yang baru ni hari jumaat balik kul 5 and boleh pakai casual macam jeans and t-shirt. best kan? hu.)

memang menyanyi tak hingat dunia punya. sambil makan, sambil terkinja-kinja menyanyi berjoget semua. memang hilang tension weh. pastuh celebrate belated birthday aku. thanks korang. you all memang best giler!


tema malam tuh ialah tribute to MJ !



annie are u ok, are u ok, are u ok annie.
ulang 10x. hee



twist sikit! cayalah! hahah



terkejut tiba-tiba keluar lagu happy birtday kat tv. rupenye surprise untuk i! hehe



akan ku tunggu - candy.


 
kami semua.



ok. dah abes 4 jam. mari balik~


lagi banyak gambar dalam muka buku. hu.


Friday, December 04, 2009

jalan pahang akan jam tak?

tangan aku gatal jek nak meng-update. tapi aku takde motif nak tulis ape. jadi aku akan merapu tak tentu pasal. fine.

oh. aku sangat sejuk sekarang. aku duk bawah air-cond ok. so, air flow die akan betul-betul kene kat muke. dah beratus kali terbersin. haaaacummmhhh! hah. amik kau. kang aku swictch off panas plak. isk. jari jemari pun dah beku. kuku aku pun dah tukar color biru!

oh yeh. semalam lunch dengan shikin babe kat haslam. gossip pasal office lame. rindu gile kat diorang neh. macam dah lame gile tak jumpe neh. rindu nak makan kuey tiaw goreng sedap kat kedai auntie shop, or melepak kat maple maggi goreng sedap. heee. oh. kalaulah takde ape-ape problem company tuh mesti aku stay sane lagi. sebab environment sangat best. sebab lah ade budak-budak office yang best jugak. hu. orang-orang best yang dimaksudkan hanyalah kak ita, ezza, shikin, kak nurul, kak izz, kak liza, and shireen je eh. besok ade sesi karoke dengan diorang. can't wait! hee. 



isk. ade funeral plak kat seblah office aku ni. tauke cina ape tah. kayo gile. siap hired polis trafik sume. band dung dung che tuh sampai 3. meriah betul nih funeral ke konsert ni. oh..derang dah start berarak. jam la jalan pahang tuh nanti. hahaha. pastuh siap ade orang yang jalan pakai kaki kayu tuh, yang naik basikal satu roda tuh. havoc ok!dak cina office aku ni cakap kalau aku join berarak tuh, dapat tuala good morning tuh and ang-pau ok! hee. nak aje aku join skali. tapi pakai baju kurung la plak. isk.

haaaa..bosan. bosan.

Tuesday, December 01, 2009

saya bukan penganggur lagi okeh!


cubicle saye sangat comel. tapi agak bersepah, nak kene kemas. isk.
rambut dah panjang! yeay!

ye, hari nih start kerja tempat baru. baru first day, tak rase pape lagi. tak tau seronok ke tak nanti. tapi dengar khabar nye aku cam kene jage northern. wah. berjalan sakan la nanti aku gamaknye. heee. akan ku angkut sesape yang sudi mengikut nanti. hehehe.

orang-orang nye juge ok. takde la sombong or kerek sangat. lunch tadi derang ajak makan kat istana budaya. ade adam nur kasih tuh lunch sekali. remy ishak ke name die? uhu. dia berlakon dalam teater natrah tuh jugak. tuh pasal die ade kot kt IB tadi. ehe.


office nye kecik comel jek. banglo yang ubah suai jadi office.

ok. nanti update lagi pasal kerja baru ni ok.

daaa~

Monday, November 30, 2009

amaran : entri ini berbaur jiwang. jangan muntah.

pernah tak anda rasa terabai? kamu fikir pasal orang tuh setiap masa, setiap nafas. tapi kadang-kadang dia terlupa pasal kite. alasan ialah sangat busy and takde masa. ape yang korang rasa?

sakit hati kan? geram kan? isk.

seriously, aku taknak pun kau spend satu hari kau dengan aku. or sampai kau tak boleh buat kerja lain melainkan nak sms aku or call aku. aku taknak pun tuh sume. over la kan kalau nak macam tuh. aku just nak kau at least sms aku tanda kau ade ingat aku. kau ade terfikir pasal aku. sebab aku setiap masa ingat pasal kau. setiap masa fikir ape yang kau tengah buat, kau kat mana. dengan sape. kadang bila hp kau ter-off habis bateri, aku risau nak mati. sampai tekan nombor kau 232 kali walaupun perempuan voice mail yang jawab. dengan harapan bila kau on hp kau akan call aku balik and cakap kat aku dont worry kau okey and selamat jek and tak perlu risau. tapi kau sms cakap aku dah tido eh? boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau sedar tak aku just nak attention dari kau. or at least kau sensitif dengan perasaan aku. at least terfikir, "eh, hari ni lansung tak dengar khabar dari dia, call dia seminit lah". bukan nak jadi kau romantik mat bunga jiwang ayat berkarat. bukan jugak nak hadiah mahal beibu dari kau. bukan.

hadiah hari lahir pun aku tak harap. tak ingin pun. aku just nak spend that day dengan kau. aku tak kesah aku yang datang kat kau. on my birthday. sebab aku paham kau penat ade kerja. aku serius tak kesah tuh sume. aku nak ade dengan kau jek. paham tak? tapi kau dah ade plan nak keluar dengan kawan-kawan kau. on my birthday. dan kau suruh aku balik. sorang-sorang. malam tuh jugak nak suruh aku balik. on my birthday. boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau cakap bila kau terkena dengan 2 orang perempuan ni kau dah malas nak bagi full attention and nak enjoy life kau sepuas hati. tapi aku bukan 2 orang perempuan tuh? kenapa nak anggap aku sama macam diorang? bila aku banding-bandingkan aku dengan 2 perempuan tuh, kau cakap ape nak banding-banding ni. tapi aku just nak kau tau aku berbeza dari diorang. paham tak?

sungguh, aku sayang kau sangat. cinta sangat.

sumpah nak hidup semati dengan kau.

walaupun perangai kau yang ni tak boleh ubah tapi aku tau kau sayang aku kan? kau memang dah buat yang terbaik untuk aku. aku sangat-sangat appreciate ape yang kau dah buat untuk aku. bukan senang orang nak berubah kan?

sayang, harap cinta kita akan sampai mati.

Wednesday, November 18, 2009

aktiviti penganggur terhormat - hari kedua : cuba teka ini ape?




cube you all teka ape benda kat atas tuh???

ha. dapat tak?

tuh ialah kuku ibu jari tangan yang tercabut !



eewwww! geli kan. kan? kan?

yekkkkk.

hahaha. akak aku tersepit pintu kereta. pastuh tertanggal masa nak ikat rambut. pastuh main baling-baling kat aku dengan abang amir. geli gile okeh! eewww~

aktiviti hari ni? tengok tv, main facebook, farmville. pastuh tolong angah masak untuk lunch.

okeh. bosan kan? tapi i loikeeee! hahahah.

aktiviti penganggur terhormat - hari pertama

helo helo!
owh. sungguh heaven duk diam-diam kat rumah sambil main farmville sampai lebam. tak sabar nye nak jumpa encik bf jumaat ni. dia ade meeting kat sheraton KL. pesan kat dia siap-siap suruh pakai tie yang aku bagi tuh. heeee. tak malu kan.biarlah. nak tengok handsome ke tak bila dia pakai tie tuh kan. huhu. tak handsome bukan bf aku. wakakakak.

plan hari ni : petang-petang sket kang nak balik rumah angah kat damansara. kene gerak sebelum 5.30. tak kuasa aku nak bersesak-sesak dengan orang nak balik kerja. aku dah tak kerja ok. *bangga*
die suruh apply kat public bank. ape kejadahnye aku nak mintak public bank tuh. bukan nya aku ade degree in account or business pun. heh. tapi dia cakap kawan dia ade boleh tolong. try aje la kan. tak rugi pun.

oh ye. tadi dah masak sardin dengan telur dadar. lauk orang pemalas. nasi pun dah siap masak. jup lagi kalau kebulur boleh makan terus. tak yah nak mandi-mandi. gosok gigi pun tak perlu. ape eww eww? ala..korang pun mesti ade buat camtuh kan. bangun pagi tak mandi tak gosok gigi terus breakfast jek. pastuh mak-mak korang akan " ape nak jadi la anak dara aku ni. ade ke teruna sudi nak pinang dia ni nanti...?" atau paling best sekali kena piat telinga atau kene cubit. nak paling terbaik kena sesah dengan penyapu. tapi kalau korang anak orang kaya atau cucu sultan ke, siap boleh breakfast on the bed lagi. sunuk nyeee! hahaha.

jangan pelik dan heran. selagi aku tak start kerja baru, tiap-tiap hari la akan ada entri baru. haha. tak suke bace, sila jangan segan silu tekan butang pangkah tuh eh.

ok. macam dah lapar. mari makan!



bismillah! ngapppp~

Monday, November 16, 2009

fuhh..lega!

yes! yes! finally, aku dah release dari keje sekarang. hoh. perasaan macam baru abes final exam je rase nye. lega. relieve. tenang. kalau gaji aku pun kau nak tahan ke, aku dah tak kira. orang teranaiya doa nya makbul kan. heh.

last case before resign hari jumaat hari tuh, dr azmi perli-perli.
"nani lepas ni nak join company diagnostic. bf die keje lab kat hospital muar...dia MLT ke ?"
"hehe, dia pegawai sains"  *dalam hati, tak setaraf la MLT okeh*
"nak berahsia-berahsia dengan aku. kan aku dah tau dari mulut orang lain. bile nak lansung?"
"heee..lame lagi la. belum stabil".

okeh. tipu. sebenarnya tak sabar nak kahwin dah. kalau boleh tahun depan jugak. buktinya, aku sangat suka blog hopping future brides and newly wed blogger. suka la sangat tengok pictures they all. preparation sume. dais, hantarans, outfits. comel-comel. geram aku tengok. heee.

tapi nak kahwin bukan senang. nak gune banyak duit, untuk kenduri and hidup after kenduri. adoiii. dah la skang dah jadi penganggur terhormat.

jom pergi rompak bank?

Sunday, November 15, 2009

episode kecantikan konon.

hohoih. tabik respect sket kat diri sendiri. 2 hari ni aku duk rumah jek okeh. tak gie mane-mane pun. ok. sah-sah tipu. haha. ade la jugak keluar gie makan kan. kebulur plak nanti tak makan pape.

aku takde motif nak tulis ape hari ni. sumpah bosan kan hidup camnih. ade jek budak-budak ni ajak keluar tengok movie and main bowling. tapi semua tuh bakal menggunakan duit yang paling banyak sikit RM50. bulan ni kedekut-kedekut sikit sebab aku nak kene renew roadtax and insurans kereta. dah kira-kira sume lebey kurang RM1283. hah! memang sah-sah aku pokai bulan ni. jadi bulan ni memang takde shopping pape pun. just pergi buat treatment scalp and rambut, worth RM128 and beli tie and tie-pin untuk akmal. motif : saje nak congrat die dapat keje government pegawai sains tuh. hiks. plus, tak pernah belikan pape untuk die. asyik-asyik die je belikan aku barang. kasut adidas tuh, crocs yang comel, perfume dkny tuh, jam swatch tuh. so, sebab  tak nak nampak aku gf yang cheapskate nak raikan die keje baru aku bagi la hadiah tie and tie-pin tuh. hahaha.

ok. sebablah aku takde motif nak tulis ape, aku saje-saje nak citer facial routine and segala mak nenek make up yang aku pakai.


sume ni aku letak dalam box RM23.90 beli kat the store. bile aku balik kampung time raye aku angkut satu box. senang.

as you can see, aku memang stick dengan Clinique. start gune masa aku 2nd year kt UM dulu. i have oily skin. so, consultant clinique suggested aku gune facial gel for oily skin (tiade dalam gambar di atas eh), toner number 3 and moisturiser gel for oily skin jugak. after toner and before moisturiser, tepek miracle essence SKII. boleh letak around your eye area. its really help me as boleh notice chicken pox scar dah makin berkurang and kulit semakin lembut ok. eye cream tretment pun aku gune clinique jugak sebab dikhabarkan boleh kurangkan puffiness. tapi camtuh jugak jek. maybe sebab aku malas sket nak tepek mendelah ni. make-up remover aku gune fasio. motif, die tak oily sangat and tanggalkan semua make-up degil especially eye make-up. once a week, scrub muke (pun gune clinique) and after that tanggalkan white head or black head gune alat die yang boleh beli kat watson's or guardian. jangan gune jari as kuku akan cederakan kulit anda.

botol putih yang ade tulis "attiva" tuh ialah scalp tonic. remember i said i have oily skin? and so my scalp. so, kene treat scalp sebab sometimes scalp aku cam gatal-gatal sket bile mule berpeluh. seksa tau. takut orang ingat aku ade kutu plak. hiks. shampoo and conditioner pun from attiva jugak. shampoo dia khas untuk kulit kepala berminyak cam aku nih. conditioner dia ialah relaxing treatment. sapu kat hujung-hujung rambut jek and after keringkan, wallah!!! shine-shine rambut ku. hiks.

bio-oil sangat-sangat perlu. coz aku kene chicken pox bila dah tua bangka 23 thn ni. kene la usaha hilangkan cepat-cepat. sunblock aku pakai garnier jek. nape? sebab SPF50 and the die tak berapa oily. foundation from MAC, and also make-up base. make-up base ni ade pearl mineral. so, akan buat muke nampak berseri-seri sampai ke petang. tapi die quit oily sebenarnye. so kadang-kadang aku pakai base ni. kadang-kadang tak terutamanya bila time-time homonal changes. lagi la oily melampau muke ku. nasib baik lah bukan jenis yang keluar jerawat batu segala. heee. takut! perfume, sangat heart ini DKNY rose and Paco Rabanne Black XS.

tapi aku rase aku cam ade problen uneven skin tone. maybe i should change to facial routine untuk whitening punye.... hurmm.


okey. for make-up, tak berape banyak sangat. and i don't buy make-up yang mahal gilos. concealer from bodyshop. tak berape nak hide imperfections sangat. tapi after letak MAC foundation, okeh la hasilnya. plan to buy Stage's concealer nanti. mascara from revlon. i like! memanjangkan eye lashes and paling penting tak tinggalkan kesan gelap bawah mata coz it's waterproof. . eye shadow earth-tone and natural color coz mostly pakai pergi kerja and tak boleh la nak over make-up. also from revlon.  for night make-up, i still have cyber colour eye shadow in silver. see the eye shadow palette yang ade colour biru and green tuh, my sister gave me. she got it for free from her make-up artist friend. so aku dengan senang hati pun rembat je la kan.  blusher, rosey cheeks from elianto. the colour is not really in pink, macam pinkish orange. reason, boleh membuatkan chubby cheeks anda kurus sket la. ilusi optik gitu. lipstick in nude choclate dari in2it. lip liner from cyber color and lip gloss from body shop. lip balm wajib ade. i choose nivea coz die ade lip treatment skali. hand cream Eubos ni sangat best sebab buat jari jemari lembut dan tak kering. sapu kat kuku-kuku sekali and buat kuku anda berkilat macam baru lepas buff. hehehe. face powder penting as finishing coz it will blend all the foundation, concealer and blusher yang dah tepek before that. i choose Loreal True Match. why? coz that's the only shade yang seswai dengan kulit tanned aku ni. tak jumpa yang perfect walau kat MAC pun. semua powder yang pernah try akan bagi this effect, 'kulit bersalut tepung gomak macam opera cina'. means dia tak blend well dengan skin and nampak macam pakai topeng. oh. tak rela.the problem is, shade jenis ni jarang jumpe kat counter loreal. isk. patut beli banyak-banyak kan siap-siap. then, make-up brush tuh beli kat elianto jek. senang. boleh lipat-lipat. ade blusher brush, eye shadow brush ade 2, 1 yang lembut and 1 keras skit, eye liner brush and lipstick brush. lengkap!

semua-semua ni sumbatkan ke dalam beg purple RM3 beli dari kedai runcit. easy to carry. jangan lupe sumbatkan sekali sikat lipat yang comel itu. he. kalau pagi-pagi bangun lambat nak pergi keje, jinjing beg ni and boleh make-up kat office. or kalau kau nak pergi dating tapi terlambat siap and bf kau dah tunggu kat depan rumah dan hampir mengamuk sebab dah lambat, takkan la nak make-up bagai kan. mau kene pelempang. so, ko jinjit beg ni and boleh make-up dalam kereta. itulah yang aku selalu buat. kalau rambut basah tak sempat nak keringkan gune hair dryer, bukak tingkap kereta luas-luas and suruh bf bawak 120km/j. hulur sikit kepala kat luar tingkap and sekejup je rambut dah kering. time tuh la sikat lipat comel amat berguna. hehe. tapi hati-hati. kang kepala kene libas dengan lori or motor plak. hahaha.

ok. sekian sahaja. berjumpa lagi di episode yang lain. (^_^")

Saturday, November 14, 2009

agar tak nampak dull sangat

bila aku baca balik entri-entri aku ni, macam dull gile hidup aku kan? hahhaa. tapi tidak sebenarnye. aku saje tak cite bende-bende yang menarik sekarang. sebab lah life aku macam tak terurus lagi. tapi takpe. demi nak buktikan hidup aku takde la dull mane, entri ni full dengan pictures je ok.

sunway piramid. tengok movie Pisau Cukur. best jugak movie ni. recommended.


sunway pyramid again and taipan after watched This Is It. best gile okeh.


bukit cerakah. misi membuang lemak. heh.

at jusco. ain borong shades from guess itu. oh. sungguh bahagia kalau aku pun dapat ptptn lagi. hiiks.

subang parade. saje jalan cari baju and kasut kot time nih.

dataran shah alam. saje menggedik kat situ.

oh lupe plak. hari tuh aku ade belikan akmal tie and tie-pin. cantik. tapi lupe plak nak amik gambar dah g bagi kat die. terharu jugak la die cakap. elehhhhh. pastuh buat muke comel. hahhaha. dia cakap nak pakai time meeting je tie tuh. yang tie pin tuh tadi die call cakap dah hilang. mengamuk la aku. pergi suruh die cari balik sampai dapat. nasib baik tercicir dalam kereta jek and jumpe balik. isk. saje buat aku marah.

ape lagi bende menarik dalam hidup aku sekarang? takde. haaa...! takde. oh pathetic sungguh aku. takpe, pas aku berhenti keje and start keje baru mesti ade citer menarik kan.

harap-harap lah.

krisis kendiri

hidup aku memang sungguh tak terurus sekarang. mentang-mentang aku dah nak resign suka hati mak nenek aku je nak datang lambat masuk office. whatever pun, isnin ni aku dah last day. yehaaa! pastuh aku cuti 2 minggu. 1 disember start keje tempat baru. rugi betul kan. patutnye habiskan la setahun kan. tapi lagi lame aku stay lagi la banyak duit haram aku makan. yela. keje gaji buta je. mengular je keje nye. bile takde semangat nak keje memang macam tuh la jadi nye. baik lah aku blah cepat2.

seriously aku kene pergi rejuvenate diri. bagi semangat balik. now, aku memang takde mood. contoh pertama. tadi ade kenduri kahwin housmate aku ajak pegi. tapi sebab lah aku tak berapa nak kenal dengan bride, aku malas nak g. contoh kedua, pijah ajak g tengok movie malam ni. pun aku tolak jugak. hasil nya, farm aku semakin berkembang. blog aku pun ade entri baru. wah. kira produktif jugak la kan. kehkehkeh. takdela aku duk melangok kosong je kat umah ni.

aku ade krisis dalaman sekarang. heh. aku manusia normal ok. biasala kan bende kecik pun nak bikin kecoh semalaya. haha.

ok. krisis aku skang ni sebablah aku tak tau nak pilih offer mane. offer pertama. company diagnostic. office kat tengah2 KL. kat depan tawakal tuh. bayangkan aje cmne aku nak meredah jam pegi balik keje nanti. product specialist. aku mintak nak cover area southern. claim mileage die RM 0.40 agak lumayan juga. boleh mintak advance. commission based on sales. no target. kene lagi banyak travel. peluang training oversea sekali setahun. salary offer tinggi sket.

offer kedua. company spine juga. baru bukak tahun ni. product die banyak variasi. tak perlu nak belajar banyak sangat coz dah ade basic. akan cover area same and jumpa orang yang lebih kurang same jugak. ade surgeons yang aku macam meluat dah nak jumpa tapi if aku join company ni of course aku kene jumpe diorang lagi. salary offer lebih kurang sama dengan sekarang. peluang training oversea tak diketahui. tapi products dia all from US.

offer ketiga, balik rumah kat muar mintak guru sandaran. yang ini aku belum mintak lagi. mak aku suruh sebab die ade kawan kat PPD muar tuh. mungkin senang dapat. tapi, layak ke aku ni jadi cikgu???

urgh. tolong! if you all ade pendapat tolong bgtau yeh. really appreciate it.

Friday, November 13, 2009

bile kau dah resign camni la

owwwhhhh.....heaven nye rase. duk melangok je kat office. masuk keje pun tadi kul 10. sesuka hati mak bapak aku je kan. hahahhha

supposedly ade case kt HUKM. tapi aku takdela bgtau kat dey all aku dah nak resign and its not my responsibility pun nak masuk case and hantar set lg. tp aku cam baik hati jugak lak g inform kt inventory and asked them to arrange the set. ok, habis tanggungjawab aku di situ. hu.

semua orang like terkejut nape aku dah nak berhenti. dah janji dengan kak ita and syikin stay sampai end of the year. tapi sorry lah korang semua. terpaksa blah dulu. cannot stand anymore. buat ape membazir sebulan lagi kt sini. sedangkan aku dah boleh start keje lain yang lagi better offernye, yang confirm akan bayar EPF aku. commission and bonus aku tak berapa pandang sangat. kalau ade alhamdulillah la kan. takde pun x pe asal masa tua nanti aku ade duit. hehehe.

kepala aku pening2 ni. adoiii. malam tadi x cukup tido. kul 4 dah terjaga. then kul 6.30 bf kol. kacau aku tidur. heheh. but, lets not talk about that. hehheeh. tapi dia sangat comel. hu.

sumpah pening2 nih. adoi. high blood pressure ke ape ni. isk.

Wednesday, November 11, 2009

i made my decision!

hari ni aku dengan bangganye bagi surat resign kt HR aku. notice 2 minggu. tapi aku pekerja rajin banyak lagi cuti kan. dah tolak-tolak cuti sume last day aku 16 nov ni. yehuuu! tak sabar nye aku nak blah dari company ni.

nak tau kenape aku nak blah? tengok job scope macam best je kan. masuk OT sume. tapi keje macam nak mati. ahad keje. sabtu keje. hari-hari balik lambat. EPF tak bayar. boleh korang imagine?? aku takde KWSP start dari aku mule keje. gaji tolak siap-siap. tapi tak masuk dalam akaun KWSP aku. WTF!!! pastuh nak expect orang keje sungguh-sungguh, focus la konon. macam mane nak focus kalu kau pn semput nak bayar gaji orang, EPF orang. memang la takde semangat nak keje ok!

pastu executive director pun macam bangang. bodoh bimbo. tau nak menyibuk-nyibuk hal orang je. tak tau ape-ape tapi nak busybody macam pandai sangat. heee. menyampah gile ok dengan dia. tau tak yang we all sume tak suke kat kau???

tah la. aku rase company tuh ade potensi. tapi sebab lah management die yang banyak tak betul. and ED, MD ialah takde education yang sepatutnya. jadi the way diorang thinking and minded dey all ialah sangat berbeza and macam tak boleh diterima akal.

so peduli lah pasal diorang. maybe rezeki aku kat tempat lain. yang penting aku kene fikir aku nak accept job offer yang mana. ade 2-3 offers yang macam ok. kali ni betul-betul kene fikir. dulu aku accept keje ni sebab ikut kata hati. kali tak boleh dah sebab most of the time self-instinct aku ialah tak boleh pakai. hehehehehe.

Sunday, November 08, 2009

hari ini saya 23 tahun.

saya genap berumur 23 tahun hari ini.

tiade big celebration.
cuma melepak tengok piala malaysia N9 lawan Kelantan.
hadiah harjadi terbaik, n9 menang 3-1. (weeehuuuu!)

sungguh. aku tak kisah takde surprise birthday party dari kawan-kawan atau famili atau love one. betul. asalkan mereka ingat dan wish pun dah sangat-sangat terharu. dan tak pernah harapkan pun nak present hebat-hebat dari bf. cukup bila dia sudi nak lepak dengan aku malam tuh and meluangkan masa together-gether pun dah cukup buat aku rase that's the best birthday ever. paham tak? aku nak itu aje. terima kasih sebab sudi temankan saya. (^_^)

last friday, pergi interview kat Biotech Medical Corporation. 50-50. tak letak too much hope. and ade offer jugak dari Nuvasive. tp belum reply ape-ape. urghhh... tension. keliru. nak stay or nak jump?? haih. tapi ramai yang bg opinion suruh jump. tp macam sayang dengan company sekarang. entah la. taktau! arghhhh!

last week, memang kerja gaji buta. macam bersalah. tapi tuh kire ganti ahad-ahad yang aku kene kerja and malam-malam yang aku balik lewat kul 2-3 pg sebab ade case. hoh. pergi tengok cerita This Is It dengan budak-budak office. memang puas hati. recommended. and sekarang kami tengah gile dengar lagu-lagu MJ and hafal dance movement dia. AWWWWW!

uh. tak tau nak cakap ape dah. cume nak berterima kasih pada semua orang yang wished birthday kat saya. yang wished kt FB, sms and call. thanks semua. =)

** hari ni birthday bestfriend time sekolah rendah dulu, Adilah Farahiyah. Happy Birthday Dila **

Saturday, October 31, 2009

bila bosan episode 2

last night, i slept around 3 am.
then this morning 8 am dah terjaga.
dr param called he might do case today.
went to office. alarm berbunyi sangat kuat and semua bosses start called guard. ingat ade pencuri. huhu.
then, send set to bangsar. but then case was postponed. patient not stable.

went to bank islam to pay car installment. but then tak boleh cash out dari ATM derang.
lari pergi RHB and came back to bank islam.
tapi, securiforce tengah servis deposit machine. kuar kan duit segala dari machine tu.
waited for 1/2 hour jugak lah. hangen jek....


*while waiting at bank islam*

lapar. balik rumah. farmville sekejup and blogging sekejup.

mahu kuar semula. tapi taktau mahu pergi mana dan nak ajak sape.

baiklah. nak pergi called all my babes.

*patutlah semalam emosi giler. rupe nye pagi ni bulan menjelma. hahhahahah*

entri rawak berbaur emosi. maaf.

1. aku tengah lapar yang amat sekarang. tambah hujan lebat. malas sungguh nak keluar.

2. menyampah tengok status update kat facebook tuh. yang segala 2 minit sekali orang tu nak update. takde life ke?? so, aku dah hide diorang-diorang tuh. semak mata tengok. gambar nak tido malam pun nak letak ke? takde paham ini olang. heee

3. aku nak marah encik boyfriend sebab dia takde dengan aku sekarang. sebab dia kene keje jauh-jauh dari aku. tapi, aku tak boleh nak marah la kan. dah nama keje. silap hari bulan aku yang kene pelempang plak. tapi aku still ade perasaan tak puas hati tuh. korang paham kan ape yang aku rase kan??? macam ade something dalam hati yang tak lepas, and buat kite makin rase sakit hati. tapi ape yang boleh buat, diam je la kan.

4. so, bila aku diam-diam tak cakap ape-ape, tiba-tiba aku rase macam empty. lonely kah? takde pulak. entah. tibe-tibe rase macam dah takde perasaan nak jumpa dia. macam, kalau lepas-lepas ni tak jumpe pun macam dah tak kesah dah. tak heran dah. malam ni takde nak call or msg die lansung. gembirakah die? tah. lantaklah.

5. semua bende nak menyakitkan hati sekarang. kerja, boss yang bangang, member yang tak reti bahase, bf yang jauh dan x reti nak pujuk tambah sakitkan hati.

6. demi gembirakan hati, aku pergi treatment rambut and scalp. jauh plak tuh salun yang aku cari. kat puchong sane. hakhakhak. puas hati. stylist die chinese guy, cute sangat. macam bae yong jun pun ade.

7. ade perasaan nak pergi merajuk bercuti jauh-jauh tepi pantai sorang-sorang sambil relax tenangkan kepala otak ni. sambil amik package spa dan massage. wuuuu~ lepas tuh konon-konon tibe-tibe bf datang surprise kan aku pujuk suruh balik jumpa mak ayah. haha. berangan. tak mungkin la kan. dia tak romantic ok.

8. aku tak matured ke? selalu salah ke? nape every single thing pun end up aku yang salah atau nak salahkan aku atau nampak macam aku yang salah?

9. ok. aku memang degil, susah nak berubah, keras kepala, tak nak dengar cakap, suka bagi reason. susah la nak deal dengan aku ni.

10. jadi, sila klik butang pangkah "X" kat belah kanan atas tuh. silakan.

hari ni aku emo. peduli ape korang nak cakap ape. sekian.

Wednesday, October 28, 2009

mogok kerja.

seronok nye.

bangun lambat.

guling-guling.

(^_^")

Tuesday, October 27, 2009

kau jangan harap boleh buli aku eh!

i'm so depressed now!!!!!!! like, nak pergi menjerit kuat-kuat!!!!!!!!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!

aku rase jadi baby sitter lagi bagus.

seriously bengang giler ni. dah la tak bayar EPF lagi. pastu gaji dah la tak masuk on time. pastuh, aku ni keje lebih masa, ahad siap ade case lagi, ade aku berkira?? yang kau dengki nak tarik balik advance untuk klang valley exec apesal?? yang south and north nye exec tuh kau siap bagi rumah dengan advance lagi. kalau diorang case masuk berjuta-juta aku tak heran la. ni nak tengok case seminggu pun jenuh. yang aku ni bawak duit masuk beribu-ribu kau nak tarik advance. ok, awal-awal bulan memang aku takde mintak advance pun. semua guna duit sendiri. dah hujung bulan ni, memang la duit dah habis. lepas tuh dah la gaji lambat. claim semua tak dapat lagi. dekat RM1000 kau simpan aku nye claim. aku nak makan ape hujung bulan? pastuh kau nak bising-bising suruh aku cari sale. nak cari sale ape kalau duit nak isi minyak keta pun takde? kau jangan harap la aku nak guna savings aku. savings is saving. tuh duit aku dah masuk ASB. mane boleh kuar la sengal.

kalau surgeon suruh belanja makan lepas case, memang aku cakap je aku takde duit. biar dia called kau sendiri. biar kau tau malu. baru kau tau langit tuh tinggi rendah nya macam mane. sekarang kau punye other half dah sakit. lagi kau nak anaiya orang. kau tak sedar-sedar diri lagi ke?? kau tuh dah la menipu semua orang. sekarang kau tau pulak nak terase sume orang cakap pasal kau. takde sape nak tanye pasal kau lagi la. tak yah nak perasan popular sangat. konon punching bag for all. boleh blah.

urghhh! tension!

Sunday, October 18, 2009

of sunday

morning. its sunday 8.24am and i'm already woke up. hebat kan? hahahah. terbiasa bangun awal pulak coz for the past 3 days, i woke up very early, like 7am dah bunyi alarm. and 7.45 dah start enjin kereta. and for the 3days jugak, i menjadi parasit kat rumah my sister kat damansara ni. hehehe. sebablah ade exhibition kat selayang GH from 14-16 october. so, if stay shah alam macam jauh gile nak ulang-alik, mind in the jam lagi. owh-oh. tak rela. boleh botak kepala.

ok, so on saturday, went to open houses in pantai dalam and puncak alam and went back to pantai dalam. aku dah plan-plan dengan angah nak gie seremban rumah makcik on sunday. raya rumah diorg plak since angah tak dapat pegi raya hari tuh. of course la nak follow kan. and, ayah akmal pun ajak angah and abang amir singgah rumah die jugak. =D . mestilah nak. hehehhe. sila kata aku gediks. ok. so, dah plan baik-baik kul 12 g umah makcik and petang-petang sket gie umah akmal.

tapi....

***


tibe-tibe dr azwa called. die cakap nak pakai mesh and grafton on sunday. emergency case, burst fracture L1. dalam hati aku, "DAMN!!!!!". kenapelah time-time macam ni kau nak jatuh banggunan encik bangla oiiiitttt!!! (patient tuh bangladesh). so, i made some calls and then pinjam kereta abang amir. pergi amik barang kat office shah alam and send to HUKM. then called sayang saye. told him i have case on sunday. macam tak bole follow gie seremban. he sounded sad too. but he said, its my job and i need to attend the case lah. not that he doesnt want to meet me. but its my nature of job. i have to be responsible of it.


urgh!!! tibe-tibe rase nak tukar kerja.

and now what i'm doing?? ok. pagi-pagi orang HUKM called tanya pasal grafton. then i said i already sent in. then i have to be on-called for the next case.

.
.
.
.
.
.
.

sekarang aku dh kat HUKM. they already finished posterior part. now waiting for the anterior punye part. jam dah pukul 6 pm nih. kul bape lak nak abes nih...waaaaaaaaa....!!!!

nak gie seremban. nak jumpa akmal. sob..sob..

ok. kembali bekerja. sekian.

Saturday, October 10, 2009

to my bundle of joy, rockstars and chenta hati.

oleh kerana hari ini adalah hari untuk diri sendiri, aku nak cerita pasal diri sendiri dan mereka-mereka yang berkaitan dengan diri ini. hee. aku sungguh-sungguh sangat sayang kamu semua. betul ni!

on top of the list :



sudah tentu family aku ni ha.



ayah nampak dalam gambar ni macam garang kan?? maybe la. sebab he is a pegawai yang ajar budak-budak yang baru nak jadi polis (new recruit tuh). of course la kena garang kan. on top of that, he's in charge of kawad. haaa...kau tau pekik suara yang diperlukan nak jerit kat budak-budak polis tuh? tapi, kat rumah dia ialah sangat penyabar. kitorang kalau nak mintak duit pun kat ayah. sebab bila tanya mak, dia suruh tanya ayah jugak. huu. ayah akan banyak soal siasat ape nak buat duit tu, if nak keluar, dengan sape, budak mana. dah tentu-tentu dia polis kan (tapi orang kata, anak polis selalunya terjal. ek?) ayah terer masak nasi tomato and nasi goreng kampung ala-ala malas. tapi selalu licin kuali. hari raya hari tuh, ayah join main mercun, sekali dengan pakteh and pakjang semua. dah la pakai kain pelikat je sume. comel. sempat aku dengan mak-mak sedara mengumpat. ape jadi kalau mercun tuh pusing masuk dalam kain pelikat? hahhahahahaha. tak usah bayangkan.



mak pulak jenis yang kuat membebel. mak-mak memang kuat membebel kan?? kite pun nanti tah-tah macam tuh jugak. hehe. masakan mak semua sedap-sedap. kalau balik rumah mesti naik 2 kg. tak dapat nak control makan. mesti bedal sebab tak sampai hati nak buang or membazir makanan tuh semua. heheh. mak macam lemah lembut, tak kan bercakap hal orang atau sibuk-sibuk hal orang. sumpah. itulah mak yang aku kenal. mak sangat kreatif. dia terer gubah bunga and hantaran. so, ramai jugak orang tempah dengan mak. cantik-cantik okey. hehehe. pastuh dia suke kumpul periuk belanga pinggan mangkuk vintage la, kristal lah. macam-macam. setahun sekali mesti pergi langkawi and kelantan untuk borong barang-barang macam tuh. bila tanya mak nak buat benda tuh sume simpan je.. mak jawab, kalau kau kahwin, boleh la pakai! comel gile mak. heehee




angah dengan abang amir aku memang best. sporting abes. abang amir my brother in law la weh. ramai orang tanya aku, napa panggil akak aku angah. sebab dia kan anak first. nape tak panggil kak long ke. sebab...dulu before angah lahir, kitorg ade abang. tapi meninggal sebab lahir tak cukup bulan. mak cakap, abang dapat hidup sejam je. kalau tak mesti aku ade abang. mesti aku jadi anak last. hahahha. ikut adat pepatih negeri sembilan, elok lah kalau panggil akak aku angah. macam menghormati sikit la arwah abang aku tuh. al-fatihah. ok, balik ke cerita asal. derang ni walaupun dah kahwin, tapi perangai macam orang muda lagi. gile. seronok. aku plak selalu la kebas rembat beg angah, baju ke, kasut ke. make-up ke. sebab dia cam fair dari aku yang berkulit tan cam beyonce ni. kadang-kadang ade make-up dia tak seswai dia bagi la aku. free u! i loike! hahahhaa. abang amir plak memang gila gadget and hi-tech. handphone memang update selalu. so, aku selalu nye pakai hp dia je la. dia bg free. aku pakai je la kan. cam nokia E66 ni pun dia yang bg pakai sebab dia dah beli hp baru lagi canggih yang buruk bg aku. hahahah. suke! dan, encik amir ni kalau bawak kereta...mak uihh...memang laju, selit sane, selit sini. isk. tang tuh, aku tak berape suke. heee.



adik aku ni plak, PMR tahun ni. si debab of the family. hari-hari nak makan ayam. die baru form 3, tapi dah tinggi melangit macam ayah dah. aku jek ketot ikut mak.. =( heee. dia pandai main gitar. abang amir hadiahkan gitar capuk kat dia masa birthday dia tahun lepas. ok, aku tak berapa nak rapat dengan adik. maybe sebab dia lelaki and umur kitorg beza 8 tahun. =D dulu selalu merungut bila mak suh buai adik tido. isk.



yang si kenit balqish ni pulak, macam sunshine in our life. kalau dia ada, kecoh rumah. bising sebab mulut die becok tak reti diam. sebab tuh la cikgu tadika dia hantar dia pergi bertanding bercerita. dapat nombor 1 peringkat daerah dan negeri! peringkat negara takde plak. kalau tak mesti menang jugak neh. bangga plak aku. heheh. pastuh, pompuan kenit ni macam menggedik sikit. bukan sikit, banyak okeh. tak tau la dia ikut perangai sape ni. heee. mak aku cakap ayah dulu tak pernah nak mandikan anak-anak dia or ikat rambut kitorg masa kecik-kecik dulu. tapi, dengan cucu dia ni, waaahhhh...siap mandikan and ikat rambut lagi. jeles plak. heee



ini, CHENTA HATI saya merangkap penasihat peribadi dan problem solver. kuat membebel jugak die nih. hee. tapi saya cinta dia sangat! haaaa. gedik. sila muntah kalau nak.

yang di bawah-bawah ni sume ialah my ROCKSTAR-S. tanpa mereka, suram la hidup aku neh. janji kawan sampai bila-bila. takkan lupa!



arock, fana, roro, salina, syikin, maria, diana. don't forget. 1 mei 2014,
DTC. hahahhah.



yana.



fizah, julie, ain, acad.

love~

weekend bebeh!

its saturday. time for me to relaks. yep. i like it. woke up so late. and now starving like hell. have not taken my shower yet. haha. serabai kan. sungguh detail.

ok, yesterday, we had company open house. that morning i need to send bonegraft to HUKM. and i dont wear my baju kurung. plus, all my baju raya were not dry clean yet. last week pakai for beraya and open house. tak sempat nak basuh. (padahal kau pemalas cakap je la kan..) so, i masuk OT and almost 12 noon i pun blah. straightly went to subang parade and bought baju kurung. 2 choices, fuschia pink or greyish blue. then syikin came and be my stylist. she suggested me the greyish blue as i already have pink kebaya. so i try baju tuh and its really fit me. plus, this one price cheaper sket compare to pink's. hahahha. then, i bought heels for me to wear with this kurung. my heels sume kat rumah. tak sempat nak balik dah. plus, office keep calling us and macam tak sedap la nak datang lambat-lambat.

so, itu la dia. suka sangat last minute prepare. hilang duit. mambazir. tapi takpe. puas hati den. hahahhaha. sebab lah semua orang tegur cakap lawa. weeee~ jadi macam malu-malu sikit. hakhak.

(pictures will be uploaded soon ~ in FB and here! hu.)

okey, habis cerita semalam. hari ni???? tah ye. actually ada 2 invitation for open house. tapi sume petang-petang sikit and malam. so, for the time being rileks-rileks dulu, maen farmville and update blog. heh.

footnote :

things need to be done today -
1. laundry please!
2. kemas rumah
3. buat report
4. buat sit-up 100x !!
5. farmville~
6. go for open houses dan beraya sepenuh hati.

eh, besok ade open house rumah angah. sekian.

Wednesday, October 07, 2009

kisah pergi beraya.

okey. hari ahad hari tuh pergi beraya. ain ajak beraya rumah dia kat setiawangsa. so, pergi la kitorang berempat ni. aku, fizah, julie and ain. malas nak type panjang-panjang. biar gambar ceritakan semua.


dalam kereta wajib ade.


ain sempat promote koleksi vintage mak die you!


abid datang menyebok tepat pada masa nya.


rumah kawan faiz yang sangat cantik, besar gile. jakun sekejup ok.


rumah cik sally! heee

ok. kejadian di atas berlaku pada hari ahad yek. malam selasa hari tuh, dengan tak tau malu mintak nak raya rumah fairuz. gile tak malu kan. tapi takpe. dapat makan KFC. heee


nampak tak KFC atas meja?? huu


gile poyo kan gambar ni?? peduli ape.

Saturday, October 03, 2009

bila bosan

entri ini memang sumpah buat sebab tengah bosan yang amat sangat. hari ni dating sekejup jek. pukul 3 petang dah kena balik. sebab akmal nak kena balik seremban. esok dia nak kena gerak gie JB awal. so nak prepare barang semua. nak basuh baju semua.

actually, dia sampai KL malam tadi. tapi die lepas gian main basketball kat hartamas dulu. bole tak??? bukannya dia nak datang jumpa aku dulu kan. sabar je la hati ni. tuh la we all jumpa hari sabtu je.

pukul 10 pagi dia dah sampai rumah shah alam aku. gie breakfast jup kat pusat komersil seksyen 7 ni. then gerak gie sunway pyramid. beli tiket G-Force 3D, pukul 12.20 pm. sementara nak tunggu movie start, we all jalan-jalan cuci mata dulu la kan. tengok-tengok seluar baju yang sales, memanggil-manggil aku supaya membazir. hiks.

akmal pun sempat belek-belek seluar kat marks&spencer. tapi tak menarik sangat.



then, gie la tgk cerita ni. sangat comel ok guinea pig tuh. heee. berbaloi beli tiket 3D. tak menyesal.



lepas tuh, rase sangat kebulur giler (iaitu aku jek yang berperasaan macam tuh). paksa gak akmal makan dalam sunway pyramid jek. tak kuasa la kan nak keluar dari situ and cari tempat makan lain. mau pengsan aku kebulur.

so, decided makan kat asian avenue. we chose RM cafe. he ate spagetti hainan.



mine, i opt for rice, asam pedas ikan, sambal sotong and veges set, plus soya drink. nampak sangat aku kebulur kan. tak sempat nak snap gambar sebab lapar sangat aku dah bedal dulu. dasat kan. hahah.

lepas tuh, aku macam lapar lagi. bole tak..aku heret akmal gie Takoyaki. ordered prawn Takoyaki. time-time tuh jugak aku bedal. memang perempuan ni kebulur. tak senonoh. berjalan sambil makan. sedap okey mende ni. sila gie try.



okey lah. sekian sahaja kisah hari ni.