Thursday, April 08, 2010

hihi huhu

siaran lansung dari klinik kesihatan maharani.

heh. aku semangat gile bangun pagi-pagi sebab nak wat medical check-up. last-last sampai sini nurse tuh cakap kul 2.30 baru boleh buat, hampehs. tengok jam baru pukul 10.45 am. called akmal if die free. tapi die busy plak. nak balik rumah malas. so, aku pun gie klinik pergigian. nak wat scaling gigi. dulu pernah pergi. tapi kad nye dah hilang. aku pun register la lagi sekali. bukan mahal pun. singgit jek punnn...

so, bile sampai turn aku pun masuk lah dalam clinic. doktor gigi tuh muda, lelaki. ensem ke tak tidak la pulak aku perasan sebab dia pakai mask. hehe. die tanya sakit gigi ke? aku geleng-geleng. cakap nak wat scaling jek. die pun "hooo...ok.ok. duduklah."

doktor gigi muda tuh cek-cek la gigi aku. tibe-tibe dia cakap, "ehhh...awak ni ade gigi susu lagi ni...".dalam hati aku, ape itu gigi susu. gigi milo ade jugak ke? dengan mulut ternganga tuh aku tanya doktor, "hihi huhu hu hahe hokher?"  doktor tuh jawab,"gigi susu tuh gigi yg tumbuh masa awak kecik-kecik dulu. nanti awak tengok kt cermin. gigi ni pun kecik jek. pernah patah tak gigi ni?". aku pun jawab lagi, "hahe hun hak hingat ha hokher". pastuh aku dengar nurse-nurse gigi dalam bilik tuh gelak-gelak. heh. doktor tuh siap puji aku pandai jaga gigi sebab tuh la gigi susu aku ni tak patah-patah. pastuh die tanya aku umur bape, aku cakap la umur aku 24. perasan. padahal baru jek masuk 23. hujung tahun baru cukup 24. "hahe hokher? hahau hahut hohe humhuh hahi he?". doktor tuh pun jawab, "macam tak boleh tumbuh lagi jek. kalau nak tumbuh gigi baru, dah lama gigi susu ni patah." aku pun, "hoooooooo".

bile dah abes scaling sume, aku pun kumur-kumur. banyak gak darah. tapi takde la sakit sangat. dulu aku wat dengan doktor pompuan, sakit siot. ganaz gile. bile nak kuar bilik, aku pun cakap "terima kasih doktor". doktor dengan nurse dalam bilik tuh serentak jawab,"hahe-hahe". siot. sengal betul. malu. malu. aku pun sengih jek. then keluar gie kaunter bayar 2 hinggit. murah kannnnn....

skang aku sayang nak makan sebab gigi aku dah bersih. hehe.

anda-anda semua, pergi la cek gigi. 2 tahun sekali yer. supaya gigi anda cantik berseri-seri. senyum pun manis jekkk nanti. macam ni...


aku bawak lappie sebab nak update antivirus microsoft security essential. kat rumah takde 3g, failed to update.  kat area bandar ni ade 3g. heh. aku pun tak paham motif aku terangkan semua ni.

ok. nak pergi lunch dengan encik akmal. jom. pasni nak kene wat medical check-up pulak.

No comments: