Sunday, November 15, 2009

episode kecantikan konon.

hohoih. tabik respect sket kat diri sendiri. 2 hari ni aku duk rumah jek okeh. tak gie mane-mane pun. ok. sah-sah tipu. haha. ade la jugak keluar gie makan kan. kebulur plak nanti tak makan pape.

aku takde motif nak tulis ape hari ni. sumpah bosan kan hidup camnih. ade jek budak-budak ni ajak keluar tengok movie and main bowling. tapi semua tuh bakal menggunakan duit yang paling banyak sikit RM50. bulan ni kedekut-kedekut sikit sebab aku nak kene renew roadtax and insurans kereta. dah kira-kira sume lebey kurang RM1283. hah! memang sah-sah aku pokai bulan ni. jadi bulan ni memang takde shopping pape pun. just pergi buat treatment scalp and rambut, worth RM128 and beli tie and tie-pin untuk akmal. motif : saje nak congrat die dapat keje government pegawai sains tuh. hiks. plus, tak pernah belikan pape untuk die. asyik-asyik die je belikan aku barang. kasut adidas tuh, crocs yang comel, perfume dkny tuh, jam swatch tuh. so, sebab  tak nak nampak aku gf yang cheapskate nak raikan die keje baru aku bagi la hadiah tie and tie-pin tuh. hahaha.

ok. sebablah aku takde motif nak tulis ape, aku saje-saje nak citer facial routine and segala mak nenek make up yang aku pakai.


sume ni aku letak dalam box RM23.90 beli kat the store. bile aku balik kampung time raye aku angkut satu box. senang.

as you can see, aku memang stick dengan Clinique. start gune masa aku 2nd year kt UM dulu. i have oily skin. so, consultant clinique suggested aku gune facial gel for oily skin (tiade dalam gambar di atas eh), toner number 3 and moisturiser gel for oily skin jugak. after toner and before moisturiser, tepek miracle essence SKII. boleh letak around your eye area. its really help me as boleh notice chicken pox scar dah makin berkurang and kulit semakin lembut ok. eye cream tretment pun aku gune clinique jugak sebab dikhabarkan boleh kurangkan puffiness. tapi camtuh jugak jek. maybe sebab aku malas sket nak tepek mendelah ni. make-up remover aku gune fasio. motif, die tak oily sangat and tanggalkan semua make-up degil especially eye make-up. once a week, scrub muke (pun gune clinique) and after that tanggalkan white head or black head gune alat die yang boleh beli kat watson's or guardian. jangan gune jari as kuku akan cederakan kulit anda.

botol putih yang ade tulis "attiva" tuh ialah scalp tonic. remember i said i have oily skin? and so my scalp. so, kene treat scalp sebab sometimes scalp aku cam gatal-gatal sket bile mule berpeluh. seksa tau. takut orang ingat aku ade kutu plak. hiks. shampoo and conditioner pun from attiva jugak. shampoo dia khas untuk kulit kepala berminyak cam aku nih. conditioner dia ialah relaxing treatment. sapu kat hujung-hujung rambut jek and after keringkan, wallah!!! shine-shine rambut ku. hiks.

bio-oil sangat-sangat perlu. coz aku kene chicken pox bila dah tua bangka 23 thn ni. kene la usaha hilangkan cepat-cepat. sunblock aku pakai garnier jek. nape? sebab SPF50 and the die tak berapa oily. foundation from MAC, and also make-up base. make-up base ni ade pearl mineral. so, akan buat muke nampak berseri-seri sampai ke petang. tapi die quit oily sebenarnye. so kadang-kadang aku pakai base ni. kadang-kadang tak terutamanya bila time-time homonal changes. lagi la oily melampau muke ku. nasib baik lah bukan jenis yang keluar jerawat batu segala. heee. takut! perfume, sangat heart ini DKNY rose and Paco Rabanne Black XS.

tapi aku rase aku cam ade problen uneven skin tone. maybe i should change to facial routine untuk whitening punye.... hurmm.


okey. for make-up, tak berape banyak sangat. and i don't buy make-up yang mahal gilos. concealer from bodyshop. tak berape nak hide imperfections sangat. tapi after letak MAC foundation, okeh la hasilnya. plan to buy Stage's concealer nanti. mascara from revlon. i like! memanjangkan eye lashes and paling penting tak tinggalkan kesan gelap bawah mata coz it's waterproof. . eye shadow earth-tone and natural color coz mostly pakai pergi kerja and tak boleh la nak over make-up. also from revlon.  for night make-up, i still have cyber colour eye shadow in silver. see the eye shadow palette yang ade colour biru and green tuh, my sister gave me. she got it for free from her make-up artist friend. so aku dengan senang hati pun rembat je la kan.  blusher, rosey cheeks from elianto. the colour is not really in pink, macam pinkish orange. reason, boleh membuatkan chubby cheeks anda kurus sket la. ilusi optik gitu. lipstick in nude choclate dari in2it. lip liner from cyber color and lip gloss from body shop. lip balm wajib ade. i choose nivea coz die ade lip treatment skali. hand cream Eubos ni sangat best sebab buat jari jemari lembut dan tak kering. sapu kat kuku-kuku sekali and buat kuku anda berkilat macam baru lepas buff. hehehe. face powder penting as finishing coz it will blend all the foundation, concealer and blusher yang dah tepek before that. i choose Loreal True Match. why? coz that's the only shade yang seswai dengan kulit tanned aku ni. tak jumpa yang perfect walau kat MAC pun. semua powder yang pernah try akan bagi this effect, 'kulit bersalut tepung gomak macam opera cina'. means dia tak blend well dengan skin and nampak macam pakai topeng. oh. tak rela.the problem is, shade jenis ni jarang jumpe kat counter loreal. isk. patut beli banyak-banyak kan siap-siap. then, make-up brush tuh beli kat elianto jek. senang. boleh lipat-lipat. ade blusher brush, eye shadow brush ade 2, 1 yang lembut and 1 keras skit, eye liner brush and lipstick brush. lengkap!

semua-semua ni sumbatkan ke dalam beg purple RM3 beli dari kedai runcit. easy to carry. jangan lupe sumbatkan sekali sikat lipat yang comel itu. he. kalau pagi-pagi bangun lambat nak pergi keje, jinjing beg ni and boleh make-up kat office. or kalau kau nak pergi dating tapi terlambat siap and bf kau dah tunggu kat depan rumah dan hampir mengamuk sebab dah lambat, takkan la nak make-up bagai kan. mau kene pelempang. so, ko jinjit beg ni and boleh make-up dalam kereta. itulah yang aku selalu buat. kalau rambut basah tak sempat nak keringkan gune hair dryer, bukak tingkap kereta luas-luas and suruh bf bawak 120km/j. hulur sikit kepala kat luar tingkap and sekejup je rambut dah kering. time tuh la sikat lipat comel amat berguna. hehe. tapi hati-hati. kang kepala kene libas dengan lori or motor plak. hahaha.

ok. sekian sahaja. berjumpa lagi di episode yang lain. (^_^")

No comments: