Saturday, February 27, 2010

revenge of the meatball

baru balik dari outstation ke utara. bosan gilak. sorang-sorang. heh.

maka tiada gambar diri sendiri sebab takde sape nak tolong amikkan gambar. nak mintak orang lain tolong macam malu pula. nanti di ingat kecewa bercinta melarikan diri ke utara. hehehe.

first stop hari tuh ialah kedah sebab kedah kerja hari ahad kan. maka nya terpaksa la beta kerja hari ahad jugak. tapi tak mengapa sebab ade kredit leave. bukan macam company delfuck sebelum ni. hahahah. all the way nampak sawah padi jek.. teringat farmville pulak. hu

seeeee....sawah padi. iye. snap gambar mase drive. hu

kat kedah stay kat sungai petani. hotel crystal ape tah name die. round-round kat pekan sungai petani. sekali ternampak ni.

RFC ya'll. bukan KFC okeh. they claimed they all ialah first usahawan  bumiputera yang bukak restoren makanan segera yang dijamin confirm hundred percent halal. so, aku pun teruja nak try. hehe. sekali masuk dalam, mak aihh ramai gilak orang queued. aku plak selalu pikir kalau kedai makan tuh ramai gilak orang mesti sedap neh. menambahkan ke-terujaan aku nak makan. semua-semua yang KFC ade, RFC pun ade. you named it. mashed potato, coleslow, wedges, sume ade lah. serius ni. tapi ayam die cemetot-cemetot sikit. kecik-kecik jek. hee. tapi ok lah rase die. malas nak komen lebih takut masuk jail or kene saman dengan tuan punya kedai plak nanti. 

so after gie kedah, aku singgah perlis plak. tido semalam sane then terus shoot pergi penang. penang kene duk lama sikit. reason nye, korang pun tau lah. makan sedap-sedap. hotel best. hehe. so, aku stayed kat tanjung bungah becah hotel. best. sebab betul-betul tepi pantai. hari-hari breakfast by the beach. ecehhh..

hari last, aku gatal gie dinner kat bawah. pastuh, kenyang sangat tak habis makan. membazir. isk.

amik angin petang and tunggu sunset. hu.

buah kepala, eh kelapa, tolong jangan jatuh hempap kepala aku..hiks

so sampai-sampai je kat kl, terus gie jumpa akmal yang dah sedia ada kat sini. hee. gie ikea. makan meatball!!! yeay! lama gile dah mengidam berangan kempunan teringin nak makan ala-ala batu belah batu bertangkup gitu. yeayy!! ---di samping membeli perabot yang mak die kirim. haha. comel---


ok. dah. bye.

3 comments:

dialicious said...

owh..i love penang..mknan sedap bisa gumuk!heheh

LyaNa HamzaH said...

aku lom berkesempatan ni ...meatball..

Hernanie said...

diah : tau x pe. dah nek 2 kg nie. hehe

yana : ko nak g bile? hari ni jom. huhu