Thursday, September 09, 2010

esok hari raye!

esok raye wehh..aku still kat jb lagi. duk bace slides cytology lagi neh. tak concentrate dah ok nak bace. kang ade yang terlepas malignant cells la, endocervical cells la, bla bla bla. kene insiden report kang nayo den. uhu.

tadi aku gie jumpe ketua unit. sambil buat muka sweet-sweet sikit, mata kasi bercahaya macam mata shin chan. dengan penoh kesopanan aku tanye die "Doctor Subha, can i take half day today? wanna go back for raya". ehem. berdebar-debar tunggu dia jawab. "oh yesss. can. can. you all can take half day. mazseela dengan norkiah pun suruh diorang balik". aku jawab "derang dah cuti doctor...".

pastuh balik lab sengih besau giler! pastuh aku cepat-cepat tersedar ape ke jadah nye aku duk senyum-senyum sorang ni. kang orang ingat aku gile pulak. ehe.

malam tadi pack-pack barang sume yang nak bawak. camera check, laptop check, luggage check (cewahhh luggage. macam naik flight je. poyo). baju kotor nak basuh kat rumah check, comforter nak basuh check, cadar sarung bantal check, sandal raye check, make up check, facial set check, hah ape lagi ni ?? minyak dah isi siap-siap. ron 97 lagi tuh. hu

pastuh tido awal gile. kul 10 dah tido. terbangun kul 6.30 pagi. terus terfikir "ehhh esok raye!". mandi siap siap. bawak barang masuk kete terus. tak yah nak patah balik rumah amik barang lagi. 2 kali jugak kot aku turun naik rumah angkut barang. macam nak balik seminggu! eh! memang pun! aku balik 10 hari! hahahaha.

***so...aku nak ucapkan selamat hari raye kepada semua rakan-rakan (eh apsal ayat skema gile ni) yang mengenali diri ini, bloggers, silent readers (kot ade!), member sekolah rendah, menengah, matrix, UM, delphax, biotech, shah alam, jb, HSA, bakal mak ayah mentua (eheh!) dan bf yang gorgeous dan baik hati diri mu ku tunggu-tunggu nak bagi duit raye kepada ku. hahaha. ***

peace all. selamat beraye. hati-hati memandu di jalan raye. ingat orang yang sayang kite. yang tak sayang tak yah ingat. haha.

chowww. aku nak gerak dah. bye bye.

No comments: