Saturday, October 31, 2009

entri rawak berbaur emosi. maaf.

1. aku tengah lapar yang amat sekarang. tambah hujan lebat. malas sungguh nak keluar.

2. menyampah tengok status update kat facebook tuh. yang segala 2 minit sekali orang tu nak update. takde life ke?? so, aku dah hide diorang-diorang tuh. semak mata tengok. gambar nak tido malam pun nak letak ke? takde paham ini olang. heee

3. aku nak marah encik boyfriend sebab dia takde dengan aku sekarang. sebab dia kene keje jauh-jauh dari aku. tapi, aku tak boleh nak marah la kan. dah nama keje. silap hari bulan aku yang kene pelempang plak. tapi aku still ade perasaan tak puas hati tuh. korang paham kan ape yang aku rase kan??? macam ade something dalam hati yang tak lepas, and buat kite makin rase sakit hati. tapi ape yang boleh buat, diam je la kan.

4. so, bila aku diam-diam tak cakap ape-ape, tiba-tiba aku rase macam empty. lonely kah? takde pulak. entah. tibe-tibe rase macam dah takde perasaan nak jumpa dia. macam, kalau lepas-lepas ni tak jumpe pun macam dah tak kesah dah. tak heran dah. malam ni takde nak call or msg die lansung. gembirakah die? tah. lantaklah.

5. semua bende nak menyakitkan hati sekarang. kerja, boss yang bangang, member yang tak reti bahase, bf yang jauh dan x reti nak pujuk tambah sakitkan hati.

6. demi gembirakan hati, aku pergi treatment rambut and scalp. jauh plak tuh salun yang aku cari. kat puchong sane. hakhakhak. puas hati. stylist die chinese guy, cute sangat. macam bae yong jun pun ade.

7. ade perasaan nak pergi merajuk bercuti jauh-jauh tepi pantai sorang-sorang sambil relax tenangkan kepala otak ni. sambil amik package spa dan massage. wuuuu~ lepas tuh konon-konon tibe-tibe bf datang surprise kan aku pujuk suruh balik jumpa mak ayah. haha. berangan. tak mungkin la kan. dia tak romantic ok.

8. aku tak matured ke? selalu salah ke? nape every single thing pun end up aku yang salah atau nak salahkan aku atau nampak macam aku yang salah?

9. ok. aku memang degil, susah nak berubah, keras kepala, tak nak dengar cakap, suka bagi reason. susah la nak deal dengan aku ni.

10. jadi, sila klik butang pangkah "X" kat belah kanan atas tuh. silakan.

hari ni aku emo. peduli ape korang nak cakap ape. sekian.

No comments: