Thursday, September 02, 2010

mood seminggu before raya.

salam dan hai.

sejak dua tiga empat menjak ni. aku lepas buka je mesti mengantuk yang teramat. pastu siang time keje pun mengantuk gile. tepat pukul 1 tengahari time rehat mesti tutup lampu lab and cari port baik nak tido. haha. terjaga pukul 2. kepala berat. tido lagi extra 5 10 minit lagi. gitu la aku. tah kenapa. aku pun tak paham. ingat kot aku sorang je. rupenya ade jugak orang lain yang sama macam kau. mungkin kah sebab mood raye dah membuak-buak jadi perasan nak bekerja tuh dah takde lansung? aku je kot yang macam tuh. orang lain mesti rajin ke kan.

oh ye. aku mintak cuti seminggu pas raye. makne nye khamis before raye tuh keje lagi. then cabut balik rumah muar. parents aku maybe dah balik rembau time tuh. so park kereta kt muar and balik negeri sembilan dengan akmal. ye. aku telah memaksa die balik dengan aku malam raye tu. hehe. yela. takkan la aku nak bawak balik kete jugak kan. padahal aku sorang je. so baik aku balik dengan akmal sebab die balik seremban, sama jalan. kat kampung nanti gie jalan-jalan mestilah dengan parents kan. watpe plak aku nak membazir duit minyak dengan tol kan. camgitu la kaedahnya.. akmal cakap "macam dah kahwin je nak balik raye sama-sama". haha. practise la sayang. kot-kot tahun depan 'tepaksa raye bersama'. tapi nak practise-practise pun tak guna sebab tahun depan aku raye rumah baru kat senawang which is berdepan dengan rumah parents akmal. kalau nak gaduh balik raya rumah sape wajibla kene lempang laju-laju. hahahha.

baju raye aku 3 pasang weh. paling murah kain cotton rm69 aku beli sendiri. lagi 2 helai rm120++ ayah belanja and abang amir belanja. wahahaha. hebat tak hebat la ade 2 lelaki yang sudi belanja aku baju raye lagi mahal dari aku beli sendiri walaupun encik boyfriend tak belanja. eh, tapi die dah belanja kasut raye. teehee. dan sanggup tunggu aku balik dari jb malam raye tu. ok la kan. shouldn't complain anymore. hu.

baju raye korang bape pasang? =)

No comments: