Wednesday, June 24, 2009

down & up

hari ni dan semalam ialah sangat down!

kenape? semalam ada case kat HUKM. terbangun pukul 8.52 am. padahal case ialah pukul 9 (first case). kelam kabut macam lipas kudung mencicit lari ke toilet. mandi ala-ala P.ramlee. huh! ni semua sebab pergi the ship dan bergonjeng sampai pukul 3 tak ingat dunia pagi-pagi esoknya ada kerja. (sila menginsafi diri wahai cik nani)

then terlupe nak amik nasi lemak untuk OT staff yang dah order malam sebelumnya. sampai-sampai kt changing room, terserempak dengan mr. azmi depan i.c.u. dia tanya ada bawak breakfast ke tak. aku cakap la takde. pastuh dia membebel lapar penat raound ward camne nak wat operation. haihh..orang tua ni. banyak songeh betul. tapi, memang diakui salah aku la kan. padan muka.

pastuh, masa nak collect set kat o.t kena tunngu dalam 1-2 jam jugak lah. sebab nurses busy prepara patient untuk case cervical under trauma. tunngu lagi. hayohhh..

hari ni pula, bersemangat waja pergi princecourt. nak jumpa encik fadzli purchasing and dr deepak or dr jagdeep. tapi, oleh kerana penularan influenza A, diorang tak kasi aku masuk ok! aku telah dihalau balik. sebabnya aku ada sikit-sikit sakit tekak and selsema. macam hampeh. tapi nak buat macam mana, dah tu prosedurnya kan. pastuh akupun call la en fadzli tuh nak suruh dia keluar minum ke dengan aku yang pemalu ni. then dia ialah cuti plak. siot jek.

then aku meneruskan perjalanan ke HUKM pulak. hajat di hati nak jumpa dr Johan. tapi dia tiada juga. dia ada bengkel ortho kat HKL. then aku pun pergi la jumpa en azman unit kebajikan tuh. tapi dia cakap nak D.O original dengan invoice siap cop nombor akaun semua. heeee....penat jek datang jauh-jauh.

oleh itu, untuk meng-up kan balik hari aku, aku singgah mid valley. konon-konon nak survey baju and kasut jek. tapi aku dah terbeli black blazzer kat metrojaya. tiba-tiba tau-tau jek aku terpandang dan sekaligus ter-grab flip-flop colour chocolate yang sangat comel. wahahahaha...memang shopping is the best therapy la (bukan aku yang cakap..cleo yang cakap). anyways, blazzer tuh boleh pakai masa meeting dental kat penang besok. hehuuu.

walaupun hari ni dan semalam ialah sangat down, tapi takpe. sebab last weekend was so awesome!!! huhu. joined gathering kat Port Dickson. kalau dah 5 tahun tak jumpa, faham-faham aje lah macam mana perangai kami semua. bikin kecoh satu cocoa bay tuh. haruslah plan gathering ni lagi next year. plan nak pergi pangkor or tioman. so, siap sedia je lah $$$$ nya...









besok, kena travel pergi Penang pulak sampai sunday. this dental meeting is giving me headache. hanya ada 3 jam je nak study and memorize semua benda. haihh..

tapi takpe. coz mesti akan awesoma jek. i know it! hu

No comments: