Thursday, July 29, 2010

seminit tadi, aku belek handphone. scroll bace sms akmal malam tadi. senyum. sengeh.
sepuluh minit tadi aku letak laptop, dan konon-konon nak pack barang untuk balik muar esok. tapi tak jadi. aku ambil balik laptop and google "how to get flat abs in 2 weeks". tengok handphone. sunyi.
setengah jam tadi aku makan biskut hupseng celup teh panas. heaven. tengok handpone. takde bunyi.
1 jam sebelum ni aku dok melayan twiligt eclipse online. banyak comolot aje? tengok handphone. sepi.
2 jam sebelum ini sapu-sapu lantai bilik. tengok handphone. ia diam sepanjang hari.

mane kau pergi sayang? rindu giler.

jumaat, cepat lah menjelma.

Wednesday, July 28, 2010

memories

is it only me? do you guys' feelin' the same? i think the time is running so fast. like bullet train? or F1 car? which one is faster? lightning struck maybe? entah. but i like it. in 2 days, i can meet akmal. yes, this entry is all about me and him just because i miss him soooo much!!

but yes, 10 years ago i was in secondary school. then further kat matrikulasi gambang. akmal was in same matrix with me. but never met him pun. just knew his name coz my roomate was his practicum-mate. yeah yeah. you see the link now. he joined basketball team for kakom. selalu jugak pergi usha diorang practice petang-petang. but tak pernah perasan dia pun. hehe.

then, masuk UM. back in 1st year, i never met him pun. but, i always saw his NAW5050 white sporty wira aerobic with the black tinted and full skirting and everything. a guy car, tau-tau aje lah camne rupenye. and selalu vroomm vroomm depan cafe buat aku macam menyampah. "berlagak ingat kau sorang je ke ade kete!" haha. and petang-petang kadang-kadang nampak his car parked dekat basketball court depan law faculty. i macam "eh. dat guy main basketball. mesti hot neh. macho sehh". but, that time, still tak tau dia yang mana satu. haha.

so, when in 2nd year, i bumped into him in front of lecture hall. aku dah tentu termengah-mengah baru sampai. jalan kaki ok dari kolej. and i saw him keluar dari NAW5050 and masuk lecture hall yang same. dalam hati "hek elehhhhh..mamat ni amik biologi? tak macho lansung. ingat amik fizik ke, kimia ke, geologi ke. haha". that was in 1st sem 2nd year. and still, tak pernah bercakap eventhough ade kelas yang same. just pandang-pandang jeling-jeling. hu.

2nd sem. i became closed with fana, salina, diana, roro, and shikin. and we planned to take same class. and akmal rapat dengan those girls. and dia pun planned to take same classes with us. so, baru start bercakap dengan dia. and then we also became close. but as friends. and got involve in group assingments together. and he selalu kena paksa bawak we girls pergi mid valley tengok movie and ponteng class untuk lunch kat mid. and he is kedekut. and mintak we girls belanja die movie if die bawak jalan pergi mid. macam hampeh.

end of 2nd year. biohealth high tea at bangsar one restaurant. dia tegur "kau nampak macam rock chic" apekah?

so 3rd year final year as undergrades. we became closer. but still as friends. frequently went out for late night supper with him. mamak stalls, seksyen 14 pj, bangsar. mane-mane je lah. sometimes berdua. sometimes dengan budak-budak ni. berdua sebab bila stay up memalam lapar ajak budak-budak lain gie maple diorang taknak. ajak akmal dia nak aje tapi kene belanja dia. nak tak nak terpaksa la weh. dah lapa giler tahap cipan kot. dia yang ade kete time tuh. see, dia memang kedekut taik hidung masin dengan perempuan weh. haha.

then, we were in 1 group for final year thesis.forensic science. and our group di kecam teruk dengan semua lectures sebab we all terpaksa bunuh rabbits yang comel-comel untuk jadi mangsa CSI kitorang. haha. nasib baik dapat A! while doing the thesis, i think we become more closer than before. and dia selalu cerita his problems and mine too. than we know that we are sama kepala and boleh gelak puas-puas dengan dia. i became myself in front of him. sendawa, kentut busuk, makan gelojoh, jadi gedik, menari hodoh-hodoh depan dia. memang takde malu ini perempuan. haha.

and before graduations, i proposed him. yes people. i proposed him. to become my bf. and he said yes why dont we try. haha. at that time perasaan macam kawan-kawan je. mula-mula ade hiccups jugak in the relation. but we made it through. and lama-lama the love grow bigger and bigger each day. and we finally realised that we cant be apart anymore..and bile bercakap, we still bahasakan 'kau' 'aku'. tapi sekarang dah kureng sikit. haha.

and he is not that bad to girls. tak kedekut untuk his gf ni. yang suka pow die baju and kasut and handbang. and perfume and jam and duit juga. haha. yela. dulu masa zaman UM, dia selalu pow aku belanja makan and movie. then pow minyak kereta comel kancil aku sebab kereta dia kuat pakai minyak. bila aku dah pakai kereta masa 2nd sem 3rd year, asyik aku je plak kene bawak kereta kalau nak gie mid. hiks. malang sungguh.

so thats how we started. and i am too glad that his parents are okey with me. and so my parents too. i'm blessed~

ok. sudah-sudah la mushi-mushi tuh. kang ade orang menyampah pulak baca. hakhak.




Monday, July 26, 2010

ASB loan

should be on MC today. well, yes i am, literally. hehe. got infection at my thyroid. no neck swelling. but i have problem to eat, and kunyah. nak nganga mulut luas-luas pun susah. adoi. bile rase nak menguap, kene control mulut. bukak comel-comel jek. haha. 

well, pagi tadi pergi bank with parents. settlekan deposit rumah. and tak pasal-pasal jek ter-buat loan ASB. hakhak. memang dah lame dah nak buat loan ASB ni. ikat 20 tahun. monthly rm200. loan rm30 ribu. tapi after 3 tahun, if interest die dah rendah, boleh jual unit kite. tah, aku pun tak berapa nak paham lagi ASB ni. haha. yang aku tahu lepas 20 tahun ade la 30 ribu tuh balik plus dividen. will make lebih kurang rm 50 ribu. yeker? tah. hahah.

oh, banyak nya hutang aku sekarang ni!
-loan ptptn
-loan kereta
-loan rumah
-loan ASB.

haiyakkkkk!

but, look at the bright side. these are for future. and thinking of nak amik insurans. akmal dah bising suruh amik. tapi i belum jumpa lagi insurans yang boleh cover maternity and labour together with accident, diseases and other injuries. yang i jumpa setakat ni die separate. maternity lain, injuries lain. memang lain-lain ke? takde yang satu pakej ke? isk.

well, i am grateful for i am today. i am not who i am today if its not because of my parents and my family escpecially mak. she is my biggest supporter. hehe.

ok. bye.

Sunday, July 25, 2010

sunday's project.

sunday's project.
baked a chocolate cake. totally satisfied. when u made something and everyone loves it, it will put smile on my face for the whole day. even its a boring sunday. but i know i've done something gooooood! hehe


the ingredients needed. and i used that tepung segera bought from giant.

campak semua dalam bekas and putar guna slow speed. after dah moist, putar at high speed for 2 minutes. then bakar la dalam oven yang dah dipanaskan dulu ok.

so another week left until i can finally meet akmal. will attend mazseela reception on saturday and meet up with some friends in KL. planning to have brunch with my fellow officemates when i was working in glenmarie on sunday. so, get ready girls! we gonna have a long chit chat and gossipping time nanti! tak sabar!!

what's there to update hah? oh yeah. my skII dah nak habis. only half of a bottle left. sangat sayang this miracle water. and i only use it once a day, before i go to sleep. the consultant said, it works best while we are sleeping. so that's why la kan..plus. i'm a cheapskate. kedekut. taknak pakai banyak. siang pakai clinique jek. and my clinique moisturiser pun dah tinggal sikitttt gilerrrr! maybe bertahan sampai raya kot. isk isk apesal sume benda nak habis ni. dah la nak raye dah. (padahal puasa pun belum lagi). banyak nak pakai duit ni. handbag raye, kasut raye, baju raya. isk isk isk.

and now i'm thinking macam nak switch to dermalogica. after tengok mazseela face cantik sekelip mata lepas buat facial dermalogica. and my mum's too. mak pun buat facial kat dermalogica jugak. after one facial, i can see her result. more radiant weh. wooohhh, aku memang senang terpengaruh la bab-bab cantik ni. haha. for me, muka tak comel, tak cantik, tak preety takpe. asalkan kulit muka bersih and cantik. its reflect how you take care of yourself kan? agree tak?

baju kurung raye dah beli jugak. kain cotton jek. simple. rm69. murah ke mahal? ntah. main beli jek. sebab takut lepas-lepas ni susah nak jumpa color tema yang my mum pilih tuh. silap-silap dah pakai dulu masa pergi kenduri maszeela nanti. hakhakhak.

oh, speaking of her. last friday tuh, i sent her pergi terminal larkin. and lunched kat kedai nasi kandar ni. then datang seorang makcik ni mintak derma or something. and mazseela bagi rm5 to that makcik. in return, that makcik gave her this buku panduan suami isteri. eh, macam tau-tau je she is getting married. boleh nampak kat dahi ker???? ke ade aura pape??? magic.

see? macam tau-tau je. orang yang nak kahwin ni boleh nampak seri ke sampai stranger pun macam tau-tau jek orang tuh nak kahwin. hikhik.

ok. bye

Saturday, July 24, 2010

penjual rumah tamak.

this jual beli rumah thing almost settle. but the vendor si penjual rumah, gila tak sabar nak dapat duit dia. nasib baik la memang my parents nak sangat rumah tuh plus dekat dengan rumah parents akmal. lokasi strategik. if not, memang i was thinking nak cancel jek. sakit hati ok.

mak akmal said that guy macam perompak. pandai nak amik duit orang. dah la gune my lawyer sesukati die. pastuh bile lawyer suruh bayar rm555 for urusan pindah nama, which is memang penjual rumah yang patut bayar pun. ade ke die suruh aku yang bayar. what the hell kan. dah la lawyer suma my side yang tanggung. then siap boleh mintak tolong lawyer tuh kurangkan hutang die. which my lawyer found out that he hutang dengan bank more than harga rumah tuh. and almost nak kena lelong pun. and he still can said aku macam main-main nak beli rumah tuh. kalau aku main-main takde la aku nak pergi sain agreement semua.

and he nak 10% from harga rumah. which is dah tolak segala hutang semua die dapat almost rm1500 je kot. itupun die insist nak cepat-cepat. tapi before this cerita berkepuk-kepuk. kontraktor. projek juta-juta. buat bangunan la bagai. tapi cukai tanah cukai pintu semua tak bayar. sengals.

isk. isk. cepat la settle. dah malas gile ok nak fikir menda ni. i just nak kunci rumah cepat-cepat. and boleh beraya rumah baru. lalalalala~

ikutkan hati malas dah nak beli rumah tuh. tapi fikir, why dont we just try. rugi masa la skit. but worth it. if dapat, thank GOD. if tak dapat, at least ade experience. and we know already yang dalam dunia ni memang ade orang yang mata duitan! my gosh!

the house. future home. insyaAllah....

my parents so in love with the house. sebab  kawasan tanah die luas giler. boleh renovate untuk sambung depan dengan dapur belakang. kawasan belakang die luas giler jugak. macam boleh tambah 2 bilik lagi. yang penting tanah luas. entah la mak aku nak bela ayam itik kambing segala kah? hahhaa. dalam rumah memang bersih gile coz orang ni beli then tak pernah duduk rumah tuh. dah siap ade cabinet dapur. but i think my mom will renovate dapur first and tukar cabinet baru. die memang suke masak-masak ni. so dapur mesti lah yang paling luas kot dari hall. agaknye lah..haha

ok, so....kereta dah ade. rumah dah ada  bakal ada. ape lagi yang takde. kahwin??  in the planning. but not very soooon! hehe.

Sunday, July 18, 2010

balqish oh balqish.

putri adriana balqish. 

budak kenit ni memang macam-macam perangai die. tah ikut sape. gedik semacam. haha.

alkisah. 

die pernah mintak kat mama die dompet. "mama ade dompet tak pakai tak? aqis nak." ok. so akak aku pun cari-cari dompet tak pakai then bagi kat die. fine. ingat tamat cerita dah. 1 hari tuh, die mintak mama die beli beg pulak. "mama belikan aqis beg silang boleh tak. tapi nak color pink." fine fine. akak aku belikan jugak. nasib die mintak yang kecik-kecik jek and tak mengada nak branded. janji pink.

so inilah beg die.

muka happy.

mari lihat isi dalam beg nya pulak.


eh eh!


pehhhhhh! LV sehhhhhhhh! haha.

duit belanja sekolah. hari-hari amik singgit untuk sekolah pagi. singgit untuk sekolah agama petang.
makluman. duit singgit-singgit itu adalah hasil pow dari mama die, papa die, atuk die, dan wan (nenek) die.
mak lang ade bagi cikiiiiitttt. pakcu plak tukang songlap. ceh.

siap 1 hari tuh time mak aku nak gie bayar barang kat kaunter, die nak belanja. "takpe wan. takpe. biar aqis bayar! aqis ade duit! banyak!" hahhaha.

ok-ok. setelah dompet LV tuh dikeluarkan dari beg, mari lihat isi beg yang selebihnya.


pensil color luna, buku nota untuk sketching, permainan mc donalds (yang biru tuh), and shopping beg yang boleh dilipat-lipat jadi bentuk bola, free gift dari F.O.S.

amaran : video di bawah adalah bukti kegedikkan balqis. sila jangan kaitkan gene dia dengan aku. mungkin gene mama die. atau mungkin gene nenek die. mungkin....yang penting bukan aku.



dan lagi satu. mungkin nak jadi peserta AF musim ke 20.
pitching boleh diperbaiki. feeling dah cukup.
menari pun dah pandai.



**** sorry video nya senget dan gelap. tengah karoke red box weh time tuh mase dok tunggu akak aku buat perming rambut kat plaza pelangi ni. sampai ke jb nok die buat rambut. macam lah kat kl takde. tapi sebab nak yang cantik macam aku punyer jugak. hehe.

ok. dah. sekian. untuk makluman juga, 1 week ni confirm takkan ade updates sebab laptop takde bateri. huaaa ni pun dah tinggal 40% je bateri laptop ni.

ok. bye.

Saturday, July 17, 2010

yan and jeff reception



i have so many things to update.

saturday night, wedding reception one of my bestie mase sekolah. puan eliziyanti. congrats babe. you look beautiful. and just like the color. so sweeeeet! tak ramai member-member yang show up. maybe because die buat malam. but, still lain dari yang lain. buat reception malam, tak panas! hahah.

ok. mari layan gambar-s.

muke abid annoying giler rase macam nak bagi pelempang tapi dah jadi bini orang kang aku yang kene silat dengan laki die. haha.

eleh. muke ayu. ahhaks.

topeng zorro.

last kopek. ambil berkat........ (^_^")

besok nak kene balik jb dahhhh...huaaa.

tapi takpe. next week balik lagi. pergi senawang, seremban. sign agreement. yeay! finally i got my parents a place called HOME! will cerita pasal nie later when everything in place. right now, still kene berdoa harap-harap takde benda yang menghalang urusan jual beli tuh.



ong bak 3. best sikitttttt jek.

ok. hampa. keciwa.
tak seperti yang diharapkan.

nasib baik body agak hot dan yummy. hakhak.


scene fighting die tak berapa menarik. then ending plak macam hampeh jek. tapi tak semua scene tak best. ade jugak part-part yang menariks. scene ape yang best, malas nak cakap. pergi cari tengok sendiri la kan. i'm not a good movie reviewer. bukan pengulas filem yang bagus. aku pandai tengok and komen sendiri jek. haha. tapi from 5 stars, aku bagi 4 suku stars. boleh? haha.

whatever pun, timekasih pada shiro and mazseela sudi teman layan movie ni. aku tau korang tak suka chicken meat ball aku tuh. tapi i suka noks. dulu mase tengok movie kat o.u boleh bedal sampai seplo cucuks nok. hakhak. gile-gile.

now, dah berada di muar. semalam balik naik bus jek. minyak ron95 dah naik 5 sen. ni kira rakyat didahulukan ke dibahulukan kan. tau la nak raye nok, tak dapat bahulu, dahulu pun bedal. sentap jugak la kan bile naik 5 sen tuh. tapi nasib baik keretaku jimat minyak. then tempat kerja plak dekat je. macam 2 km jek dari rumah. kang bile minyak mahal sangat, aku jalan kaki jek la gi keje. tak pun nak beskal. lalalala~

so, sampai-sampai semalam akmal jemput. hari ni die gi induksi kat mersing for 2 weeks. pergi induksi baik-baik k sayang. jangan menggatal. hakhak.

ok, nak tolong mak masak. malam ni ade wedding reception yan a.k.a eliziyanti. nanti aku update pasal wedding die plak. cehh...ayat macam ramai gile jek yang bace blog sememeh ni. haha.

daa~

Wednesday, July 14, 2010

ape kau ingat aku tak terer masak lansung kah?

i dengan rendah dirinya nak mengaku. memang tak berapa terer lagi nak masak hebat-hebat macam mak. rendang ayam negeri sembilan mak memang terbaik. kari ke, tempoyak pucuk ubi ke, sambal udang ke. pehhh..cerita jek sambil telan air liur.

tapi percubaan pertama i masak kek coklat menjadi! wahahahahaha! terer tak? terer tak? hahahaha.

masa gi shopping kat giant muar hari tuh, tibe-tibe rase nak beli tepung buat kek tuh. macam ialah mengidam kek coklat. so, i pun beli je la tepung kek coklat yang dah siap bancuh tuh. haha. kantoi. takde la terer mane kan. setakat bancuh tepung and masuk microwave tuh terer ke? eleh. peduli ape. tak kesah la korang nak cakap ape pun kan. yang penting aku gigih berusaha masak dan makan kek itu. hakhakhak.

so, benda-benda yang perlu ialah tepung kek coklat yang dah siap tuh. ape tah eh brand die. sumpah i lupe nok. tapi kotak die warna biru pekat. ade 2 jenis kek. yang warna kek coklat tuh cair sikit and one more yang pekat. so i amik yang coklat pekat tuh. so macam pahit-pahit sikit. so takde la macam muak sangat nanti. eh, berapa banyak so daaa...

then ko tuang jek la tepung kek coklat tuh dalam besen serba guna kat umah tuh. hakhak. yang buat basuh sayur tuh pun boleh la labu. hentam jek. then, tambah telur 3 biji, air 1 cawan, minyak masak 1 1/4 cawan. then kau putar-putar sampai sebati. macam ni,

 ketua chef tapi takde topi chef yang putih and tinggi tu. serkop kepala dengan tuala pun jadi la. janji gaya mesti grand.

then dah sebati masuk dalam acuan then masak dalam microwave. 250 degree kot. aku pun tak ingat. sebab main belasah je letak berapa degree. janji panas nok. then masak la untuk seberapa lama yang kau suka. agak-agak dah masak ok la tuh. jangan sampai rentung sudey. tak dapek den nak nolong eh.

hasil nya, taraaaaaaa!


topping tak berapa nak jadi nok. i main belasah jek. cairkan coklat bar yang untuk kek tuh dengan marjerin daisy. suka hati aku jek kan. tuh yang buruk jek rupa nya.

but, hey! hey! dont judge the cake by its topping ok!

sedappppppppp gileeeeee ok! tak caya? hah sukati kau lah,. yang penting rase die moist jek, tak keras, tak manis sangat, tak tawar sangat. memang best la. encik bf dan balqish kenit suke gile ok. derang la makan paling banyak. pastuh bf i siap bungkus bawak balik rumah. tak malu!

eh, bukan la nak puji diri sendiri kan. tepung siap bancuh memang la sape-sape pun boleh buat. hahaha. nanti balik muar aku try buat lagi k. this time i promise shoot gambar brand tepung kek coklat tuh. sooooo..korang boleh la buat untuk raye nanti. raye kan nak dekat dah! haahaha.

ular sawa belakang tu tido sambil buat muka kenyang tak hengat punye.

Sunday, July 11, 2010

i hate coming back to jb.

ehem. kembali ke bandar jb. the city of boringness. seriously. everytime balik muar and nak kene balik jb semula, mesti muka monyok macam budak 3 tahun tak dapat jajan. muka sedih. tapi kau buat muka kesian macam mana pun, still kene balik jb jugak. haihh.

ok. mari cerita benda yang gumbira-gumbira. rabu lepas dah balik muar awal-awal. amik cuti khamis and jumaat lepas. hoho. seronok gila. lama tak ponteng kerja. perasaan mengular masa kerja adalah seperti kau dapat mocha frappucino. sedap gilo lepas tuh pening kepala. sama lah macam kau mengular lepas tuh takut kantoi. kan? kan? haha. ape-ape tah.

sampai-sampai rumah muar, angah and abang amir dah ada. diorg balik dari hari selasa sebab ade hari terbuka sekolah balqis. amik report card. pastuh dapat no 4 jek. punya la kecoh cakap die dapat no 3. sekali dia salah dengar. boleh tak? nasib baik aku tak bagi dia hadiah pape lagi. *makcik yang kedekut. iye. mengaku*. haha. then khamis tuh, kitorg 1 family pergi seremban settlekan benda-benda yang patut. thanks to bakal MIL *insyaAllah* sebab jadi consultant free kitorang. haha. harap-harap benda ni berjalan lancar and takde problem pape.

sabtu, lepas attend wedding cik, eh puan natasha hani, pergi jalan-jalan kat melaka. tengok movie predators kat dataran pahlawan. movie ni kan 18sg ke hape tah. tapi budak-budak memang tak boleh masuk la sepatutnya. abis tuh balqis ni nak campak mane kan. mak ayah aku tak ikut pulak. kalau ade bole la die tinggal luar. haha. so, kitorg beli 2 tiket indespecable me. abang amir dengan balqis masuk dulu tengok cerita tuh then seludup masuk balqis tengok predators. boleh tak? haha. padahal cerita ni takde la ganas mana pun aku rasa. tah nape tak kasi budak-budak tengok. 

sila jamu mata dengan gambar-gambar di bawah. hiks.

congratulations tasha!!

adik dengan balqis sempat gaduh lagi tuh. pasal ape tah. wat muka tak puas hati.


makan time.

balqis kenit cakap "jom kita baring-baring nak kat rumput ni". 
kau ingat ni filem hindustan ke qish? 

sekian kali nya. iye. akak aku lagi putih dan kurus dari aku. tak payah nak pertikaikan.

me and akmal. same gemuk dan kulit tanned. ade orang nak pertikaikan tak? hakhak.

demmit! balik muar berat naik jadi 53.2 kg. nak tau ape aku makan? tempoyak negeri sembilan wajib ade, ikan baung la, ikan siakap la, ayam masak lemak la, ayam golek la, kek la *buat sendiri ni*, pucuk ubi rebus cicah sambal belacan la, telur itik masak lemak la, eh, macam-macam la. mane boleh lepas masakan mak kan? memang terbaik la. yang penting sume berlemak-lemak. homaiGod. memang tak boleh pandang sebelah mata ok! kena pandang 2 belah mata and ngapppp! makan! hakhak.

aku rase ade hikmah nye jugak aku duduk jauh dari mak dengan ayah. kalau tak mesti aku dah gemuk gedempol sekarang. asyik makan sedap-sedap je kat rumah. isk isk isk.


(-_-")


Monday, July 05, 2010

samseng jalanan.

 aku tak puas hati.
kenapa ade orang yang sanggup buat kau jadi cam gitu.
ape kau tak cukup comel kah? tak cukup hensem kah?

aku tau kadang-kadang aku yang salah.
tak jaga kau betul-betul.
tapi you know i care about you very much!
and love you with all my heart.
aku memang takkan cari pengganti melainkan jika dah takde jodoh.
yelah, kalau kau sakit ke, semput ke,
sape nak kat kau lagi kan?

eh eh.
sorry aku cakap macam tuh tadi.
tapi sumpah aku sayang kau.
aku janji akan jaga kau elok-elok.
akan pergi hantar kau ke spa, saloon, cakap je.
akan buat kau jadi hensem dan hot semula.
lebih hensem dari akmal rais.
percayalah!

tapi tunggu aku ade duit dulu lah.
in the mean time, kau bertahan okeh!
aku sayang kau banyak-banyak.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

















rupa kau dah macam samseng mafia pirates of the carribean berparut sana sini. tapi i suke nok! baru lah takde orang boleh buli kite berdua kan?


.

Sunday, July 04, 2010

entri mushy-mushy sikit.

back to normal life.

he's back to muar about 3 hours ago. and i'm stuck alone in room. but its a weekend  that i won't regret at all. we spent a very quality time together kan sayang? indeed. we talked about everything. planning the future ahead, world cup, raya, baju raya, works, lab, your family, mine, especially balqish, health, everything. yes, he noticed my stomach a lil bit smaller than before. thanks to Nestle Fitness flakes and fruits and also Anlene milk. konon-konon dah kempis sikit perut buncit ni. hehe.

and now, perut die pulak yang membuncit sebab attachment 2 minggu kat hospital melaka tak pergi tennis for that whole 2 weeks. haha. its ok. i still love you though.

owh, i'm missing him already!

blegghhh~

Saturday, July 03, 2010

he said,
" wah! dah terer jalan JB!"

see the legs lah wehh.
bab2 merayap memang cepat je terer.

hahahahaha.

after spending 10 hours with him. i'm giving him a chance to meet up with his friends pulak kat skudai.

pesanan penaja pengangkutan : top up la minyak Mr Orangie tuh balik yeh.

ape? full tank? alah. susah-susah jek. hee =D

Thursday, July 01, 2010

fullest? crap.

life is not having what you want in one time. ape yang kau nak tak semestinya kau akan dapat at that time. ade orang kene usaha untuk dapatkan ape yang die nak. ade orang tak payah. rezeki datang bergolek, orang kata.

tapi kalau semua yang kau nak kau dapat, kau puas ker? dulu aku memang macam tuh. mesti dapatkan ape yang aku nak. now, i realise. bila aku dapat one thing yang aku nak sangat-sangat, i'll loose one thing yang aku ada or patut dapat. mula-mula rase unsatisfied. tak puas hati. and i just cant help it. tak tau ape yang tak puas. and tak tau macam mana nak luahkan. but i just know ade benda yang aku tak puas hati, tapi aku tak tau ape die.

complicated kan? yes. memang pun.

seumpama gambar ini.


aku nak ambil gambar gladiator heels. akibatnya muka aku tak dapat di-capture penuh dalam camera. 

ya, macam inilah hidup. 
takkan puas. takkan penuh. takkan fullest. 
tipu bila ade orang cakap "live your life to the fullest". tipu.

kau jangan percaya. aku atau mereka? terpulang.