Tuesday, December 21, 2010

pra-update becoming weekend.

1 month to go...

baju belum tempah lagi. akmal cakap kene kurus lagi sikit baru tempah. wuwuwuwuw. adekah diriku sangat gems sekarang. he said, aku bertambah chubby. aku rase macam dah control makan je. cuma bila balik muar je tak dapat nak control. mane bole lepaskan lauk mak masak kan. mesti la sedapppppppp. rugi tak makan wehhhh.

minggu ni cik marina nak bertunang dengan our schoolmate jugak, faiz. hehe. sekali berapa ramai daaaa kawan aku punyer bf/bakal tunang/bakal suami/suami nama faiz...hehee. tak dapat nak datang sebab rumah kat muar takde orang. parents balik negeri sembilan. akak plak dah balik kl. aku kirim tahniah je la eh marina. janji ko kawin aku datang. janji ni. eh tapi agak-agak ko kawin serentak ke dengan kembar ko maria? jangan la wehhh nanti hadiah kene double. haha.

so untuk hilangkan boring weekend ni sebab khabarnya yana pun balik muar jugak weekend ni, aku pun tukar appointment facial ke hari sabtu. iye, telah tergoda untuk sign up facial kat NB natural beauty and slimming kat angsana. masa tu ade promotion. so aku amik pakej rm599 for 10x facial. hasilnya? kali pertama cuba mak, akmal, akak aku, kak kiah lab aku sampai ke makcik PPK office perasan muka ku lagi bersih dan berseri! yessss. haha. kakak owner shop tuh cakap "dik oiiii...muka ni kene la buat facial setiap bulan.bukan time nak kawin je baru nak buat dik oiiii..." iye lah kak. sebab kau aku dah terbayar rm599. hampeh nye akak tu. -_-"

pastu aku baru teringat aku ade beberapa sesi kat LWM tak habis lagi. so aku call LWM subang jaya and mintak derang transfer ke JB. diorang cakap ok. so terus set appointment hari ahad. macam ngeks kan. baru teringat ade 6x session lagi. nasib ingat kalau tak burn macam tuh aje nokss. pastu ahad ni jugak bole la gi saloon cutting it nak kene trim hujung rambut sebab dah bercabang. and treatment sekali kot.

reading this entry, akmal obviously will say i am high maintainance. before this pun die memang cakap macam tuh. haha. sayang pas kahwin semua kos facial dengan rambut kamu tanggung kan? ngehngehngeh =D

kalau la kat jb ni ade fitness first....please la bukak satu kat sini bole ku sambung jadi member. dah dekat 7 bulan dah freeze member card. wuwuwuwu sedihnyeee....eh tetibe kan cakap pasal fitness first. i want to be fit again....jogging kat kebun bunga panas la, pastu nanti hitam. pastu banyak nyamuk. pastu kene kacau dengan askar la polis la. boring betul tak bole jog aman-aman. huh. (sebenarnye malas macam-macam alasan kau bagi kan).

yang penting aku nak ipod dulu baru bole start berjogging secara suka ria dan bermotivasi. sayang,bila nak belanja ipod? pelisssss.....

No comments: