Saturday, November 14, 2009

krisis kendiri

hidup aku memang sungguh tak terurus sekarang. mentang-mentang aku dah nak resign suka hati mak nenek aku je nak datang lambat masuk office. whatever pun, isnin ni aku dah last day. yehaaa! pastuh aku cuti 2 minggu. 1 disember start keje tempat baru. rugi betul kan. patutnye habiskan la setahun kan. tapi lagi lame aku stay lagi la banyak duit haram aku makan. yela. keje gaji buta je. mengular je keje nye. bile takde semangat nak keje memang macam tuh la jadi nye. baik lah aku blah cepat2.

seriously aku kene pergi rejuvenate diri. bagi semangat balik. now, aku memang takde mood. contoh pertama. tadi ade kenduri kahwin housmate aku ajak pegi. tapi sebab lah aku tak berapa nak kenal dengan bride, aku malas nak g. contoh kedua, pijah ajak g tengok movie malam ni. pun aku tolak jugak. hasil nya, farm aku semakin berkembang. blog aku pun ade entri baru. wah. kira produktif jugak la kan. kehkehkeh. takdela aku duk melangok kosong je kat umah ni.

aku ade krisis dalaman sekarang. heh. aku manusia normal ok. biasala kan bende kecik pun nak bikin kecoh semalaya. haha.

ok. krisis aku skang ni sebablah aku tak tau nak pilih offer mane. offer pertama. company diagnostic. office kat tengah2 KL. kat depan tawakal tuh. bayangkan aje cmne aku nak meredah jam pegi balik keje nanti. product specialist. aku mintak nak cover area southern. claim mileage die RM 0.40 agak lumayan juga. boleh mintak advance. commission based on sales. no target. kene lagi banyak travel. peluang training oversea sekali setahun. salary offer tinggi sket.

offer kedua. company spine juga. baru bukak tahun ni. product die banyak variasi. tak perlu nak belajar banyak sangat coz dah ade basic. akan cover area same and jumpa orang yang lebih kurang same jugak. ade surgeons yang aku macam meluat dah nak jumpa tapi if aku join company ni of course aku kene jumpe diorang lagi. salary offer lebih kurang sama dengan sekarang. peluang training oversea tak diketahui. tapi products dia all from US.

offer ketiga, balik rumah kat muar mintak guru sandaran. yang ini aku belum mintak lagi. mak aku suruh sebab die ade kawan kat PPD muar tuh. mungkin senang dapat. tapi, layak ke aku ni jadi cikgu???

urgh. tolong! if you all ade pendapat tolong bgtau yeh. really appreciate it.

No comments: