Monday, January 10, 2011

review : JOHO car boot sales 9 jan 2011

sepatutnya start from 9am to 7pm. tapi aku datang pun dah pukul 10am. then chow lebih kurang pukul 6. sebab asyik hujan panas hujan panas penatnye ngalahkan camping. sebab asyik kena kuar masuk barang dari kereta. hahahha. tapi overall, memang fun giler!!

pastu aku otai woi datang sorang-sorang je. bayangkan perempuan kecil molek cun cam aku ni sorang sorang je (ok cun tuh macam poyo perasan sangat ah) mestilah brother brother tuh kesian kat aku. semua dok tanye "sorang jeeee keee?". nak aje aku jawab "tak lah tuh ade ade lagi 4 orang dalam kerete nampak tak nampak tak?" tapi kalau jawab macam tuh kang seram sejuk sendiri pulak. dah la hari-hari lalu kubur mahmodiah. owh seram seram. 

dalam kul 3 lebih macam tuh (eh ke pukul 4) yana terkedek kedek datang menyebok. heh.

overall, barang-barang aku laku la jugak heh. balik la modal sewa tapak and dapat la cover loss aku rembat undies pierre cardin 2 dengan bantal empuk novelle kat metrojaya semalam. hehehe. join suka suka je bukan nak niaga sangat pun. best dapat jumpa member baru pastu mereka ialah photographer pastu mereka ialah indie pastu tembakan gambar diorang cantik cantik gils pastu mereka ialah sempoi pastu aku dah booked mereka untuk pre-wedding shoot. hahahaha. lol.

layan gambar nah. some pictures are credited to tok rimau jiran sebelah kereta aku. pastu baru ku tau die ialah otai amik linguistik kt US dulu and penulis novel yang selalu novel nye sold out. wa memang tabik ah.

car boot aku macam poyo poyo sket. haha

20 kereta yang join.


nasi lemak sempoi naik wolksagen. cool kan cool kan? sedap pulak tuh. jejaka jejaka tau yang jual. tabikkkk.


sekali hujan daaa. tutup kedai jup. habis kasut hadiah dari bf kene lecak. nanti i basuk ok. dobi terima tak?

pompuan ni datang nyebok potpetpotpet jek habis customer aku lari lintang pukang. hahaha

dengan mereka mereka yang bukak bonet juga. (separuh je ni)

ujang yang pertamaaaaaa sekali. kau ade?
mangga yang pertamaaaaaa sekali. kau ade?
makne nye mangga dulu ialah komik. bile tak laku tuh yang tukar jadi gosip artis and photo tepi kolam tuh. get it?

yaaaaa *angguk angguk faham*

ok. bye. esok cuti nak pergi pandan citi(y). yeay!



No comments: