Monday, May 31, 2010

cik mun dah kahwin

cuti 3 hari takkan tak balik kampung woi. *mestilah balik. hakhak*

angah and abang amir pun balik. so 1 happy family in a cute little home tapi kereta we all bersusun depan rumah menyebabkan kesesakan untuk kanak-kanak bermain basikal atau 'police and thief' di waktu senja. haha. padan muka korang. sebab dah besar panjang sekarang ni tak boleh nak join so saje nak dengki diorang. cakap kalau senja-senja tak masuk umah nanti kena sorok dengan hantu. kan? kan? eh. seram pulak.

so, sabtu tuh pergi wedding cik, eh silap, puan munirah. wewit. ramai jugak budak-budak ni nak jadi puan dah ni. hohoiii..macam makin tua jek rase. ramai-ramai serbu rumah cik mun, eh silap lagi, puan mun *macam pelik plak panggil puan mun*. peluh membasahi ketiak dan celah badan. tapi semua tuh tak we all hiraukan sebab ke-excited-an jumpa budak-budak ni lagi dasat dari bahang panas tengah hari tuh.

sampai-sampai terus posing.

serbu pengantin. nasib tak roboh pelamin.

pengantin tengah bersanding, kitorg duk bergambar depan pelamin. isk isk.

ok. pengantin dah takde kitorg plak bersanding. haha

geng kecoh. ni tak masuk budak-budak lelaki lagi ni. tak muat gambar kot nanti.

selamat pengantin baru puan munirah!! semoga kekal ke anak cucu cicit berduyun-duyun ^__^

ok, then malam tuh gie makan ikan bakar kat serkam melaka dengan my family. huh. terbaik. gambar macam biasa lupa nak snap disebabkan tahap kebuluran melampau.

teletubbies say bye-bye. *tiba-tiba +_+*

Thursday, May 27, 2010

orang kata,
kalau time-time nak dekat 'bulan mengambang',
kita akan selalu lapar.

mungkin betul.
sebab aku laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr gilerrrrrrrrrrrr!
huaaaaa!

eh, besok balik muar. tak sabar. tapi mempunyai perasaan malas untuk drive. haih. kalau every week balik, penat gile kot. eh, memang sekarang every week balik muar pun. cesss. *diam ah*

hadoi la perut. kenapa kau asyik berbunyi kriok kriok kriok je.

pesanan penaja : musim mengawan sudah tiba. sila maklum bulan june smpi julai aku akan pokai. beli wedding presents, duit tol, duit fuel. haih. ade sugar daddy nak tolong support tak?

Tuesday, May 25, 2010

ade orang kan
luar nampak baik tapi hati macam kerang busuk.
tak boleh kena tegur. degil. tak makan saman
dia sorang je betul.
tah dari ceruk mana dia datang
aku pun confuse.
kalau dah semua orang nampak
kau memang salah lah.
tak nak mengaku pulak tuh
haih.
apa punya orang lah

aku pun dah malas nak layan kau lah.
lantak kau lah nak buat apa lepas ni.
takde nya aku nak tolong lagi.
pandai pandai lah kau handle sendiri
terer sangat kan.

cakap pasal kau memang tak habis habis.
sakit hati.
haih laaa..

24 tahun aku hidup
ni la first time jumpa manusia macam kau.
ngeri. ngeri.

Saturday, May 22, 2010


i am strong.
i am tough.
i do not care.
i can live by myself.

i'm faking it.


Wednesday, May 19, 2010

how to cut your fringe without going to the saloon.

tajuk sikit punya panjang tak hengat.

special request. ade orang suruh aku update belog. tapi aku takde idea nak bebel ape. sebab cuaca kat sini asyik mendung hujan je. gloomy jek. buat aku rase miserable and menambah ke-lone-li-an yang sedia ada. lonely sebab gaduh dengan bf. padan muka aku kan. sape suruh cari gaduh. pastuh pergi cakap kat dia aku tak kesah kalau dia takde. tak kesah kalau tak jumpa. padahal sangat-sangat lah kesah. budussss pergi cakap macam tuh. ngok-ngeks.sesal tak berguna. eh, tak sesal lagi kalau aku pergi mintak maaf kot. eh tak tak. kalau mintak maaf dulu nampak aku yang salah. tapi aku tak nak mengaku salah. camno tuh??

oleh kerana dah takde keje lansung. eh. bukan. oleh kerana takde gaji lansung nak pergi salun, aku decided gunting rambut depan sendiri. ala. fringe la. rambut depan = fringe (bahasa omputihnya lah). ngerti? (bahasa indon plak)

okey. mari mula. 1st step.
sikat rambut depan kau ke depan. takkan la ke belakang. hiks.

2nd step.
ambil rambut depan tadi. then gulung-gulung kan dia. macam di atas la.

3rd step.
potong. potong. potong. (sila baca mengikut rentak iklan wimax tuh.)
potong ikut desired length.

4th step.
takde 4th. siap dah.

taraaaaa!

bentuk fringe tuh akan jadi cantik je nanti. dont worry. seriously, aku dah try beratus kali.
sila abaikan muka yang berminyak itu. sila maklum, yours truly belum mandi lagi time ni. tapi sekarang ni dah mandi. eh, perlu ke bagitau?

pesanan penaja : jangan potong terlalu pendek. parat-parat hujung hidung sikit paling okey. kang terlebih kontot, tak dapat nak tolong dah weh. kau sambung guna selofen tape ke, stapler ke, double sided tape ke, tetap tak mengubah keadaan. sila prihatin. (-_-")

ok, selamat mencuba!


Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru untuk semua pendidik bangsa!

*tajuk tiada kaitan dengan entri*

oleh kerana hari ni tak buat apa-apa lansung, i decided untuk kemas bilik. mop lantai, sental toilet bowl, sapu bilik, lap tingkap. most of the time memang melepaks dalam bilik je. so bilik kena bersih sentiasa. mak ajar, walaupun banyak barang, tapi kena teratur dan bersih. toilet plak mesti selalu bersih supaya tak senang dapat penyakit.

so, masa mengemas bilik tu, baru la terperasan benda yang sangat penting dalam hidup. kalau tak ada mereka-mereka ni...tak tau nak imagine macam mana hidup.

paling penting, ni.
kalau tak ada, boleh mati kebosanan.

yang kedua, ni.
biskut lain tak heran. hup seng tetap yang teragung. makan macam tuh je pun sedap. tapi paling terbaik bile cicah dengan teh o suam. huiiiii...best giler. nak-nak bila dinikmati time-time hujan petang-petang. pastuh tido. hahaha.

so, tuh yang paling penting la. yang kalau takde memang tak boleh tahan. boleh sasau.

eh, ade lagi satu. ni hah.
 clinique gel moisturiser. love the fact that it is not oily, at all! dah 3 botol aku pakai and its never failed to give me the best.

nak tips lain, you can also apply it to your hair. bad hair day? not with this thing ok. hehe. the fact its not oily, so boleh apply kat rambut without bagi kesan berminyak. betul ni. try la! so rambut yang mengerbang-ngerbang tuh senang je nanti nak uruskan. takde la nak terkeluar sana sini. hehe.

then kemas-kemas lagi. jumpa plak benda ni yang paling aku sayang.

necklace from mum. hari tuh bukak sekejup sebab ade rashes skit. now dah ok, boleh pakai balik =)

adidas shoes. sayang, i know dah lame tak gune kasut ni. but i love it very much ok!

baby swatch. walaupun 1 swarovski die dah hilang, tapi still sayang.

p/s: sayang, your fossil watch is still with me. taknak order tali baru ker? kalau order hari tuh mesti dah nak dapat dah skang ni.

when i miss you, i look at the watch and ingat zaman-zaman kat um dulu. heheh. dah lama tak lepak maple dengan kamu. rindu rindu rindu.

ok. daa~

Saturday, May 15, 2010

what a nice day.

hurm. what have i done today? nada! zero! its such unproductive saturday. except i produce more fatty acid.
i did nothing today. woke up around 7.30. then tak boleh tidur dah. turn on the tap water. thought of doing my laundry today. but the tap water was so freaking kecik!!!! how lah i nak buat laundry dengan air yang kecik macam tuh. dah la baju berlambak. so instead of washing my clothes, i washed the bathroom. then cleaned up the room, tidy my bed and such. then on lappie and kept online. and continue korean's drama marathon. sampai sakit kepala ku.

hungry? masak maggi and goreng telur. thats it. sangat tak berkhasiat. heeee.

pathetic giler kan?

makcik cleaner radicare, sudi tak melepak dengan saya besok? tengok iron man dengan saya eh.

hot hot hot

ape pandangan you all bile someone says that girl is hot. hot yang macam mana tuh? some people rase body mantap is hot. some say if the girl can carry herself and be extraordinary, then she's hot. most people think yang sexy sexy tuh lah yang hot.

so, what say you?

how to be that extraordinary girl so that you can be hot in the eyes of a man? perangai gila-gila tuh extraordinary ke? when there's a girl yang lagi menyerlah than others or she get most of attention wherever she goes tuh extraordinary ke? gediks mengada-ngada tuh hot ke?

why most of the guys nak suka yang hot-hot je? hot temperred ke ape?

if that girl is strong, tough in the inside, happy selalu, itu hot ke? extraordinary ke?

independent girl yang jalan sorang-sorang kat shopping mall tuh hot ke? i've done that so many times but i dont feel hot.i feel ....plain. biasa la kan when girl jalan sorang-sorang for shopping sebab banyak barang nak cari and leceh bila bawak orang lain coz takut orang tuh penat. and bila jalan sorang-sorang kat shopping mall tuh makne nya that girl is happy and hot and extraordinary. macam tuh ke?

please terangkan.

Thursday, May 13, 2010

sila bukak satu fitness first kat JB pleaseeeee

suddenly i miss my gym session so much. and so my gym partner kak nurul.
got a sms from fitnerst first wisma consplant today that they will move to empire gallery this 14 of may.
huaaaaaa! sedih sangat tak dapat nak merasa gym baru!

and i'm not looking forward for weekend as always. i hate weekend. because i will stranded here all alone. if i have BIG money, for sure akan balik muar punya. *sigh*

so, what is my everyday activity?

after balik kerja, tadah air dalam baldi. sebab air paip dia kecikkkkkk giler. so, after dah penuh, terus mandi. why? sebab petang-petang mesti hujan and mestilah kena hujan. so kalau taknak demam kena la mandi cepat-cepat. another reason, sebab kerja lab kat hospital. and macam nak decontaminate badan from all the bacs and chemicals, so harus mandi cepat-cepat. get it?

so lepas dah mandi and buat ape yang wajib, terus on laptop. online. check email, fb and ape-ape yang patut. youtube-ing and onlive movie adalah wajib.

and oleh kerana itu, aku dah khatam tengok american next top model season 14. and tumbuk-tumbuk tilam sebab tak puas hati kenapa krista yang menang. patut raina kot. raina lagi lawa. heh. and padan muka angeline tak masuk final. hahahhahaha. oh, aku pun tengok adamaya jugak tau. tengok online jugak. sambil guling-guling. best! hehe.

hah. sekarang tengah usaha nak khatamkan citer korea flower over boys. and selalu berangan bf ku hensem macam gun jun pyo. hehe. lagi cerita best sila lah pergi http://www.mysoju.com/ .  thanks to kak ita sebab introduce this website kat aku.

ok. so that's it. hari-hari ku yang penuh bermakna. *macam harammmmm!*

Wednesday, May 12, 2010

babling in the evening

evening all.

lately ni, memang selalu update entri. kenape? sebab boring gile kat sini.

petang-petang hujan. plan baik-baik nak gie jogging petang semalam and petang tadi. tapi pun hujan jugak. siap ribut petir semua. entah kenapa JB ni hari-hari nak hujan. kalau pagi ke, tengah hari ke hujan okey lagi. nie petang-petang. terbantut segala usaha aku nak gie beriadah. heh. eh, kuasa tuhan. (dalam hati, yes! tak payah penat-penat gie jogging!) hahaha.

owh, hari tuh kan, big bos puji aku banyak skit masa jadi emcee hari tuh. hehe. diorang cakap aku pandai  handle situstion. rilek je, tak nervous lansung. padahal baru first time. then siap ada last minute changes. tapi still rilek lagi. yang buat diorang kagum, sebab aku macam tak nervous lansung depan pengarah JKN. eh, watpe nak takut kan. dia manusia jugak hape. hu. so, big boss cakap pasni kalau ade pape event penting, nak panggil aku jadi emcee. wahh. boleh camgitu? tukar profession la camni. masuk top host ke. hu. takde la. teori dia senang jek. sebab aku suka la sangat kerja men-ca-pub (cari publisiti) ni. hahahah. kerja-kerja yang ala-ala glamour skit memang aku suka. contoh, masuk tarian masa kat UM dulu - sumpah i rase macam fofulor, contoh lagi, jadi biro publisiti dan pendaftaran untuk dinner kolej, 2 years berturut-turut - pendaftaran, jumpa ramai orang and rase fofulor juga. publisiti - bukan publisiti murahan macam artis tuh. theehee ^_^


korang, aku kan skang hari-hari kerja pakai baju kurung sekarang ni. kadang-kadang ade gak teringin nak pakai baju office casual, tapi kang takut orang lain pandang pelik pulak. so pakai je la baju kurung tuh. nanti bile dah lama sikit boleh la kot try pakai baju casual biasa.

ni la stock baju kurung. ade 3 helai yang dah takde kat tempat hang sebab dah pakai la kan.

cermin besarrrrrr punye. and harus yang panjang macam tuh.
penting untuk bagi ilusi SLIM bila kau menghadap cermin.
dapatkan di pasaraya giant berdekatan dengan harga RM 23.90 (kot..)

*iklan tamat*


rak kasut plak. simpan dalam bilik. untuk mengelakkan housemate curi-curi pakai kasut kau.
hahahahhahaha.

sebab aku tak suka pakai barang orang. and tak suka juga orang pakai barang aku sesuka hati bapak mereka. melainkan mereka itu ialah angah aku. sebab kekadang aku pun suka pinjam barang die jugak. hehe. lagi satu sebab bapak kami ialah sama. it make sense. kan? hahah.

dulu akmal bising-bising masa pindah JB sebab nak angkut jugak kasut-kasut aku tuh. mesti lah. heels and shoes are woman best friend. untuk mencantikkan outfit. untuk bagi ilusi ramping. untuk bagi ilusi tinggi 5 inci. untuk buat kau feel sexy. untuk buat kau feel cantik walaupun tengah pakai baju yang paling hodoh dalam simpanan. ngerti?

dah-dah. jom tengok piala thomas malaysia lawan denmark! malaysia bolehhhhh!

Monday, May 10, 2010

emcee bukan m.c

hari ini dalam sejarah. jadi emcee meeting pathology negeri johor. entah kenapa takde nak nervous-nervous. rilek giler. siap boleh pergi meronggeng kat kl lagi sabtu tuh. pastuh skrip tak print pun. pagi ni baru print. then edit on the spot because ade aturcara yang kena tukar masa. seriously, tak pernah jadi emcee pun ok before this. main redah jek. nasib baik everything ok. dah la ada pengarah JKN semua.

what's in the meeting will not be revealed here. in fact, tak pernah cerita pasal kerja secara melampau pun kat sini. cuma masa kerja dengan 1st company dulu, bila diorang buat pasal tak bayar gaji and epf baru cerita. just to warn you guys out there, beware dengan company ni. jangan kerja dengan diorang and kalau dapat employer yang macam tuh, cepat-cepat lah korang tender surat resign k.

and masa meeting tadi, 1 staff from hospital muar datang bisik kat aku, "ni tunang encik akmal ke?". pantas je aku geleng cakap "taklah, belum tunang lagi..." sambil senyum macam nak makan pelempang akmal kalau dia tengok muka gedik aku time tuh. hahahhahahah. aku pun tak paham apa motif aku senyum gatal masa tuh. owh. malu malu.

Sunday, May 09, 2010

revenge of a meatball lagi!

first of all, happy mother's day to my mum. and also to my sister coz she is a mother too.


mak, i love you so muchh!!! thank you for the 9 months u carried me ke hulu ke hilir. thank you for the money that u spent for me, for my school, my uni, my clothes, shoes, car, laptops, road tax, handphones, top ups, everything! big thank you for all your support and accepting who ever my boyfriend is. hehe. thank you sebab dulu mak tolong buat jadual study so that i belajar ikut time and dapat no.1 dalam kelas. i promise i'll buy your dream house! janji!

on saturday, we attended annual meeting of MOH scientific officer kat PDN. not many yang showed up. tapi adala kot dalam 200 orang. 3 of us (akmal, his friend alif and me) naik 1 kereta jek. malam tuh overnight kat rumah angah. kat meeting tuh, meet up dengan fana and arock. meeting tuh habis dekat-dekat pukul 6.30 petang. presentation nya yang lama sangat. tak dapat nak jumpa salina and roro. isk isk. sorry girls. takde rezeki. datang bukan sebab nak jalan-jalan pun. memang time constrain betul. hehe. next time aku datang KL janji kite gie beronggeng k!

dah dekat pukul 6 pm. muka pun dah serabai.

so after meeting we all terus balik rumah angah kat damansara tuh. siap-siap then terus nak gerak balik muar. tapi alif and me nak pergi makan meatball kat ikea. tapi akmal taknak cakap nak balik muar terus. tapi 2 lawan 1, mesti la 1 tuh kalah. so bile balik muar malam tu end up perut memasing buncit! haha.


meatball 30 ketul. chicken wing 10 ketul, salmon 1 ketul.
terbaik !!!

haha, tercapai jugak hasrat nak makan meatball. ni kalau akmal tau motif asal ikut die gie meeting S.O kt PDN tuh sebab nak makan meatball, mampus kene bebel tak sudah. motif lagi satu, mane bole biar die gie KL tapi aku terlopong bosan kat JB ni. no no no!

sorry sayang. ni pengakuan ikhlas. jangan marah k. hehe.

Monday, May 03, 2010

wedding fever

halu. just got back from seremban. my cousin wedding's went smooth. congrats to kak ana and her hubby. aku bagi diorang present frying pan 3 ketul. hakhak. and aku sengal tak amik gambar pengantin. sebab bateri camera kong. charger aku rase tertinggal kat rumah shah alam. now, add valid reason nak pergi shah alam lagi. hu. then aku tak terfikir la plak nak amik gambar guna handphone je. ngeks betul la kan. isk.

my cousins plak ramai yang datang. because we girls rapat la jugak before this. tapi bila masing-masing dah kahwin dah kurang la. pastuh dah beranak pinak plak kan. lagi la susah. so sekali sekala kumpul ramai-ramai macam ni. memang kitorang bersidang la kat tengah-tengah rumah tuh. gosip-gosip!!! hehe.

and baru sedar, among us, aku sorang je kot belum kahwin lagi. hehee. so, semua dah hint-hint. nak-nak mak-mak sedara. haih. then nak bagi penyebab kukuh lagi, parents akmal and him datang kenduri tuh jugak. so semua yang nampak dari jauh dah senyum-senyum kambing. bila masuk rumah kena perli-perli. owh rimas gile ok! (tapi dalam hati suka. sayang, awak mesti tau macam mana muka orang time ni kan. haha. muka gatal tapi malu macam nak kena lempang)

owh, next coming wedding is my girlfriends!!!! i can't wait! aku plak yang excited lebih ni. hehe.

munirah - 29 may 2010
abid - 19 june 2010
yan - 3 july 2010.
tasha - 10 july 2010


kopak la wallet ku nak beli presents, duit minyak kereta nak balik, duit tol. =_=