Wednesday, September 15, 2010

sungguh seronok. walaupun hanya duduk diam-diam kat rumah

oh sungguh seronok tidak bekerja. berguling-guling di atas katil yang empuk. lepas tu makan. lepas tuh tengok tivi. lepas tuh makan lagi. petang sikit baru mandi. haha. eleh..korang nak kutuk-kutuk aku mandi lambat. macam korang tak buat. kerat kuku aku la kan kalau tak betul. haha.

semalam gie melaka tengok movie resident evil kat dataran pahlawan. 3D. wahhh. syiok gile. full with actions kot citer tu.  ala-ala the matrix pun ade gak aku rase. hehe. tapi memang tak nyesal la aku heret encik bf gie melaka. sampai terpaksa menyusahkan die yang penat baru balik keje and mengantuk plak tuh. eleh padahal die pun nak tengok jugak sebenanye tuh.

sambung citer raye. raye kedua gie rumah pak ngah kat pilah. malam gie umah pak tam kat rembau jek. raye ketiga gie kenduri sedara pakteh. wah.....memang makan je kojo den. berat pun macam dah naik 2 kg jek dah ni. haihhh. harus pergi berjogging balik jb ni nanti. isk isk isk.

malas la nak tepek gambar lagi kat sini. kat fb ade kot. kang muak plak tengok muka aku je. haha.

4 hari lagi cuti. harus manfaatkan dengan berguling-guling sepenuhnye depan tivi mahu pun atas katil yang empuk. hahah. baiklah. mari berusaha!

No comments: