Monday, September 28, 2009

sindrom ape?

uh. monday. bad monday. malas sungguh nak kerja after dah puas beraya. macam takde mood dah nak buat ape-ape pun.

sindrom apekah ini? aku seriously macam dah bosan dengan kerja sekarang. hari-hari buat benda yang sama. takde challenge. big boss dah tabur macam-macam janji. yang kalau segala plan tuh jadi, memang superb la kan. tapi sampai bila nak tunggu. kata nya, before end of the year nak close deal. but, if that does not happen, macam bosan la kan..

tadi julie tanya. fizah pun sama. tah nape tibe-tibe mereka terkeluar topik ni. julie tanya, "Kau puas tak dengan hidup kau sekarang?". aku diam. lama. berfikir. puaskah aku dengan ape yang dah aku dapat sekarang?

belum..belum puas. namanya pun manusia kan. manelah nak puas dengan sesuatu benda. ok. aku memang patut bersyukur. dah ada degree. dah ada kereta. ade cinta hati. ade keluarga yang sentiasa menyokong. tapi...macam ade something missing. yang aku rasa macam kosong. i'm still not living my life to the fullest. mungkin... i need some changes. i need some new air. perubahan yang buat diri kembali bersemangat.

bila ditanya pada rakan sekerja yang sudah agak-agak tua, senang je jawapan mereka. "biasalah..darah muda. mestilah cepat bosan dengan sesuatu. kalau boleh nak cuba sesuatu yang baru selalu". betulkah?

entah. yang pasti memang dah takde semangat sangat nak kerja.

...harap-harap application kat petronas tuh berjaya.. ^_^

Friday, September 18, 2009

menjelang raya...

cuba teka aku kat mane ni??

aku kat office lagi dow!! gile. gile. aku tak sabar dah nak balik kampung ni wehhh. macam ulat bulu tak senang duduk dah ni.

banyak benda nak buat ni. plan dengan angah nak gerak balik rembau tengah hari esok. drive sendiri-sendiri sebab dia nanti nak balik perak. susah plak aku tade kete nak gerak. cehh. macam la kat rumah muar tade kereta lain. padahal ade je waja ayah n kancil buruk mak tuh. hehe. taknak. taknak. tak glamour lah i nanti. warna kereta harus sama dengan warna baju raya. wahahahha.

okey. checklist hari ni dan esok before balik kampung :

1. pergi perodua jup betulkan window and plat oyen. screw kat plat ade tanggal, cam loggar. kalau tengok dekat-dekat cam senget. tak cantik plak nanti.

2. basuh kereta. hantar kedai jek.

3. pergi saloon. nak basuh rambut and wat facial. (gediks tak aku?)

4. amik laundry dari dobi.

5. kemas rumah and pack barang yang nak bawa balik.

6. top-up Touch&Go and isi minyak oyen sampai penuh.

heeee.. okey. aku nak bergerak ke perodua sekarang. tadaaa~

=(

miss u damn much!

Wednesday, September 16, 2009

tolong halang saya dari pergi ke bazar dan sale sempena raya!

yeay. tinggal 3 hari je lagi nak raya.

seriously, dah tade mood lansung oke nak keje. buat keje main2 jek. tp, kene settlekan sume bende jugak before cuti raye. ohh. cakap pasal cuti raya nih, dah lulus cuti seminggu. weeee. serunuknya. ade can nak ikut convoi raye dengan schoolmates.

oke. aku kene stop pergi bazar raya, shopping complex yang ade sale raya dan tempat-tempat yang sewaktu dengan nya. selagi tak raya, mesti ade jek benda nak beli kan. aku dah sangat over budget oke. sangat! tak harus jadi macam ni. hehe. tapi, confirm-confirm la tak menyesal walaupun over budget. last thing yang sempat beli - heels, pareo (untuk pakai dengan kebaya) and selendang. okey. cukup-cukuplah tuh. dah taknak beli apa-apa lagi. =P nanti update pics nye.

selingan : sayang, i'm so sorry i made you upset. saya tau kamu marah dekat saya. marah-marah tanda nye sayang kan? hiks. oke. saya janji tak akan jadi selfish atau jual ikan lagi. janji akan jadi lebih matured, fikir panjang and sentiasa positif! hu.

baiklah. kembali kepada semangat raya. lalalala~

Saturday, September 12, 2009

Persiapan yang tak berapa nak siap sangat.

lagi seminggu nak raya. yeay! =)

persiapan raya? takdelah gempak mana. baju kurung raya tah dah siap ke belum pun tak tau lah. mintak mummy tolong ambil dari nyonya tailor kat Aked Muar bawa balik kampung terus. oh ye. tahun ni raya kat negeri sembilan. heehe. elehhh..padahal setiap tahun pun raya negeri jugak. seronok tau.

okey. proses membeli belah sempena raya rase nya dah cukup. hari ni, pergi one utama dengan cinta hati saya. hiks. beliau nak beli jeans dari butik LEVI's. cantik. saya tolong pilih. hehe. pastuh dia nak cari lagi sehelai dua tshirt. suruh dia rembat t-shirt G200 lagi 2 helai sebab ada 50% diskaun. wajiblah kan. plus, dia suka t-shirt yang kosong and simple takde corak serabut-serabut. sesuai sangat la tuh.

untuk saya? ini dia.


handbag Charles & Keith. jatuh cinta pandang pertama bila tengok. terus tunjuk peraga depan akmal. dia pun setuju beli. hiks. beg ni tengah penyek-penyek lagi. tuh pasal macam pelik sikit. tapi bila dah letak barang lawa lah nanti. (sedapkan hati sendiri..)

sebenarnya dah ada beli handbag masa sales kat SOGO. ayah belanja =).



tapi menggatal nak beli bag baru jugak. takpe lah. handbag Charles & Keith tuh boleh pakai pergi kerja jugak.

dan crocs yang comel ini.



untuk dipakai pergi kubur pun boleh. pergi jalan-jalan raya rumah sedara mara rakan taulan pun okey. masuk kereta turun kereta tanggal kasut terus masuk rumah orang. tak sempat nak bercatwalk peraga kasut heel lima inci pun nanti. baiklah pakai crocs comel ni. heee. kalau hujan ke, lecak ke, kau boleh berlari senang hati tau. takde risau-risau heels kotor or tercucuk tengelam dalam tanah. hahahahah.

okey. bye.

Sunday, September 06, 2009

peristiwa hari ahad pula.

setelah peristiwa hari sabtu semalam berlalu, kita lihat pula apa yang berlaku hari ahad ni.

semalam balik rumah dah pukul 3 pagi. for sure pagi ni terbongkang sampai tengah hari. isk. nasib tak puasa kan. guling-guling sampai lebam. fikir ape nak buat hari ni. calling-calling all my babes. tapi semua busy, out of town or balik kampung. mungkin hari ni ialah hari untuk diri sendiri?

ye. tepat sekali. setelah menonton melodi dan nona (rancangan wajib tonton setiap hari ahad okey)dan harvest segala bende yang perlu di harvest kat kebun tuh, aku pun siap-siap. mandi semua. fikir-fikir nak melawa over ke simple je? simple je dah la. bukan keluar ramai-ramai pun. jalan sorang-sorang jek pun. lagi pun mana la tau nak men-try baju ke...hiks.

ok. destinasi pertama UITM. tumpang bank islam dia orang nak deposit cash installment oyen, bayar PTPTN and bayar card credit. pastu pergi carefour subang. nak bayar bil maxis. pastu pergi subang parade pulak.

ye.ye. mesti korang pelik kan nape nak pergi subang parade je instead of sunway piramid kan. pada aku subang parade okey jek, best, seronok jugak nak shopping-shopping kat situ. semua yang kau nak ada. kecuali movie and entertainment lain yang kurang faedah nya la kan. tak percaya? korang try la pergi sana. macam-macam ada. hiks. plus, rasa macam sweet je datang subang parade sebab most of visitors and customers ialah family yang ada anak-anak kecil yang comel-comel. susah la kau nak jumpa couple budak sekolah berdating kat situ yang bila kau tengok jek rasa cam menyampah nak lempang diorang sebab kecik-kecik dah pandai bercinta tak nak belajar. haha. tiada kaitan.

okey. mari lihat hasil tangkapan hari ini.


skII tuh aku beli sebab teruja tengok muka akak aku yang dah makin licin macam kulit bayi. aku jeles. so what? huhu. facial cleanser Clinique dah habis. so beli yang baru. toner and moisturiser banyak lagi sebab dulu beli yang size gedabak punye. cleanser dia satu size jek.


girdle. eh. bukan. korset lah. he. motif pembelian : untuk meyembunyikan perut yang pasti buncit setelah membedal ketupat lemang rendang kuih tart nenas dan almond london semasa musim raya. untuk memberi ilusi ramping walaupun kau dah belasah makanan berkodi-kodi. hahhaha. WTF.

pastuh dapat voucher RM70. tak tau nak beli apa. jadi aku decide beli bra LA SENZA. 2 for RM129. kena tambah sikit la duit. huhu. gambar? tiada. rahsia la kan. kang satu seantero dunia tahu aku pakai bra colour ape pulak kang. hehehe.

baiklah. setelah penat mencari tangkapan, tiba-tiba rasa lapar.


makan sushi jek untuk buka puasa. (eleh, padahal tak puasa kan). 3 piring sushi jek dah kenyang. tapi semasa menaip entri ni, rase macam lapar la pulak. isk.

lapar.lapar. tolong.

peristiwa hari sabtu

baiklah. atas paksaan encik akmal, beliau telah menyuruh saya beronggeng bersama rakan-rakan saya. kata beliau, tak mahu saya keseorangan di rumah. (sebab bila bosan saya akan keep calling dia dan sms dia tanpa henti dan bila dia tak angkat atau tak reply akan membuatkan my blood go upstair. hoh)

rumah sewa seksyen 7 dijadikan tempat check point. atau bahasa mudah nya, titik bertolak. hehe. destinasi pertama, berbuaka puasa. setelah habis berhempas pulas fikir nak buka puasa di mana, kami decide nak pergi IKEA. ada bufet RM 15.90++. okey, bila dengar bufet semua orang teruja sebab boleh makan sebanyak mana yang boleh sampai perut kembong. (walaupun sendiri tak puasa ^_^)

baiklah. biar gambar menceritakan peristiwa.


dalam kereta wajib berposing okey.


tamak. ambil makanan tak ingat dunia punya.


sempat tengok meja orang. nak pastikan makanan kami paling banyak. hiks


tak sabar nak makan!


perot dah kembong.

destinasi kedua, kepong. tujuan, berkaroke. okey.


gigih menyanyi. sampai kena naik atas sofa nak dapatkan feel.

okey itu sahaja. sebenarnya lepas karoke pergi makan nasi lemak kat Kampung Baru. tapi tak sempat nak snap-snap gambar sebab dah haus dan lapar sangat tenaga banyak dibazirkan berkaroke tak hingat dunia. (kalau pergi terawikh ada gak pekdahnya kan. isk.)

sekian.

Saturday, September 05, 2009

here we go again. a weird saturday.

how wish you are here.
"me too. but sometime the best thing isn't the one we desired syg".

yup. what's he said is totally true. no doubt about it. but we have to admit this one thing. when we are really attached to someone and we are really in love with him/her, we want to spend every single weekend with that person, every minute and everyday.

but, as he said, we cannot get all the things we want in this world. there's a time we have to let it go. go with the nature and learn to be patient and mature.

okey sayang. saya akan bersabar. teehee

Wednesday, September 02, 2009

maaf. tiada maksud

it's raining outside. and i can smell the rain's. to be exact, the smell when the rain hit the ground. tak kesah apa-apa pun maksudnya. i just love it.

it's already september. cepatnya masa berjalan. kan?

tomorrow i'll have case again. for sure kena berbuka dalam OT lagi. penatnya. tak sempat pun nak berbuka luar dengan housemates. ape lagi dengan kawan-kawan rakan taulan yang jauh mahupun dekat. hiks. nasib baik dah pernah berbuka dengan encik akmal and my family jugak. kalau tuh pun tak pernah, miserable kot hidup.

sekarang tengah berfikir nak tukar kerjaya atau tak perlu? kene compete dengan fresh grads pulak nanti. hurmmm...nanti-nanti lah kan.

owh, entri yang sangat tak bermaya. chow~