Thursday, December 23, 2010

apekah?

tiba tiba dapat call dari bf dia ialah on the way balik seremban. kalau nak balik rumah duk diam diam aku ialah tak kesah. malah aku suka. tapi dia ialah cakap dia tension nak cuti esok sebab malam ni nak main dota. korang rase ape aku patut rase?? nak lempang diri sendiri supaya sedar inilah dia bakal suami sendiri atau meratap menangis hiba kenape lah bakal suami macam ini? oh serious shit aku tak tau nak cakap ape. heh.

aku tak marah. ape plak hak aku nak halang die balik seremban. tuh dia nak balik jumpa mak ayah dia. tapi dia ialah nak main dota juga. itu macam membuatkan aku tak boleh terima. paham? heee

pastu dia cakap "kamu kena bagi saya main dota sebab nak hilangkan tension kerja. lagipun kamu dah dapat cincin mahal. orang yang gila sebab habis duit". ngehngehngeh. ok ayat akhir tuh dia tak cakap direct. tapi aku tau die menderita sebab kene ikut cakap mak die nak beli cincin yang macam mane. mestilah mak die taste tinggi. makcik. i salute u!!! tabik spring toing toing toing. hehehe.

oh aku sungguh materialistik. pastu bf cakap camni lagi "pas kahwin cincin tunang kamu bagi orang balik". ehhhhhh ape plakkkkkk....mane boleh. die cakap nanti takde duit nak nak tukar sport rim kereta boleh jual kat pajak gadai. oh no no. big no. memang aku simpan dalam peti besi nanti. hu

dulu pernah cakap macam ni:

akmal : buat ape la beli cincin mahal mahal. beli cincin tikam doposen tuh dah la. baik la duit tuh buat beli sport rim atau tukar barang kete. lagi baik pekdahnye.

aku : hei u shadapp...ade ke patut nak bagi cincin tikam je. ok ok takpe. orang tak kesah. tapi kamu kene dengar cakap mak kamu la die nak cincin yang macam mane. lagi pun sape lagi penting, orang ke kereta?

akmal : oh hoi mestilah kamu cik nanot yang tembam dan gemuk perut lemak bergoyang. *sambil buat muka gelak jahat*

ok ape patut aku buat sekarang? terjun sungai muar? ahahahaha. eh aku tak patut gelak. *diam*


*****************

oh yeah tadi aku ialah berjaya hantar encik mafia buat allingment dengan balancing. gagah tak wa redah kedai tayar tu. ayat kene poyo macam ni "abang, tolong buat allingment kereta wa. dengan balancing ke. tak nak buat bende lain. abang pomen jangan nak pengaruh wa tukar tayar la tukar sport rim la. wa hentak lu dengan spanar ni kang. lagi satu, lu jangan nak tipu-tipu harga dengan wa. wa tau total cost tak sampai 30 hengget pun". * cakap sambil bercekak pingang lengan baju paras siku*

in the end lepas settle suma harga memang rm30 je pun macam yang aku mintak, ngehngehngeh.

ok memang tipu. aku cuma cakap macam ni "abang tolong buat allingment dengan balancing kereta say. mekasih". terus duduk kat kerusi plastik diam sambil tanya akmal bape harga buat mende ni sume. sambil duk diam-diam dan doa abang pomen ni tak tipu aku and tak jahanamkan kereta aku. haha.

in the end harga die memang rm30. standard semua kedai macam tu. ahahahaha     ^_^

*****************

in the end tetap sayang jugak kat akmal rais tuh walaupun perangai macam hampeh suka amik sayur pakai tangan je walaupun dalam mangkuk sayur ade sudu. memang tak bole bawak makan hotel la die ni. malu i. malu!! hahahha. **tarik nafas dalam-dalam dan hembus* redha.

No comments: