Monday, November 30, 2009

amaran : entri ini berbaur jiwang. jangan muntah.

pernah tak anda rasa terabai? kamu fikir pasal orang tuh setiap masa, setiap nafas. tapi kadang-kadang dia terlupa pasal kite. alasan ialah sangat busy and takde masa. ape yang korang rasa?

sakit hati kan? geram kan? isk.

seriously, aku taknak pun kau spend satu hari kau dengan aku. or sampai kau tak boleh buat kerja lain melainkan nak sms aku or call aku. aku taknak pun tuh sume. over la kan kalau nak macam tuh. aku just nak kau at least sms aku tanda kau ade ingat aku. kau ade terfikir pasal aku. sebab aku setiap masa ingat pasal kau. setiap masa fikir ape yang kau tengah buat, kau kat mana. dengan sape. kadang bila hp kau ter-off habis bateri, aku risau nak mati. sampai tekan nombor kau 232 kali walaupun perempuan voice mail yang jawab. dengan harapan bila kau on hp kau akan call aku balik and cakap kat aku dont worry kau okey and selamat jek and tak perlu risau. tapi kau sms cakap aku dah tido eh? boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau sedar tak aku just nak attention dari kau. or at least kau sensitif dengan perasaan aku. at least terfikir, "eh, hari ni lansung tak dengar khabar dari dia, call dia seminit lah". bukan nak jadi kau romantik mat bunga jiwang ayat berkarat. bukan jugak nak hadiah mahal beibu dari kau. bukan.

hadiah hari lahir pun aku tak harap. tak ingin pun. aku just nak spend that day dengan kau. aku tak kesah aku yang datang kat kau. on my birthday. sebab aku paham kau penat ade kerja. aku serius tak kesah tuh sume. aku nak ade dengan kau jek. paham tak? tapi kau dah ade plan nak keluar dengan kawan-kawan kau. on my birthday. dan kau suruh aku balik. sorang-sorang. malam tuh jugak nak suruh aku balik. on my birthday. boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau cakap bila kau terkena dengan 2 orang perempuan ni kau dah malas nak bagi full attention and nak enjoy life kau sepuas hati. tapi aku bukan 2 orang perempuan tuh? kenapa nak anggap aku sama macam diorang? bila aku banding-bandingkan aku dengan 2 perempuan tuh, kau cakap ape nak banding-banding ni. tapi aku just nak kau tau aku berbeza dari diorang. paham tak?

sungguh, aku sayang kau sangat. cinta sangat.

sumpah nak hidup semati dengan kau.

walaupun perangai kau yang ni tak boleh ubah tapi aku tau kau sayang aku kan? kau memang dah buat yang terbaik untuk aku. aku sangat-sangat appreciate ape yang kau dah buat untuk aku. bukan senang orang nak berubah kan?

sayang, harap cinta kita akan sampai mati.

No comments: