Monday, June 28, 2010

tagged dari aimi.



menjawab tag dari aimi hafsah.


1. Thank and link the person that tagged you 
thanks aimi. you are one sweet lady!



2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
hurmm...every blogs yang i discovered pun i think they are fantastic on their on way. so, WHO EVER READING THIS YOU'VE BEEN TAGGED !!! heheh. and link back to me so i can stalk your blog bebeh.


3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
IF YOU ARE READING THIS, ASSUME I CONTACTED YOU ALL je la eh. hehe.



4. State 7 things bout yourself
# senang over react.
# sarcastic. ade aku kesah?
# bila 'bulan nak mengambang' akan cari pasal dengan bf. dan bergaduh. dan berbaik semula. dan annoying terhadapnye selama 2 hari. haha. sorry sayang.
# love fashion and art. but she can't design or draw.  love music, tapi suare tak sedappppp =(
# license kereta nak mati dah 12 july neh. remind me pergi buat baru okeh.   
# tak suke kerja lab. tapi terpaksa. lagi suka kerja luar yg jumpa ramai org. juga boleh mengular. hakhak.
# i am me. peduli ape orang nak kutuk or nak cakap. ade aku kesah? yang penting hati puas. hakhak.







weekend yang dah tak boring lagi.

semenjak ade cik lyana hamzah kat jb ni, weekend ku dah tak boring lagi. ade kutu yang boleh di ajak nak merayap. dulu-dulu masa kat muar, kami suka ukur keluasan wetex parade. you all tahu ape itu wetex? itulah satu-satunya shopping mall keangungan bandar muar. sekarang dah ade giant dan econsave. tercabar skit kot reputasi they all. now dengar cerita nak buat movie kat tingkat atas wetex tu. lets wait and see.

now, kami ukur keluasan jb pula. dah 35% progress nya. agak membanggakan juga ya. melihat kepada kami yang sangat-sangat lah amatur akan bandaraya jb ini. kami bangga nok.

semalam pergi the zon kat stulang laut. tak pernah sampai sane nok. first time. haha. usha-usha barang kat sane. ade la murah lima enam posen. paling tinggi pun murah dalam singgit lebih gitu. aku just beli loreal curl enhancer untuk rambut curly fake ku ini. haha. di sinilah berlaku kejadian di mana sorang kakak menegur rambut ku lawa. ecehhhh. perasan habis.

then, pergi city square plak. sebab nak cari clinique punya outlet. facial cleanser ku dah habis. sebenarnye bukan dah habis nok. ade lagi sikit sebenarnye. tapi liquid nye macam dah ade bau masam sikit. aku rse sebab kene panas mase tinggal dalam kereta hari tuh. mungkin proses penapaian anaerob elah berlaku. tapi aku still pakai for 2 days, takde plak pape kat muka aku ni. mungkin dia dah jadi macam SKII? sebab SKII kan ialah ada yeast. mungkin kah?? demm. aku dah buang pulak. hahah.

hari ni pulak kami pergi angsana. sebab hari tuh kena gelak dengan mazseela aku tak pernak sampai angsana.
MAZSEELA AKU DAH PERGI ANGSANA DAH! hahah.
besar juga angsana ni. so jalan jalan tengok orang yang ramai gile and usha-usha butik baju kurung so that nanti dah tau mana nak beli baju raye. ahaks, then masuk OU, eh silap UO. perasan duduk KL lagi nak cakap-cakap pasal OU pulak. teehee. beli susu anlene untuk tulang yang kuat agar tidak bongkok di hari tua mu dan juga nestle fitness flakes. ye, berazam untuk breakfast mulai esok. tak mau dah makan nasi goreng tambah telur goreng penuh minyak. heh.

then pergi karoke kat danga bay. yes baby. KARAOKE. 20 lagu hamik kau. best gilak. nak lagu ape? rock, lagu siti, nora, ella, omputih, wesltlife, suma version kitorang nyanyi nok. then pergi tengok sunset kat marina bay itu.






tak dapat buat macam ni dgn bf aku, dapat dengan kau pun jadi la yana. kau gf aku kan? haha.

Sunday, June 27, 2010

new hair. lalalala~

jumaat yang lalu...

i teman cik mazseela pergi saloon kat pelangi mall. hajat di hati sambil teman die aku nak buat treatment scalp jek. sebab lah ade this little-little dandruff yang semakin bermaharajalela sejak aku start berjogging or ber-exercise ni. asal sweating jek, perghhhh gatal tak boleh ingat punye.

so, bile dah kat saloon tuh aku cakap la nak buat treatment scalp. they using redken's product. so, recommeded sangat-sangat. yang dok belek-belek rambut aku tuh macam senior hairstylist, lelaki. lame gak die dok belek telek rambut aku. die cakap rambut aku takde style. muka aku dah chubby so kalau rambut lurus lagi la nampak chubby. boleh tak die cakap macam tuh? mane la aku tak terbakar. ces. die suruh buat perm. siap tunjuk aku gambar korean hot chicks yang rambut curly wavy. oh, i nak hot jugak. terus said yes ok kat hairstylist tuh. haha.

then i called akmal..cakap nak curl rambut. die cakap tak payah. tapi i nak jugak. peduli hape. huhu. 

3 jam ok kat saloon tuh. at one time aku rasa macam medusa sebab wayar-wayar alat digital perming tuh tergantung kat kepala aku ni. haha. lupa plak nak snap gambar.

the results,
i like it so so much! and so my bf. hehe

lepas tuh semalam bila pergi jalan-jalan kat the zon dengan yana. ade sorang kakak ni tanya aku buat rambut ni kat mana sebab lawa walaupun rambut pendek. hahahah. oh, suka nya. lalalalala~ (perasan)

yang penting bulan ni aku sengkek sebab dah pergi buat rambut.
ayah, hujung bulan boleh loan? hahahaha. dapat gaji i ganti.
ape? akmal nak bagi loan? oh..boleh jugak! 

heh~

Tuesday, June 22, 2010

jerawat dalam lobang hidung.

jerawat dalam lobang hidung,
agak menyeksakan juga. iye.
pernah rasa?
serius sengsara. tak boleh korek hidung secara normal (tepat lagi, secara ganas).
kene berhati-hati dan penuh kelembutan.
dem kau jerawat. takde tempat lain ke nak bermaharajalela?


oh shell! kenape perlu bayar duit isi minyak nak kene masuk dalam. kau tak boleh ke sediakan lubang cermin kat belah luar supaya aku boleh bayar kat luar jek? tengok. kan aku dah terbeli ais krim coklat ni. nasib baik sedap! hancus diet kalori intake aku. cis cis. nasib baik jugak kalori die cuma 56g. heh. lain kali boleh beli lagi. ^_____^ 

lalalalala~



Monday, June 21, 2010

lotus five star mahkota parade yang zero star.

aku not in the mood nak update. tapi nak cakap jugak pasal ni.

korang, kalau yang suka tengok movie kat melaka tuh, please la jangan tengok kat movie yang dalam mahkota parade tuh. ape tah nama die. jap, aku g google

*
*
*sedang meng-google
*
*
*

lotus five star. name pun dah tak best. 5 star la sangat. boleh blah. apetah lagi service dia. very poor nak mampus. boleh ke bagi tiket movie untuk esoknya sedangkan aku nak tengok movie on that day, infact at that time jugak. takkan kau cakap kau nak beli tiket pukul 7 untuk 20hb tapi kau cakap nak beli tiket pukul 7 untuk 2 orang. kalau nak beli untuk esok, mesti la cakap awal-awal nak beli yang untuk esok kan. 

sekali bila dah 15 minit movie start, datang satu couple bodoh ni masuk cakap tuh seats diorang. bodoh kan masuk movie dah start lama. pun nak tengok lagi. pastuh tah agaknye diorang pergi kaunter kot. then datang mamat india yang jual tiket tadi tuh suruh kitorg pindah seat depan sebab tiket kitorg tuh sebenarnye untuk 20hb. boleh tak bayangkan. asal plak kitorg nak kena pindah depan. akmal cam tak kesah je sebab die dah tengok movie tuh. tapi aku ialah sangat kesah ok! ape lagi aku pun keluar dari hall tuh and pergi mengamuk kat mamat india depan pintu hall movie. siap terbaling aku nye popcorn lagi. nasib dah tinggal sikit. kalau tak cam sayang gak membazir. hehe. 

aku mintak pulang duit die tak nak bagi do. cam sial kan. pastuh die boleh blah jek dari kitorg. ingat aku nak diam je ke. apelagi aku pun g kaunter tiket tuh suh panggil mamat india tuh. sambil tuh sempat buat onar depan kaunter tuh cakap kat semua makcik-makcik kat situ jangan tengok movie kat sini nanti they all bagi tiket salah and kene pindah depan taknak pulang duit. hahahaha. apelagi, bengang la kot orang kaunter tuh. then mamat india tuh keluar nak mintak tiket aku. of course aku tak bagi and suh pulang duit jugak. hahahahha. baru dia nak bagi. dengan muka tak rela.

sorry la man. silap orang la kau cari pasal dengan aku. ingat aku orang melayu kau senang-senang nak bodoh-bodohkan kitorg. and ingat aku tak kesah ke terima kesialan and kebodohan kau tuh. aku siap mencarut-carut depan die cakap f**k 0** and bulls*** semua. selamba je. and staff staff diorg pun bole buat senyap jek. memang fak la kan. 

nasib baik aku tak pergi kat manager dia. fak fak. memusnahkan mood aku nak berdating dengan bf je hari tuh. eeeee!

so ok. tu la kisahnye. tak yah la korang gie tengok movie kat this cinemas. ade banyak jugak franchise die. tapi semua cinema kecik-kecik je aku rase. eh, memang fak la kan., geram tak habis lagi. hahhaa

ok, ni last.
his present.
siap pakai time tido malam.
baru dapat kunun taknak tanggal. comel jek. haha.
pastuh sekejup-sekejup dok belek-belek jam tuh.
then cakap "ala..fossil takde ke?"
nak makan pelempang aku ke?

hahaha. nasib baik dia suka. kalau tak suka aku anta pajak kat kedai pajak gadai ah chong. pastuh gi rompak ala-ala baik punya cilok. hurm *berangan*

ok dah. bye.



Sunday, June 20, 2010

abid dan faiz punya kenduri kahwin.

sekian lama tak update. baru ari ni nak bukak cerita.

semalam ialah wedding my bestie. congrats again puan abidah! dah jadi isteri orang. jangan nak menggedik lagi heh.

time akad nikah aku dengan kak are je yang ade. so, kitorag pun menggedik la dua orang. heh.

pakai tudung hormat majlis mulia. ehe.

sekali lafaz! bukti kehebatan faiz. haha. kejantanan? nanti tanya abid. kahkahkah.

dah sah.
time ni lawaks. tok kadi tak bagi green light nak cium dahi, die dah bangun dulu. isk isk. terus nak terkam. 
sabar sabar la faiz oit. hehe

lafaz pelepasan dari ibu.
pehhh..time ni shahdu giler. aku pun terkeluar jugak 3 titis air mata. kalau time aku mesti banjir 1 rumah. dah la aku memang kememeh. mak aku plak cengeng. konpem!

owh. sungguh gedik. i like~ haha.

then sebelah petang nye sanding plak. mari lihat kekecohan kami. mari mari. lalalala~

pengantin buat peace kooo..pastuh siap jerit "IZ ! IZ! IZ!" 
kena sound tepek dengan yana. "abang la weh, iz iz. ape la". haahhahaah.



muafakat membawa kekecohan. siap culik anak orang.

damn yana. kenapa kau nampak paling ketot di situ? hahahaha. peace peace.

mak aku stare kat aku dengan jaja and julie. mungkin berfikir "bila turn anak dara 3 orang ni pulak?"
mak nak support? anytime i okehhhhhh! bulan depan? bolehhhhh.

encik akmal pun ade time ni. tapi entah kenapa tak pulak terfikir nak amik gambar dengan dia jugak. sorry kamu telah dilupakan sayang. hakhak.

***gambar selebihnya kat facebook. 

ade cerita lain nak story. nanti-nanti i update ok. 
daaa~

Sunday, June 13, 2010

he is 24. me not yet =P

happy birthday akmal rais! love u much!



yes, he is not that type of person yang celebrate birthday every year. even his family bukan yang jenis nak sambut-sambut ni. so, birthday dia sangat simple. melepak di maple sambil tengok world cup england vs US. the best part is bateri handphone dia flat. i couldn't wish him. so i just send him a sms birthday wishes. dah la jauh, and aku tak boleh nak wish plak through phone call plak.

anyways, at 4.30 am macam tuh, he messaged me. baru balik dari tengok bola. knowing i'm already sleep, die tak call pun even i asked him to do so. so, this morning when i read his sms, ohhh...terharu sangat. you are one of sweet bf sayang! hehe. he is not that type yang ber-romantik or ber-jiwang-jiwang. buat surprise pun tak pernah. but, once he say nice words, ohh..bikin hati cair. hehehheh.

so, encik akmal rais bin ridzuan,once again, happy birthday. i'm thanking your parents for brought you to the world, for making who you are today, suruh kamu masuk UM so that we can meet. imagine if u sambung study farmasi ke indon dulu. mesti tak jumpa. hehe. tapi kalau ada jodoh tak ke mana kan

as we grow older together, as we continue to change with age, there is one thing that will never change. i will always keep falling in love with you!

notakaki:    i bought your birthday present! hope you like it! tak sabar nak jumpa kamu next week =))



 till then~

Saturday, June 12, 2010

jemputan ke perkahwinan saya

tajuk tiada kaitan dengan entri. aku saje berlatih. untuk buat entri pasal nak jemput korang datang wedding aku yang belum tau bila lagi. hakhak. jangan tertipu! peace! peace!

good morning world!!

(kepala hotak ko morning. dah tengah hari do!)

terjaga pun sebab akmal call. orang lain morning wake up call. aku afternoon call. hakhak. ape nak jadi. macam ni nak kahwin? harammm...hu. aku dah terjangkit la kot. sekarang tengah musim mengawan. musin orang kahwin. saje menggatal. wakakakaka.

aku tau lagi nak buat ape weekend ni. macam nak pergi mencari wedding present bakal puan norabidah. last week tak sempat terlupa nak cari. hehe. 

oh, rindu gile dengan akmal rais. 1 minggu je lagi sayang!

Thursday, June 10, 2010

misi.

i ada misi.

bukan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke gaza. i tak setabah dan semulia itu.

tapi,

misi untuk membuang lemak-lemak yang bersokongkol dengan tissue muscle i. mereka punya niat jahat untuk buat i kelihatan seperti pregnant 4 bulan, menjatuhkan air muka i di khalayak ramai. oh, nyah kau lemak. benci.

oleh itu, i ambil langkah drastik. berjogging. dah 3 hari berturut-turut. orang kata, kalau ikut petua dulu-dulu, semua benda kena amalkan 3 hari berturut-turut. contoh, mandi bunga 3 hari berturut-turut. lepas tuh cepatlah dapat jodoh. tapi i dah amalkan berjogging 3 hari berturut-turut. tak kempis pun peruttttttttttttttttt!

lagi petua apa nak kena ikut ni? petua jangan makan malam. ok...itu memang tengah amalkan sekarang. tapi bila balik muar or pergi beronggeng sampai malam, hancussssssssssssss! langgar petua umpama langgar lampu isyarat merah depan PPUM. siap keluar flash camera trafik tuh. ingat kan ada paparazi nak kejar ambil gambar masuk majalah mangga. rupanya nya surat saman sampai kat umah. eh, ape yang melalut plak ni. tak malu ke cerita kat orang kena saman sebab langgar lampu isyarat merah? heh.

i mengidam sushi dengan takoyaki. juga starbucks' chocolate blended cream chip.
itu misi paling penting sekarang.

ok. bye.

Monday, June 07, 2010

We were given:



        Two hands to hold. 
        Two legs to walk. Two eyes to see. 
        Two ears to listen. 
        But why only one heart? 
        Because the other was given to someone else. 
        For us to find.




i found mine. how about you? good luck people.



Sunday, June 06, 2010

resepi sarapan enak.

ramuan utama : setin biskut hup seng & teh o panas jenama lipton.
peralatan : sudu & mug

mula-mula, bancuh la teh o lipton panas dan sediakan biskut hup seng.


lepas tuh ambil biskut sekeping biskut hup seng dan pecah-pecahkan menjadi 4. kemudian rendamkan ke dalam mug yang mengandungi teh o lipton tadi.


dengan menggunakan sudu, sumbat la keping-keping kecil biskut hup seng tadi ke dalam mulut. ia akan bertambah enak jika anda menyudu sedikit teh o panas bersama keping-keping kecil biskut hup seng tadi. rasa nya lagi lazat dan hebat ya puan-puan.

atau anda lagi suka cara begini. patahkan sekeping biskut hup seng kepada 2 dan di cicah dengan teh o panas selama 5 saat kemudian cepat-cepat sumbatkan ke dalam mulut.


ulangi langkah di atas sehingga anda merasa kenyang dan sendawa besar berbunyi "erkkkkk". kemudian cepat-cepat sebut "oppsss..alhamdulillah.."

tips hebat : rasa biskut hup seng di cicah atau di rendam teh o panas akan lagi super duper sedap jika anda memakan ia sewaktu sarapan pagi tanpa mengosok gigi dan membasuh muka. percayalah.   (-_-'')

sekian.

eh, sebelum tekan 'publish post', saja la nak cerita. semalam i dengan cik liyana hamzah meng-explore JB. tapi tidak lah habis 1 JB tu di tawaf. cuma pergi ke jusco tebrau city kemudian ke city square kemudian ke bazar jalan seget sehingga tengah malam. walaupun 3 tempat jek tapi kami rasa hebat. sebab ni lah first time meronda JB tanpa sesat dan guidance dari sesapa. hebat tak? hebat tak? hu.

dah jumpa port nak beli baju kurung untuk raya. yes!

kat city square.

on me: dprimandpompadour leather jacket, cotton on tunic shirt, catswhiskers leggy (with zipper stripe) and  charles&keith studded flat. 

ok byeeee.

Wednesday, June 02, 2010

tali pinggang sumo

i blushing. ade orang suka bace belog i yang tah pape ni. sungguh i malu. hakhak. gedik.

kali ni nak cerita pasal tali pinggang sumo. asyik cerita pasal biskut hup seng jek, bosan la pulak. bagi benda lain plak rasa keangungan mencapub kt laman sesawang yang tiada sempadan ni.

korang tau betapa pentingnya tali pinggang sumo? selain dipakai oleh ahli-ahlo gusti sumo? hah. meh nak cerita.
sebelum.

selepas memakai tali pinggang sumo.

point satu : paling penting bagi kau ilusi pinggang ramping macam kerengga. sehingga ditegur oleh makcik PPK office bahawa aku kurus. wau! i like! sehingga dia tak sedar betapa buncit nya perut ku dilapisi trans fatty acid dan tryglyceride beserta adipose tissue. (eh, boleh ada adipose tissue ke kat perut, sape-sape rase terer anatomi sila jawab)

point dua : menambah perisa kepada gaya dan wardrobe yang dipakai. see? see? haha. barulah ade keyakinan nak posing bercekak pinggang segala. sebab kunun-kunun ada pinggang dan saja la nak letak tangan kat pinggang nak show off pinggang ramping palsu ku itu. fake! fake! ahaks.

saje nak bagitau la kan, walaupun korang tak tanya. tali pinggang sumo ku itu dibeli nun jauh di utara, queensbay penang. macam kat la tempat lain takde jual kan. tapi sumpah kat penang je aku jumpa yang macam ni. yang ala-ala belt chanel gitu. waaa fake lagi! ok. cardigan just seplo hinggit. beli kat scarlet jusco. office pants pun sama. tapi harga tak hengat. kemeja tuh plak ialah free. dahla brand valentino rudy. mahal tuh. aku cilok dari company delfuck. masa aku resign saje tak pulang sebab derang tak bayar gaji dengan EPF aku. hakhak. terbalas dendam aku.

read :
laman sesawang = laman web
delfuck = delphax

sehingga ini sahaja pembelajaran kosa kata ye adik-adik. sehingga bertemu lagi di lain masa.

Tuesday, June 01, 2010

movie marathon.

kalau ada staf staf KPDN terbaca ini, maafkan daku. daku hanya insan biasa. takde banyak duit nak beli yang original. dan tak mampu nak tengok kat panggung wayang. takde kelapangan masa. bila ada, mesti dah habis tayang. isk. cakap pasal apa kah? ini hah.


seeeee...melambak-lambak dvd yang perlu ditonton. some of it beli kat batu feringhi penang. 1 dvd 4 hinggit. mahu kau tak meroyan nak borong semua. siap dapat percuma lagi selepas berjaya mengoda ah kau tauke dvd. lepas tuh macam ter-berangan i ialah orked, tauke cina tuh jason. oh sangat suwit. 

ditemani roti gardenia butterscotch, dapat memberi tenaga yang diperlukan untuk menyambung external dvd driver anda.

*iklan tamat*

dvd movie yang ada : the loser, the bounty hunter, alice in wonderland, case 39, the vampire's assistant, couple retreat, valentine's day, the time traveller's wife. 

dvd korea plak : boys over flower, cinderella ma, pasta, and 2 lagi series tak ku tau tajuknya sebab tulisan dia tulisan korea.

nak pinjam sewa 1 hari 2 hinggit. hahaha.

oh ye. kalau korang hantu movie. eh bukan hantu dalam movie atau movie hantu. maksud nya, anda ialah gila tengok movie. bukan gila dalam movie. eh, ape-ape je lah. boleh tengok online kat movie online best- bukan movie lucah . sambil melingkau atas katil berteman biskut hupseng dah teh o. hohoiii. syiok gile. tak perlu nak download. cuma kena tunggu buffering skit la. tapi kalau internet rumah kau laju nak mampus tak payah buffer-buffer kot. heh. *jeles kepada mereka-mereka yang berinternet laju*


ok. mari ber-movie marathon.