Monday, November 22, 2010

kain baju tunang-done. kene kurus sebelum nak tempah.

tajuk sebagai peringatan kepada diri supaya gie joging.

funfilled weekend. and i am totally broke.

took leave on thursday and friday after raya haji. okey raya haji tak payah cerita la makan ape. nama pun raye. rendang, nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah. cukup nak tambah barang sekilo dua. haha.

then khamis tuh gerak pergi kl. tido kl semalam. jumaat nye pergi kuala nerang kat kedah. wedding anak kawan ayah masa die kat pahang dulu. mula-mula plan me, ayah dan mak dgn adik je pergi. balqis plak nak ikut jugak. patutnye die tinggal dengan mama die kt kl. tapi tah ape perjanjian die buat dengan papa die. ikut perjanjian tu kalau papa mama die ikut gi kedah, die tinggal dengan papa mama die kt kl 30 hari. tapi now lepas dah diskaun semua nak duk kl 7 hari je. tapi the latest aku dengar die duk kl 4 hari je. itupun lepas die pujuk acu die (adik aku) duk kl jugak dengan die. haha. balqis balqis. tah pape.

pastuh sabtu pas wedding tu terus je balik kl. sabtu plan kunun nak gie nilai. mak akmal nak join sekali. kunun nak beli barang-barang nak buat hantaran tunang. sekali tak jadi plak sebab they all lupe that day ade wedding anak kawan ayah akmal. nak tak nak kene pergi jugak la kan. so postpone pergi nilai. maybe pergi bulan 12 nanti ke. banyak masa lagi kot (?). hu. lagipun aku demam and tak larat la nak berjalan dari satu kedai ke kedai lain. mau pengsan nanti. dah la panas time tu.

so aku, mak dengan angah pergi cuci cuci mata kat ssf sri damansara. huiii memang rambang mata la weh tengok barang barang die. hikhik. pastu mak pekenan kat alas dulang hantaran. cantik. harga not bad. terus rembat 9 untuk pakai hantaran kawin sekali. hehe. jimat skit.  then beli kotak untuk letak kek batik. yang aku pn tak tau cmne rupe kek batik tu. akak aku je tau cmne rupenye. die yang gatal nak bagi as hantaran jugak. hu.

done with ssf. menuju ke masjid india and jalan TAR pule. motif? cari kain nak buat baju tunang. dalam kepala otak dah pikir nak chifon chifon chifon. tiada kain lain selain chifon. hakhak. bab benda lain aku tak kisah cikai-cikai and murah. tapi baju aku nak yang aku suka jugak. haha. masuk jakel. terus pegi kat bahagian kain chifon. hakhak. rambang la mata mak aih. cantik cantik gils. and ade pakej. RM550 kain chifon 4meter with full satin lining and kain satin untuk baju melayu lelaki. terus rembat pakej itu even though tau ade yang lagi murah tapi aku malas nak berjalan lagi plus that time hujan lebat. hu.kain baju melayu bagi kat akmal. bile-bile bole pakai untuk amik gambar ke. huhu. akak aku, mak aku and balqis pun borong kain nak buat baju juga. hu.

then petang ahad lepas settle beli kain baik muar. on the way singgah jup seremban. rumah akmal. bagi ole-ole dari kedah and jambu dari tapah. hu. bagi kain baju melayu kat akmal. pastu mak suruh tunjuk kain baju aku kt mak akmal. ala dah tak surprise. hakhak. tapi mak die pun puji cantik kain tu. alahai makcik kot nak puji saye cantik takpe jugak. hehe. siap tengok selendang aku sume. then bagi idea camne nak buat rambut sume. mak aku plak nyampuk "pakai tudung kan senang je". mak akmal jawab "takpe kak, budak muda ni jangan pakse biar ikhlas baru die pakai. " caya lah makcik. rock gile! haha.

isnin plak johor cuti! yeay!bangun lambat, seronok gila. pastu pas lunch ajak mak gie town. nak deposit duit kete. then gie beli benda nak buat hiasan hantaran. yang aku tak tau camne mak nak buat nanti. mak je yang ade idea cmne nak buat nanti. bab-bab hiasan hantaran semua aku serah kat mak. dia yang pakar. huhu. then beli pasu untuk buat hiasan mini dais yang bakal DIY. hikhik. tengok je la nanti cmne rupenye.

pastu gatal gie survey photographer. then aku teringat ade 1 kedai photog kat bakri kat medan mara tuh. aliceshahstudio (klik sini untuk ke website). aku tengok contoh gambar die cantik cantik la jugak. not bad. aku tanye pakej tunang bape. RM350. ok la kot. terus confirm. haha.

oh one more thing. tarikh engagement dah tukar. dicepatkan. dah tukar jadi 3 februari 2011. khamis. ye khamis. public holiday chinese new year. haha. sebab on that 5/2/2011 tu ade kenduri cousin kat penang. sedara mak. so ramai cousin aku belah mak yang nak datang terutama nya paklang aku yang bakal jadi ketua belah aku nanti tak dapat datang. so terpaksa tukar tarikh. hehe. ye cousins yang dah kawin itu ramai nak datang sebab derang still ingat time derang bertunang and kawin dulu mak aku yang berpenat lelah dan berhempas pulas. so maybe nak balas jasa? entah tak mengharap pun. tapi kot nak datang bagus la weh. haha.


so thats all the updates. no picture.sebab saje nak simpan jadi pekasam. hahah. ok. nak siap nak kene balik jb. huaaaa malas nyeeeeee. ok bye. maceh.

No comments: