Thursday, March 31, 2011

about the theme color (and songket!)

picture from none other the brilliant designer blog, rizalman ibrahim.

i just adore the simplicity, beautiful, gorgeous and minimalist of the bride's dress. not sure the exact design of the dress. but rasenye macam kurung moden songket. traditional yet so chic!

ngaaaaaa nak baju sanding macam ni boleeeee?? aku dah suruh akmal tanyekan kat uncle die kat terengganu yang ade business songket tuh. die cakap songket macam ni mahal and high end punye. memang la oit, ni designer nye rizalman oiiiii!  tapi aku tak nak la yang mahak bebeno. yang murah sikit lah. corak simple and tak crowded. kalau dapat free lagi baguslah kan. hadiah untuk anak buah ape salahnye pokcik....(dushhhh! semua nak free bankrupt la org tu nanti)

survey2 harga dulu. nanti baru compare kan dengan harga kain kat bandung. tapi bandung mesti takde songket =(. so kene bandingkan harga songket tuh dengan harga lain french lace kat bandung. tengok mane yang lagi berbaloi.

aaarrrrr bile fikir pasal duit terus aku macam nak kene sawan. uuughhh.

so fiancee and i dah decide nak tema color. teehee. even date belum ade. tapi harus dah fikir color tema nyah! roughly macam ni la kot.

soft pink for nikah (since i will wear my engagement dress again)- ade aku kesah orang nak cakap aku kedekut? ngehngehngeh



green apple for muar reception

ocean baby blue for seremban reception.

this only our plan. pape hal pun, it may change due to any circumstances.

color tema hanyalah sebagai guide line untuk kita buat persiapan. tak semestinya kene ikut 100% kan. kalau pandai mix and match, boleh jadi cantik jugak. tapi sebab dah ade color tema, takde la kau meroyan atau sawan nak beli semua atau pening nak pilih benda yang nampak cantik kat mata tuh! (peringatan untuk diri sendiri ni).

ok. mari tido. esok kerjaaaaaaa

Monday, March 28, 2011

about paper carnation and ribbon rose

i found these 2 videos. such a useful videos.

anyone rajin nak DIY? hehe

1. ribbon rose



2. paper carnation




bunga telur perhaps? or centerpiece? or guestbook table deco? or bridal room deco?

selamat ber-DIY. hihi

bazli & hafeedza wedding - KL

as promised, here is bazli and hafeedza reception in setapak.
pelamin, deco and catering by rass deco.

nice kan dais ni. sweet je..


guestbook corner.

dato siti and dato k pun ade. ceit. i jeles u.

so i decided, baju nikah akan recycle baju tunang hari tu. just kene hantar alter sikit. peduli ape orang nak kata. it is my wedding and my fucking money. biarlah nak kata cheapskate ke ape. tapi baju tuh pakai sekali aje and mahal nak mamps aku beli tu. sebab aku memang failed bab tawar-menawar ni. hahahaha.

so trip ke bandung nak cari kain baju sanding muar and seremban. and also kad jemputan. doorgift kalau jumpa yang menariks. hihi. harap-harap skill tawar-menawar dah terer time ni. hu

so people, help me. ape kedai yang best untuk bargain baju kahwin kat sane? aku dengar siap bole tempah kat tukang jahit kat sane dalam sebulan dah siap. tul ke? katanya, kita boleh bawak design yang kite nak and mintak dia jahit ikut design tuh. ade baju sanding dah siap ke? haha

design baju pun takdak lagi. hehe. but no worries, aku pegi bulan 7. lame lagi nok.

rilek dulu.


Thursday, March 24, 2011

about the transparent canopy

oleh kerana nikah ceremony akan di buat kat seremban, so aku dengan selambe nye plan nak buat malam. dah tanya akmal. he is ok with it. tapi belum tanye both parents. hihik. harap mereka-mereka setuju la.

bukan ape sangat. aku berangan nak ade transparent canopy macam ni.

berangan. selagi boleh.


pictures from khareyan event

i dont need 10 or 5 canopies. i only need 1. only 1. dah cukup. nak puaskan hati sendiri. hehe.

accerevent also provide those type of tents and manymore. but i dont know whether the price is reasonable or not. thanks to cik belle for the link.

copied from the web :

SET TETAMU : RM 300.00* / RM450 (TRANSPARENT )
- Canopy Arabian 20' x 20'
- Kerusi plastik, meja bulat(10pax) & alas meja secukupnya untuk 40 pax
- Lampu (2) & kipas siling (1)
- Scallop pelbagai warna (2 warna)
** untuk tukar ke kerusi banquet bersarung & riben, tambahan sebanyak RM 400.00
** untuk fairy light 12 jalur per canopy, tambahan RM 200
** untuk chandelier, tambahan RM80
** kipas industrial, tambahan RM50

so, what do u think? mahal sangat or berbaloi-baloi?

but i want chiavary chair. taknak kerusi banquet or kerusi plastik tuh. if chiavary chair, sewa 1 for rm20. awat mahal nooooo

and one more thing that bugging me. me want to have pre-wed shoot. but fiancee said NO. how now? camne nak yakinkan dia supaya buat pre-wed? he said membazir. ~_~

im torn. ughhhh

Day 24 - The month you were happiest this year and why

of course la february!!!! hikhikhik.

the month i become his fiancee. the month when we are one step further to a marriage life.
the month when i know, i am about to be his wife.

ouch.

so nervous.

and excited.



senyum lebar sebab terlebih gewdiks. hahahaha

Wednesday, March 23, 2011

video montage


Hafiz + Aerleen's Wedding in Motion from WIMO - Wedding In Motion on Vimeo.



OMG this is a very nice video. something im looking for. romantic and sweet. hu.

kudos to kudegraphy. nape la kau mahal sgt. buat la contest ke bagi free wedding shoot or video. sigh.

hahahaha.

Tuesday, March 22, 2011

day 22 : tell your followers how you do your makeup

to be honest, aku tak berapa nak gemar heavy makeup. sebab tak reti nak buat smokey eyes. hahahahaha. mata aku susah la nak buat smokey eyes. sebab kelopak mata kecik. hahaha. pakai eye liner pun tak gune sebab tak nampak ape pun.

see?

sebenarnye aku ade puffy eyes.

demi elakkan muka nampak cam badut, baiklah aku tak payah nak bersmokey eyes bagai. mase e-day dulu pun, tukang make-up tuh failed nak buat smokey eyes kat aku. bahahahaha. sengal betul.


gambat di atas ialah segala mak nenek facial and hair care. malas ah nak citer satu-satu. brand campur aduk. yang penting facial care clinique. pastu ade loccitane, garnier, fasio, SKII. bio-oil and vaseline pun tepek kat muka jugak bila rase nak tepek. hair care plak ade redken, loreal and tah brand ape untuk hair tonic. rambut ku banyak gugur wooo.. and oily scalp. syampoo pun ade 3 jenis. muahahahha. loccitane, redken and head&shoulder. tamak haloba.

oi oi orang suruh cerita make-up aje lah!

baiklah ini make up ku yang tak semengah sangat.



pun campur aduk brand. ade MAC, revlon, silky girl, in2it, maybelline, and loreal. tah pape brand lagi tak ingat dah. tengok tu blusher pun nak habis dah. hahaha. ala, pegi beli kat cosway aje la weekend ni. mak jadi ahli so dapat diskaun 50% sebab dia baru renew kad ahli dia. hehehehehhe.

mak, belanja i blusher?

hehe.

okthanksbye

Monday, March 21, 2011

about the guestbook stationery

korang! ade citer hot nih. heheh

ape nye?

ni hah.

taraaaaaa!


crayon and pen colorful. hehe.

*lol ingat ape la yang hot sangat kan*

hari ahad lepas jalan-jalan kat pelangi mall jb. pergi karok dengan yana. pastu pas habis karok, jalan-jalan kat centrecourt dia ade clearing sale kedai buku popular. diskaun up to 90% !!!

crayon tuh RM 3. colurful pen RM 2.50.

ade banyak lagi ni. gi serbu cepat.

tanpa fikir panjang, aku terus beli sebab murah sangat kan. bole guna untuk stationery guestbook nanti. hikhikhik *gelaks gediks* (padahal wedding lagi setahun dari sekarang kot !!!)

and this one too!
gunting yang bole gunting pelbagai corak. hahahahaha *gelak sooookaaa*
tapi tak tau nak guna ni untuk apa lagi. beli sebab macam comel aje menda ni. hu. harga RM 12. murah kan? harga biase mesti cecah puluh ringgit kot? ade la guna menda ni nanti. *sedapkan hati* . kalau tak, bole bagi balqish kenit. hehehe.

future in laws cakap, once they booked the hall untuk bertandang kat seremban, then we can finalise the date. sebab reception aku kat muar buat kat rumah. so takde problem date ape pun. kene tunggu confirmation dewan. nikah plak dah confirm buat kat my new home kat seremban. so akan ade 3 event selang seminggu ye kawan-kawan. penat nye tak tau macam mane nanti tu.

alhamdullilah, both my parents and his parents sangat lah berkerjasama and bertolak ansur. tapi in laws dah chop nak tema english and theme color biru laut/turqoise (akmal dah chop sebab color favourite dia). wuwuwuwuw aku baru ingat nak color turqoise tu. and nasib baik jugak, side aku memang nak tema tradisional. tapi tema color tak tau lagi. hu. kene ar pilih color lain.

hiks. ok. thats all for now. daaa~


******************************************************************************

bazli & hafeedza wedding

hellooo...

patutnye kan last weekend balik muar. then balik seremban. nak rasmikan rumah baru. tapi last-last aku tak balik pun. but that plan berjalan macam biase lah. without me =)

kenape tak jadi balik? sebab attended wedding collegue kat jb ni hah, side perempuan lah. hu. collegue aku tu lelaki. ehe

congrats bazli and wife, hafeedza. it was such a beautiful wedding. foods semua sedap. aku makan sampai tambah 2 pinggan. *tak malu betul*

lets the pictures do the review ...
*sorry the poor quality pictures. snap using BB jek. tak bawak dlsr lah. tinggal kat muar. hu*

nikah was at the bride's house.
wedding dinner at pulai spring golf resort.

the newly weds
*bride macam ayu raudhah! cantikssssss!


hantaran from the bride to groom
cantik and simple kan? nangis tengok...nak macam ni plis.

from groom tp bride.
cantik jugakkkkk!


chandelier bawah canopy. aaaaaa nak jugak plis. haha


pelamin nikah. white and green apple. sorry tak dapat full picture. hehe


meja makan beradap during dinner reception. sweet gile kan. siap fairy lights tuh. huuu


acctually ni tempat potong cake. hu.


the brides in sweet pink attires.


ok ni tempat potong cake tadi. bette view aite? hee


lastly, happy us with bloated stomach. hehe.
oh, yang bekas bulat corak english rose tu ialah gift untuk tetamu. dalam ada tasbih kristal and potpuri. yang non muslim dapat gelang kristal. aku nak gelang kristal tu....hehehehe.  mengade.


belah lelaki punye reception kat kl this week. aku pegi jugak. tamak kan nak gie both. haha. tapi aku dijemput tau. kad of course la dapat both side. hehehhe. dah la kad cantiks. nangisssss tengok. haha. nanti aku review kad die sekali dengan reception kl tuh eh. hu.

Sunday, March 20, 2011

Day 20 - 3 things you are proud about your personality

apekah? tak reti nak jawab eh.

harus ke bangga kalau diri sendiri ialah tak berapa nak bagus? ngeks la.

yang boleh dibanggakan ialah :

1. independent.
bermaksud aku memang boleh shopping sorang-sorang tak kira di mana sampai habis duit. tak payah ade orang teman pun aku bole aje survive! aku pernah shopping sesorang kat sunway pyramid. tau-tau dah terhabis 1000. hahah. tuh padahnye bile takde orang teman, takde sape nak stopkan kita dari terus shopping.  pastu, kat jb plak. ksl,  jusco tebrau, pelangi mall. semua aku gie sorang je kalau nak shopping. hehehe. tak nyusahkan orang nak teman aku yang mesti nak masuk semua kedai. kesian nanti orang tu penat... hu

2. determination tinggi
bermaksud selagi tak dapat ape yang aku suka, akan ku usahakan sampai dapat. hehe. dan selalunye ia berkaitan dengan wedding prep, and self indulgence. heheheh. kalau pasal kerja or orang lain, ade aku kesah? hahhaha.

3. suka fikir negatif.
ye. yang ni akmal selalu marah sebab aku suka fikir negatif. contoh : macam mane kalau tak cukup duit nak kahwin? so aku mesti akan fikir back-up plan. same ada minta sedekah, mintak sponsor atau rompak bank. hahaha. nak buat loan, memang tak la. hutang aku pun dah keliling pinggang. hehehe.

dah. aku memang suka merapu.

bye.

Saturday, March 19, 2011

Day 19 - Google the meaning of your name.

kalau aku goole "nani" keluar gambar and laman web nani si pemain man u. hehehe.


akmal plak memang die hard fan man u. sekali dapat cikaro plak nama nani. kebetulan ke hape.
hahahahaha.

Friday, March 18, 2011

Day 18 - Your Zodiac Sign



Traditional Scorpio Traits
-Determined and forceful
-Emotional and intuitive
-Powerful and passionate
-Exciting and magnetic

On the dark side....
-Jealous and resentful
-Compulsive and obsessive
-Secretive and obstinate

 SOURCE

75% agreed.

Thursday, March 17, 2011

pre-wedding photography

tanpa menunggu confirmation tentang tarikh dari future in-laws and my parents, aku selamber badak aje survey photograoher untuk pre-wed. hehehe.

my criteria to choose the OP are:

- CREATIVE. as fiancee and i are not so photogenic. hehe. both pun kaku aje. so mereka-mereka yang kreatif ini diperlukan untuk menggayakan aku dengan akmal tanpa rasa jemu dan muak. hehe.
- based in JB. sebab cut cost. tak perlu lah extra charge on transportation pun. aku dah memang kat jb. hanya akmal aje la kene datang jb. dia takpe. datang jb bayar sendiri. bukan aku keluar duit. jadi memang save cost di situ. hahaha.
- MURAH. ini paling penting. kedekut. hahaha. sebab aku taknak photo album pun. just soft copy in DVD is enough. later on, aku akan pilih sendiri mane yang nak cuci, nak buat bunting, or nak jadikan hiasan untuk aku tepek muka aku di mana aku sookaa. hahaha.
- SIMPLE EDITING. tak larat la aku tengok editing melampau sampai pecah kepala tuh. setakat enhance color sikit, bagi soft sikit, ok la kot. kalau OP yang mahir, tak perlu pun editing melampu kan sebab gambar raw memang dah cantiks. hiks.

so, dalam kepala otak aku ni dah ade sorang OP. eh actully 3 orang. hu. sebab derang ni bertiga. CRITICAL EPISODE (their facebook or here, THEIR BLOGSPOT ).

all pictures are from their blog and facebook.

i just love their creativity. do check them out.

dan ini ialah mereka.


dah boleh bayangkan tak macam mana kerja dengan diorang ni nanti? hehehe. mesti seronok. umur pun lebih kurang dengan aku dengan akmal je. so takde la kekok sangat nanti (kot?)

i've already asked them about the pricing. and it is within my  our budget.

so now kene confirmkan tarikh, theme, and props. and kene cari pose-pose menarik. hehehe.

psssttt...abang-abang sekalian, ni dah tolong promote you all ni, kasi la diskaun lebih sikit. hehe

Day 17 - A picture of your room.


this is a picture of friends and i during my e-day. not exactly in my room. it's my parent's room. but it was mine for a day. sebab bilik parents ade air-cond. hehe. nak kene make sure cake, cupcakes and fruits were in good condition. so we turned on the air-cond for the whole night and day sampai la habis majlis. bil elektrik that month was RM300++. hehehehe. sorry dad.

and this will be my bridal room nanti, insyaAllah. maybe i still gune the old furnitures. cheapskate betul nak beli baru. hey, bukan sengaja kedekut tau. tapi sebab nak pindah seremban nanti. kan nak kena angkut banyak kali. and maybe i will paint the furniture into white ke. kan? pape saje janji jimat. hahaha. *alah kalau dah kedekut tuh mengaku je lah -__-"

lagipun mane ade lagi katil zaman ni yang berukir kerawang-karawang macam tuh lagi dah *sila refer gambar* sekarang katil semua yang simple. kepala katil jenis petak tuh aje. hehhehe. *sekali lagi, alasan orang yang kedekut*. hahahahahaha

lol.

Wednesday, March 16, 2011

Day 16 - A song that reminds you of a best friend.


the theme song of FRIENDS.

such a joy to have them all.
yana
abid
fizah
julie
salina
roro
fana
shikin
arock
nadiah


and the most precious bestfriend i ever had
akmal rais bin ridzuan.

hehehe.

Tuesday, March 15, 2011

stylish ker?


thanks to oshinz for giving me the award. tapi me not very sure lah whether i am stylish or not. hehe. tak se-stylo blogger-blogger lain kot. heh.

part nak kene citer 7 benda pasal diri memang agak susah lah. sebab tu lama simpan dalam draft. tak publish. hehehe. susah tau nak paham diri sendiri. boleh gitu? hehe.

so aku cerita yang fakta aje lah eh? hakhak.

1. i can drive both manual and auto car. dulu takut gile nak amil lesen. dah 2nd year UM baru amik lesen. tuh pun 2x test sebab 1st test kantoi kat bukit. hahahhahaha. but, now im proudly saying that i can drive manual and auto. saje nak kerek. sape lagi boleh? boleh jadi geng! hehe

2. dulu masa kecik penah try nak ubah diri dari right-handed jadi left-handed. gile kan? sebab terbaca dalam magazine, orang yang left-handed ialah sangat berseni and pandai melukis. dulu bercita-cita nak jadi pelukis. pastu pandai lukis pelan nak jadi arkitek. tapi failed!!!!! tak pernah menang pertandingan melukis or mewarna pun. tsktsktsk.

3. penah operation appendiks masa darjah 4. so appendiks dah takde. (tapi masih sembelit dengan teruknye. -_-"   ). ade parut operation kat perut belah kanan. menci tau.

4. tak tahan sejuk.

5. senang berasa lapa. ok ni ialah lame excuse nak makan banyak. hehehe. kalau nak jalan jauh, dalam handbag mesti sentiase ade biskut oat. untuk buat alas perut. or beli roti siap-siap. and air milo or soya. *ok aku memang kuat makan pun*

6. benda paling malas dalam dunia ialah sapu rumah gune penyapu or basuh baju guna tangan. penyelesaian, guna lah vacuum habuk. and also mesih basuh or hantar dobi. hahahhaha.

7. kalau nak keluar bejalan-jalan, kena siap at least sejam awal. sebab for sure akan pilih-pilih tukar baju 2-3 kali selama setengah jam. setting rambut 10 minit. make up 20 minit. lebih kurang lah. tah ikut perangai sape la agaknye.

tuh je kot.

so nak bagi award ni kat :
kisah cinta sang puteri
adawiyah
honeybee story

ala, semua bride-to-be blogger pun stylish lah! so aku dengan murah hatinya bagi award kat korang semua yang bace. hikhikhik.

Day 15 - A problem that you have had

terus skip ke day 15 la. sebab soalan day 14, the first celebrity crush, jawapan nya ialah JC chasez. malas nak jawab dah. hahhaa.

ni pun macam susah nak jawab jugak. sape aje dalam dunia ni takde problem kan. dari sekecik-kecik atom punye problem sampai la sebesar-besar ikan paus. kan?

tapi masalah yang aku hadapi hari ni ialah sembelit.

okthanksbye.

Sunday, March 13, 2011

Day 13 - A picture of where you want to honeymoon.

ala. kenapa "A picture" aje. i wanna put more pictures. can ah? tak kira. nak jugak.

sipadan and mabul. crystal clear water. tak perlu ke maldives or luar negara sangat. malaysia punye beach lagi cantiks ok.

nak naik gondola plis. pastu lalu bawah canal time bulan mengambang. hahahahha.

who don't want to go to paris huh? romantic city where u can buy designer's item cheaper than anywhere else. heheh.

ok dah. tu aje kot. hu.

yang sipadan tuh insyaAllah bole pergi for honeymoon. fiancee pun setuju. huuu. but venice and paris, aku verangan aje la noks. aku saje letak sebab my sister pergi honeymoon kat paris tak belikan aku beg LV pun. sebab luggage dia dah penuh. boleh gitu?? hehehe. saje nak balas dendam. hahahaaha.

about the cake stand

tadi pergi jalan-jalan kat mahkota parade melaka. mummy wanna do some shopping. banyak wedding nak pergi, so she need new handbag and shoes, katanya. amik ko sekali beli kasut bonia and handbag apetah brand kt parkson tu. siap beli baju lagi. aku mampu tolong pilih aje.  muahahaha. amik ko sape suruh pokai tengah bulan. gigit jari aje la tengok orang lain shopping.

ok,bukan tu main point nk story kali ni.

macam tajuk nya, mase jalan-jalan ka parkson tuh, ternampak 1 cake stand yang sangat gorgeous! the kaki ialah besi yang kerawang-kerawang tuh. and alas nya ialah kaca. cantikkkkkkk sangatttttt. ala-ala macam ni,


gambar ni hasil dari google. but the exact cake stand takde la washed-out macam ni. it it steel. ko tau harga nye bape noks? RM350++ after dah 50% diskaun tinggal RM159. aaaaaaa mahal nak mampus! just for that cake stand? tapi lawa gile lah. siap berlakon potong-potong kek kahwin lagi kat cake stand tuh. cakap kat mummy macam ni "mak, mak cuba bayangkan orang potong cake atas cake stand ni. aaaaaa mesti orang ingat cake kita sedap and mahal". kahkahkah boleh gitu??

tapi tak perlu lah aku membazir beli yang mahal tuh. nanti nak cuba tengok kat SSF or romantika ke or KKdeco ke. jusco pun maybe ade.

tah kenape benda pertama yang aku idam-idamkan nak beli untuk wedding ialah cake stand.
adekah korang mempunyai perasaan yang sama macam aku. orang lain dok pikir baju la, pelamin la.
tapi benda pertama yang harus aku beli ialah CAKE STAND.

aku pun tak paham.

eh aku dah tau kenapa. sebab banyak-banyak benda, wedding cake ialah benda pertama yang aku confirmkan. it is chocolate indulgence from secret recipe. hahahahahhaha. aku taknak invest on wedding cake yang mahal, siap fondant and comel cantiks semua tuh but tasteless. yup, i rather choose simple cake tapi dijamin sedap menjilat jari. plus akmal and me we both love choc indulgence. hehe.

so just nak kene DIY topper. maybe letak flowers sikit kat tengah-tengah tuh or buat banner yang comel. yeah i think u all get the idea. aku memang simple orang nye. ngehngehngeh, and kedekut juga. muahahahahaha.

till then. orang kedekut ni nak tido la. bye

Saturday, March 12, 2011

Day 12 - Something that puts a smile on your face no matter what.

- when radio plays my favourite songs. or songs that i wanna hear. or a song that i currently like. hehe
- when salary come in. yey. tapi bila dah buat bayar huntang, sedih. pokai semula.
- when he bbm me "sayang saya tengah buat ape?". just a basic question but i smile all the way.
- when ayah asked, "duit belanja ade lagi tak?" hint hint. haha. or "kereta ade minyak tak?". lalalala~
- when i looked at our e-day photos and the ring. need to remind myself that i'm an engaged woman. hahaha. always forgot that we are engaged. macam tak percaya aje.
- ni paling gedik. when i looked at the mirror, pastu cakap, "cantik jugak aku ni" hahahahahaha. lempang plissssss. perasan habis. angkat bakul sendiri. *ehemmm walaupun tak cantik tapi kene la puji sendiri, sape lagi nak puji kan*

ok. dah tuh aje kot. ade banyak lagi. tapi tak terfikir sekarang. heh

Friday, March 11, 2011

Day 11 - The meaning behind your Tumblr name

alaaaaaa i don't have tumblr laaaa.

malas nak buat sebab blog ni pun susah nak update apetah lagi tumblr. hehe.

next!!

Thursday, March 10, 2011

of sakit mata and denggue fever

me at muar now. dapat MC 3 hari dari rabu sampai jumaat ni. doktor suspected aku sakit mata. sakit mata kan memang bahaya sebab boleh berjangkit. so to avoid that, die dengan baik hatinya bagi aku MC. hehe. mase cek mata aku memang dashyat. merah macam mata hantu. siap ade selaput mata tu. aku tengok pun takut. hehe. but now, dah makin ok. tah betul sakit mata or just gatal mata yang biase tuh. entahlah.

akmal pulak memang dah sakit mata yang macam timbit tuh siap ade nanah and bisul. hahaha. kelaka kan. macam janji plak nak sakit mata. hari ni die dah gie eye clinic and doktor die buat incision sikit buang nanah and mata bisul tuh. dah ok la nampak nye.

but to make it worst, akmal kene denggi plak. haih. i bet he got that masa main tennis kat tanjung emas muar tuh. tempat tu kan banyak bakau and monyet. dia plak suka sangat main tennis kat sana sampai senja. kene la gigit dengan nyamuk kot.

malam tadi hantar die gi hospital. tapi tak kene warded pun. sebab tak teruk sangat. medical ward hosp pun penuh. bole cam gitu? haha. die takde la ade muscle or joint pain pun. FBC pun normal. temperature semua ok. rashes tu je la ade. back in UM dulu, dia dah penah kene denggi. so maybe antibody tuh dah develop. thats why tak teruk sangat. rashes tuh keluar as a result of antibody-antigen reaction la kot. cehhh...mentang mentang dulu belaja imunologi. nasib baik housemate dia ade sorang doktor. bole la nak monitor die. just makan ubat and minum air 100plus banyak-banyak and also air kelapa. tuh aje la kot. hehe. denggi memang takde ubat pun...

harap-harap tak teruk sangat la tuh.

take care of your health people. sekarang macam-macam penyakit. nak-nak kepada yang nak dekat kahwin tuh. jagalah kesihatan dan keselamatan ok. darah manis!

**sebab darah manis ker akmal kene gigit dengan nyamuk denggi? orang lain yang main tennis dengan die tuh takde pape pun?? hehehhe**

Day 10 - Favourite book

to be honest, i dont read book.i mean on daily basis or monthly routine. haha.
mase zaman belaja memang la bace buku kan.
favourite book now ialah my wedding planner book. hahaha.
excuse me for that. u will never get something intelectual info from me. ngehngehngeh.

ape ni, soalan-soalan semua tak membantu nak up diri lansung la. heeee

Wednesday, March 09, 2011

Day 9 - What you think about your friends

one word. my friends are : awesomeeeeeeeee!

they are the best and i have no regret i've met them.

sayang korang gile!!!

Tuesday, March 08, 2011

resit itu penting

someone requested me to clearly present my budget on my e-day. seriously peole, there is some parts than u all can spend big money on it, and some parts you all can save. ikut selera memasing. dan paling penting ikut bajet and stick to it!

kesilapan yang aku buat untuk e-day hari tuh ialah aku tak simpan semua resit yang aku dapat mase beli segala mak nenek barang untuk majlis. menyesal nye. sepatutnya kita simpan. and bole buat kira-kira berapa banyak duit yang dah keluar. so bole la monitor money flow tuh kan.

so to all bride-to-be yang nak plan wedding or engagement day, PLEASE KEEP ALL YOUR RECEIPTS yang you all guna untuk beli barang ok. jangan jadi macam aku. menyesal tak sudah T_T

and no, i wont tell you the exact budget sebab aku tak ingat la oiiiii. hahhaha. kan dah cakap aku tak simpan resit.

yang aku boleh clarify kat sini ialah, aku spend more on kain untuk buat baju which is the kain and selendang was RM700. tempah RM120. and also the foods. itu wajiblah kan. mum said, total habis untuk makanan ialah lebih kurang RM1200. and we all masak sendiri. so sangat save di situ.

barang-barang hantaran which is the hiasan and also isi hantaran termasuk la kek, buah and etc lebih kurang RM1200. kot??

goodie beg dan isinya lebih kurang RM300.
make up RM150.
photographer RM350.
pelamin DIY lebih kurang RM200
kanopi, kerusi, meja ialah FREE sebab bapak aku polis. ahhahahaha. pakai aje PDRM punye tuh. meja siap skirting merah i tell u, kerusi je takde balut. hekhek.

so total lost termasuk miscellaneous expenses untuk majlis e-day aku ialah RM3500 kot? hahahhahaha.

menyesal nyeeeee tak simpan semua resit!!!!

so pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain, simpan lah resit anda untuk masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang.

eh ade kait ke? lantak la labu......

Day 8 - Your opinion on your body and how comfortable you are about it.

honestly, yes i have big boobs and big ass and big shoulders. hahahahahaa. but small legs and peha. my body is apple shape. that is why my upper body is bigger than the lower part.

and i easily gain weight. but susahhhhhhhh gile nak loose weight. tekanan tau!

comfortable? not so. but we just need to be confident about ourselves, aren't we?

tapi encik tunang suruh kurus lagi sikit supaya hot balik macam mase studi kt UM dulu. hahahha.

malasssssss nak jogging. kalau tiba-tiba terbayang gambar kahwin or baju kahwin that day, baru la semangat pergi jogging. kalau tak, nan ado. hakhakhak.

lantak la labu..yang penting jaga makan sudey.

Monday, March 07, 2011

Day 7 - Bullet your day

today? seriously? ok here it goes.

monday, 7 march 2011

7.20am - woke up, made my bed, shower, bersiap pergi kerja
7.45am - start kereta
7.53am - punched in. hehe
8.00am - masuk lab. then boiled some hot water.
8.05am - kak kiah and mazseela masuk lab. borak-borak. lapa.
8.15am - pergi restoren ZZ
8.20am - pilih-pilih nak breakfast ape. pening ah. last-last tapau nasi dagang i tell u.
8.30am - makan nasi dagang bersama maseela and kak kiah kat lab. hahaha
8.45am - mula bace cyto slides and kerja.
1.00pm - bace paper ah. kenyang lagi. malas nak lunch.
4.55pm - siap-siap kemas lab. nak balik dah. weeee
5.03pm - punched out. sambil-sambil msg yana ajak dia makan. sebab rindu nak gossip. haha. pengaruh dia tak yah jogging. berjaya!
5.10pm - sampai rumah. mandi. siap-siap.
6.00pm - sampai kat restoren chicken chop 5 hinggit dengan yana.
6.15pm - order foods.
6.20pm - bergossip.. sambil makan.
8.00pm - gossip lagi.
9.00pm - borak lagi.
9.30pm - order air lagi. segan makan dgn air dah habis tak bangun-bangun lagi. orang lain dah silih berganti.
10.00pm - eh tak habis gossip session lagi.
11.30pm - baru perasan eh dah 11.30 jom balik esok keje woiiiiiii
11.45pm- sampai rumah....
12.00am - ingat nak iron baju keje. pastu tengok eh ade 1 baju kurung ni cam tak renyuk je tak yah la gosok boleh pakai. hahahahahha. selekehhhhhhh kannnnnn
12.15am - bersiap nak tidur sambil type entri ni dulu. hehehe


ok tuh jek. bye.

boringggg kan.....

Sunday, March 06, 2011

kudegraphy or qippy?

sape tau rate KUDEGRAPHY  or QIPPY berapa?

saje verangan nyah. nak hire derang macam tak mampu je nyah. ngehngehngeh.

tapi shots derang semua droooooling! cantiks meletups.

aaaaaaa bole gila tau tengok gambar diorang tuh. aaaaaaaa kenape la kau mahal charge mahal sangat? aaaaaaaa



**********************************************************************************

Day 6 - A song that makes you cry

lagu ape yang buat menangis?

takdelah weh. macam tak pernah dengar lagu pastu menangis. tapi tengah menangis pastu dengar lagu ade lah. hikhikhik.

biase lah kalau time tengah gaduh dengan akmal, time-time tuh la keluar lagu-lagu syahdu kat radio. hahahahha. lawaks lawaks.

tapi, mase kecik kecik dulu, ade 1 lagu ni bila dengar cam sedih gila lah. apetah tajuk die. lirik pun dah lupe. yang siti musliha nyanyi tuh. korang ingat kah? sebab lagu tuh berkait dengan hidup die, sebak jugak la bile dengar time tuh.

kat mane siti musliha tu sekarang eh? i hope she's doing fine. dah takde dengar citer pasal beliau lagi dah kan.

ok aku memang suka lari tajuk. hahaha.

Saturday, March 05, 2011

wedding lina & rashydan

holla!

lina and rashydan are both my schoolmates. bercinta dari sekolah and sampai ke jinjang pelamin. kagummmmm! almost 10 years kot diorang ni. hu.

cuaca panas. elok je. sampai rumah pengantin kat sri medan, batu pahat lebih kurang pukul 2.30. pengantin sanding lebih kurang pukul 3. biasa la. orang johor memang sanding lambat okeh.

the pelamin. i kinda like it except the high back chair. hu.

the cute doorgift.

me with the bride.


 her make up. so gorgeousssssss!
aku tanye lina, die cakap die amik pakej pelamin, baju, makeup and all from jb. wuwuwuwuw. kalau aku nak import dari jb memang tak mampu la sebab charge transportation je nak kene extra RM 600-800.

ala tak de gambar groom plak eh. hahaha lupe lah. dah jumpa schoolmates lain memang berborak aje lah keje nye. hikhikhik.

congrats again lina and rashydan. may all the happiness be with you and kekal sampai ke syurga. hu.

daaa~

Day 5 - Band you are dying to see LIVE

no, im not big of any band. i listen to musics. i means, who doesn't? but yaaaa, just listen. rockband, boyband, indieband, countryband, whatever. but i dont wanna see them alive. i hate crowded places. they make me sick and dizzy.

if there's a lounge or restaurant that happened to have a live-band, then i will see them alive. but just like 10-20 minutes. after that, chow. cannot stand the sound. its too loud and pekakkan telinga.

ceh ceh ceh. sekarang baru cakap tak suka. padahal dulu mase zaman studi kat UM pergi aje tengok battle of the band lah, konsert 8tv lah, konsert hotfm lah (yeee la dulu mase belaja mane ade duit nak gi konsert mahal-mahal, gi yang free aje lah. hahahahaha. tapi dulu pegi pun, diri kat belakang-belakang aje, kat tempat yang tak ramai orang. tak kuasa la nak bersesak-sesak kat depan tuh. heh.

luckily, now dah takde interest on that stuffs. kalau tak abis duit melompat-lompat terkinja-kinja aje. pastu bau masam peluh orang. yucksssss

yes, i am a boring person now. no life. getting older with no fullest. suck that! hahahahaha thats what happen when u joined goverment? noooooo aku aje yang malas nak berseronok-seronok.

eh. lari tajuk plak.

hakhak. ok bye

Friday, March 04, 2011

snippets lagi

1. hari ni memang mengantuk tahap gaban la aku rase. makan asam penghilang ngantuk tuh pun tak jalan jugak. bace slides asyik menguap ajeeee. haih.

2. tayar (kereta-ku-yang-belum-ade-name-lagi) pancit. masuk paku. nasib baik sempat pergi kedai tayar sebelum betul-betul flat. tampal RM5 ajo.

3. mata akmal kena timbit. tau tak timbit? hahaha. orang cakap kalau kene timbit sebab mengintai orang mandi. (haaaaaa???) terus dia dapat MC 2 hari. and balik seremban. lepas tuh malam gie main dota. haih lah. ini ke bakal suami ku? hahahhaha

3. pergi salum dengan niat nak haircut jek. tapi terjebak buat scalp treatment sekali. sebab banyak hair loss. walaupun rambut aku memang jenis lebat and banyak, still memang bole nampak keterukan hairloss tuh. rambut belah atas kepala dah makin nipis. aaaarrrrr! taknak botak pleaseeeeeee!

-baru ku tau bole campur-campur shampoo. means, selang seli kan antara shampoo untuk scalp and untuk rambut. contoh : minggu ni gune shampoo untuk dandruff. next week gune shampoo yang untuk moisturiser.

-baiklah, nak cuba lah lepas ni. hehe. tengok ade perubahan ke tak.

esok ade wedding kawan sekolah. ahad nye pulak ade birthday party anak member lab.

oh busy nye.

ecehhh...

okthanksbye

Day 4 - favourite quote

he once told me this,

"where ever u go, i'll chase u. hold my hands tightly, dont let it go."

enough said. and the rest is history.

ecehhh...

another quote i love the most from Jerry Maguire movie.

"u complete me"

yes, we completed each other.

infact, all couples in this world are meant to complete each other lifes, isnt it? Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam A.S kan?  =)

kecuali homosexual couple. lol.

Thursday, March 03, 2011

kedai borong goodies

sape suka barang murah? mesti lah sume orang suka kan. lol tah pape je intro. tak cool lansung.

straight to the point.

tadi pergi tampoi cari kedai borong goodies. sebab ade sorang staff nak bertunang next week. so akak lab yang baik hati bawak kitorg pergi sane. orang lain yang nak betunang, aku plak yang excited lebih. orang tuh rilek aje. hehehehe.

kedai tu dekat-dekat dengan angsana. aku pun tak reti nak describe jalan ke sane. terimalah peta aku yang tak seberapa ni. lol. harap korang faham.


faham ker map ni? hahahha. masuk simpang pertama sebelah kiri okey, just before traffic light kat LHDN tuh.

cari kedai ini.

pagar warna kuning. dinding papan. agak buruk. hahahaha.
tapi jangan sangka kedai buruk nak bankrupt ok. sila jenguk ke dalam.


macam-macam goodies ada kat kedai ni. u name it. coklat, keropok, chewing gum, gula-gula, semuaaaaaa adaaaaaa! air kotak pun ada. air kotak milo, susu, soya. air botol mineral pun. coke, sprite, f&n. aaaaaaa bole gila masuk kedai ni tau.

untuk perbandingan,

mineral botol kecil 150ml x24 botol = RM 8
air kotak, 24 kotak = RM 15

so, sebotol air mineral dalam 30 sen macam tuh. air kotak dalam 60sen.

yang keropok-keropok and coklat tuh dah tentu la murah gilaaaaaaa.

yang ini,

penghilang ngantuk masa drive and ubat pening bace cytoslide.
12 botol = RM 5.50
so, sebotol dalam 45sen. asal kat kedai sampai singgit sebotol haaaa? 2x ganda! huh
cekau asam ni dengan waffle apollo. heheheh.

so, memang semua benda harga borong la.

bride to be sekitar jb jangan lupa terjah kedai apek ni untuk goodie begs anda yang penuh lagi berat lagi membuatkan tetamu pulang kesukaan dan senyum lebar. ahaks.

selamat bershopping~