Wednesday, January 27, 2010

meet me there bebeh!



bakal membazirkan duit untuk pergi tengok Konsert Satu Suara ni. yezaaa!

cepat-cepat book tiket. pada yang minat gile kat aizat, faizal tahir (OMG! *mata bersinar*) and dato siti, anda harus pergi tengok. mesti gempak giler neh!

harga tiket ialah RM 80, 120, 180, 250 & 300 untuk 13 dan 14 Feb.
RM 103, 153, 233, 323 & 383 untuk Malam Gala pada 12 Feb.


nak senang book, pergi je sini . boleh pilih seat ape yang available lagi.

mari. mari. support industri muzik tempatan! cewahhhhhh.

pssttt..ni adelah post yang ke-100. selamat hari jadi belog buruk. haha

Monday, January 25, 2010

blood donation

ouch..sakit tangan. lebam sudey.


hari ni pergi derma darah kat Pusat Darah Negara. kena paksa dengan manager. hikhik. tade la. ikhlas jugak la sebenar nye. first time nie derma darah. 350 ml. hamik kau. lengan belah kiri darah clot. kene reject. tuh yang sampai lebam tuh. then try lengan kiri nasib baik okeh je. hu. takde la sakit sangat pun. sila pergi menderma darah. setitik darah dapat menyelamatkan 1000 nyawa. ecehhh..kalau tak sempat nak pergi kempen derma darah tuh, korang boleh walk-in terus kat PDN. staff-staff sane sangat la peramah dan baik hati. air milo nye juga sedap. dapat free roti coklat, biskut, biskut dan biskut. FYI, PDN is just next to Istana Budaya. kau orang boleh pergi tengok konsert siti bagai, teater gunung ledang, natrah bagai, takkan la PDN sebelah tuh pun tak tau kan...derma darah. tak pakai duit pun. tak membazir pun. plus, lagi boleh beramal jariah. terutamanya pada orang-orang yang cheapskate kedekut taknak bagi derma kat orang-orang buta  menyamar buta dan miskin hina mungkin menyamar pengemis padahal rumah sebesar banglo bmw 3 bijik. okeh, nih dah sumpah merepek tah pape.

ok. enough of derma darah. terasa mual pula bila terbayang darah aku yang banyak tuh tadi mengalir-ngalir masuk dalam blood bag. ok. enough kali kedua.

roti free tadi boleh buat breakfast esok pagi. yeay!

Sunday, January 24, 2010

balqish jadi gedik

weekend kali ni balik muar. minggu depan maybe balik lagi. isnin cuti hari wilayah. oh, suke nya dah keje KL sekarang. hehehe.

buat ape je weekend ni eh? ok. sabtu pergi kenduri kahwin anak lelaki kawan baik mak dengan ayah. (masa kecik-kecik dulu selalu main kejar-kejar and polis and thief sama-sama. oh. malu gile) .telah memaksa akmal ikut sekali dan menjadi driver jugak.

ntah kenape balqis tergedik-gedik dengan bf saye. oh. sungguh annoying. rasa nak lempang muka si-kenit tuh cukup-cukup. huh.

 
  kejadian di atas ialah berdekatan rumah kenduri kahwin tuh

 

okeh. nak menggedik jugak.

after kenduri, just melepak kat rumah. cuba nak wat gigs kat dalam rumah dan nak jemput setaman perumahan tuh. tapi tak menjadi. haruslah aku tak boleh nak jadi lead singer. kang terus jimmy stanley trek selebriti datang interbiu kat rumah. wahahah.

 

kunun nak goreng satu lagu, chorus pun tak sampai. hiks


tetap tak boleh lawan adik goreng lagu "kenanganku-jefri din". gile ah.


buat muka tak puas hati. "apehal pulak?"

okey ah, tuh je. tido-tido. esok kerja. damn!!!

Saturday, January 16, 2010

*ini mungkin entri iklan free*

sabtu, 8.36 pagi.

kenape terjaga awal sangat ni?? mahu tidur balik. tapi tak boleh dah. tengok budak-budak rumah ni tido lagi, nyenyak jek. jeles. jeles. haihh.

eh, patut nye bagus la kan sekarang dah senang bangun awal. sekarang ni, working days pukul 6.30 pagi alarm bunyi sekali jek, dah terus boleh bangun. tido malam plak lambat sekarang ni. kul 12 lebih baru boleh nak lelap mata ni. tapi pagi-pagi still boleh bangun 6.30 jugak. yang pelik nya, tak berapa rasa penat sangat. macam boleh bertahan lagi la. then, pergi gym lagi after balik kerja. sometimes pergi on tuesday, wednesday, thursday. weekend, kalau tak pergi mana-mana, petang ahad pun pergi gym jugak.

cop.cop. *sambil buat gaya tangan tuh sekali macam ni*





adakah hidup dah semakin sihat sekarang? kerana dah mula exercise, keluarkan peluh, buang toxic. kan? exercise pun boleh detoxify dalam bentuk sweat kan. kuku pun makin cepat panjang sekarang, seminggu sekali dah kena potong. dulu 2 minggu sekali baru potong. then, badan pun rasa ringan jek. takde la rasa macam berat b**t*t pemalas nak bergerak.

yang paling best, dah ramai orang tegur, "ehhhh..nani makin kurus la sekarang.."

awwwww..i likeeeeeee~

teruskan usaha! yeay!

notakaki: sape-sape ade g fitness first subang, sila la tegur saya. boleh kenal and menari bersama dalam kelas body jam, easy step, cardio dance dan macam-macam lagi. lepas fitness first empire subang siap, boleh berenang bersama sambil melihat pemandangan federal highway. lalalalala~

Sunday, January 10, 2010

lama lagi nak gaji tapi duit nak habis dah.

hidup ini tak meriah kalau tak pergi membeli-belah!

motif? ini.


handbag tuh fake chanel jek ok. belum mampu nak beli yang ori. tunggu kahwin anak menteri. tapi macam akan kahwin anak penghulu. fine. dah pasrah. memang takkan dapat masa hantaran -_-

ini semua gara-gara pergi MAS Touchdown kat Skypark Subang. bijou bazaar yang offer crazieeee sale. memang hampir-hampir nak crazy. sampai tawaf seplo kali. last-last rembat cardigan, handbag and 2 shirts tuh. then, pejam mata and terus naik escalator and pergi ke parking kereta. takde nak pandang-pandang belakang-belakang.  lepas tuh terfikir, eh baju yang i belek-belek tadi macam lawa jugak kan. aish. menyesal tak beli. patah balik pergi tengok baju tuh. tapi teringat bajet RM100 dah habis. fine. *kecewa*


the bazaar.


tukang teman.


pastuh memasing dah kebulur. singgah ss14 and makan kat auntie shop. *foods die semua sedap* actually name kedai ni 'well gourmet cook' kot. sila pergi cari kat ss14. dijamin takkan menyesal. dah rasa mesti nak datang makan lagi kat situ. confirm!

then pergi layan movie ni plak kat sunway pyramid.



sumpah kelakar sangat. semua orang dalam cinema tuh pun bantai gelak kuat-kuat sepenuh hati tak ingat dunia punye, termasuklah i. heheh. recommended!

balik, singgah pakli jup. pekena teh o dengan roti bakar. lepas tuh teringat nak kene harvest tebu. cepat-cepat balik supaya tak rugi.

dah level 36!



okeh. teruskan usaha wahai petani berjaya.

Monday, January 04, 2010

ok. sambung balik.

plan awal hari sabtu tuh nak gie P.D dengan budak-budak rumah and jumpa mak+ayah+angah+abang amir+adek+balqish+2-3 family belah ayah kat sane. tapi last minute akmal cakap nak datang KL and suruh beli tiket Sherlock Holmes siap-siap sebab takut full house takde tiket. aku macam dah berbelah bagi dah. balqish dah call-call suruh datang and ajak akmal sekali. tapi masalahnye akmal taknak and die ade game bola kat stadium salak tinggi petang sabtu tuh. die datang malam jumaat tuh and after movie terus jek die balik seremban. oklah. fine. terpaksa hampakan harapan balqish. sebab lepas ni 2 minggu tak jumpa akmal coz die ade keje every weekend sampai end january. meroyan lah aku nanti........



tapi sherlock holmes sangat besttttt and kelakar jugak. huhu. jude law ensem. robert downey jr plak hot.
good combo eh?

then hari ahad plak, gie bukit raja tengok citer ni:



tak berapa paham sangat tengok citer ni. tapi nasib baiklah heath ledger ade. plus colin farrel, jude law and johnny deep. semua pun hot! hehe. but actually all the 4 actors ialah 1 watak yang same. kene la tengok sendiri kalau nak paham. memang penuh dengan imagination!
ditemani fizah and julie. julie blanje movie ni. as return aku blanje dia makan la pulak kan. hu.


rambut julie dah berkarat. tapi ni ok sikit. hari tuh emas. hahaha. sori julie.

memang movie marathon kot weekend nih. gile ah. abes duit aku. ceitttt!

Sunday, January 03, 2010

weekend, cepat datang lagi.

huwaaa. esok dh kene keje. malasnye! nape perlu keje? nape? why? why..hiks.

ini kerana weekend saye sangatlah great, seronok. duit pun banyak habis. tahniah. jadi perlu lah kerja kan nak cari duit balik. duit.duit. tak boleh ke kau tumbuh kat pokok je. senang nak amik. kalau la daun pokok duit-duit tuh boleh guna beli barang, mesti semua rumah ade tanam pokok duit-duit tuh kan. he.

ok. enough of mumbling.

cerita happy weekend yang banyak duit habis pulak.

sabtu, after malam tuh dah celebrate new year dengan budak-budak ni kat i-city, of course la pagi new year liat nak bangun kan. tapi orang cakap kalau awal tahun kite dah malas-malas, sampai ke hujung tahun le akan malas macam tuh.

so, supaya tak jadi malas sepanjang tahun, aku telah merajinkan diri, bangun awal, and bercucuk tanam. hahhahah. harvest ape-ape yang patut and tanam tanaman baru. rajin kan? kan? hehehehe. hasilnya, aku dah  mampu beli estate and nail level. farmville aku dah semakin berjaya sekarang. weee~
ok. then kak ita called ajak tengok movie citer mualaf. dh booking kul 1.20 pm. ok. fine. bersiap-siap and drive pergi rumah kak ita kat subang. meet up with shikin and kak ita kat sane and park kereta. naik kereta kak ita jek. comel and senang nak park nanti. hu. harapan kat mualaf ni setinggi gunung. harap dapat menangis macam tengok talentime. tapi impian harapan punah. pening weh tengok citer ni. perlu pemahaman yang sangat tinggi. and ending die macam tergantung and banyak persoalan yang kau kena jawab sendiri. so, sape-sape yang bolen concentrate tengok 1 jam setengah boleh la paham agaknye. rohana dan rohani sangat comel. kan?



fine, abes movie pergi makan kat mr teppanyaki then window shopping. awal-awal dah pesan kat diri sendiri jangan beli ape-ape. save duit. pedulikan tulisan sale up to 80% tuh. tapi tetap kalah pada godaan. akhirnya, dah terbeli shampoo from loccitane ni hah.
 
reason beli : organic shampoo and conditioner. no chemical at all. coz found out dari internet, rambut gugur and scalp problem maybe coz pakai shampoo yang tak sesuai and chemical banyak. coz my hair takde problem pun, just the scalp. so obviously kene pakai shampoo yang khas untuk scalp je. and found out dari internet jugak yang this shampoo is the best seller and banyak feedback bagus-bagus dari users lain. hehe. sedapkan hati supaya tak menyesal ^_^



makan kat mr teppanyaki & view cantik sunway city.

*nanti sambung. nak tido. esok kerja!



Friday, January 01, 2010

celebration!

happy. happy. happy. hehehe. just came back from celebrating new year. and i had chance to watch the fireworks. yeay! clap.clap. hu.

even though the event was just behind our house, but we were so gediks that we need to drive. hahaha. baru ade feel pergi sambut new year kan?

ok. below are some shots that we took. sorry for the gedik-ness okeh. hehe.



crystal christmas tree

 
me and fizah bought the lampu. ala-ala star wars. gedik

 
acad . fizah . me . abid



our own snow
 

 yeah! finally the firewoks!



HAPPY NEW YEAR 2010 !!

owhh..i miss u sayang!