Friday, September 18, 2009

menjelang raya...

cuba teka aku kat mane ni??

aku kat office lagi dow!! gile. gile. aku tak sabar dah nak balik kampung ni wehhh. macam ulat bulu tak senang duduk dah ni.

banyak benda nak buat ni. plan dengan angah nak gerak balik rembau tengah hari esok. drive sendiri-sendiri sebab dia nanti nak balik perak. susah plak aku tade kete nak gerak. cehh. macam la kat rumah muar tade kereta lain. padahal ade je waja ayah n kancil buruk mak tuh. hehe. taknak. taknak. tak glamour lah i nanti. warna kereta harus sama dengan warna baju raya. wahahahha.

okey. checklist hari ni dan esok before balik kampung :

1. pergi perodua jup betulkan window and plat oyen. screw kat plat ade tanggal, cam loggar. kalau tengok dekat-dekat cam senget. tak cantik plak nanti.

2. basuh kereta. hantar kedai jek.

3. pergi saloon. nak basuh rambut and wat facial. (gediks tak aku?)

4. amik laundry dari dobi.

5. kemas rumah and pack barang yang nak bawa balik.

6. top-up Touch&Go and isi minyak oyen sampai penuh.

heeee.. okey. aku nak bergerak ke perodua sekarang. tadaaa~

No comments: