Friday, August 05, 2011

progress bila balik dari bandung.

hai. macam lame kot tak update.

dah balik dari bandung. summary : pergi 3 luggage. balik 5 luggage. tak termasuk beg-beg kertas yang di kendong. hahahahha.

dan percaya tak aku takde beli lace untuk diri sendiri, untuk di buat baju sanding or nikah? macam rugi kan tak beli. hahaha. aku cuma belikan baju untuk family pakai mase nikah, sanding dan tandang, baju pengapit, baju flower girl and boy, chiffon dan lace untuk buat veil. thats it. oh ye, beberapa blouse dan shirts and also jubah untuk pakai raya. kuatkan iman aku? tak terpengaruh dengan mak and kakak yang suruh aku beli kain untuk buat baju sanding.

fikir-fikir balik. kalau tempah, lepas tu sape nak pakai baju aku tuh. dah la cutting badan aku ni tembs dan pendek. so nanti terperok aje la baju tu dalam almari. no no no. itu adalah pembaziran yang terlampau.  memang kawin sekali seumur hidup. tapi harus la berjimat jgk weh. (dalam hati ade jugak perasaan nak tempah baju sendiri ikut cutting badan sendiri. but...harus lah berpijak di bumi yang nyata.)

tapi aku belikan akmal kain shantung untuk buat baju sanding dia mase tandang kat seremban. tapi tu dia bayar kat aku balik. so tak dikira. hakhakhak.

aku lebih suka berhabis untuk family. mereka gembira. aku lagi gembira. biarlah aku yang bersederhana. jangan mereka. yang penting mereka happy. aku pun for sure akan happy.

kad kahwin? future mak mertua dah pilih design yang dia suka. aku pun ikut aje. sebab we all gabung kad. jimat. aku cuma cakap nak color krim lembut. thats all. harga mesti bawah singgit seposen, lain-lain, aku tak kisah sangat. yang penting bakal mak mertua happy. mak aku happy. ye la. kad kahwin ni lagi banyak bagi kat kawan-kawan parents kita kot. kad bagi kawan-kawan bape kerat aje. kadang-kadang tak yah kad pun jemput pakai fb aje. betul tak? so biarlah kad kahwin ikut citarasa mereka. aku rase dalam 80% kad kahwin tu nanti akan di bagi kat kawan-kawan parents aku dan akmal. so yeah. jangan banyak bunyi mulut tu. nanti jadi menantu derhaka. hehehehe.

bridal butik plak? adil tak cam gini. pelamin ikut citarasa aku. deko meja beradap ikut pilihan mak aku. bilik pengantin, buat sendiri. idea sama-sama. aci tak? yang pasti mak aku tangan berseni. sebab tu aku tak ragu-ragu serahkan deko hantaran kat mak. walaupun ala-ala design orang dulu-dulu. hehehe. memang mak aku dah lama sangat berhajat nak buatkan hantaran aku ni. sebelum ni dia asyik amik tempahan buatkan hantaran orang je. so tanpa banyak bunyik dari mulut, aku setuju je. heehe

so, tu je la kot update aku.  pesanan terakhir , kalau pegi bandung....




sentiasa bawak calculator and kepit bag tangan anda ke depan macam aku buat tuh. hehehe.

ok. bye.

psssss...oh ye. aku dalam proses DIY bunga manggar. tehehe. gedik takkkk bunga manggar pun nak buat sendiri?

ok. bye bye bye

1 comment:

LingerieCabin said...

Hi, Congrats on your wedding!

Have anything special for your special first night?

here at LINGERIE CABIN we have variety of gorgeous lingerie that are going to make your first night an unforgetable moments. come and visit us!

Click Here: Lingerie Cabin

or Click Here: Lingerie Cabin@FB