Saturday, March 27, 2010

ape yang korang rase?

baru balik dari TB & Lung Disease Symposium. pnat mengantuk gile weh dengar semua speakers tuh cakap. bukan lah macam speaker radio tuh yang tibe-tibe ade mulut boleh berkata-kata. tapi orang-orang yang penuh dadanya ilmu dan layak bercakap pasal diseases tuh macam TB and COPD. hah. korang paham kan maksud aku ni? hee.ape-ape je lah.

oh yek. aku telah meng-notice suatu perkara. aku ialah sudah 2 minggu tak jejak kaki ke gym. alasan, busyyyyyy. outstation jek sekarang ni. jadi, perkara yang aku notice itu ialah aku macam dah bertambah chubbyyyyyyy. dalam erti kata lain, gumuk kahhhhh? huaaaa

bukti yang boleh kata kukuh jugak lah :

mase kat hard rock. macam dah bertambah triglyceride kan?

bukti kukuh lagi:

mase kat TB & Lung disease symposim tadi.

seeeeeeee? makin gumuk kan?  huaaaa. harus lah aku berkampung kat wisma consplant tuh nanti. damn.

ok. mari pergi makan puas-puas malam ni. tawaf satu bandar penang. let's go babeh.

Friday, March 26, 2010

random thought


how cuteyyyyyyyyyy he is??? 

puke lah kalau nak. coz i miss him so muchhhhhhh! sudah 3 minggu tidak ketemu.

lepas tuh suka-suka senang hati je dia pergi ber-gumbira ke air terjun gunung ledang. 

kau jangan harap lah dia berduka jugak rindukan diriku ini. hahahahampehsss.

seriously, kat sini panas gile.

now, i'm back in penang. staying at sunway hotel plak. dah la dari alor setar tadi panas gile. aku terlupa nak bawak shades pulak. terpaksa menahan mata silau matahari tuh. panas kan. lapar lagi.

sampai-sampai jek kat registration ni, boleh plak la kan receptionist diorang lembab nak mampus. line aku ade 2-3 orang lagi. girl tuh boleh plak wat mende lain sambil pegang kertas banyak-banyak. patut kau entertain la customer dulu kan. pastuh aku panggil la lagi sorang girl ni. pun lembab nak mampus. terkial-kial cari nama reservation kitorang. tanya nama 2-3 kali macam pekak tak masuk otak. heee. last-last datang mamat india ni. padahal boleh kan cari nama dalam system jek. dia pun geleng-geleng kepala malu kot girl tadi tuh lembab nak mampus. hee. lembab gile okey girl tuh. selamba je manager aku sound "dik, perkerja macam tadi tuh kene anta refreshment workshop. dah lembab sangat tuh wat keje."

ok, sambil mamat india tuh settlekan keje die, girl lembab tadi tuh boleh tercongok jek diri kat situ sambil ketuk-ketuk jari kat meja. what the hell kan. kau takde keje  ke. padahal sebelah aku ade chinese guy beratur. aku tengok chinese guy. maybe die boleh dapat tranmisi isyarat otak aku kot. then die panggil that girl yang tercongok tuh. rupenye die nak tukar card bilik jek sebab tak boleh bukak. kesian gile ok. padahal chinese guy tadi tuh tunggu lagi lama dari aku kot.

nasib baik bell boy hotel baik hati and peramah. bilik pun ok. cantik. selesa. ada broadband free lagi. so that boleh la aku updata entri kan. hehe. cuma tuh la. customer service kat registration die zero ok. lembab nak mampus. padahal orang ramai. cepat-cepatla skit kan wat keje. heee.

oh. yeaaa. tadi angah called. diorang on the way datang penang. nak celebrate birthday angah kat hard rock hotel. nanti malam dia sampai dia amik aku kat sunway hotel ni. yeaaaaa!

Tuesday, March 23, 2010

rocking now

chek ada kat penang ni hah. penat syik kerja kerja kerja. isk.
bosan malam tadi. pergi dinner kat hard rock hotel jup. i tought band legend perform macam NRG (betul ke? aku bantai jek sebut neh. ampunn..) ke. skali malaysian online. jek. hampehssss.


neway, enjoy jugak la. balik singgah batu feringhi. borong dvd 4 hinggit. beli 5 percuma 1. hikhik.
bile la plak kan aku nak habis tengok dvd tuh sume. dah la citer best-best aku beli. hahah. citer series korea flower boys tuh pun merangkak-rangkak nak habiskan. heheh. pastuh pasni takde laptop dah kene pulangkan kat company balik. bile plak nak gie beli laptop baru kan. haihh..

tak sabar nye nak balik KL....penat. exhausted. batuk. demam. suara dah takde.

Sunday, March 21, 2010

camping satu malam

ape nak citer ni eh. oh. sabtu lepas join camping kat Port Dickson. ayah ada plan memancing dengan my uncle. so pakat nyebok kat sane dengan angah and abang amir. malam tuh siap wat BBQ udang dengan ayam. hu. tent betul-betul depan beach. sejukkkkk...tapi bila time nak tido dalam tent panas la pulak. hu.

pepagi bute. sejuk gileeee

x kuasa la aku nak kuar. sejukkk...

sunrise. tapi tak nampak sun. hehe

nak kena pack luggage. ade keje kat penang seminggu plak. pukul 3 petang nak gerak dah. byeeeee

Thursday, March 18, 2010

random thought


pasni tak boleh pakai macam ni lagi pergi keje dah..
hikhik.     ^_____^

harus beli baju kurung banyak-banyak ke?

tersedu-sedu.

i'm having hiccups. dah lamaa tak kene tersedu-sedu ni. hehe. sambil menaip, sambil tersedu.

tadi gi PPUM, hantar tender untuk blood bank. eventhough tak lama lagi nak benti dah, tapi still menabur bakti pada company lagi la. after settle hantar tender, aku sms ida, rumate lame masa kolej 12 dulu. ajak dia lunch.


so, kitorg lunch kat IPS jek. panas-panas. malas nak bergerak mane-mane. dia dah dapat jawatan tetap as Pegawai Penyelidik. dulu kontrak jek. now, dah tukar jadi tetap. happy gile untuk die. siap tunjuk cincin engage dia lagi. cantik! hehe. pasni kalau aku kene posting jauh-jauh, susah la nak jumpa dia dah. hu.

pastuh memasing bising dah gemuk sekarang. waaaa~

missing my life mase kt UM dulu. kalau lah ade time machine...

Wednesday, March 17, 2010

rojak ss15

m.c hari ni. sakit tekak. macam nak demam. macam la. tapi dah isytihar diri demam. sat gie kene la gie clinic. isk. malas gils nak bergerak. takde mood lansung okeh.

semalam dah letak surat resign. terus manager aku tanye reason nak resign. aku cakap je la kan aku dapat pegawai sains. and aku letak surat awal so that they all boleh cari interview candidates lain before aku blah. and boleh la aku nak handsover pape yang patut kan.

semalam jugak mak akmal tanya nak mintak posting mane. sebab yang ade kosong sekarang ni cume hospital melaka, sungai buloh and serdang. mule-mule macam nak sungai buloh. sebab still kl lagi. boleh pergi gym lagi. still ade kawan-kawan. tapi mak aku dengan mak die suh mintak melaka. reasons : dekat dengan muar rumah mak, and if kalau dah kahwin nanti. takde lah jauh sangat melaka muar tuh. boleh lagi la nak berulang kot. then fikir-fikir balik, betul jugak ape yang mak-mak tuh cakap. future lagi penting kan. kene la sacrifice sikit sekarang ni.

isk. tapi tuh kalau la dapat posting kat tempat yang aku mintak tuh. kalau tak dapat..sekali kene hantar sabah sarawak, utara ke, kelantan terenggau or pahang ke, naya la gueeee....isk. hopefully dapat yang dekat-dekat je lah.

petang tuh fizah dengan julie ajak gie pekena rojak kat ss15. tak sedar diri tengah demam, ikutkan jgk lah sebab sedey kene tinggal nanti. hehe. memang terbaik lah die nye rojak. sedap gile. pulak tuh kena beratur. ha. korang ingat penang je ke ade nasi kandar beratur. subang ss15 ade rojak beratur. cabar tak cabar lah kalau macha nasi kandar beratur dengar ni. hee. tauke rojak ni macha jugak!  apsal air tangan macha semua sedap-sedap?




tengok lagi rojak ni pun aku terliur lagi. slurppppp~
korang gie la try esok wehhhh. tak nyesal punye. dah cube mesti nak datang lagi. nak-nak orang yang gile makan cam aku neh. heheh.

Sunday, March 14, 2010

a very busy-bee weekend.

on the friday aku dapat news dapat pegawai sains tuh, aku dapat tau satu berita ni;


so, dah alang-alang dapat MTest ni, pergi je la kan. soalan dia bapaks susah weh. serius aku maen hemtam jek. ade satu part kat bahagian insak tuh tanya : Jika anda terdengar lawak lucah anda akan ketawa. A) Ya B) Tidak. aku jawab la YA kan. hahahhaha. watpe nak tipu. betul ape. memang kalau dengar gelak la kan. hehe. then soalan analitikal die gile babs punye pening. tah ape-ape. aku pun tak reti describe camne soalan tuh. takdelah berharap sangat. pastuh dah la masuk lambat. Akmal la datang jemput lambat. nasib sempat. pastu abes test gie makan plak. makan je la kejenye..heh.
si hitam legam sekarang.

heheh. pakai baju kurung pergi test. baekssss la kunun.

pastuh malam tuh jugak balik shah alam sebab ahad tuh ade conference kat menara hap seng. I LOVE ME health conference, specially for women. macam awareness untuk cervical cancer, breast cancer. so company aku took part because we all have this technology for pap smear test yang canggih manggih la skit. hehe. ramai jugak public people datang, 

at the booth
3 white ladies
roses to visitors. 
I LOVE ME !

tapi ade plak hal yang bikin hati panassssss. heh. tapi malas la nak citer pasal tuh. dah resign nanti boleh citer. hahahahhahahhaha.

warghh! malas nye nak keje esok. takde rest lansung weekend ni.

nak demam esok boleh tak??? pelissssss...


Friday, March 12, 2010

i'm one of happy duck today

i was at the service room in the office. when i got back to my desk, saw 5 miss called from my dad. i called him back. he said he received a letter from SPA, calling me to report for a position of Science Officer. posting place will be known soon.

 i was about to jump, lompat-lompat gembira. tapi teringat kat dalam office. so, i went outside and jerit kuat-kuat. on the other line, my dad macam "gilakah budak ni jerit kuat-kuat nasib tak pekak". hahahahhahahha. sori ayah. gembira sangat sampai terlompat-lompat macam kanak-kanak ribena.*alhamdullillah..*

but, why now lah SPA baru nak panggil. when i'm on top of my career. when i'm about to close some deal. cess. nanti comission dapat kat budak lain. padahal aku yang start deal mende tuh dulu tau. haih. then, kene pulangkan balik laptop company ni. dah la laptop aku dah abes hancus. isk. terpaksa beli baru after this. pastuh 3rd week of march banyak gile program okeh. ade 2 workshop yang aku organize. takkan la tak mau pergi kan. dah la LPO banyak dapat bulan april nanti. huwaaaa. melepas sume. isk.

tapi future lagi penting kan. need to sacrifice sikit la kan. and dah berangan dengan akmal nak sambung master kat oversea. maybe in 3-5 years from now? hoyeh. tak sabar. huhu *tibe-tibe fikir, eh..suami isteri pegawai sains. comel kah?* ------>muntah hijau<--------

isk. kene buat side income lain after this. shopping needs aku ialah besar tahap gaban. gaji semakin menciput nanti. adoiiii.

Wednesday, March 10, 2010

am i a shopaholic?

charles and keith studded flat.

one-of-the-store-in-asian-avenue-sunway-pyramid gladiator heels.

both are new. sangat.  (^_______^)
dah la baru beli baju-s jugak. and a pair of leggings.
macam mana nak saving duit untuk kahwin kalau macam ni ?
tolonggggg!
macam mana nak hilangkan penyakit 'nampak-ape-yang-cantik-pekenan-di-hati-semua-nak-beli' niiiii????
serius. i kene jumpa psychiatrist.
God, please help me...

takde tajuk spesifik.

hi all.

sabtu ni aku kene pergi KPLI test kat seremban. OMGucci. tak boleh nak bayang kan aku jadi cikgu. dah la kalau dapat kene ajar sekolah rendah. *cikgu.cikgu...saya nak buang air besar..* hahahhaa. tapi dah dapat, pergi je la kan test tuh. tak rugi pape pun kot. plus, akmal mesti kene balik punye sebab aku tak tau jalan nak pergi tempat test tuh macam mana. hakhakhak.

then, sabtu lepas pulak, dating dengan salina kat subang parade. both pun loner. tak tau nak buat ape. jumpa kat sane. makan kat manhattan. *die makin cunnnn sekarang. wiwitttt* 

after that jalan-jalan window shopping. window la sangat. tau-tau dah terbeli 3 helai baju. ngekksssss.

ni la aku malas nak keluar gie mane-mane. ni la sebab nya. padahal dalam hati dah niat taknak beli ape-ape. isk. kalah pada godaan bijou bazzar tuh. boleh pulakkkkk ade bazaar depan celebrity fitness tuh kan. hampehhhsss. time-time tuh la kau nak buat bazaar bagai. time aku tak gie sane tak plak buat. heh.

semalam pulak, after keje lepaks kat subang dengan alumni and bakal-bakal alumni delphax. alison nak masuk islam. alhamdulillah..... terbuka dah hati die. before this ramanan masuk islam. now, alison pulak. sukeee nyeee. hehe.  
 

 

till then. daaa~

Thursday, March 04, 2010

tragedi kecik.

sedih sangat.

my swatch baby hilang satu berlian swarovski nye. uwaaaa (menangis guling-guling)


nasib baik yang bawah tuh yang hilang. kalau yang kat tengah-tengah banyak-banyak tuh hilang, lagi la nampak cacat die.

waaaaa. mane nak cari ganti nieeee.....