Saturday, October 31, 2009

bila bosan episode 2

last night, i slept around 3 am.
then this morning 8 am dah terjaga.
dr param called he might do case today.
went to office. alarm berbunyi sangat kuat and semua bosses start called guard. ingat ade pencuri. huhu.
then, send set to bangsar. but then case was postponed. patient not stable.

went to bank islam to pay car installment. but then tak boleh cash out dari ATM derang.
lari pergi RHB and came back to bank islam.
tapi, securiforce tengah servis deposit machine. kuar kan duit segala dari machine tu.
waited for 1/2 hour jugak lah. hangen jek....


*while waiting at bank islam*

lapar. balik rumah. farmville sekejup and blogging sekejup.

mahu kuar semula. tapi taktau mahu pergi mana dan nak ajak sape.

baiklah. nak pergi called all my babes.

*patutlah semalam emosi giler. rupe nye pagi ni bulan menjelma. hahhahahah*

entri rawak berbaur emosi. maaf.

1. aku tengah lapar yang amat sekarang. tambah hujan lebat. malas sungguh nak keluar.

2. menyampah tengok status update kat facebook tuh. yang segala 2 minit sekali orang tu nak update. takde life ke?? so, aku dah hide diorang-diorang tuh. semak mata tengok. gambar nak tido malam pun nak letak ke? takde paham ini olang. heee

3. aku nak marah encik boyfriend sebab dia takde dengan aku sekarang. sebab dia kene keje jauh-jauh dari aku. tapi, aku tak boleh nak marah la kan. dah nama keje. silap hari bulan aku yang kene pelempang plak. tapi aku still ade perasaan tak puas hati tuh. korang paham kan ape yang aku rase kan??? macam ade something dalam hati yang tak lepas, and buat kite makin rase sakit hati. tapi ape yang boleh buat, diam je la kan.

4. so, bila aku diam-diam tak cakap ape-ape, tiba-tiba aku rase macam empty. lonely kah? takde pulak. entah. tibe-tibe rase macam dah takde perasaan nak jumpa dia. macam, kalau lepas-lepas ni tak jumpe pun macam dah tak kesah dah. tak heran dah. malam ni takde nak call or msg die lansung. gembirakah die? tah. lantaklah.

5. semua bende nak menyakitkan hati sekarang. kerja, boss yang bangang, member yang tak reti bahase, bf yang jauh dan x reti nak pujuk tambah sakitkan hati.

6. demi gembirakan hati, aku pergi treatment rambut and scalp. jauh plak tuh salun yang aku cari. kat puchong sane. hakhakhak. puas hati. stylist die chinese guy, cute sangat. macam bae yong jun pun ade.

7. ade perasaan nak pergi merajuk bercuti jauh-jauh tepi pantai sorang-sorang sambil relax tenangkan kepala otak ni. sambil amik package spa dan massage. wuuuu~ lepas tuh konon-konon tibe-tibe bf datang surprise kan aku pujuk suruh balik jumpa mak ayah. haha. berangan. tak mungkin la kan. dia tak romantic ok.

8. aku tak matured ke? selalu salah ke? nape every single thing pun end up aku yang salah atau nak salahkan aku atau nampak macam aku yang salah?

9. ok. aku memang degil, susah nak berubah, keras kepala, tak nak dengar cakap, suka bagi reason. susah la nak deal dengan aku ni.

10. jadi, sila klik butang pangkah "X" kat belah kanan atas tuh. silakan.

hari ni aku emo. peduli ape korang nak cakap ape. sekian.

Wednesday, October 28, 2009

mogok kerja.

seronok nye.

bangun lambat.

guling-guling.

(^_^")

Tuesday, October 27, 2009

kau jangan harap boleh buli aku eh!

i'm so depressed now!!!!!!! like, nak pergi menjerit kuat-kuat!!!!!!!!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!

aku rase jadi baby sitter lagi bagus.

seriously bengang giler ni. dah la tak bayar EPF lagi. pastu gaji dah la tak masuk on time. pastuh, aku ni keje lebih masa, ahad siap ade case lagi, ade aku berkira?? yang kau dengki nak tarik balik advance untuk klang valley exec apesal?? yang south and north nye exec tuh kau siap bagi rumah dengan advance lagi. kalau diorang case masuk berjuta-juta aku tak heran la. ni nak tengok case seminggu pun jenuh. yang aku ni bawak duit masuk beribu-ribu kau nak tarik advance. ok, awal-awal bulan memang aku takde mintak advance pun. semua guna duit sendiri. dah hujung bulan ni, memang la duit dah habis. lepas tuh dah la gaji lambat. claim semua tak dapat lagi. dekat RM1000 kau simpan aku nye claim. aku nak makan ape hujung bulan? pastuh kau nak bising-bising suruh aku cari sale. nak cari sale ape kalau duit nak isi minyak keta pun takde? kau jangan harap la aku nak guna savings aku. savings is saving. tuh duit aku dah masuk ASB. mane boleh kuar la sengal.

kalau surgeon suruh belanja makan lepas case, memang aku cakap je aku takde duit. biar dia called kau sendiri. biar kau tau malu. baru kau tau langit tuh tinggi rendah nya macam mane. sekarang kau punye other half dah sakit. lagi kau nak anaiya orang. kau tak sedar-sedar diri lagi ke?? kau tuh dah la menipu semua orang. sekarang kau tau pulak nak terase sume orang cakap pasal kau. takde sape nak tanye pasal kau lagi la. tak yah nak perasan popular sangat. konon punching bag for all. boleh blah.

urghhh! tension!

Sunday, October 18, 2009

of sunday

morning. its sunday 8.24am and i'm already woke up. hebat kan? hahahah. terbiasa bangun awal pulak coz for the past 3 days, i woke up very early, like 7am dah bunyi alarm. and 7.45 dah start enjin kereta. and for the 3days jugak, i menjadi parasit kat rumah my sister kat damansara ni. hehehe. sebablah ade exhibition kat selayang GH from 14-16 october. so, if stay shah alam macam jauh gile nak ulang-alik, mind in the jam lagi. owh-oh. tak rela. boleh botak kepala.

ok, so on saturday, went to open houses in pantai dalam and puncak alam and went back to pantai dalam. aku dah plan-plan dengan angah nak gie seremban rumah makcik on sunday. raya rumah diorg plak since angah tak dapat pegi raya hari tuh. of course la nak follow kan. and, ayah akmal pun ajak angah and abang amir singgah rumah die jugak. =D . mestilah nak. hehehhe. sila kata aku gediks. ok. so, dah plan baik-baik kul 12 g umah makcik and petang-petang sket gie umah akmal.

tapi....

***


tibe-tibe dr azwa called. die cakap nak pakai mesh and grafton on sunday. emergency case, burst fracture L1. dalam hati aku, "DAMN!!!!!". kenapelah time-time macam ni kau nak jatuh banggunan encik bangla oiiiitttt!!! (patient tuh bangladesh). so, i made some calls and then pinjam kereta abang amir. pergi amik barang kat office shah alam and send to HUKM. then called sayang saye. told him i have case on sunday. macam tak bole follow gie seremban. he sounded sad too. but he said, its my job and i need to attend the case lah. not that he doesnt want to meet me. but its my nature of job. i have to be responsible of it.


urgh!!! tibe-tibe rase nak tukar kerja.

and now what i'm doing?? ok. pagi-pagi orang HUKM called tanya pasal grafton. then i said i already sent in. then i have to be on-called for the next case.

.
.
.
.
.
.
.

sekarang aku dh kat HUKM. they already finished posterior part. now waiting for the anterior punye part. jam dah pukul 6 pm nih. kul bape lak nak abes nih...waaaaaaaaa....!!!!

nak gie seremban. nak jumpa akmal. sob..sob..

ok. kembali bekerja. sekian.

Saturday, October 10, 2009

to my bundle of joy, rockstars and chenta hati.

oleh kerana hari ini adalah hari untuk diri sendiri, aku nak cerita pasal diri sendiri dan mereka-mereka yang berkaitan dengan diri ini. hee. aku sungguh-sungguh sangat sayang kamu semua. betul ni!

on top of the list :



sudah tentu family aku ni ha.



ayah nampak dalam gambar ni macam garang kan?? maybe la. sebab he is a pegawai yang ajar budak-budak yang baru nak jadi polis (new recruit tuh). of course la kena garang kan. on top of that, he's in charge of kawad. haaa...kau tau pekik suara yang diperlukan nak jerit kat budak-budak polis tuh? tapi, kat rumah dia ialah sangat penyabar. kitorang kalau nak mintak duit pun kat ayah. sebab bila tanya mak, dia suruh tanya ayah jugak. huu. ayah akan banyak soal siasat ape nak buat duit tu, if nak keluar, dengan sape, budak mana. dah tentu-tentu dia polis kan (tapi orang kata, anak polis selalunya terjal. ek?) ayah terer masak nasi tomato and nasi goreng kampung ala-ala malas. tapi selalu licin kuali. hari raya hari tuh, ayah join main mercun, sekali dengan pakteh and pakjang semua. dah la pakai kain pelikat je sume. comel. sempat aku dengan mak-mak sedara mengumpat. ape jadi kalau mercun tuh pusing masuk dalam kain pelikat? hahhahahahaha. tak usah bayangkan.



mak pulak jenis yang kuat membebel. mak-mak memang kuat membebel kan?? kite pun nanti tah-tah macam tuh jugak. hehe. masakan mak semua sedap-sedap. kalau balik rumah mesti naik 2 kg. tak dapat nak control makan. mesti bedal sebab tak sampai hati nak buang or membazir makanan tuh semua. heheh. mak macam lemah lembut, tak kan bercakap hal orang atau sibuk-sibuk hal orang. sumpah. itulah mak yang aku kenal. mak sangat kreatif. dia terer gubah bunga and hantaran. so, ramai jugak orang tempah dengan mak. cantik-cantik okey. hehehe. pastuh dia suke kumpul periuk belanga pinggan mangkuk vintage la, kristal lah. macam-macam. setahun sekali mesti pergi langkawi and kelantan untuk borong barang-barang macam tuh. bila tanya mak nak buat benda tuh sume simpan je.. mak jawab, kalau kau kahwin, boleh la pakai! comel gile mak. heehee




angah dengan abang amir aku memang best. sporting abes. abang amir my brother in law la weh. ramai orang tanya aku, napa panggil akak aku angah. sebab dia kan anak first. nape tak panggil kak long ke. sebab...dulu before angah lahir, kitorg ade abang. tapi meninggal sebab lahir tak cukup bulan. mak cakap, abang dapat hidup sejam je. kalau tak mesti aku ade abang. mesti aku jadi anak last. hahahha. ikut adat pepatih negeri sembilan, elok lah kalau panggil akak aku angah. macam menghormati sikit la arwah abang aku tuh. al-fatihah. ok, balik ke cerita asal. derang ni walaupun dah kahwin, tapi perangai macam orang muda lagi. gile. seronok. aku plak selalu la kebas rembat beg angah, baju ke, kasut ke. make-up ke. sebab dia cam fair dari aku yang berkulit tan cam beyonce ni. kadang-kadang ade make-up dia tak seswai dia bagi la aku. free u! i loike! hahahhaa. abang amir plak memang gila gadget and hi-tech. handphone memang update selalu. so, aku selalu nye pakai hp dia je la. dia bg free. aku pakai je la kan. cam nokia E66 ni pun dia yang bg pakai sebab dia dah beli hp baru lagi canggih yang buruk bg aku. hahahah. suke! dan, encik amir ni kalau bawak kereta...mak uihh...memang laju, selit sane, selit sini. isk. tang tuh, aku tak berape suke. heee.



adik aku ni plak, PMR tahun ni. si debab of the family. hari-hari nak makan ayam. die baru form 3, tapi dah tinggi melangit macam ayah dah. aku jek ketot ikut mak.. =( heee. dia pandai main gitar. abang amir hadiahkan gitar capuk kat dia masa birthday dia tahun lepas. ok, aku tak berapa nak rapat dengan adik. maybe sebab dia lelaki and umur kitorg beza 8 tahun. =D dulu selalu merungut bila mak suh buai adik tido. isk.



yang si kenit balqish ni pulak, macam sunshine in our life. kalau dia ada, kecoh rumah. bising sebab mulut die becok tak reti diam. sebab tuh la cikgu tadika dia hantar dia pergi bertanding bercerita. dapat nombor 1 peringkat daerah dan negeri! peringkat negara takde plak. kalau tak mesti menang jugak neh. bangga plak aku. heheh. pastuh, pompuan kenit ni macam menggedik sikit. bukan sikit, banyak okeh. tak tau la dia ikut perangai sape ni. heee. mak aku cakap ayah dulu tak pernah nak mandikan anak-anak dia or ikat rambut kitorg masa kecik-kecik dulu. tapi, dengan cucu dia ni, waaahhhh...siap mandikan and ikat rambut lagi. jeles plak. heee



ini, CHENTA HATI saya merangkap penasihat peribadi dan problem solver. kuat membebel jugak die nih. hee. tapi saya cinta dia sangat! haaaa. gedik. sila muntah kalau nak.

yang di bawah-bawah ni sume ialah my ROCKSTAR-S. tanpa mereka, suram la hidup aku neh. janji kawan sampai bila-bila. takkan lupa!



arock, fana, roro, salina, syikin, maria, diana. don't forget. 1 mei 2014,
DTC. hahahhah.



yana.



fizah, julie, ain, acad.

love~

weekend bebeh!

its saturday. time for me to relaks. yep. i like it. woke up so late. and now starving like hell. have not taken my shower yet. haha. serabai kan. sungguh detail.

ok, yesterday, we had company open house. that morning i need to send bonegraft to HUKM. and i dont wear my baju kurung. plus, all my baju raya were not dry clean yet. last week pakai for beraya and open house. tak sempat nak basuh. (padahal kau pemalas cakap je la kan..) so, i masuk OT and almost 12 noon i pun blah. straightly went to subang parade and bought baju kurung. 2 choices, fuschia pink or greyish blue. then syikin came and be my stylist. she suggested me the greyish blue as i already have pink kebaya. so i try baju tuh and its really fit me. plus, this one price cheaper sket compare to pink's. hahahha. then, i bought heels for me to wear with this kurung. my heels sume kat rumah. tak sempat nak balik dah. plus, office keep calling us and macam tak sedap la nak datang lambat-lambat.

so, itu la dia. suka sangat last minute prepare. hilang duit. mambazir. tapi takpe. puas hati den. hahahhaha. sebab lah semua orang tegur cakap lawa. weeee~ jadi macam malu-malu sikit. hakhak.

(pictures will be uploaded soon ~ in FB and here! hu.)

okey, habis cerita semalam. hari ni???? tah ye. actually ada 2 invitation for open house. tapi sume petang-petang sikit and malam. so, for the time being rileks-rileks dulu, maen farmville and update blog. heh.

footnote :

things need to be done today -
1. laundry please!
2. kemas rumah
3. buat report
4. buat sit-up 100x !!
5. farmville~
6. go for open houses dan beraya sepenuh hati.

eh, besok ade open house rumah angah. sekian.

Wednesday, October 07, 2009

kisah pergi beraya.

okey. hari ahad hari tuh pergi beraya. ain ajak beraya rumah dia kat setiawangsa. so, pergi la kitorang berempat ni. aku, fizah, julie and ain. malas nak type panjang-panjang. biar gambar ceritakan semua.


dalam kereta wajib ade.


ain sempat promote koleksi vintage mak die you!


abid datang menyebok tepat pada masa nya.


rumah kawan faiz yang sangat cantik, besar gile. jakun sekejup ok.


rumah cik sally! heee

ok. kejadian di atas berlaku pada hari ahad yek. malam selasa hari tuh, dengan tak tau malu mintak nak raya rumah fairuz. gile tak malu kan. tapi takpe. dapat makan KFC. heee


nampak tak KFC atas meja?? huu


gile poyo kan gambar ni?? peduli ape.

Saturday, October 03, 2009

bila bosan

entri ini memang sumpah buat sebab tengah bosan yang amat sangat. hari ni dating sekejup jek. pukul 3 petang dah kena balik. sebab akmal nak kena balik seremban. esok dia nak kena gerak gie JB awal. so nak prepare barang semua. nak basuh baju semua.

actually, dia sampai KL malam tadi. tapi die lepas gian main basketball kat hartamas dulu. bole tak??? bukannya dia nak datang jumpa aku dulu kan. sabar je la hati ni. tuh la we all jumpa hari sabtu je.

pukul 10 pagi dia dah sampai rumah shah alam aku. gie breakfast jup kat pusat komersil seksyen 7 ni. then gerak gie sunway pyramid. beli tiket G-Force 3D, pukul 12.20 pm. sementara nak tunggu movie start, we all jalan-jalan cuci mata dulu la kan. tengok-tengok seluar baju yang sales, memanggil-manggil aku supaya membazir. hiks.

akmal pun sempat belek-belek seluar kat marks&spencer. tapi tak menarik sangat.



then, gie la tgk cerita ni. sangat comel ok guinea pig tuh. heee. berbaloi beli tiket 3D. tak menyesal.



lepas tuh, rase sangat kebulur giler (iaitu aku jek yang berperasaan macam tuh). paksa gak akmal makan dalam sunway pyramid jek. tak kuasa la kan nak keluar dari situ and cari tempat makan lain. mau pengsan aku kebulur.

so, decided makan kat asian avenue. we chose RM cafe. he ate spagetti hainan.



mine, i opt for rice, asam pedas ikan, sambal sotong and veges set, plus soya drink. nampak sangat aku kebulur kan. tak sempat nak snap gambar sebab lapar sangat aku dah bedal dulu. dasat kan. hahah.

lepas tuh, aku macam lapar lagi. bole tak..aku heret akmal gie Takoyaki. ordered prawn Takoyaki. time-time tuh jugak aku bedal. memang perempuan ni kebulur. tak senonoh. berjalan sambil makan. sedap okey mende ni. sila gie try.



okey lah. sekian sahaja kisah hari ni.

meroyan 3 minggu.

urghhh! aku benci MOH. sebab diorang hantar akmal gie attachment kat JB for 3 weeks. benci. kat Hospital Sultanah Aminah. lame tuh. 3 minggu. tak penah lama macam tuh ok tak jumpa.

ape nak buat ni? boleh meroyan aku tak jumpa dia 3 minggu. heeee.

ok. positive thinking!!! dia g sane nak kerja. cari rezeki. cari duit. nak kumpul duit. boleh kahwin cepat. weeeeee. gatai!

ok. sudey. aku nak melayan meroyan jup.

notakaki : so sweet of him. bagi t-shirt yang dia selalu pakai. sembur perfume dia banyak-banyak kat shirt tuh. suruh aku cium before tido. hahahha. comel giler.

ok. ini tag die. nama ayah dia salah eja. hehe



demmm!!! gonna miss him so much!



take care sayang. kerja rajin-rajin. jaga makan minum. ingat saya selalu yeh. cepat-cepat datang jumpa saya nanti tau!!!!