Sunday, September 06, 2009

peristiwa hari ahad pula.

setelah peristiwa hari sabtu semalam berlalu, kita lihat pula apa yang berlaku hari ahad ni.

semalam balik rumah dah pukul 3 pagi. for sure pagi ni terbongkang sampai tengah hari. isk. nasib tak puasa kan. guling-guling sampai lebam. fikir ape nak buat hari ni. calling-calling all my babes. tapi semua busy, out of town or balik kampung. mungkin hari ni ialah hari untuk diri sendiri?

ye. tepat sekali. setelah menonton melodi dan nona (rancangan wajib tonton setiap hari ahad okey)dan harvest segala bende yang perlu di harvest kat kebun tuh, aku pun siap-siap. mandi semua. fikir-fikir nak melawa over ke simple je? simple je dah la. bukan keluar ramai-ramai pun. jalan sorang-sorang jek pun. lagi pun mana la tau nak men-try baju ke...hiks.

ok. destinasi pertama UITM. tumpang bank islam dia orang nak deposit cash installment oyen, bayar PTPTN and bayar card credit. pastu pergi carefour subang. nak bayar bil maxis. pastu pergi subang parade pulak.

ye.ye. mesti korang pelik kan nape nak pergi subang parade je instead of sunway piramid kan. pada aku subang parade okey jek, best, seronok jugak nak shopping-shopping kat situ. semua yang kau nak ada. kecuali movie and entertainment lain yang kurang faedah nya la kan. tak percaya? korang try la pergi sana. macam-macam ada. hiks. plus, rasa macam sweet je datang subang parade sebab most of visitors and customers ialah family yang ada anak-anak kecil yang comel-comel. susah la kau nak jumpa couple budak sekolah berdating kat situ yang bila kau tengok jek rasa cam menyampah nak lempang diorang sebab kecik-kecik dah pandai bercinta tak nak belajar. haha. tiada kaitan.

okey. mari lihat hasil tangkapan hari ini.


skII tuh aku beli sebab teruja tengok muka akak aku yang dah makin licin macam kulit bayi. aku jeles. so what? huhu. facial cleanser Clinique dah habis. so beli yang baru. toner and moisturiser banyak lagi sebab dulu beli yang size gedabak punye. cleanser dia satu size jek.


girdle. eh. bukan. korset lah. he. motif pembelian : untuk meyembunyikan perut yang pasti buncit setelah membedal ketupat lemang rendang kuih tart nenas dan almond london semasa musim raya. untuk memberi ilusi ramping walaupun kau dah belasah makanan berkodi-kodi. hahhaha. WTF.

pastuh dapat voucher RM70. tak tau nak beli apa. jadi aku decide beli bra LA SENZA. 2 for RM129. kena tambah sikit la duit. huhu. gambar? tiada. rahsia la kan. kang satu seantero dunia tahu aku pakai bra colour ape pulak kang. hehehe.

baiklah. setelah penat mencari tangkapan, tiba-tiba rasa lapar.


makan sushi jek untuk buka puasa. (eleh, padahal tak puasa kan). 3 piring sushi jek dah kenyang. tapi semasa menaip entri ni, rase macam lapar la pulak. isk.

lapar.lapar. tolong.

2 comments:

lili11 said...

Licin macam kulit baby? Owhh ...
Eh jom lah wat posting utk undi fynn jamal sebagai Weblog Popular 1Malaysia. She deserves it! Tenkiu. Undi Fynn

Hernanie said...

licin macam bayi macam over kan? heheh. tp licin la kulit dia.
yea. fynn jamal memang best. seronok bace blog dia kan.