Wednesday, November 18, 2009

aktiviti penganggur terhormat - hari pertama

helo helo!
owh. sungguh heaven duk diam-diam kat rumah sambil main farmville sampai lebam. tak sabar nye nak jumpa encik bf jumaat ni. dia ade meeting kat sheraton KL. pesan kat dia siap-siap suruh pakai tie yang aku bagi tuh. heeee. tak malu kan.biarlah. nak tengok handsome ke tak bila dia pakai tie tuh kan. huhu. tak handsome bukan bf aku. wakakakak.

plan hari ni : petang-petang sket kang nak balik rumah angah kat damansara. kene gerak sebelum 5.30. tak kuasa aku nak bersesak-sesak dengan orang nak balik kerja. aku dah tak kerja ok. *bangga*
die suruh apply kat public bank. ape kejadahnye aku nak mintak public bank tuh. bukan nya aku ade degree in account or business pun. heh. tapi dia cakap kawan dia ade boleh tolong. try aje la kan. tak rugi pun.

oh ye. tadi dah masak sardin dengan telur dadar. lauk orang pemalas. nasi pun dah siap masak. jup lagi kalau kebulur boleh makan terus. tak yah nak mandi-mandi. gosok gigi pun tak perlu. ape eww eww? ala..korang pun mesti ade buat camtuh kan. bangun pagi tak mandi tak gosok gigi terus breakfast jek. pastuh mak-mak korang akan " ape nak jadi la anak dara aku ni. ade ke teruna sudi nak pinang dia ni nanti...?" atau paling best sekali kena piat telinga atau kene cubit. nak paling terbaik kena sesah dengan penyapu. tapi kalau korang anak orang kaya atau cucu sultan ke, siap boleh breakfast on the bed lagi. sunuk nyeee! hahaha.

jangan pelik dan heran. selagi aku tak start kerja baru, tiap-tiap hari la akan ada entri baru. haha. tak suke bace, sila jangan segan silu tekan butang pangkah tuh eh.

ok. macam dah lapar. mari makan!



bismillah! ngapppp~

No comments: