Monday, November 30, 2009

amaran : entri ini berbaur jiwang. jangan muntah.

pernah tak anda rasa terabai? kamu fikir pasal orang tuh setiap masa, setiap nafas. tapi kadang-kadang dia terlupa pasal kite. alasan ialah sangat busy and takde masa. ape yang korang rasa?

sakit hati kan? geram kan? isk.

seriously, aku taknak pun kau spend satu hari kau dengan aku. or sampai kau tak boleh buat kerja lain melainkan nak sms aku or call aku. aku taknak pun tuh sume. over la kan kalau nak macam tuh. aku just nak kau at least sms aku tanda kau ade ingat aku. kau ade terfikir pasal aku. sebab aku setiap masa ingat pasal kau. setiap masa fikir ape yang kau tengah buat, kau kat mana. dengan sape. kadang bila hp kau ter-off habis bateri, aku risau nak mati. sampai tekan nombor kau 232 kali walaupun perempuan voice mail yang jawab. dengan harapan bila kau on hp kau akan call aku balik and cakap kat aku dont worry kau okey and selamat jek and tak perlu risau. tapi kau sms cakap aku dah tido eh? boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau sedar tak aku just nak attention dari kau. or at least kau sensitif dengan perasaan aku. at least terfikir, "eh, hari ni lansung tak dengar khabar dari dia, call dia seminit lah". bukan nak jadi kau romantik mat bunga jiwang ayat berkarat. bukan jugak nak hadiah mahal beibu dari kau. bukan.

hadiah hari lahir pun aku tak harap. tak ingin pun. aku just nak spend that day dengan kau. aku tak kesah aku yang datang kat kau. on my birthday. sebab aku paham kau penat ade kerja. aku serius tak kesah tuh sume. aku nak ade dengan kau jek. paham tak? tapi kau dah ade plan nak keluar dengan kawan-kawan kau. on my birthday. dan kau suruh aku balik. sorang-sorang. malam tuh jugak nak suruh aku balik. on my birthday. boleh kau bayangkan perasaan aku tak?

kau cakap bila kau terkena dengan 2 orang perempuan ni kau dah malas nak bagi full attention and nak enjoy life kau sepuas hati. tapi aku bukan 2 orang perempuan tuh? kenapa nak anggap aku sama macam diorang? bila aku banding-bandingkan aku dengan 2 perempuan tuh, kau cakap ape nak banding-banding ni. tapi aku just nak kau tau aku berbeza dari diorang. paham tak?

sungguh, aku sayang kau sangat. cinta sangat.

sumpah nak hidup semati dengan kau.

walaupun perangai kau yang ni tak boleh ubah tapi aku tau kau sayang aku kan? kau memang dah buat yang terbaik untuk aku. aku sangat-sangat appreciate ape yang kau dah buat untuk aku. bukan senang orang nak berubah kan?

sayang, harap cinta kita akan sampai mati.

Wednesday, November 18, 2009

aktiviti penganggur terhormat - hari kedua : cuba teka ini ape?




cube you all teka ape benda kat atas tuh???

ha. dapat tak?

tuh ialah kuku ibu jari tangan yang tercabut !



eewwww! geli kan. kan? kan?

yekkkkk.

hahaha. akak aku tersepit pintu kereta. pastuh tertanggal masa nak ikat rambut. pastuh main baling-baling kat aku dengan abang amir. geli gile okeh! eewww~

aktiviti hari ni? tengok tv, main facebook, farmville. pastuh tolong angah masak untuk lunch.

okeh. bosan kan? tapi i loikeeee! hahahah.

aktiviti penganggur terhormat - hari pertama

helo helo!
owh. sungguh heaven duk diam-diam kat rumah sambil main farmville sampai lebam. tak sabar nye nak jumpa encik bf jumaat ni. dia ade meeting kat sheraton KL. pesan kat dia siap-siap suruh pakai tie yang aku bagi tuh. heeee. tak malu kan.biarlah. nak tengok handsome ke tak bila dia pakai tie tuh kan. huhu. tak handsome bukan bf aku. wakakakak.

plan hari ni : petang-petang sket kang nak balik rumah angah kat damansara. kene gerak sebelum 5.30. tak kuasa aku nak bersesak-sesak dengan orang nak balik kerja. aku dah tak kerja ok. *bangga*
die suruh apply kat public bank. ape kejadahnye aku nak mintak public bank tuh. bukan nya aku ade degree in account or business pun. heh. tapi dia cakap kawan dia ade boleh tolong. try aje la kan. tak rugi pun.

oh ye. tadi dah masak sardin dengan telur dadar. lauk orang pemalas. nasi pun dah siap masak. jup lagi kalau kebulur boleh makan terus. tak yah nak mandi-mandi. gosok gigi pun tak perlu. ape eww eww? ala..korang pun mesti ade buat camtuh kan. bangun pagi tak mandi tak gosok gigi terus breakfast jek. pastuh mak-mak korang akan " ape nak jadi la anak dara aku ni. ade ke teruna sudi nak pinang dia ni nanti...?" atau paling best sekali kena piat telinga atau kene cubit. nak paling terbaik kena sesah dengan penyapu. tapi kalau korang anak orang kaya atau cucu sultan ke, siap boleh breakfast on the bed lagi. sunuk nyeee! hahaha.

jangan pelik dan heran. selagi aku tak start kerja baru, tiap-tiap hari la akan ada entri baru. haha. tak suke bace, sila jangan segan silu tekan butang pangkah tuh eh.

ok. macam dah lapar. mari makan!



bismillah! ngapppp~

Monday, November 16, 2009

fuhh..lega!

yes! yes! finally, aku dah release dari keje sekarang. hoh. perasaan macam baru abes final exam je rase nye. lega. relieve. tenang. kalau gaji aku pun kau nak tahan ke, aku dah tak kira. orang teranaiya doa nya makbul kan. heh.

last case before resign hari jumaat hari tuh, dr azmi perli-perli.
"nani lepas ni nak join company diagnostic. bf die keje lab kat hospital muar...dia MLT ke ?"
"hehe, dia pegawai sains"  *dalam hati, tak setaraf la MLT okeh*
"nak berahsia-berahsia dengan aku. kan aku dah tau dari mulut orang lain. bile nak lansung?"
"heee..lame lagi la. belum stabil".

okeh. tipu. sebenarnya tak sabar nak kahwin dah. kalau boleh tahun depan jugak. buktinya, aku sangat suka blog hopping future brides and newly wed blogger. suka la sangat tengok pictures they all. preparation sume. dais, hantarans, outfits. comel-comel. geram aku tengok. heee.

tapi nak kahwin bukan senang. nak gune banyak duit, untuk kenduri and hidup after kenduri. adoiii. dah la skang dah jadi penganggur terhormat.

jom pergi rompak bank?

Sunday, November 15, 2009

episode kecantikan konon.

hohoih. tabik respect sket kat diri sendiri. 2 hari ni aku duk rumah jek okeh. tak gie mane-mane pun. ok. sah-sah tipu. haha. ade la jugak keluar gie makan kan. kebulur plak nanti tak makan pape.

aku takde motif nak tulis ape hari ni. sumpah bosan kan hidup camnih. ade jek budak-budak ni ajak keluar tengok movie and main bowling. tapi semua tuh bakal menggunakan duit yang paling banyak sikit RM50. bulan ni kedekut-kedekut sikit sebab aku nak kene renew roadtax and insurans kereta. dah kira-kira sume lebey kurang RM1283. hah! memang sah-sah aku pokai bulan ni. jadi bulan ni memang takde shopping pape pun. just pergi buat treatment scalp and rambut, worth RM128 and beli tie and tie-pin untuk akmal. motif : saje nak congrat die dapat keje government pegawai sains tuh. hiks. plus, tak pernah belikan pape untuk die. asyik-asyik die je belikan aku barang. kasut adidas tuh, crocs yang comel, perfume dkny tuh, jam swatch tuh. so, sebab  tak nak nampak aku gf yang cheapskate nak raikan die keje baru aku bagi la hadiah tie and tie-pin tuh. hahaha.

ok. sebablah aku takde motif nak tulis ape, aku saje-saje nak citer facial routine and segala mak nenek make up yang aku pakai.


sume ni aku letak dalam box RM23.90 beli kat the store. bile aku balik kampung time raye aku angkut satu box. senang.

as you can see, aku memang stick dengan Clinique. start gune masa aku 2nd year kt UM dulu. i have oily skin. so, consultant clinique suggested aku gune facial gel for oily skin (tiade dalam gambar di atas eh), toner number 3 and moisturiser gel for oily skin jugak. after toner and before moisturiser, tepek miracle essence SKII. boleh letak around your eye area. its really help me as boleh notice chicken pox scar dah makin berkurang and kulit semakin lembut ok. eye cream tretment pun aku gune clinique jugak sebab dikhabarkan boleh kurangkan puffiness. tapi camtuh jugak jek. maybe sebab aku malas sket nak tepek mendelah ni. make-up remover aku gune fasio. motif, die tak oily sangat and tanggalkan semua make-up degil especially eye make-up. once a week, scrub muke (pun gune clinique) and after that tanggalkan white head or black head gune alat die yang boleh beli kat watson's or guardian. jangan gune jari as kuku akan cederakan kulit anda.

botol putih yang ade tulis "attiva" tuh ialah scalp tonic. remember i said i have oily skin? and so my scalp. so, kene treat scalp sebab sometimes scalp aku cam gatal-gatal sket bile mule berpeluh. seksa tau. takut orang ingat aku ade kutu plak. hiks. shampoo and conditioner pun from attiva jugak. shampoo dia khas untuk kulit kepala berminyak cam aku nih. conditioner dia ialah relaxing treatment. sapu kat hujung-hujung rambut jek and after keringkan, wallah!!! shine-shine rambut ku. hiks.

bio-oil sangat-sangat perlu. coz aku kene chicken pox bila dah tua bangka 23 thn ni. kene la usaha hilangkan cepat-cepat. sunblock aku pakai garnier jek. nape? sebab SPF50 and the die tak berapa oily. foundation from MAC, and also make-up base. make-up base ni ade pearl mineral. so, akan buat muke nampak berseri-seri sampai ke petang. tapi die quit oily sebenarnye. so kadang-kadang aku pakai base ni. kadang-kadang tak terutamanya bila time-time homonal changes. lagi la oily melampau muke ku. nasib baik lah bukan jenis yang keluar jerawat batu segala. heee. takut! perfume, sangat heart ini DKNY rose and Paco Rabanne Black XS.

tapi aku rase aku cam ade problen uneven skin tone. maybe i should change to facial routine untuk whitening punye.... hurmm.


okey. for make-up, tak berape banyak sangat. and i don't buy make-up yang mahal gilos. concealer from bodyshop. tak berape nak hide imperfections sangat. tapi after letak MAC foundation, okeh la hasilnya. plan to buy Stage's concealer nanti. mascara from revlon. i like! memanjangkan eye lashes and paling penting tak tinggalkan kesan gelap bawah mata coz it's waterproof. . eye shadow earth-tone and natural color coz mostly pakai pergi kerja and tak boleh la nak over make-up. also from revlon.  for night make-up, i still have cyber colour eye shadow in silver. see the eye shadow palette yang ade colour biru and green tuh, my sister gave me. she got it for free from her make-up artist friend. so aku dengan senang hati pun rembat je la kan.  blusher, rosey cheeks from elianto. the colour is not really in pink, macam pinkish orange. reason, boleh membuatkan chubby cheeks anda kurus sket la. ilusi optik gitu. lipstick in nude choclate dari in2it. lip liner from cyber color and lip gloss from body shop. lip balm wajib ade. i choose nivea coz die ade lip treatment skali. hand cream Eubos ni sangat best sebab buat jari jemari lembut dan tak kering. sapu kat kuku-kuku sekali and buat kuku anda berkilat macam baru lepas buff. hehehe. face powder penting as finishing coz it will blend all the foundation, concealer and blusher yang dah tepek before that. i choose Loreal True Match. why? coz that's the only shade yang seswai dengan kulit tanned aku ni. tak jumpa yang perfect walau kat MAC pun. semua powder yang pernah try akan bagi this effect, 'kulit bersalut tepung gomak macam opera cina'. means dia tak blend well dengan skin and nampak macam pakai topeng. oh. tak rela.the problem is, shade jenis ni jarang jumpe kat counter loreal. isk. patut beli banyak-banyak kan siap-siap. then, make-up brush tuh beli kat elianto jek. senang. boleh lipat-lipat. ade blusher brush, eye shadow brush ade 2, 1 yang lembut and 1 keras skit, eye liner brush and lipstick brush. lengkap!

semua-semua ni sumbatkan ke dalam beg purple RM3 beli dari kedai runcit. easy to carry. jangan lupe sumbatkan sekali sikat lipat yang comel itu. he. kalau pagi-pagi bangun lambat nak pergi keje, jinjing beg ni and boleh make-up kat office. or kalau kau nak pergi dating tapi terlambat siap and bf kau dah tunggu kat depan rumah dan hampir mengamuk sebab dah lambat, takkan la nak make-up bagai kan. mau kene pelempang. so, ko jinjit beg ni and boleh make-up dalam kereta. itulah yang aku selalu buat. kalau rambut basah tak sempat nak keringkan gune hair dryer, bukak tingkap kereta luas-luas and suruh bf bawak 120km/j. hulur sikit kepala kat luar tingkap and sekejup je rambut dah kering. time tuh la sikat lipat comel amat berguna. hehe. tapi hati-hati. kang kepala kene libas dengan lori or motor plak. hahaha.

ok. sekian sahaja. berjumpa lagi di episode yang lain. (^_^")

Saturday, November 14, 2009

agar tak nampak dull sangat

bila aku baca balik entri-entri aku ni, macam dull gile hidup aku kan? hahhaa. tapi tidak sebenarnye. aku saje tak cite bende-bende yang menarik sekarang. sebab lah life aku macam tak terurus lagi. tapi takpe. demi nak buktikan hidup aku takde la dull mane, entri ni full dengan pictures je ok.

sunway piramid. tengok movie Pisau Cukur. best jugak movie ni. recommended.


sunway pyramid again and taipan after watched This Is It. best gile okeh.


bukit cerakah. misi membuang lemak. heh.

at jusco. ain borong shades from guess itu. oh. sungguh bahagia kalau aku pun dapat ptptn lagi. hiiks.

subang parade. saje jalan cari baju and kasut kot time nih.

dataran shah alam. saje menggedik kat situ.

oh lupe plak. hari tuh aku ade belikan akmal tie and tie-pin. cantik. tapi lupe plak nak amik gambar dah g bagi kat die. terharu jugak la die cakap. elehhhhh. pastuh buat muke comel. hahhaha. dia cakap nak pakai time meeting je tie tuh. yang tie pin tuh tadi die call cakap dah hilang. mengamuk la aku. pergi suruh die cari balik sampai dapat. nasib baik tercicir dalam kereta jek and jumpe balik. isk. saje buat aku marah.

ape lagi bende menarik dalam hidup aku sekarang? takde. haaa...! takde. oh pathetic sungguh aku. takpe, pas aku berhenti keje and start keje baru mesti ade citer menarik kan.

harap-harap lah.

krisis kendiri

hidup aku memang sungguh tak terurus sekarang. mentang-mentang aku dah nak resign suka hati mak nenek aku je nak datang lambat masuk office. whatever pun, isnin ni aku dah last day. yehaaa! pastuh aku cuti 2 minggu. 1 disember start keje tempat baru. rugi betul kan. patutnye habiskan la setahun kan. tapi lagi lame aku stay lagi la banyak duit haram aku makan. yela. keje gaji buta je. mengular je keje nye. bile takde semangat nak keje memang macam tuh la jadi nye. baik lah aku blah cepat2.

seriously aku kene pergi rejuvenate diri. bagi semangat balik. now, aku memang takde mood. contoh pertama. tadi ade kenduri kahwin housmate aku ajak pegi. tapi sebab lah aku tak berapa nak kenal dengan bride, aku malas nak g. contoh kedua, pijah ajak g tengok movie malam ni. pun aku tolak jugak. hasil nya, farm aku semakin berkembang. blog aku pun ade entri baru. wah. kira produktif jugak la kan. kehkehkeh. takdela aku duk melangok kosong je kat umah ni.

aku ade krisis dalaman sekarang. heh. aku manusia normal ok. biasala kan bende kecik pun nak bikin kecoh semalaya. haha.

ok. krisis aku skang ni sebablah aku tak tau nak pilih offer mane. offer pertama. company diagnostic. office kat tengah2 KL. kat depan tawakal tuh. bayangkan aje cmne aku nak meredah jam pegi balik keje nanti. product specialist. aku mintak nak cover area southern. claim mileage die RM 0.40 agak lumayan juga. boleh mintak advance. commission based on sales. no target. kene lagi banyak travel. peluang training oversea sekali setahun. salary offer tinggi sket.

offer kedua. company spine juga. baru bukak tahun ni. product die banyak variasi. tak perlu nak belajar banyak sangat coz dah ade basic. akan cover area same and jumpa orang yang lebih kurang same jugak. ade surgeons yang aku macam meluat dah nak jumpa tapi if aku join company ni of course aku kene jumpe diorang lagi. salary offer lebih kurang sama dengan sekarang. peluang training oversea tak diketahui. tapi products dia all from US.

offer ketiga, balik rumah kat muar mintak guru sandaran. yang ini aku belum mintak lagi. mak aku suruh sebab die ade kawan kat PPD muar tuh. mungkin senang dapat. tapi, layak ke aku ni jadi cikgu???

urgh. tolong! if you all ade pendapat tolong bgtau yeh. really appreciate it.

Friday, November 13, 2009

bile kau dah resign camni la

owwwhhhh.....heaven nye rase. duk melangok je kat office. masuk keje pun tadi kul 10. sesuka hati mak bapak aku je kan. hahahhha

supposedly ade case kt HUKM. tapi aku takdela bgtau kat dey all aku dah nak resign and its not my responsibility pun nak masuk case and hantar set lg. tp aku cam baik hati jugak lak g inform kt inventory and asked them to arrange the set. ok, habis tanggungjawab aku di situ. hu.

semua orang like terkejut nape aku dah nak berhenti. dah janji dengan kak ita and syikin stay sampai end of the year. tapi sorry lah korang semua. terpaksa blah dulu. cannot stand anymore. buat ape membazir sebulan lagi kt sini. sedangkan aku dah boleh start keje lain yang lagi better offernye, yang confirm akan bayar EPF aku. commission and bonus aku tak berapa pandang sangat. kalau ade alhamdulillah la kan. takde pun x pe asal masa tua nanti aku ade duit. hehehe.

kepala aku pening2 ni. adoiii. malam tadi x cukup tido. kul 4 dah terjaga. then kul 6.30 bf kol. kacau aku tidur. heheh. but, lets not talk about that. hehheeh. tapi dia sangat comel. hu.

sumpah pening2 nih. adoi. high blood pressure ke ape ni. isk.

Wednesday, November 11, 2009

i made my decision!

hari ni aku dengan bangganye bagi surat resign kt HR aku. notice 2 minggu. tapi aku pekerja rajin banyak lagi cuti kan. dah tolak-tolak cuti sume last day aku 16 nov ni. yehuuu! tak sabar nye aku nak blah dari company ni.

nak tau kenape aku nak blah? tengok job scope macam best je kan. masuk OT sume. tapi keje macam nak mati. ahad keje. sabtu keje. hari-hari balik lambat. EPF tak bayar. boleh korang imagine?? aku takde KWSP start dari aku mule keje. gaji tolak siap-siap. tapi tak masuk dalam akaun KWSP aku. WTF!!! pastuh nak expect orang keje sungguh-sungguh, focus la konon. macam mane nak focus kalu kau pn semput nak bayar gaji orang, EPF orang. memang la takde semangat nak keje ok!

pastu executive director pun macam bangang. bodoh bimbo. tau nak menyibuk-nyibuk hal orang je. tak tau ape-ape tapi nak busybody macam pandai sangat. heee. menyampah gile ok dengan dia. tau tak yang we all sume tak suke kat kau???

tah la. aku rase company tuh ade potensi. tapi sebab lah management die yang banyak tak betul. and ED, MD ialah takde education yang sepatutnya. jadi the way diorang thinking and minded dey all ialah sangat berbeza and macam tak boleh diterima akal.

so peduli lah pasal diorang. maybe rezeki aku kat tempat lain. yang penting aku kene fikir aku nak accept job offer yang mana. ade 2-3 offers yang macam ok. kali ni betul-betul kene fikir. dulu aku accept keje ni sebab ikut kata hati. kali tak boleh dah sebab most of the time self-instinct aku ialah tak boleh pakai. hehehehehe.

Sunday, November 08, 2009

hari ini saya 23 tahun.

saya genap berumur 23 tahun hari ini.

tiade big celebration.
cuma melepak tengok piala malaysia N9 lawan Kelantan.
hadiah harjadi terbaik, n9 menang 3-1. (weeehuuuu!)

sungguh. aku tak kisah takde surprise birthday party dari kawan-kawan atau famili atau love one. betul. asalkan mereka ingat dan wish pun dah sangat-sangat terharu. dan tak pernah harapkan pun nak present hebat-hebat dari bf. cukup bila dia sudi nak lepak dengan aku malam tuh and meluangkan masa together-gether pun dah cukup buat aku rase that's the best birthday ever. paham tak? aku nak itu aje. terima kasih sebab sudi temankan saya. (^_^)

last friday, pergi interview kat Biotech Medical Corporation. 50-50. tak letak too much hope. and ade offer jugak dari Nuvasive. tp belum reply ape-ape. urghhh... tension. keliru. nak stay or nak jump?? haih. tapi ramai yang bg opinion suruh jump. tp macam sayang dengan company sekarang. entah la. taktau! arghhhh!

last week, memang kerja gaji buta. macam bersalah. tapi tuh kire ganti ahad-ahad yang aku kene kerja and malam-malam yang aku balik lewat kul 2-3 pg sebab ade case. hoh. pergi tengok cerita This Is It dengan budak-budak office. memang puas hati. recommended. and sekarang kami tengah gile dengar lagu-lagu MJ and hafal dance movement dia. AWWWWW!

uh. tak tau nak cakap ape dah. cume nak berterima kasih pada semua orang yang wished birthday kat saya. yang wished kt FB, sms and call. thanks semua. =)

** hari ni birthday bestfriend time sekolah rendah dulu, Adilah Farahiyah. Happy Birthday Dila **