Thursday, June 10, 2010

misi.

i ada misi.

bukan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke gaza. i tak setabah dan semulia itu.

tapi,

misi untuk membuang lemak-lemak yang bersokongkol dengan tissue muscle i. mereka punya niat jahat untuk buat i kelihatan seperti pregnant 4 bulan, menjatuhkan air muka i di khalayak ramai. oh, nyah kau lemak. benci.

oleh itu, i ambil langkah drastik. berjogging. dah 3 hari berturut-turut. orang kata, kalau ikut petua dulu-dulu, semua benda kena amalkan 3 hari berturut-turut. contoh, mandi bunga 3 hari berturut-turut. lepas tuh cepatlah dapat jodoh. tapi i dah amalkan berjogging 3 hari berturut-turut. tak kempis pun peruttttttttttttttttt!

lagi petua apa nak kena ikut ni? petua jangan makan malam. ok...itu memang tengah amalkan sekarang. tapi bila balik muar or pergi beronggeng sampai malam, hancussssssssssssss! langgar petua umpama langgar lampu isyarat merah depan PPUM. siap keluar flash camera trafik tuh. ingat kan ada paparazi nak kejar ambil gambar masuk majalah mangga. rupanya nya surat saman sampai kat umah. eh, ape yang melalut plak ni. tak malu ke cerita kat orang kena saman sebab langgar lampu isyarat merah? heh.

i mengidam sushi dengan takoyaki. juga starbucks' chocolate blended cream chip.
itu misi paling penting sekarang.

ok. bye.

No comments: