Thursday, December 10, 2009

mari meng-fit-kan diri

weh. ni nak cerita pasal semalam.

semalam kan after keje, aku pergi subang parade. niat di hati nak pergi amik coffee kat LWM. sebab coffee aku dah abes. kalau tak minum, seminggu la aku tak 'membuang' nanti.

so, aku pun drive je la slow-slow pergi subang. sambil tuh, on the phone dengan akmal. tapi gune bluetooth la. then, bila nak masuk parking, kak nurul call. rupa-rupanya dia kat belakang aku je. nak masuk parking jugak. so, bile memasing dah parking, we all pun jumpa la kat dalam subang parade tuh. after aku dah g amik coffee aku, aku jumpa dia kat level 1, depan celebrity fitness tuh. dia pun memang nak pergi usha-usha gym tuh. so aku teman la dia.

pastuh aku tersedar plak yang aku ni gemuk lagi, pergi LWM pun kurus sikit jek. cis. cis. kitorang usha-usha la celebrity fitness tuh. masa tuh tengah ade group dancing. aku dah teruja dah time tuh. pastuh ade rpm. lagi teruja sebab boleh burn 600 calory per hour kot. ade yoga, kick boxing. pokok nya, memang aku dah teruja lah.

pastuh akmal pernah la cakap suruh aku masuk gym. exercise. seriously, aku nak masuk pun sebab dia la kan. dah la dia dah kurus and fit sekarang. aku jugak makin melebar nih. aku pun taknak la kan nanti orang tengok bf gagah tapi gf gemok. tak best la kan. nak la dua-dua pun macam best je kan. baru la macam padan kan. pastuh aku ingat lagi dia cakap dia suka tengok perempuan exercise and involve in sport. dia cakap nampak hot. oh. aku nak jadi hot macam itu! hahahahah.

so, aku and kak nurul usha-usha price dia. tapi mahal weh. untuk all club, registration fee sampai RM 400++. pastuh if nak amik juice kena bayar lain. isk.

then, kitorang g usha fitness first kat depan subang parade tuh plak. serius cakap, gym dia tak lawa mane pun. tapi, bulan 3 nanti gym baru siap, kat empire subang tuh jugak. lagi menarik. siap ade swimming pool sume. paling best, upfront fee dia RM100++ jek untuk all club. boleh pergi mane-mane gym fitness first kat seluruh dunia. tapi monthly tinggi sikit dari celebrity fitness. and juice bar dia ialah free! wah. tanpa disedari, aku telah meng-sign-up kan diri aku. cis. cis.


bukti!

so, start minggu depan akan bermula lah misi aku menghilangkan lemak-lemak di badan~

wish me good luck!

No comments: