Sunday, July 11, 2010

i hate coming back to jb.

ehem. kembali ke bandar jb. the city of boringness. seriously. everytime balik muar and nak kene balik jb semula, mesti muka monyok macam budak 3 tahun tak dapat jajan. muka sedih. tapi kau buat muka kesian macam mana pun, still kene balik jb jugak. haihh.

ok. mari cerita benda yang gumbira-gumbira. rabu lepas dah balik muar awal-awal. amik cuti khamis and jumaat lepas. hoho. seronok gila. lama tak ponteng kerja. perasaan mengular masa kerja adalah seperti kau dapat mocha frappucino. sedap gilo lepas tuh pening kepala. sama lah macam kau mengular lepas tuh takut kantoi. kan? kan? haha. ape-ape tah.

sampai-sampai rumah muar, angah and abang amir dah ada. diorg balik dari hari selasa sebab ade hari terbuka sekolah balqis. amik report card. pastuh dapat no 4 jek. punya la kecoh cakap die dapat no 3. sekali dia salah dengar. boleh tak? nasib baik aku tak bagi dia hadiah pape lagi. *makcik yang kedekut. iye. mengaku*. haha. then khamis tuh, kitorg 1 family pergi seremban settlekan benda-benda yang patut. thanks to bakal MIL *insyaAllah* sebab jadi consultant free kitorang. haha. harap-harap benda ni berjalan lancar and takde problem pape.

sabtu, lepas attend wedding cik, eh puan natasha hani, pergi jalan-jalan kat melaka. tengok movie predators kat dataran pahlawan. movie ni kan 18sg ke hape tah. tapi budak-budak memang tak boleh masuk la sepatutnya. abis tuh balqis ni nak campak mane kan. mak ayah aku tak ikut pulak. kalau ade bole la die tinggal luar. haha. so, kitorg beli 2 tiket indespecable me. abang amir dengan balqis masuk dulu tengok cerita tuh then seludup masuk balqis tengok predators. boleh tak? haha. padahal cerita ni takde la ganas mana pun aku rasa. tah nape tak kasi budak-budak tengok. 

sila jamu mata dengan gambar-gambar di bawah. hiks.

congratulations tasha!!

adik dengan balqis sempat gaduh lagi tuh. pasal ape tah. wat muka tak puas hati.


makan time.

balqis kenit cakap "jom kita baring-baring nak kat rumput ni". 
kau ingat ni filem hindustan ke qish? 

sekian kali nya. iye. akak aku lagi putih dan kurus dari aku. tak payah nak pertikaikan.

me and akmal. same gemuk dan kulit tanned. ade orang nak pertikaikan tak? hakhak.

demmit! balik muar berat naik jadi 53.2 kg. nak tau ape aku makan? tempoyak negeri sembilan wajib ade, ikan baung la, ikan siakap la, ayam masak lemak la, ayam golek la, kek la *buat sendiri ni*, pucuk ubi rebus cicah sambal belacan la, telur itik masak lemak la, eh, macam-macam la. mane boleh lepas masakan mak kan? memang terbaik la. yang penting sume berlemak-lemak. homaiGod. memang tak boleh pandang sebelah mata ok! kena pandang 2 belah mata and ngapppp! makan! hakhak.

aku rase ade hikmah nye jugak aku duduk jauh dari mak dengan ayah. kalau tak mesti aku dah gemuk gedempol sekarang. asyik makan sedap-sedap je kat rumah. isk isk isk.


(-_-")


No comments: