Tuesday, June 01, 2010

movie marathon.

kalau ada staf staf KPDN terbaca ini, maafkan daku. daku hanya insan biasa. takde banyak duit nak beli yang original. dan tak mampu nak tengok kat panggung wayang. takde kelapangan masa. bila ada, mesti dah habis tayang. isk. cakap pasal apa kah? ini hah.


seeeee...melambak-lambak dvd yang perlu ditonton. some of it beli kat batu feringhi penang. 1 dvd 4 hinggit. mahu kau tak meroyan nak borong semua. siap dapat percuma lagi selepas berjaya mengoda ah kau tauke dvd. lepas tuh macam ter-berangan i ialah orked, tauke cina tuh jason. oh sangat suwit. 

ditemani roti gardenia butterscotch, dapat memberi tenaga yang diperlukan untuk menyambung external dvd driver anda.

*iklan tamat*

dvd movie yang ada : the loser, the bounty hunter, alice in wonderland, case 39, the vampire's assistant, couple retreat, valentine's day, the time traveller's wife. 

dvd korea plak : boys over flower, cinderella ma, pasta, and 2 lagi series tak ku tau tajuknya sebab tulisan dia tulisan korea.

nak pinjam sewa 1 hari 2 hinggit. hahaha.

oh ye. kalau korang hantu movie. eh bukan hantu dalam movie atau movie hantu. maksud nya, anda ialah gila tengok movie. bukan gila dalam movie. eh, ape-ape je lah. boleh tengok online kat movie online best- bukan movie lucah . sambil melingkau atas katil berteman biskut hupseng dah teh o. hohoiii. syiok gile. tak perlu nak download. cuma kena tunggu buffering skit la. tapi kalau internet rumah kau laju nak mampus tak payah buffer-buffer kot. heh. *jeles kepada mereka-mereka yang berinternet laju*


ok. mari ber-movie marathon.





No comments: