Monday, September 28, 2009

sindrom ape?

uh. monday. bad monday. malas sungguh nak kerja after dah puas beraya. macam takde mood dah nak buat ape-ape pun.

sindrom apekah ini? aku seriously macam dah bosan dengan kerja sekarang. hari-hari buat benda yang sama. takde challenge. big boss dah tabur macam-macam janji. yang kalau segala plan tuh jadi, memang superb la kan. tapi sampai bila nak tunggu. kata nya, before end of the year nak close deal. but, if that does not happen, macam bosan la kan..

tadi julie tanya. fizah pun sama. tah nape tibe-tibe mereka terkeluar topik ni. julie tanya, "Kau puas tak dengan hidup kau sekarang?". aku diam. lama. berfikir. puaskah aku dengan ape yang dah aku dapat sekarang?

belum..belum puas. namanya pun manusia kan. manelah nak puas dengan sesuatu benda. ok. aku memang patut bersyukur. dah ada degree. dah ada kereta. ade cinta hati. ade keluarga yang sentiasa menyokong. tapi...macam ade something missing. yang aku rasa macam kosong. i'm still not living my life to the fullest. mungkin... i need some changes. i need some new air. perubahan yang buat diri kembali bersemangat.

bila ditanya pada rakan sekerja yang sudah agak-agak tua, senang je jawapan mereka. "biasalah..darah muda. mestilah cepat bosan dengan sesuatu. kalau boleh nak cuba sesuatu yang baru selalu". betulkah?

entah. yang pasti memang dah takde semangat sangat nak kerja.

...harap-harap application kat petronas tuh berjaya.. ^_^

No comments: