Saturday, October 03, 2009

bila bosan

entri ini memang sumpah buat sebab tengah bosan yang amat sangat. hari ni dating sekejup jek. pukul 3 petang dah kena balik. sebab akmal nak kena balik seremban. esok dia nak kena gerak gie JB awal. so nak prepare barang semua. nak basuh baju semua.

actually, dia sampai KL malam tadi. tapi die lepas gian main basketball kat hartamas dulu. bole tak??? bukannya dia nak datang jumpa aku dulu kan. sabar je la hati ni. tuh la we all jumpa hari sabtu je.

pukul 10 pagi dia dah sampai rumah shah alam aku. gie breakfast jup kat pusat komersil seksyen 7 ni. then gerak gie sunway pyramid. beli tiket G-Force 3D, pukul 12.20 pm. sementara nak tunggu movie start, we all jalan-jalan cuci mata dulu la kan. tengok-tengok seluar baju yang sales, memanggil-manggil aku supaya membazir. hiks.

akmal pun sempat belek-belek seluar kat marks&spencer. tapi tak menarik sangat.



then, gie la tgk cerita ni. sangat comel ok guinea pig tuh. heee. berbaloi beli tiket 3D. tak menyesal.



lepas tuh, rase sangat kebulur giler (iaitu aku jek yang berperasaan macam tuh). paksa gak akmal makan dalam sunway pyramid jek. tak kuasa la kan nak keluar dari situ and cari tempat makan lain. mau pengsan aku kebulur.

so, decided makan kat asian avenue. we chose RM cafe. he ate spagetti hainan.



mine, i opt for rice, asam pedas ikan, sambal sotong and veges set, plus soya drink. nampak sangat aku kebulur kan. tak sempat nak snap gambar sebab lapar sangat aku dah bedal dulu. dasat kan. hahah.

lepas tuh, aku macam lapar lagi. bole tak..aku heret akmal gie Takoyaki. ordered prawn Takoyaki. time-time tuh jugak aku bedal. memang perempuan ni kebulur. tak senonoh. berjalan sambil makan. sedap okey mende ni. sila gie try.



okey lah. sekian sahaja kisah hari ni.

No comments: