Monday, August 31, 2009

ngomelan di pagi buta.

ape kejadahnya aku blogging pagi-pagi buta ni? pas sahur terus mengadap farmville. jadi tak boleh tidur dah. puas guling-guling kesana kemari. kalau buat amal ibadah bersolat sunat takpe jugak kan.cis. ape nak jadi la kan anak remaja zaman sekarang ni.

ohh. sebelum tuh, SELAMAT BERPUASA SEMUA. tau dah agak lambat wish. sorry. salahkan farmville. hiks.

semalam berbuka makan steamboat kat USJ. buffet RM 18.80++ satu kepala. makan la banyak mana pun. tak kesah. akibatnya, perut kekenyangan macam ular sawa. sampai terpaksa unbutton skinny jean topshop aku tu. akmal geleng-geleng kepala tengok perangai tak senonoh aku tuh. hahaha. tapi memang sumpah kenyang gile wehhh. sape-sapa yang rase nak berbuka makan food yang agak sihat, sila lah ke sana. macam-macam ada. restoren ni satu tempat dengan subang sports planet, dekat dengan giant, mydin subang. dekat juga dengan summit USJ. sila-sila. bawa rakan taulan dan kaum kerabat anda. wahh. aku plak tolong iklan kan restoren ni. patut mintak fees kan? hee.

lately nih, aku suka sangat blog hopping blog-blog bakal-bakal pengantin or yang baru kahwin. gatal nak kahwin sangat kah aku? mungkin. tapi duit tak cukup lagi. plus, akmal baru sangat kerja gov. gaji 3 bulan pending. walaupun pangkat pegawai, tapi starting gaji takde lah tinggi sangat. baru kerja pulak kan. kira-kira, hitung-hitung, lagi tinggi gaji aku kot. hiks. tapi dia di muar. sangat lah boleh saving. aku dah lah duduk shah alam. semua bende nak mahal. hee.macam mana nak saving. (alasan, padahal kau shopping tak ingat dunia setiap bulan sape suruh!).

okey, balik ke tajuk asal. dah meroyan nak kahwin sangat kah aku? tidak. tapi aku suka sangat tengok preparation diorang. gambar-gambar engagement yang cantik, gambar-gambar soleminisation yang indah-indah. wedding shoots yang marvellous. suka sangat tengok. dan berangan untuk wedding aku plak nanti. heee. tapi no way aku akan kahwin masa terdekat. paling tidak bila umur 25 atau 26. belum puas enjoy lagi. tapi, orang kata, tak semestinya bila dah kahwin tak boleh enjoy life kan. boleh. tapi mestilah ada batasan nya kan. takkan la dah kahwin nanti kau nak melepak dengan kawan-kawan kat kopitiam sampai pukul 4 pagi kan? nak kena kerat kaki?

okey. lari tajuk lagi. cis. akmal nak beli kereta baru, nama dia sendiri. tapi taknak pakai kereta malaysia. nak beli hondalah, swift lah, toyota lah. ayahanda dia kata, boleh nak pakai kereta mahal kalau nak kahwin lambat lagi. tapi lambat lagi tuh, lambat yang macam mana? takkan nak tunggu sampai habis bayar hutang kereta. jadi anak dara tualah aku nanti. atau cari orang lain? hiks. taknak. saya tetap nak dia juga. =) akmal kata, boleh aje kahwin walau ada hutang kereta. tapi tak payah la buat besar-besaran nak grand bagai. cukup buat yang wajib. kami memang plan wedding kami nanti simple aje, tapi sweet and nice. hiiks. (^_^)

oh. lama lagi semua tuh. lama lagi perjalanan hidup (kalau panjang umur la kan). banyak lagi benda nak fikir. banyak lagi pengalaman hidup yang belum di-explore. saya nak hidup saya penuh bermakna. taknak la nak fikir kahwin aje kan?

sekian untuk waktu ini. mahu sambung main farmville. dah boleh harvest pokok cili. weee!

No comments: