Sunday, February 27, 2011

muka sama ade jodoh?

benda pertama yang orang cakap bila tengok gambar aku dengan akmal masa engagement hari tu ialah,
"sameeeeeeee la muka korang"
"muka sama macam adik beradik la"
"patut la ade jodoh muka samaaaaa"

hihihi. ye ke? korang rase macam tuh ker?

sedara mara and kawan-kawan semua cakap muka kitorang memang ade iras-iras. aku tak tau ar pasal ni. tapi memang aku mengaku pun, part mata, senyum sengeh, hidung and cheekbone lebih kurang sama la.

ha. ce tengok? same ker? ce citer.

pastu, orang pun cakap muka akak aku and abang ipar pun ade iras-iras. mari lihat.

haaa. ce citer. same jugak ke?

memang dari mase zaman UM dulu pun, coursemates aku penah cakap muka aku dengan akmal ni dah la same, pastu asyik bertekak. yee...mase kt UM dulu, aku selalu bertekak dengan die. dulu aku macam annoying je dengan akmal. selalu je buat aku temper dengan dia. hehehe. sekarang dah sayang-sayang cinta-cintun plak. hahaha.

betul lah orang kata, jangan benci-benci, nanti cinta pulak. bencinta? macam lagu faizal tahir pulak. hu

so, betul ke hipothesis ni : muka lelaki perempuan yang sama memang ade jodoh yang kekal?

aku tak tau. aku rase tak semestinya. macam mana dengan negro yang kahwin dengan mat salleh, cina kahwin india? ade je kan? kekal jee...

so, untuk menguatkan atau menolak hipothesis ini, aku wajibkan korang-korang yang bace entri ni supaya tepek gambar korang dengan pasangan korang kat blog korang. hehehhe. sukati aku je kan nak wajibkan korang ikut. hehe. takdelah. ikut suka lah. nak letak ke tak. yang penting, kalau nak letak, letak gambar yang clear-clear tau. supaya senang aku nak tengok same ke tak muke korang.

bukan ape. saje suka-suka. hehehe.

yang penting doa dan usaha supaya jodoh kite berkekalan sampai ke syurga. kan?

Saturday, February 26, 2011

dilema warna tema

macam mana korang pilih warna tema majlis korang? ikut warna kesukaan kah? atau warna yang fofular kah? atau di pilih oleh ibubapa kah? atau saje-saje pilih warna tu selepas berbincang dengan pasangan?

aku memang dilema lah nak pilih warna ape.

masa engage dulu, aku tak decide pun warna pink as warna tema. aku pergi jakel, cuba pilih-pilih warna yang sesuai. at first aku nak turqoise. tapi tak sesuai dengan kulit. nampak kulit lagi gelap. aku cuba merah, nampak baju aje. tuan nye tak nampak. biru and purple also buat aku nampak gelap. hijau, nampak ok dengan aku tapi terlalu terang. orang kata majlis tunang ni biarlah nampak sweet-sweet aje. and the best color yang aku try is pink because, tak nampak gelap and enhance skin color aku. so both skin color and dress color pun matched and tak menjerit-jerit mintak perhatian. . macam gitulah gamaknye.

so untuk wedding ni memang dilema lagi. tak tau nak pilih baju color ape. white memang save. semua orang pun sesuai dengan putih. or grey. but i wanna try something different. ingat tak baju sanding hijau elyana? brilliant!



korang ade nampak benda lain warna hijau macam tuh selain baju pengantin? takde kan? and the brides really pop out dalam gambar. pelamin warna pastel, soft aje.

tak perlu pun nak matching kan baju dengan pelamin and baju pengapit and segala mak nenek hiasan. tapi still tak nampak pelik pun kan...

sebab itu, aku nak pelamin simple, make up simple,  and hiasan simple-simple. takde yang sarat barat. pelamin biarlah warna pastel yang soft. and make up too.

tapi elyana tu kulit cerah. sesuai la warna hijau tuh dengan dia. aku ni....???

fakta basi

1. peminat tegar American Next Top Model. terbaru season 16. kau dah tengok? belum kan. hahahahahha. aku rase brittani akan menang. eceh.

2. tak suka pakai aksesori macam gelang ke, rantai ke, earing ke. yang  aku permanently pakai just necklace yang mak aku bagi masa convo dulu. cincin risik dengan tunang pun kadang-kadang je pakai kalau nak gi jalan. hehe. sebab aku rase macam mengerlip sangat. takut ke kalai ade peragut kerat jari aku. macam-macam boleh jadi zaman sekarang ni kan..

3. jangan tanye kenape muka aku jarang naik jerawat. alhamdulillah. tapi jerawat naik kat kulit kepala plak, sikit-sikit la. nasib baik takde kat badan. hehehe. dah, jangan fikir bukan-bukan ye.

4. aku tak tau la nak dress up matured macam mane lagi dah. orang selalu ingat umur aku baru 21 or 22 lagi. nampak bebudak sangat ker aku ni?

5. tetiba aku rase aku ni tak sepatut nya amik biologi dulu. patut nye aku amik architecture ke, engineering ke. business ke. marketing ke. hikhikhik. tak nak bersyukur kan aku ni.

6. dah bateri mr toshi nak habis. malas nak charge. bye.

Thursday, February 24, 2011

snippets lagi

1. demam. sakit tekak. selsema. batuk sikit-sikit. sakit kepala. *sigh*

2. terus sihat bila akmal cakap nak datang jb weekend nih. *yeay*

3. balik dari lab tadi masuk kereta and cari prescription ubat dalam dashboard. tarikh :19 januari 2011. belasah aje lah.

4. pergi farmasi and hulur prescription. farmacist, "eh? dah lame ni?". me, "ehehehe.." nasib beliau tahu aku ialah staff hospital jugak. selamberrrrr..

5. balik rumah. makan mee hun sup. makan ubat. dengan harapan bile akmal datang jb nanti, dah sihat. baru lah seronok berjalan-jalan. hihihihi. gedik.

6. can u spot me and my bestfriendforever?  (who is now my fiance *blushhh*)


7. seriously, i miss UM times. and what happen to Pro-A? macam mane bole kalah pada Pro-M? i was one of gerak khas aspirasi (pro-A) during campus election dulu. we all menang besarrrrrrr dulu. heh. whatever, i hate politics. dulu joined pun sebab nak dapat ektra merit and dapat duduk kolej. hahahha.

Wednesday, February 23, 2011

snippets

1. aku belum pergi induksi lagi. risaunyer. tapi nak follow up dengan PT malas. hihi.

2. wedding date belum confirm lagi. ini lagi risau dari induksi.

3. sedang sibuk mengumpul harta sampai setiap bulan duit makin sengkek. kereta, ade. rumah, ade. ASB, ade. the latest, AHB, ade. amanah hartatanah bumiputra. maybank. macam ASB jugak. next, insurans. ape yang bagus? lepas habis kutu baru join insurans kot.

4. akmal cakap baguslah menyimpan untuk masa depan. kalau nak menyimpan sekarang memang tak dapat la kan sebab habis buat shopping jek. duit bulan-bulan tinggal sikit takpe. kurangkan makan. boleh diet. dah gemuk balik. macam nak lempang muka dia kan? haha.

5.  tetibe aku rase macam nak buat majlis nikah aje. tak payah bersanding bagai. boleh ke mak......?? *nak jadi anak derhaka??* *tak tak* ok..sila dengar cakap mak dan ayah ye.

6. kepala aku sakit betul la dengar cha ya nun alif ni ber-gendang dung dung che dari tadi. tah ade perayaan ape malam ni. halau hantu ke ape tah. memekak gile ok. dah la demam ni. haihh..

7.  akmal cakap, dah 6 minggu weekend jumpa. patut nye 2 weeks sekali baru jumpa. so kene ganti pasni tak yah jumpa 6 minggu. he's so kejam kan...hehehe. but i know he won't do it. =P

*polaroid*
8. yes, i miss u akmal rais.

(padahal baru jumpa semalam. gedik gile kan)

Tuesday, February 22, 2011

sama kampung. hehe

hi all. macam lame gile dah tak update kan.

last weekend i was in seremban. uruskan rumah. alhamdulillah, dah settle. air elektrik semua dah masuk. and tinggal wiring lagi sikit-sikit.

rumah tuh i beli untuk my parents. before this parents dah ade rumah kat kuala pilah. itu ayah beli mase die muda-muda dulu. now nak letgo rumah tuh sebab dah ada pengganti ^_^. rumah baru ni kat lavender height, senawang, seremban.

eh. did i tell u all future parents-in-law pun rumah kat lavender heights jugak? hahhahaha.. yerrrrrrr...same area, in fact, same road!!!! hahaha.


rumah yang nampak bumbung pinkish peach tu la rumah future in-laws, semi-D. hehehe. tempat aku diri ambil gambar ni depan rumah parents aku pulak. dekat gileeeeeeeee kannnnnnnnn??? hahahahaha

sebelum beli rumah ni, aku dah cakap dengan akmal, nak beli rumah kat seremban jugak. so kampung kite dekat-dekat je. tak sangka dekat macam ni. hehe. jalan kaki je sudey. jimat minyak dengan tol. kan kan? haha. rumah aku tuh pun mak die yang cari and tolong uruskan. from lawyer to bank to air elektrik. kedai kipas dengan lampu pun mak die yang carikan. hehehehe. family aku memang tak terbalas kot jasa mak die.

raye tak yah gaduh-gaduh nak balik mane. kalau gaduh, lari balik rumah mak. confirm akmal takkan cari or nak pujuk. confirm tak risau. mesti dia buat bodoh je. hahaa. dah rumah mak depan mata je kot. hahahha.

so now both parents adelah sangat-sangat happy. i can see it from their faces. ye lah, his siblings pun 2 orang je. mine, 3 orang jek. adik die cikgu kat terengganu. my sis kat damasara. adik aku plak pasni masuk U tak tau kat mane plak. so, tinggal la aku dengan akmal je nak tengok-tengok both parents. hehe.


sesi membasuh rumah bermula.

so tahun ni, insyaAllah, raye kat seremban. which means raye dengan akmal juga. walaupun that time belum kahwin lagi. hihihihihi. *gedik*

now, rumah dah settle.

bole concentrate kat wedding pulak ^____^

tata.

Thursday, February 17, 2011

no date yet. T_T

where should i start?

tak tau okeh nak start kat mane selagi date tak confirm lagi. cam tak sesuai jek nak pilih theme color tapi takde date lagi. sedih kot. haha. nanti orang tanye, "wedding ko tema kaler ape?" " warna warni". "bila tarikhnya?" "entah tak tau den do". "haaaaa tak tau lagi. tapi tema dah ade. over la kau nih".

pathethic kan? hahhahaa. gelak la ramai-ramai.

so, misi pulang ke hometown minggu ni is to seek approval of the dates. selain itu, ade misi penting lain yang harus diutamakan. hihihi.

nanti cerita pasal ni okeh.

mari mengemas bagasi (bagasi, macam sebulan aje nak balik kampung) sebab esok lunchtime mahu mencari baju ala-ala sopan untuk sesi beramah mesra bersama keluarga fPIL. hahaha. baju besar-besar semua dah shrinking. (ceh...shrinking.. tak nak ngaku tuh).

sebelum chow, meh aku share template untuk buat tags ke, nak print out jadikan props pape ke. pilih saje yang mane berkenan, then crop sudey. then copy ler banyak-banyak. hihihihi.

credit to : cupcake cuties

okthanksbye

Tuesday, February 15, 2011

malaysia's calendar 2012

hi all.

puas sudah aku google cuti sekolah malaysia 2012. tapi most of search results hanya ada public days. cuti sekolah semua "to be advised". oh memang cuti sekolah lambat umum ker? heh. cikgu-cikgu sekolah sila jawab.

anyways, kepada yang masih mencari calendar 2012, aku sudah jumpaaaa. nak ker? dua posen. hehhe.

nah, amiklah. free je.




*sila klik gambar untuk bigger view*

so, kepada sesape yang nak merancang wedding  you all untuk tahun 2012, hope this help a lots. kalau dah tau cuti sekolah, aku share lagi okeh. tuh la...dulu mak suruh jadi cikgu tak nak. *eh ade kait ke*

aku dah pilih beberapa tarikh. weekend nanti balik seremban. nak propose date kat parents and parents in law. eh, silap. future parents in law. hu.

harap mereka setuju ^_^

happy betul hari ni. dah la cuti . then out of sudden, akmal datang jb. surprising me. hehe. u are one sweet fiance. aawww~


I L U too


ok. dah. kang ade yang muntah darah.

okthanksbye

Sunday, February 13, 2011

how to get gorgeous fingers during sesi sarung cincin

1 day before :

- SHAVE. not your legs or v-area. but your fingers! LAGI BAGUS KALAU GUNA HAIR REMOVAL CREAM. contoh : veet. yes. spesis macam aku ni memang ade bulu-bulu roma di jari. hehehe.so, kalau banyak bulu roma tuh nanti kan cacat gambar bila time close-up sarung cincin tuh.
- put on hand lotion as many times as u want. letak banyak-banyak. lepas basuh pinggan wajib letak!
- dont eat nasi with kuah lemak kuning or kari sebab kuku akan kuning-kuning nanti.
- potong kuku. hehe

1 hour before :

- apply vaseline on your kuku tangan. so kuku akan shinning!
- keep on applying hand lotion and vaseline itu, nak-nak if you are in air-cond room.

hasilnya

*poyo*

Saturday, February 12, 2011

about the NO number 1, 2 and 16

halu gorgeous people. in muar now. yeay. but sadly, mr fiance takde kat muar. dia balik seremban.

anyways, aku dah listed down the major things yang aku taknak masa wedding nanti. cara aku macam terbalik skit. biasenye orang akan listdown the things yang diorang nak. but aku lagi senang list-kan benda-benda yang aku taknak. so searching area aku ialah mesti takde benda-benda yang dah listdown tuh. hehehe.

ni cara aku nak plan wedding aku. mungkin cara ni tak applicable untuk orang lain. hahahhaa. tapi layankan aje la ehhhhh. setiap orang berbeza kan. hu.

so,

1. NO pelamin berpanel bagai. hanya yang simple. DIY lagi? ---> sebab pelamin panel biasanye mahal. vendor akan charge mahal sebab pelamin panel konon-nya ialah design terkini. padahal aku rase macam biase je design die. kalau pelamin tiang roman tu takpe lah jugak kan...

2. NO pelamin yang sarat dan crowded. again, simplicity. ----> sebab nanti guests akan kagum dengan pelamin. tumpuan diorang lebih ke pelamin daripada pengantin. mane boleh kannnnnnn. guests datang nak tengok pengantin bukan tengok pelamin. hehehehe. tahpape je kefahaman sonsang aku ni kan.

16. NO giant chair yang besar gileeee macam trend sekarang tu. no no no. ----> sebab for sure aku yang petite ni akan tenggelam dalam giant chair tuh. then akmal plak badan jenis dada bidang, kepala kecik cam kura-kura (hehe ampun sayang!), dia pun mesti akan tenggelam jugak.

so, ciri-ciri pelamin yang takde segala menda yang aku dah mentioned tadi ialah :

*drumroll*
both from kerjakahwin.
fairylights tuh kalau letak kat pelamin bawah arabian kanopi, waktu siang, agak-agak cantik ke haaa?

pasu dengan pokok hijau gedabak itu tidak termasuk.
source: google. ampunnnn

panel macam ni boleh terima lagi. maybe charge lagi mahal.
source : google jugak.

simple dan menawan.
source : google.

anyone know the exact link of the pictures inform eh. seriously aku google jek and terus save gambar. tak ingat link nye.
to be continued~

maceh sebab bace.

Thursday, February 10, 2011

about the NOs

(updated)

the list of NOs

1. NO pelamin berpanel bagai. hanya yang simple. DIY lagi?
2. NO pelamin yang sarat dan crowded. again, simplicity.
3. NO theme of red&black. gothic.
4. NO huge tasteless wedding cake.
5. NO five inches heels
6. NO sanggul tinggi in tudung during nikah
7. NO tiara during nikah
8. NO big tiara during sanding.
9. NO baju sanding in 2 colors. contoh: baju color merah+putih or biru+putih  or merah+kuning. all monotone or in same color scheme. bling-bling is possible.
10. NO families' and friends' outift in same color scheme as bride and groom.
11. NO make up cam tepung gomak.
12. NO live band and karoke. no no.
13. NO people will leave the kenduri with empty hands. insyaAllah.
14. NO ucapan or greetings on the microphone. rakam video boleh.
15. NO malam berinai please. khatam Al-Quran and marhabban boleh.
16. NO giant chair yang besar gileeee macam trend sekarang tu. no no no.

i think that's it for now.

gile kau nani banyak songeh mengade-ngade kau tak nak itu ini. kau bajet kau artis or diva kerrrrrrr???? hahahahaha.

ampunnnnn~

Wednesday, February 09, 2011

about the planner

halu.

back in 2009 or 2010 macam tuh (can't remember the exact month or year), i bought ratu sehari edisi ke-3. and got this free diari ratu sehari. aku simpan mendealah ni elok-elok dalam kotak and bawak pindah randah ok. from shah alam-muar-jb. jauh ia merantau.

the diary is more like your own wedding planner. from a to z. from merisik  to engagement to attire to hantaran to bertandang till post-wedding and honeymoon. it has all the details that i need to work on.

i believe most of the brides out there had used this planner. how is it? useful or not? share plisss.

as for me, belum tau lagi useful ke tak but i will make it the most useful planner as i will plan my own wedding (and so u girls out there. hehe). the planner has all the guidance for what to do and what to plan.

so i think, this is the right time to use it.

"cik diari ratu sehari, sila berbakti pada tuan mu!"
"baikkkkk...."


and i need your help people. anyone yang tau kalendar cuti sekolah awal tahun 2012 tak? dalam bulan januari, februari, or march 2012. or kalau dapat kalendar sekali with all the cuti umum pun boleh jugak.. puas sudah aku google tapi tak jumpa dong.

thankssss.

Tuesday, February 08, 2011

some photos from my e-day

sesi sarung cincin. nervous gile k time ni. menggeletar jari. and so my fMIL. kelaka gileee bile ingat. haha

the parents.

my lovely family.

his family. yer, he only has 2 siblings. both pun lelaki. he is anak sulung. tapi adik lagi tinggi -_-"

our BIG family. and will get bigger and bigger. insyaAllah ^_^

photographer suruh main-main pakaikan cincin. kitorg plak takut kalau elder people nampak kang kene sergah. hahahaha. lawaks



will love you till my last breath.

aaawww~ malu *_*

okeyyy...tuh aje kot. kalau ade permintaan aku upload lagi (hapeee kau bajet kau artis ker nanie oit??)

wedding date yet to confirmed. his side nak cuti sekolah awal tahun 2012. and luckily my parents taknak musim cuti sekolah. so we all bole selangkan 2 minggu majlis sanding dengan bertandang tu nanti.

now mari google kalendar cuti umum and cuti sekolah 2012. huhu


Monday, February 07, 2011

about the backdrop of photobooth

this is for cik adawiyah and other bride to be yang mungkin nak cuba idea ni.

actually, this project happened like 3 years ago mase i sudy kat UM. then ade dinner untuk Biohealth which i was one of the comitte. aku berusaha cari hotel for the event and kitorg jumpa Shah village hotel kat PJ. and our theme that time was Turning Melancholy to Fabulosity. so semua pun harus lah fabulous. and bila cakap pasal fabulous, i was thinking pasal ala-ala hollywood and come across with this idea.

that time masih student lagi so memasing pun bajet terhad. so we all just beli kertas mahjong yang besar tuh, gabus, manila kad yang keras warna gold and print out word "fabulousity" and "biohealth", name course kitorg. then fotostat banyak-banyak.

luckily, tepi ballroom tuh ade dinding kosong. so we all just tampai kat dinding tu. and waaalllaaah! cantikkkk! ecehhh.

inilah spot kitorg ber-photogediks that night. happy betul time tuh!

yours truly and her friend tengah gigih main tampal-tampal. hehe

tampal kerta mahjong kat dinding dulu. then tampal manila kad dipotong bentuk stars atas gabus then baru tampal ke dinding tu (so that the stars pop out, macam timbul). then baru tampal wordings tuh. lastly, kemas tempat kejadian balik ok. hehe. sila guna double tap sahaja.

hasilnya?





with a small budget, i think we did it very well. haha.

so u all bride to be mesti ade idea lagi gempak kan. and bole perbaiki here and there. and then ade lah photobooth! so kite dan girlfriends bole ber-camwhore like nobody care! haahaa.

korang boleh kot customize backdrop and  wording belakang tuh letak nama bride and groom ke, macam ni..maybe kedai printing ade. tapi harga nya ngak tau dong. for me, kalau aku buat photobooth nanti, for sure DIY sebab nanti kalau yang tempah tu membazir, kau nak lekat kat mane nanti? dinding rumah? oh mungkin bole juga. hehe.


and letak redcarpet, green ke, blue ke, pink ke, ikut tema u all!

omg aku plak yang excited cerita pasal ni. hehhee

ok. thanks for reading~

Sunday, February 06, 2011

e-day review : goodie begs

the goodie begs :


inside ade some junk foods (hehehe) and muffin and this one :

DIY. hehehehe.

nak kene balik JB dah. huaaaaa tak nak balik and keje boleeee?? terpaksa berjauhan dengan famili and mr fiance (aawwww~) di muar. yeah akmal ialah orang seremban tapi kerja di muar. and aku pulak ialah orang seremban juga. tapi duduk kat muar dari kecil (bila ayah pencen akan balik seremban semula) and kerja di jb. pathethic kan? huaaaaaa

nanti dah balik jb i'll upload some photos from my e-day ok. kat jb connection laju sikit.

thanks for reading. daaaa~

Saturday, February 05, 2011

e-day review : make-up and dress

pasal dress ni memang ade drama sikit. well, aku takde la nak tempah baju ke designer ke ape ke. hantar ke tailor biase je. kurung moden je pun. tailor kat aked muar. tukang jahit nyonya. before this tempah baju kat die ok je. aku hantar kat die mase new year hari tuh. so kira awal jugak la kan. sebulan kot die boleh jahit baju tuh.

so 29 januari aku pergi ambil baju. sampai-sampai kedai nampak baju tengah tergantung cantik je. sekali tengok dekat, "apsal cam besar giler ni?". aku pun try. memang sah gedabak gile ok. besar kat bahagian lengan atas baju, pinggan and bawah baju. and baju tuh ialah labuh nak mampus. bawah lutut ok. kan baju kurung moden patutnya part-part lutut je kan. pastuh mak aku plak cakap "ok la tuh. cepat la. banyak kerja kat rumah tuh. blablabla." akak aku plak buat muka macam tak puas hati tengok baju aku. aku cakap nak alter. tapi macam tak yakin nak suruh nyonya tuh jahit balik. kang lagi teruk. so aku bawak balik and try kat rumah. memang sah kene alter.

esoknya pergi balik aked tuh. hantar alter. tapi bukan kat kedai nyonya tuh. kedai lain, amoi plak. macam ok la jugak tengok baju-baju die. aku try baju tuh depan amoi ni. dia cakap memang besar gile pun. bole kecik kan sikit. tapi kalau nak pendekkan baju tuh macam tak sempat sebab kena bukak semua jahitan. so aku pun mintak dia kecikkan aje.

alhamdulillah...lepas dah alter, ok la sikit. hu.

so this is the baju.




the kain is chiffon. come with selendang, 4m lining and also 4m kain baju melayu. price was RM700 beli kat jakel KL. 

sebab tuh bila baju tuh besar aku cam meroyan. kain mahal kot. heeee. tapi nasib baik la besar. kalau kecik camno? lagi haru kan. huu.

move on to make up.

aku booked make up kat mak andam kedai pengantin andaman impian, muar. price was RM150 sebab aku pergi make up kat kedai dia. tapi sampai-sampai kedai bukan owner yang make up kan..tapi anak dia. dia cukur kening aku jadi cam ape tah. dia nak cukur lagi kening tapi aku suruh stop. jangan cukur lagi. and bila die start make up aku dah sound awal-awal cakap jangan tebal-tebal sangat. so bile dah lepas siap tuh, aku pun tengok cermin. terkejut beruk aku bila dia pakaikan aku fake lashes yang maha tebal kalah rozita che wan nye lashes. aku suruh die bukak balik and tukar yang biase je. taknak la kau pakai lashes yang tebal nak mamps tuh. over gila nanti. untuk tunang ni biarlah yang simple-simple je kan..

so after make up, balik rumah and aku alter sikit-sikit. hehehe. still tak puas hati kan. haha.


overall, ok la kan. janji tak tebal cam tepung gomak. haha

and album tunang dah siappppppp!



ape tuh?? jadi cover wanita plak. editing die simple-simple je. murah je pun. RM350.

for wedding, maybe akan cari tukang make-up and tukang tembak gambar lain. yang ini untuk majlis bertunang je. so tak perlu nak berlebih-lebih and membazir kan. hehe

till next update. daaa~

e-day review : handbouqet, centerpiece and dais flowers

mari mula dengan handbouqet.

bila terfikir je pasal handbouqet mula-mula dulu, aku tau aku memang nak ros merah with small rounded bouqet. yes i know. aku memang old fashion skit still nak guna ros. hehe. but its because only artifical ros aje yang nampak real dalam gambar macam ros hidup. so thats why aku pilih ros. and artificial because, buat ape membazir pakai fresh flower pastuh layu pastuh buang. so sad kan? and artifical boleh recycle. say it again, recycle! hehehe.

so bunga yang aku dok idam idam sangat tuh bunga macam ni.

 eh sorry senget plak gambar ni. hehe.

bunga dalam picture warna pink yang aku guna untuk buat sireh junjung. bunga handbouqet tu macam ni jugak la. tapi warna merah. and the outcome?


loveeeeeee it!! and look at the bunga mini dais tuh. some guests ingat tu ialah bunga fresh! huhu. padahal tak pun.


close up sikit. what more can i say? murah dan cantik. berbaloi- baloi =D

canterpiece flower plak. hu.



how does it look on the table?


niceeeeee! pastu dapat plak skirting merah menyala. my dad cakap, xong ci fa cai, kene la merah baru ade ong. tapi aku suka je sebab macam masuk dengan tema. hehehe.

ok.

pasni update pasal baju and make up plak ok. citer pasal baju ni nak kene ambik mood dulu. haha. k. thanks bye.

Friday, February 04, 2011

e-day review : the hantarans and the ring

gambar dari OP belum dapat lagi. so gambar yang aku upload for the time being ni semua dari camera dlsr aku. di captured oleh puan maria yang baru je kahwin 1st januari hari tuh. hu. sebab kalau tunggu gambar dari OP mesti dah lupa ape bende nak cerita kan?

so these are the hantarans. too bad aku lupa sangat sangat nak ambil gambar hantaran dari side akmal. sebab dah habis kene bedal dengan sedara-sedara semua. huhu. side akmal blah je terus diorang bedal kot. aku plak gi makan. memang lupa sangat. nasib baik la jugak ade gambar ni. boleh la kan?

us with the hantarans.

so below are hantarans from my side. all done by my mum. did i say she has a pair of magic hands? so, upah buat hantaran adalah free! hehe. aku cuma beli bahan-bahan penting. yang sikit-sikit tuh my mum top up sikit. haha. ngelat sikit.

coklat homemade - sponsored by mak teh

white lace fondant moist chocolate cake - from secret recipe.

cupcakes. yana  and my cousin, kak lang sponsor. hehe.


fruits


so called bunga rampai. tapi isi nya ialah pot pouri. hehe


ferrero rocher

sireh junjung. artificial.

tepak sireh. pembuka bicara penyambung adat.

side akmal pun bawak tepak sireh jugak. well, adat perpatih kan....

dari akmal ialah, sireh junjung, bunga rampai and cincin, fruits, cake and chocolates.

oh, talking bout my ring, i loveeeeeeee it! tapi ade sikit longgar sebab jari dah kurus sikit. hehe. but, taste emak-emak, memang penuh dengan bling-bling. which my mum said bagus lah. well, emaks memang macam tu kan. hehehehe. whatever it is, aku memang suka gile lah ring aku niiiiii !!! hehe. nasib tak terjerit masa sarung cincin. T_T


tapi tetap i suka noks! *sambil tengok ring sekarang ni* hehe

ok bye.