Thursday, August 13, 2009

hari ini asyik jumpe reporters & photogs jek.

woh. tadi pergi pantai bangsar hospital. drop alison depan lobby sebab dia nak terkucil sangat. then nampak ada photogs and reporters sume. i was like, "eh, ade reporters siap video cam sume ni.jom-jom. g tengok sebok-sebok. mana tau muka masuk tv." tengah nak interframe diri, tibe-tibe datang pak guard ketuk tingkap oyen sambil suruh turunkan windom glass.

guard : boleh tunggu kat tempat lain tak cik?
saya : jup-jup. saya tengah tunggu dr param.
guard : nih hopital cik! tolong hormat.

aku pun muke sebal drive masuk parking basement.

sampai kat basement. tibe-tibe nampak ramai manusia berkopiah berserban pakai tudung semua. dalam hati, "eh, ade VIP meninggal ke ni."

tibe-tibe nampak muka manusia yang macam kenal-kenal jek. "eh,itu ialah ramli m.s"

then, alison called suruh naik lobby. then dr param pun masuk kereta, sambil cakap "yo girl, why lah seat belakang kereta u macam wardrobe bergerak". dalam hati "sukati aku lah kan kalau nak angkut peti ais tv tong gas ke dalam kereta aku ni". huhu

tau-tau aku tertanya dia, "doc, ade VIP died ke today". dr param tak sure plak ade VIP died that day. tapi dia dengan murah hati called anest, dato jamhari.

dr param : dato, ade VIP died ke kat hospital hari ni?
dato jamhari : (kerana tak dengar dia cakap ape, aku pun main assume jek) eh, takde la plak.nape?
dr param : yeke, but i saw lots of reporters and photogs at lobby. (padahal dia dapat maklumat dari aku.)
dato jamhari : ohhh...nih kot. ade singer meninggal. asri kot nama dia.

setelah dr param cakap kat dato yang dia dah nak keluar lunch dengan 2 girlfriends, aku pun terus menyampuk. "ohhh...asri penyanyi nasyid kot. yang kumpulan rabbani tuh kot...patut la nampak ramli m.s tadi".

then, kitorang lunch kat bangsar shopping center. ape tah name restaurant dia. tak ingat dah. makan-makan, borak-borak, then blah la kan. dah kenyang plak. turun escalotor, nampak lagi reporters and photogs. pastuh tiba terkeluar suara besau aku, "eh, xandria ooi". tak sangka suara ku agak kuat sampai dia terpandang and senyum kat aku. ala...aku recognize dia sebablah rambut dia yang spastik fesyen macam alien tuh jek. ade fringe and straight jek. hee... tak payah ingat aku minat dia ok. tak heran pun. hiks. oh, ade official ceremony anya hindmarch rupenya. patut lah...

balik office, alison pun cerita kat kak ita. kesimpulan mereka, aku juga ialah sangat kepochi! iye ker? (*_*")

No comments: