Sunday, January 30, 2011

My e-dress is a disaster. too big. And its not fitting well on my body. Gelebeh sane sini. Need to alter some more. Tension gile kot. And I won't sent it to the same tailor. She will rosakkan my baju lagi. Pissed off gile. Ade ke taior yg bole alter lg eh? Takut nanti jadi lagi teruk sbb the baju is kain chiffon. Sempat ke ni nak alter?? Duit lagi?? Perghhhh tension gila babi ni. Nasib tak sawan lagi. Errrghhhh!!

Friday, January 28, 2011

helloooo muar!

hi all!

already in muar. after kerja terus shoot balik muar. penat giler ok. dengan tak cukup tido nye malam tadi. isk.
anyway, need to get a really good rest and sleep tonight. because i bet tomorrow and the next day and day after that and day after that day, will be a hectic day, eventough its holiday. hehe.

things to do before 2nd feb :
- ambil baju tunang dari tailor. esok kene buat jugak ni.
- kemas bilik.
- beli buah untuk hantaran
- siapkan hantaran
- siapkan goodie begs
- pasang mini dais
- ambil cake kat secret recipe
- confirmkan make-up session dengan MUA
-
-
-
-
and the list goes on and on sampai la 3rd feb, kan? hehe

errrghhh..tak tau ape nak tulis lagi.
doakan semua berjalan lancar ok! thank you =)

pssttt : to future fiance, see u on the 3rd feb itself. 3 minggu kot tak jumps ni. tsk. rindu gileeeee.

updated entry : sampai-sampai je rumah tengok bunga untuk mini dais dah siap gubah dalam pasu. tapi macam tak cukup kembang, tak cukup bunga. perlu ke beli bunga lagi or belasah je buat vodo?? arghhhhhhh....duit lagi tu! camne nii???

Thursday, January 27, 2011

review pameran pengantin angsana 21-30 jan 2011

after kerja tadi cepat-cepat cabut pergi angsana. consultant NB beauty dah 2x called ingatkan appointment hari ni. mane boleh aku lupa noks. dah bayar kot.

so after facial (yang macam seksa jugak bila tang part die duk picit blackhead kite tuh sampai menangis aku wooo) aku saje je la usha-usha pameran pengantin tuh. time tuh tak berapa ramai orang sangat maybe sebab weekday kan. sabtu ahad mungkin ramai la kot.

ade dalam 20 bridal yang joined pameran kali ni. not bad jugak diorg punye presentations. pelamin ade jugak yang meletups nok. tapi sorry to say aku memang tak berape perkenan pelamin yang berpanel bagai tu. semak nye mata aku tengok. pastuh berkerawang berkubah bagai...oh no no.. so not my taste.

anyway, ni gambar yang sempat di capture.  (using my BB je)





banyak-banyak pelamin, aku macam paling suka yang ini la...kot..

flyers yang aku dapat. hehe

every bridal yang aku tanye tuh, if they all hantar ke muar how much they charged the transportation, semua range dalam rm300-rm500. tapi paling mahal aku tanye tadi they all charge ke muar rm800. memang sah-sah bridal ni aku tak jejak dah. haha.

so kesimpulannye baik la aku cari bridal muar je or paling jauh pun melaka je aku cari. sebab melaka dekat je dengan muar, dalam 45 minit camtu. hehe.

yang penting, sebenarnye aku perkenan pelamin macam ni. hehe. berangan.

source: kerjakahwin

simple, nice and sweet. hehe. color bole ubah ikut citarase aku. ni yang aku rase time kahwin nanti nak buat pelamin sendiri ni.

dah dah. tunang pun belum lagi. dah berangan pasal pelamin kahwin. hehe.

apeeeee???? 6 hari lagi. *pengsan*

Tuesday, January 25, 2011

8 hari lagi ^_^

too many drama. aku ingat dunia realiti je penuh drama macam kisah cinta jejai dan pasha sundal fasha sandha yang putus tengah jalan sebab kau merampas laki orang kan dah kene kat kau balik. eh. melalut. anyway, metro memang laku macam goreng pisang panas hari ni. gilak lah. nasib baik akak lab aku pagi-pagi dah beli. dapat aku tumpang bace. hehehe.

terbaca plak kisah plagiat dalam belog. tentang sesorang yang meniru perwatakan belog orang lain. ohhh.. gilak drama kan. aku pun tak paham ape motif orang ber-belog sekarang. seriously, memang semata-mata kerana duit ke buat belog ni? siap bagi tips camne nak tambah earning nuffnang.

aku pulak jenis tak kisah berapa earning nuffnang aku. buat nuffnang pun sebab senang nak tengok analysis. kot ade orang search mende bukan-bukan dalam belog aku. hahahha. seriously, nuffnang aku baru rm6.00 kot. *hahahhahahahahha. gelak guling-guling.* lepas tuh, aku pun tak kisah berapa banyak follower aku. seriously tak kesah pun kalau aku follow belog orang tuh tapi die tak follow aku balik. tiada paksaan di situ. aku dah ber-belog sejak 2008 macam tuh. follower aku baru berapa je? 22? *hahahahahahah...gelak guling-guling lagi.* tak pernah ade intention pun nak suruh orang follow ke ape ke. bila member-member aku cakap dia bace belog aku. aku yang malu balik cakap takyah la bace. tapi kalau tak kasi orang bace, baik kau privatekan je, ye dak? aku cuma makin banyak mem-follow belog orang lain and linked orang banyak-banyak sejak dapat tau aku nak kene kahwin. (ayattt...tak boleh belah, nak kena kahwin. hahaha). yela. kahwin ni memerlukan duit yang banyak kau tau. so melalui pembacaan belog orang lain, dapat la save sikit buat projek DIY ke, cari vendor-vendor murah ke, macam tuh la kan...

yang penting lega, mock audit HSA dari HPSF dah selesai. macam-macam improvement kena buat before real audit april nanti. peninggggggg wehhhhh! nak-nak lab ni. segala mak nenek di ambil kira.

tapi aku lagi pening pasal nak kahwin niiiiiii. eh tuh bukan pening. tuh excited campur nervous campur gatal sikit. hahahhahaha.

ok bye.

Monday, January 24, 2011

esok ialah hari apeeeeee??


esok ialah hari gajiiiiiii !!! weehuuuu

(untuk government servants je la eh)

banyak gilak to do list kene settlekan! tolak segala hutang and benda yang kene bayar tinggal cukup-cukup makan sampai hujung bulan je T_T

tapi takpe. for this month only! buku lejar akaun dah siap dah ni. tunggu nak kredit debit jek lagi.... ~_~

and oh, lagi sembilan hari!

Friday, January 21, 2011

21-30 januari : Pameran pengantin di Angsana JB

the last things i need now are fever, flu and cough. *sigh*

had the flu for about 2 days. asyik terbersin macam orang gilak. batuk plak tak hengat punya. sampai nak terkeluar anak tekak. 2kali pergi OPD. cek FBC darah ok. thank God bukan denggi or whatsnot. lung pun ok. cuma low BP. maybe sebab im on heavy mensus. tuh pun menstrual cycle pn dah lari. usually it is 31days. now tetibe jadi 28days. kalau selalu berubah macam ni susah la nak buat family planning bila kahwin nanti. ehehe. eh lari tajuk pulak.

this week 21-30 jan ade pameran pengantin JB kat plaza angsana. ingat nak pergi usha. tapi dah demam ni tak tau la larat ke tidak. then bf also not in muar. he went back to seremban. his mum suruh balik nak siap-siapkan barang untuk tunang. so here i am stranded all alone in jb, again. haiiihhhh. so sesape pergi angsana sabtu or ahad ni bagitau k. bole jumpa sebab i lone ranger. hihihi.

lagi 8 hari je di JB then i'll be going back to muar. giler tak sabar dah weh!!

psstttt: kalau aku pergi angsana nanti aku review k pasal pameran pengantin ni. KALAU lahhhh...

Thursday, January 20, 2011

countdown started!


exactly 2 weeks until engagement day.

nervous, excited. malam tadi bbm dengan akmal before die pergi main dota. agak nak sedapkan hati aku sebab die nak gie main dota so die cakap la jugak he is also excited and tak sabar for the new status. tau la tuh aku nak marah. asyik dotaaaaaa je kalau balik seremban tu. heeeee tak paham sungguh.

now, my major checklist :

- handbouqet flowers
- bunga sireh junjung- sireh artificial. .
- centerpiece flowers
- hantaran decos
- barang hantaran (tepak sireh, sireh junjung, bunga rampai, kek sarawak, cupcake, coklat, kek, buah-buahan)
- dais's deco (bunga, pasu, langsir-angah bawak dari kl, lampu pun, alas sewa jek)
- baju dah tempah
- kasut. perlu ke? selipar je bole?
- photographer. booked
- make up. booked
- goodie bag & doorgift tetamu. (potpouri, coklat muffin makteh sponsor, kerepek kot? gula-gula ke?)
- kanopi, meja, kerusi (ayah uruskan)
- menu (ayah & mak uruskan)

- facial (appointment rabu, 26 jan 2011, 6pm-NB angsana)
- manicure (maybe after facial bole terus pergi manicure)
 
-weight so far in good progress. last time 53.4 kg. now already 50.9kg. my ideal weight according to BMI is 48kg.  2 kg to go. happy!
 
nak tips? jangan makan nasi selama 6 hari. hari ke7 baru makan nasi. itupun small portion. 6 hari tuh makan meehun sup or meehun tomyam untuk lunch. breakfast susu anlene secawan and biskut oat. no more biskut hupseng. kene pantang. hehe. skip heavy dinner. kalau lapar jugak, minum susu and makan buah epal sebiji. and tidur awal. make sure pukul 10.30 dah tido. sebab kalau berjaga lewat malam, confirm lapar. exercise sikit-sikit macam light jogging or aerobik or naik tangga sampai tingkat 7. hahaha. ye. percayalah. yang penting kena makan jugak ok. jangan sampai tak makan lansung. bila masak meehun sup tu or macam aku ni aku mane la nak masak kan, beli je. so mintak la orang yang masak tuh jangan letak banyak minyak, lebihkan sayur and sedikit ayam or daging so korang still get the protein.
 
and then kalau ade bajet lebih sikit, bole lah pergi london weight managemanet. hahahhaa. yer, aku sign up untuk 12 session mase kerja kat kl dulu. then kene transfer ke jb. stop dalam setahun jugak. ade 5 session lagi tak pergi. sambung balik kat jb ni. tanpa ade bayar ape-ape. nasib baik bila nak bertunang ni teringat ade lagi 5 sesi tak pergi. bole la shape up badan balik. kalau ade fitness first kat jb kan best....haihhh. dah lame freeze membership gym ff tu. tah bila bole activate balik. rugi betul.
 
ok. kembali menghitung hari~
 
 
 

Wednesday, January 19, 2011

about little tiny-mini handbouqet & centerpiece

alkisah bila i told my mum i nak buat handbouqet sendiri, she was confused. she asked for what. i said la, untuk saje-saje nak nampak sweet. hahaha. then untuk cover perut. if lets say terlupa nak tahan nafas masa sarung cincin. hahahaha. then she got the idea and ade ker patut suruh sewa je dengan butik pengantin. memang la taknak kan. dah la bunga tahpape. pastu dah penyek-penyek. dah pakai berapa keturunan tah tak tukar-tukar. ade tuh siap dah berkepam lagi.ho no no. big no.

so start la journey i nak cari handbouqet. ni pun leceh jugak. i nak bunga yang nampak real, even bunga tuh artificial je. tak pergi nilai pun. i cari kat MITC melaka, tak jumpa. kat muar ade satu kedai jual tapi bunga tuh dah tinggal sikit. kat angsana takde. kat perling takde. everytime i tanye orang kedai tu ade tak bunga yang ala-ala real, tapi dia bukan bertangkai-tangkai, dia sekuntum je and kelopak die bukan macam bunga plastik biasa tuh. this kelopak macam tebal sikit and seakan-akan baldu tapi tak baldu. haaaa haaaa ko pening tak pening ada customer macam aku ni. hahahaha.

pencarian berakhir kat pandan city jb. SA budak perempuan ni dah selamatkan nyawa i dari gila. hahahha. bila i cakap je ade tak bunga nak buat handbouqet, terus dia tunjuk bunga yang exactly the same macam yang i bayangkan tuh!! yeayyyy!!! terus jerit gembira kot kat kedai tuh. nyonya owner kedai tuh gelak-gelak kat i. malu malu. hehehe.


taraaaaa!!! hihihihi. ni la bunga yang susah gils nak cari tuh. bunga ni ade color pink, yellow krim, and white. i pilih merah sebab baju dah pink nanti tak menyerlah pulak bunga tu.

mase buat bunga ni lupa plak nak amik gambar step by step. tapi i rase u all get the idea kan macam mana nak buat. acctually tangkai bunga ni panjang. lepas dah cantum-cantumkan bunga jadi sejambak, lilit dengan selotep hijau. pastu i lipatkan tangkai tuh jadi separuh je. so nampak la tebal sikit. jangan potong tangkai tu incase nanti nak recycle ke ape ke. sayang kan. pastu lilit lagi dengan selotep hijau. lastly, balut dengan kain riben putih. pastuh sematkan dengan pin. tapi i takde pin, so lekatkan guna selotep jernih tuh je. then cover guna keronsang baju. siapppp..

pasal centerpiece plak, kat rumah sewa ni ade lebih botol kecik-kecik yang guna buat potpori dulu, so guna je la kan. takyah membazir. potong bunga jadi pendek, bengkok-bengkok kan sikit tangkai ikut suka. pastu dalam botol ni i letak batu sungai yang kecik-kecik tuh supaya berat.takde la tumbang kalau kena tiup angin.. kadang-kadang kedai bunga ade jual batu sungai tu. kalau takde amik aje pasir tepi jalan kat rumah tu. takde sape kesah kan. haha.



tag yang bulat-bulat kat tengah tu buat sendiri je. mengade kan. haha.

till then. thank you~

Monday, January 17, 2011

about the ring

until today, and most probably until e-day, i would not know how my engagement ring will look like. macam menyesal pun ade tak pilih ring sendiri. but since my fMIL insisted nak belikan my ring and pilih sendiri, i redha je lah. dah suruk akmal curi-curi ambil gambar and tunjuk kat i. tapi dia taknak. bersubahat dengan mak dia dengki kat i. saje nak bagi i nervous tau. T_T

tapi akmal selalu bising bila i mengada mintak baju ke kasut ke dari dia, he will say something like this "budak gemuk ni dah dapat cincin mahal dah jangan bising-bising gi main jauh-jauh". haha. then i cakap "hoooo mengungkit tak ihlassssss!" haha. pastu both gelak-gelak buat tak tau and diam. pastu i akan senyum sampai telinga. haha. ade hint di situ.

tapi last month i ade tunjuk brochure habib jewels kat die. mase tu habib ade buat promotion for year-end-sale. 50-70% diskaun. pastu akmal cakap, tak payah la brochure ni sebab mak die dah booked cincin. bile tanye berapa ringgit? dia tak nak cakap. seriously nervous tau. heeee.

*fingercross supaya cincin cantik and muat kat jari -_-"

pengajaran: sila pilih cincin bertunang anda sendiri ye.

Sunday, January 16, 2011

fondant cake untuk hantaran - from secret recipe.

haluu haluu.

baru sampai jb. so ape progress balik muo kali ni? ado la sikit. haha

cake untuk hantaran dah tempah. tempah fondant cake kat SECRET RECIPE (klik untuk ke website) muar je. reason tempah kat secret recipe sebab aku seriously tak tau pembuat cake yang sedappp kat muar tu. and harga nye tak pernah survey. i just need a very delicious cake at a very reasonable price. so i chose white lace cake, 2.2kg at rm135.70. ok tak ok harga dia? and u can guarantee the taste. as u know cakes secret recipe semua sedap-sedap kannnn....

rupanya nanti lebih kurang macam ni la kot.



they all pun ade wedding cake jugak. nak 2 tier or 3 tier ke. or yang tier jenis melekat tu ke. i don't know the term tapi korang paham paham sendiri sudah. hehe. as for me, cake untuk wedding nanti pun ambil dari secret recipe je nanti. tak yah pening pening nak cari pembuat cake yang enak dan lazat.

so, bride to be yang tak nak penat-penat fikir mane nak tempah cake sedap u all bole lah consider secret recipe je. price maybe mahal sikit tapi confirm sedap kot?

and kekurangan nye ialah they all tak sediakan kotak cake yang cantik. kotak merah yang ade tulis-tulis secret recipe tuh la yang they all akan bagi. but for me not a problem at all. masa majlis nanti, cake tu letak je atas dulang hantaran (without the box) sebab cake tuh kan ising fondant yang keras tuh so tak cair la. and bila majlis dah habis and pihak lelaki nak balik, masukkan je balik dalam kotak tuh. sampai rumah terus makan tak ingat ape dah. hehe.

till next update. tata.

Tuesday, January 11, 2011

about doorgift keychain & checklist updated.

- handbouqet flowers
- bunga sireh junjung
- sireh artificial. mum last minute insist pakai artificial jek sebab takut penat nak gubah malam before e-day.
- centerpiece flowers
- hantaran decos
- barang hantaran (tepak sireh, sireh junjung, bunga rampai, kek sarawak, cupcake, coklat, kek, buah-buahan)
- dais's deco (bunga, pasu, langsir-angah bawak dari kl, lampu pun, alas sewa jek)
- baju dah tempah
- kasut. perlu ke? selipar je bole?
- photographer. booked
- make up. booked
- goodie bag & doorgift tetamu. (potpouri, coklat muffin makteh sponsor, kerepek kot? gula-gula ke?) 
- kanopi, meja, kerusi (ayah uruskan)
- menu (ayah & mak uruskan)




ade ape-ape lagi ke yang tertinggal ke ek? helpppp.. ;)


tadi jenguh pergi pandan city-angsana-pandan city balik. haha. i think that was the last shopping for e-day. hopefully no more lagi dah. tak larat dah oi.


oh ye. handbouqet lebih kurang macam ni la nanti. boleh recycle. tapi mungkin takkan secantik dalam gambar ni la kot. isk.


pssttt...tadi jumpa keychain comel kat pandan city. nak amik gambar tapi SA tuh tak bagi. keychain bentuk teddy bear la, donut la, cupcake la. lebih kurang macam gambar ni.






boleh bagi as doorgift tetamu kan? for sure tetamu kita akan guna. bukan setakat buat perhiasan semata pastu berhabuk. kan kan? aku kira-kira harga mende ni tadi sebiji tak sampai rm 1.50 pun. so ok la jugak kan price dia? those in Johor Bahru bole tengok kat pandan city. nama shop Sri Nona. SA nya cakap musim CNY ni ade diskaun. so ape lagi? serbu la. hahahha.

ok bye.

Monday, January 10, 2011

review : JOHO car boot sales 9 jan 2011

sepatutnya start from 9am to 7pm. tapi aku datang pun dah pukul 10am. then chow lebih kurang pukul 6. sebab asyik hujan panas hujan panas penatnye ngalahkan camping. sebab asyik kena kuar masuk barang dari kereta. hahahha. tapi overall, memang fun giler!!

pastu aku otai woi datang sorang-sorang je. bayangkan perempuan kecil molek cun cam aku ni sorang sorang je (ok cun tuh macam poyo perasan sangat ah) mestilah brother brother tuh kesian kat aku. semua dok tanye "sorang jeeee keee?". nak aje aku jawab "tak lah tuh ade ade lagi 4 orang dalam kerete nampak tak nampak tak?" tapi kalau jawab macam tuh kang seram sejuk sendiri pulak. dah la hari-hari lalu kubur mahmodiah. owh seram seram. 

dalam kul 3 lebih macam tuh (eh ke pukul 4) yana terkedek kedek datang menyebok. heh.

overall, barang-barang aku laku la jugak heh. balik la modal sewa tapak and dapat la cover loss aku rembat undies pierre cardin 2 dengan bantal empuk novelle kat metrojaya semalam. hehehe. join suka suka je bukan nak niaga sangat pun. best dapat jumpa member baru pastu mereka ialah photographer pastu mereka ialah indie pastu tembakan gambar diorang cantik cantik gils pastu mereka ialah sempoi pastu aku dah booked mereka untuk pre-wedding shoot. hahahaha. lol.

layan gambar nah. some pictures are credited to tok rimau jiran sebelah kereta aku. pastu baru ku tau die ialah otai amik linguistik kt US dulu and penulis novel yang selalu novel nye sold out. wa memang tabik ah.

car boot aku macam poyo poyo sket. haha

20 kereta yang join.


nasi lemak sempoi naik wolksagen. cool kan cool kan? sedap pulak tuh. jejaka jejaka tau yang jual. tabikkkk.


sekali hujan daaa. tutup kedai jup. habis kasut hadiah dari bf kene lecak. nanti i basuk ok. dobi terima tak?

pompuan ni datang nyebok potpetpotpet jek habis customer aku lari lintang pukang. hahaha

dengan mereka mereka yang bukak bonet juga. (separuh je ni)

ujang yang pertamaaaaaa sekali. kau ade?
mangga yang pertamaaaaaa sekali. kau ade?
makne nye mangga dulu ialah komik. bile tak laku tuh yang tukar jadi gosip artis and photo tepi kolam tuh. get it?

yaaaaa *angguk angguk faham*

ok. bye. esok cuti nak pergi pandan citi(y). yeay!



centerpiece flowers : done

sabtu, pergi terjah kahwins accessories kat perling tuh lagi. jumpa bunga centerpiece je. bunga handbouqet tak jumpa lagi la. mane la nak cari ni. takpe takpe try tengok kat pandan city plak esok.

besar tau. macam gudang. pekerja semua friendly.


ok je la kan....bunga murah. 5 tangkai rm10. rembat je...

kelebihan bunga artifical, nanti bole recycle! hehe. for sure akan guna semula untuk wedding nanti. tak membazir kan kan?

mak cakap kalau tak jumpa yang berkenan untuk handbouqet pergi cari kat air hitam pulak. duhhh...mak pun semangat. hari tuh duk cakap orang gedik nak macam-macam. ngehngehngeh =)).

Friday, January 07, 2011

DIY centerpiece

tibe-tibe mode gedik datang. tibe tibe rase nak DIY centerpiece. tapi....

"makkkkkkkkk meja guest kite bape biji semuanyaaaaa??"

ontah tak tau den doooo...haha. bile tengok centerpiece yang comel comel aku cam geram je tengok. terus tumbuh perasaan jeles berbunyi begini "oh nom nom aku mesti buat macam ni jugak". haha. so terus google google centerpiece yang comel. aku nak yang kecik kecik je. tak besar sangat pun.

idea dah mari berdikit dikit. ingat nak guna lebihan botol botol untuk pot pouri tuh je. ade banyakkkkkk lagi, rugi tak pakai. hehehe







pictures are from HERE .

i prefer the 2nd design the most !!! simple and classic. akan cuba sedaya upaya buat bende ni. hehe.

bf dah bising tanye nak buat ape lagi besok aku nak cari bunga. ye la. bunga handbouqet dengan bunga centerpiece. ngehngehngeh. tak kan nak cekau bunga tepi jalan yang tak pape tuh kan. heh. bf cakap i membazir you. membazir ke i??? -_-

hellooo dah tentu tentu kepala aku ni ade 3 pusar rambut, dah jelas lagi bersuluh spotlight yang aku ni degil orangnye. semua mende yang aku nak mesti dapat. sebab tuh kalau gaduh dengan die aku kalah aku mesti buat perangai sampai die rase bersalah and admit. hahahahhahhha. jahat kan. jangan tiru perangai buruk ni tau.

ok. besok nak serbu kedai accesories kat perling tuh.


to those in JB, jangan lupa ahad ni tau. CAR BOOT SALES  i. ehehe.

Thursday, January 06, 2011

JOHO carboot sales 9 jan 2011


yes people. i am participating in this event. about to sell some pre loved items yang stil in good condition and ade yang tak pernah pakai lansung. baju and kasut, for the time being.

so mari ramai ramai datang ahad ni ke LOST MALAYA GALLERY starting from 9 am to 7 pm. masuk freeeeee.

tak tau kat mane gallery ini? if kamu datang dari arah danga bay menuju ke hospital, the gallery sebelah kiri (mestilah sebelah kiri sebab sebelah kanan dah laut). bawak slow slow bila dah nak dekat dekat sampai hotel M-suites. nanti nampak ade satu bangunan colonial british yang ade tulis signboard lost malaya besau punye. ha dalam tuh la. hehe.

look for my orange mafia car. i'm selling those beautiful and gorgeous items at cheap price people! ngehngehngeh. tolong la i tambah duit kawin, plis. ^_^ pastu name shop scientist's closet. sangat la poyooooooo. booooo.

jumpaaaa di sanaaaa sanaaaa sanaaaa.

the tourist : boring. handbouqet : belum jumpa

the tourist yang ade angelina jolie dengan johnny deep tuh. is boringgggg! like seriously, takde actions or scene fights yang best pun. and ending dah bole agak. akmal siap teka and memang betul pun. teka ape? kene gie tengok sendiri la. haha. tapi kalau tak best jangan salahkan aku plak. hehe.

kitorang gie tengok movie ni ahad lepas kat melaka mall. niat di hati nak gie cari hantaran stuffs lagi sikit kat MITC tuh. tapi takde barang yang di cari nye tuh. nak cari bunga untuk buat handbouqet pun takde yang berkenan. so far ade satu kedai kat muar yang jual. this week nak try cari kat kedai kahwin accessories kat perling johor bahru pulak. kalau takde terpakse beli kat kedai shanana tuh. kedai ni sebelah muar mee bandung center yang fofular tuh. staff kedai ni (kedai accessories ni) baik baik giler. and peramah habis. siap ajar and bagi idea camne nak gubah dulang hantaran.

and now tiba tiba rase nak cancel kan booking make up mak andam. aku rase cam nak make up sendiri sendiri jek. boleh kah? tiba tiba rase macam malas nak over make up mase e-day nanti. bab rambut bole pergi salun and suh nyonya salun tuh set kan rambut. kan kan? haih big decision ni....


Tuesday, January 04, 2011

ayah is 54 =)

happy birthday ayah. sayang ayah sangat-sangat, dan emak juga. hehe. kene sayang dua-dua kalau tak, tak bole mintak sponsor lagi lepas ni. hehehe.


at the age of 54 and still rocking!

so, baju dah tempah. need to kick out some kilosssss! aiyark.

Monday, January 03, 2011

wedding on 1.1.11

one of it is my dear friend puan maria abas. we've been friend since primary school. lost contact bila masuk secondary but then met again in UM and we were coursemates. her husband is her long time bf since school, rasenye lah sebab orang muar jugak.

whatever it is, i wished them a happily marriage !! =)) she's the first yang get married dalam group kitorg. huhu

us, the biohealth chicks. bukan chicky the chicken. eh kecuali didi. sesat. hahaha

faizah and farah adibah member sekolah rendah

member member sekolah rendah jugak. faridah azah ain and yang lagi 2 lupa nama derang. ampunnnnnn

finally the brides with maria's DIY pelamin and 2 tukang kipas yang cuteeeee. hehe. 

tunjuk pooja sebab masa maria baling handbouqet dia yang dapat tangkap sebab die lompat paling tinggi. 

conteng conteng guest book

the cute wedding cake

doorgift dapat telur pindang dengan yassin. and maria buat special pot pouri for us. dapat sorang satu. guna botol  inner shine. tetttttt dapat teka. hehe.

tapi yang paling best giler ialah we all bergossip tak hengat dunia punyeeeee (minus the bride la. hehe). macam zaman-zaman UM dulu. akmal takde sebab adik dia nak balik terengganu. oh syikin pun takde jugak =(

and bulan februari nanti ade gathering biohealth. i am so wanna goooooooo. insyaAllah kalau takde hal harus ku pergi. kene heret akmal sekali. hehe. and oh, insyallah that time i'm his fiance. lol lol lol. 


Sunday, January 02, 2011

new year eve

i'm so glad they came to muar. and we had so much fun!!

let the pictures do the talks.












sayang korang gilerrrrr!!

Saturday, January 01, 2011

teaser maria abas's big day

but before that, happy new year 2011 !

for me, new year ke tak new year ke same je. the next monday morning u still have to go to work. bukan nye tiba tiba new year tibe-tibe esoknye bangun terus kaya. haahaa. so new year is just another new day. each day pun umur bertambah. each day pun makin tua. so whats the difference kan...

but for some people, new year tiba tiba bangun pagi ade husband kat sebelah. haha. macam my old friend since primary school sampai la ke UM ni, cik puan maria abas. wuuuuuuu best gilo kot macam tuh. haahaa

seronok gilo gie wedding die tadi. jumpa member-member sekolah rendah and of course la member UM jugak. nanti aku review ok pasal wedding die. gambar belum transfer dari camera capuk d3000 tuh. haha. orang lain dah up dlsr derang aku pakai yg old school lagi. lol.

 
teaser dulu bole? ngehngeh.