Saturday, September 12, 2009

Persiapan yang tak berapa nak siap sangat.

lagi seminggu nak raya. yeay! =)

persiapan raya? takdelah gempak mana. baju kurung raya tah dah siap ke belum pun tak tau lah. mintak mummy tolong ambil dari nyonya tailor kat Aked Muar bawa balik kampung terus. oh ye. tahun ni raya kat negeri sembilan. heehe. elehhh..padahal setiap tahun pun raya negeri jugak. seronok tau.

okey. proses membeli belah sempena raya rase nya dah cukup. hari ni, pergi one utama dengan cinta hati saya. hiks. beliau nak beli jeans dari butik LEVI's. cantik. saya tolong pilih. hehe. pastuh dia nak cari lagi sehelai dua tshirt. suruh dia rembat t-shirt G200 lagi 2 helai sebab ada 50% diskaun. wajiblah kan. plus, dia suka t-shirt yang kosong and simple takde corak serabut-serabut. sesuai sangat la tuh.

untuk saya? ini dia.


handbag Charles & Keith. jatuh cinta pandang pertama bila tengok. terus tunjuk peraga depan akmal. dia pun setuju beli. hiks. beg ni tengah penyek-penyek lagi. tuh pasal macam pelik sikit. tapi bila dah letak barang lawa lah nanti. (sedapkan hati sendiri..)

sebenarnya dah ada beli handbag masa sales kat SOGO. ayah belanja =).



tapi menggatal nak beli bag baru jugak. takpe lah. handbag Charles & Keith tuh boleh pakai pergi kerja jugak.

dan crocs yang comel ini.



untuk dipakai pergi kubur pun boleh. pergi jalan-jalan raya rumah sedara mara rakan taulan pun okey. masuk kereta turun kereta tanggal kasut terus masuk rumah orang. tak sempat nak bercatwalk peraga kasut heel lima inci pun nanti. baiklah pakai crocs comel ni. heee. kalau hujan ke, lecak ke, kau boleh berlari senang hati tau. takde risau-risau heels kotor or tercucuk tengelam dalam tanah. hahahahah.

okey. bye.

No comments: