Sunday, June 28, 2009

kenapa?

baru balik dari penang.
tersangat penat.
tapi tak boleh tidur.
kenapakah??? why?? why???

kerana rindukan si dia?
kerana terlalu penat lalu tak boleh nak tidur langsung?
kerana terlebih minum 100plus dan coffee semasa di penang?
kerana terlalu nervous mungkin muka akan terpampang dalam column kesihatan surat khabar ahad depan?
kerana risau mungkin terlebih makan semasa di penang dan mungkin akan dimarahi consultant LWM?
kerana risau duit dah habis tapi gaji belum masuk lagi?

wahhh...banyak betul penyebabnya ni.

Wednesday, June 24, 2009

down & up

hari ni dan semalam ialah sangat down!

kenape? semalam ada case kat HUKM. terbangun pukul 8.52 am. padahal case ialah pukul 9 (first case). kelam kabut macam lipas kudung mencicit lari ke toilet. mandi ala-ala P.ramlee. huh! ni semua sebab pergi the ship dan bergonjeng sampai pukul 3 tak ingat dunia pagi-pagi esoknya ada kerja. (sila menginsafi diri wahai cik nani)

then terlupe nak amik nasi lemak untuk OT staff yang dah order malam sebelumnya. sampai-sampai kt changing room, terserempak dengan mr. azmi depan i.c.u. dia tanya ada bawak breakfast ke tak. aku cakap la takde. pastuh dia membebel lapar penat raound ward camne nak wat operation. haihh..orang tua ni. banyak songeh betul. tapi, memang diakui salah aku la kan. padan muka.

pastuh, masa nak collect set kat o.t kena tunngu dalam 1-2 jam jugak lah. sebab nurses busy prepara patient untuk case cervical under trauma. tunngu lagi. hayohhh..

hari ni pula, bersemangat waja pergi princecourt. nak jumpa encik fadzli purchasing and dr deepak or dr jagdeep. tapi, oleh kerana penularan influenza A, diorang tak kasi aku masuk ok! aku telah dihalau balik. sebabnya aku ada sikit-sikit sakit tekak and selsema. macam hampeh. tapi nak buat macam mana, dah tu prosedurnya kan. pastuh akupun call la en fadzli tuh nak suruh dia keluar minum ke dengan aku yang pemalu ni. then dia ialah cuti plak. siot jek.

then aku meneruskan perjalanan ke HUKM pulak. hajat di hati nak jumpa dr Johan. tapi dia tiada juga. dia ada bengkel ortho kat HKL. then aku pun pergi la jumpa en azman unit kebajikan tuh. tapi dia cakap nak D.O original dengan invoice siap cop nombor akaun semua. heeee....penat jek datang jauh-jauh.

oleh itu, untuk meng-up kan balik hari aku, aku singgah mid valley. konon-konon nak survey baju and kasut jek. tapi aku dah terbeli black blazzer kat metrojaya. tiba-tiba tau-tau jek aku terpandang dan sekaligus ter-grab flip-flop colour chocolate yang sangat comel. wahahahaha...memang shopping is the best therapy la (bukan aku yang cakap..cleo yang cakap). anyways, blazzer tuh boleh pakai masa meeting dental kat penang besok. hehuuu.

walaupun hari ni dan semalam ialah sangat down, tapi takpe. sebab last weekend was so awesome!!! huhu. joined gathering kat Port Dickson. kalau dah 5 tahun tak jumpa, faham-faham aje lah macam mana perangai kami semua. bikin kecoh satu cocoa bay tuh. haruslah plan gathering ni lagi next year. plan nak pergi pangkor or tioman. so, siap sedia je lah $$$$ nya...









besok, kena travel pergi Penang pulak sampai sunday. this dental meeting is giving me headache. hanya ada 3 jam je nak study and memorize semua benda. haihh..

tapi takpe. coz mesti akan awesoma jek. i know it! hu

Saturday, June 20, 2009

aku sudah hilang 600g

mr LOML selalu cakap aku ni gemuk. tp dia akan tambah 'comel' kt belakang word gemuk tuh. cam wth la kan. mentang-mentang lah badan dia sangat la fit dan hot yang dulunya ade six pack bagai tapi sekarang dah takde lagi sebab lah dia selalu cakap aku gemuk dia pun dah berjangkit ke-gemuk-kan aku tuh. muahahahahaha. dia selalu cakap tak moh bertunang dengan aku selagi aku tak kurus.

ape?? ini telah mencabar beta ni.yang buat beta lagi tercabar bile dia promise nak bagi ape saje kalau aku kurus. macam boleh percaya jek.

tapi takpe. sebab aku dah semakin bersemangat nak kurus ni. ok. mula-mula aku semangat la jugak pergi jogging kat tasik shah alam tuh. dapat 1 round je aku dah mengah nak pengsan bagai. siap fizah housemateku kene usung tarik aku sebab dah tak larat nk jalan lagi. macam mengade dan gediks giler kan. hu.

pastuh aku dah malas-malas nak jogging. then aku try diet plak. pun tak berkesan.

sampai la baru-baru ni company bagi allowance yang pending tak bayar untuk 3 bulan. pastuh aku dengan penuh gatal nya gi register kat LONDON WEIGHT MANAGEMENT. mula-mula dia akan consult and advise body part yang ada problem tuh and suggest treatment yang seswai. aku dah sangat terpengaruh bila amoi consultant tuh tunjukkan aku gambar-gambar makcik-makcik yang dulu gemuk gedempol cam maskot a&w tapi sekarang ni dah kurus cun hot giler sume ade lah. aku macam wohhh! biar betul ni.

so aku pun swap lah card RHB bank aku. bayar deposit 1000. balance lagi 2900 aku bayar guna credit card nanti. so dia bawak la aku gie buat treatment tuh sume ( yang free sebab aku terus sign-up hati tuh jugak).

mula-mula timbang aku 54.8kg. aku pun mula la masuk bilik sauna dia mandi stim yang panas hot sume. agak pening-pening jugak bila aku keluar dari bilik tuh. then suh aku masuk satu bilik kecik ni. die lumur badan aku dengan lavanda solution yang macam ada butir-butir sea salt agaknye. then amoi tuh urut-urut satu badan aku yang nikmat gila rase die hilang segala penat hari tuh drive sampai ke bangsar and stuck in jam. wohhhh...best.best. pastuh die wrap aku dengan infra-red blanket kot ke tah ape ke jadah nama bendealah tuh aku tak hingat tapi lepas tuh blanket tuh panaskan body kita. maybe nak pecahkan lemak-lemak degil aku ni. berpeluh sakan siot. banjir kot bed tuh dengan peluh aku. third stage dia guna machine nih yang macam menarik-narik otot-otot aku. pelekat machine tuh die lekatkan kat abdomen, lengan and paha. so macam rasa buat sit-up 200 kali kot.

habis sume treatment aku gie timbang lagi. dah jadi 54.2kg sehhhhhh....!!! wooooo...

okey. hari selasa ni aku gie wat treatment tuh lagi. just wait and see hasil nya nanti yea.

kepada encik akmal, hahhh..siap sedia la kamu. saye nak pow kamu skII set, baju kasut sume. muahahaha.

Friday, June 19, 2009

tak malu sungguh

"saya sayang kamu sangat2 budak comel. saya janji saya takkan sia-siakan kamu. i love you so much"


waaa..terharu giler biler dia wat ayat macam tuh. heee
saya sayang kamu juga.
lalalalalala~

happy father's day!

lately ni jarang update entri. bukan ade ramai orang yang bace sgt pun my blog ni. saje buat suke-suke. huu~

results interview pegawai sains biomedikal dah keluar. me?? simpanan setahun. macam hampeh. soalan interview tah ape-ape jawab pun boleh dapat simpanan ke? haha. mr LOML lulus!! hahaha. tak terjangka akal fikiran dia boleh dapat position tuh. haha. macam terbalik kan. patut nya perempuan la kerja government, lelaki kerja private la kan..hihu. tapi okey lah. at least one of us dapat kerja government. kira terjamin la. so kalau kita kene pecat atau berhenti keje at least die still ade kerja tetap boleh tanggung family. ha..macam confirm-confirm je akan kahwin nanti. (tapi macam confirm jek..huahua. gatal.)

next week kena pergi penang. ada dental meeting. from 24 june to 28 june. sure-sure akan penat gile macam nak mati nanti. adoiyaaa..

oh, weekend maybe akan pergi port dickson. ade gathering dengan member-member secondary school dulu. siap nak buar barbeque sume. haih. tengok je la ape yang jadi nanti. huhu.

dan oh lagi, ahad ni ialah father's day. HAPPY FATHER'S DAY ayah. nak bagi hadiah ape yehh??

cauuu~