Thursday, April 28, 2011

emo sikit.

dah nak masuk bulan 5. bajet majlis nikah ujung bulan 2 tahun depan. sanding both sides bulan 3. and left me about 9 months je lagi nak prepare everything!

kadang-kadang tak paham. kenapa untuk 3 hari tu aje, setahun nak siapkan semuanya. why oh why? kahwin terus je boleh tak? *boleh, kahwin lari kat siam* hahahhaha

aku tak idamkan majlis yang grand pun, yang very the vass tu. simple-simple cukup lah. yang penting nikah tu nanti. and kehidupan lepas kahwin tu. kenduri hanya nak meraikan saje kan. aku penah cakap kat mak, malas nak bersanding bagai. bagi je orang makan. pastu aku pakai je baju biase-biase. tapi mak mane lah kan taknak tengok anaknya naik pelamin kan. of course tak approve!

nak buat majlis kahwin ni memang pening kan? takut kalau tak buat majlis, nanti dikata orang macam2. well, korang tau aje lah sentimen orang malaysia ni kan. kalau buat grand, kata nak menunjuk plak. isk. tak faham lah.

ah sudah. pedulikan lah. yang penting aku yang nak kahwin. bukan diorang. kalau bising nak suruh buat besar-besaran, nak suruh aku tempah baju kat designer, nak suruh aku makeup mahal-mahal, bak ah duit sponsor. kalau taknak bagi, tengok dan diam aje! jangan nak bandingkan cara aku dengan orang lain ok! mereka mungkin kaya sangat terlebih duit tak tau beli ape, jadi splurge on baju kahwin sampai 3 ribu, pelamin 3 riban. sudah. tu bukan aku. *walaupun aku memang kaki shopping. tapi tu takde kaitan dengan hal ini ;p *

kritikan dan cadangan memang bagus. tapi kalau nak menjahanam kan aku, baik tak payah! talk to the hand!

Wednesday, April 27, 2011

go GREEN !!! with free tutorial too =)

my green inspirations board.





i love the last pictures. you dont need to seragamkan warna tema u all. for example, if pilih hijau (like me), try out every shades of hijau u can think of. so takde la boring gile kan?

why i choose green?

for me, the green color is cool, romantic, funky, happy, fresh. all moods in one. so thats why i choose green.

lime green, teal (deep green), green apple, dark green (greenish brown), light green (closer to yellow) and mix them with yellow creamish, white and brown.

and i dont fancy black to use in any wedding, espicially mine. so yes, no major black color in my wedding unless guests pakai baju hitam. hehehe. tu tak boleh nak halang la kan.

ok. thats all i can blog now.

and here.

free tutorial on FABRIC FLOWER

free tutorial on PAPER FLOWERS.

aku rase macam dah penah share link paper flowers tuh. yang fabric tuh belum kot. hehe. so i got the ideas from both website.

and this one too.

free tutorial on how to DIY RIBBON BOUTONNIERE

***please click on the bold word to go the website. thanks.

sharing is sexy baby!

wordfull wednesday.

come on.....bunga pahar baru siap 37 jek? dasar pemalas. T__T

kene siapkan lagi 163 tau tak?

waiting list DIY:
- corsage utk penanggah
- boutonniere for family members
- wristflowers for flower girls, MOH and bridemaids
- centerpiece flowers for main table and VIP's
- big initials for main table deco
- penanda arah
- TQ tags
- guestbook
- deco meja guestbook.

OMG panjang nyeeeeee list !!!

mampu kah aku?

kalau malas, dalam mimpi aje lah!

lepas tu ade cita-cita nak buat pelamin sendiri lagi tu?

haihhhh tak sedar diri betul.

Friday, April 22, 2011

about the chalkboards

hola.

lame dah tak update.

wedding update? zero. preparation terhenti. takde mood. survey2 pun tergendala. tetibe je. perasaan apekah ini?

tapi dah kembali bersemangat. sebab hormon dah semakin stabil [?]. hehehehe.

next weekend, parents akmal nak bawak my parents (together with me and akmal of course) jumpa imam kawasan senawang yang akan nikahkan kitorg nanti. bunyi macam nak kahwin tahun ni aje. hihik. takde le. sebab aku la problematic skit. IC johor. lahir N9. tapi nak nikah kat N9. so kire luar kawasan ler tuh. kene tanye segala mak nenek prosedur. kalau imam tuh cakap tak boleh, terpaksa la nikah ceremony buat kat muar jek. tapi, hopefully boleh la. nak merasmikan rumah baru parents aku kt senawang tuh. huhuk.

and after that nak pergi tengok dewan untuk majlis kat seremban. wehuu

oi. ni ape kes, ni citer next week pun nak ceriter sekarang ke? lol lol.

bunga pahar baru siap 30. banyak lagi la....melecet sudah jari jemari ku. -_-

and....terbeli these chalkboards. murahhhhhh. satu RM5.30. clearance sale. kat kedai buku kat angsana. hihik. tinggal 2 aje last.

tengok ramai je gune mende ni as props untuk pre-wed, or deco guestbook table. so aku pun grab aje lah. tapi tak tau lag nak gune untuk ape.

any ideas?







all pictures are google-d.

this weekend tak balik muar. boleh lah sambung buat bunga pahar tu.

bye. nak pergi potong crepe paper. bye.

Wednesday, April 20, 2011

PMS

no mood to update blog.
no mood to talk about wedding.
no mood to work.
no mood to talk to fiancee.
i feel so annoyed towards him.
im like "ok lah malas dah lah nak cakap lagi. menyampah."
and he did nothing wrong pun.
and he "nape ni? ade ape-ape tak kene ke?"
me "dont want to talk now. dont call.
will he be upset with me?
will he be mad at me?

the worst PMS ever.

ouch. sorry syg. miss u. so badly,

Wednesday, April 13, 2011

envy much?

omg. i envy them so much.

they hired kudegraphy and also qippy as their OP.

(click the word to go to the album)

banyak nye duit mereka. sigh. orang kaya. sigh.

jelous nye.

sigh.

panic attack!

i havent go for kursus induksi. although i am almost one year in gov service. i wonder jugak. ade jugak follow up dengan jknj pasal induksi. and they said tunggu letter. bila tanye date, they all not sure.

and there is training attachment at selayang gh for 6 weeks. but this training ok lah, dah tukar tarikh. so no problem at all.

yang paling sakit kepala ialah, my trip to bandung. tiket filght is on the 28 july which is the same date as exam untuk induksi !! and the exam is selaras dengan JPA and memang tak bole tukar tarikh la kan.

aaaaaaaa tekanan gile ok.

time aku takde hal, takde plak nak buat induksi ni. isk.

called EO at jknj. he said, awak pergi aje lah  bandung tu. baru setahun kerja je kan. takde effect pape kat awak melainkan lambat confirmation aje. tapi whatever it is, confirmation mesti dalam tempoh 3 tahun. tak boleh lebih. so lets say i go for induksi next year, still have another 1 year left untuk confirmation. hurm. confirmed jawatan or not, for me takde hal. because genap 3 tahun, we can already choose nak pencen or kwsp. yang kacau nye, selagi tak confirm tak boleh sambung masters. or naik pangkat. tuh jek kot.

so maybe i bole proceed dengan bandung trip and induksi tuh next year aje lah. hehe

tapi akmal dah risau plak. he said, mintak pendapat her mum dulu. lucky my future MIL is also EO in JAS. so she knows better than us yg baru setahun jagung kerja ni. hihik.

pastuh nak dijadikan cerita, semalam HOD aku and some of the pakar pergi kulai GH for some training and meeting. and meet up with akmal there sebab he also went for the training. ok now semua orang dah tau we are engaged. choiiiii

and HOD said he see what he can do so that i can be transfered to muar. sebab HOD taknak aku pindah melaka (which is my 2nd option kalau tak dapat muar). he said he want atleast 2 SO as cytoscreener in johor. plus adalah sangat membazir kalau aku kene masuk unit lain sbb aku in-training bace cytoslide. hurmmm...lagipun workload johor adalah lagi banyak dari melaka. and also kl and also selangor. so the need is in johor jugak.

apsal cite pasal keje plak ni dalam blog. ini adalah budaya yang tidak sihat ye kawan-kawan. kita tak nak tu.

ok. tak kesah la pape pun boss. yang penting aku dapat pindah muar. secepat yang mungkin. hihik.

Tuesday, April 12, 2011

she is officially a lawyer

first of all, i want to congratulate my dear bestfriend, Nur Leayana Hamzah. now she is a real lawyer! omg. im so proud of u babe.

the ceremony somehow is callled "admission to the bar council". tul ke tak yana?

first time i entered a court. so many protocols to follow. hihik. cannot imagine i jadi lawyer. feningggg.

bangga tau ade kawan lawyer. senang nanti nak mintak consultation pape. hihihik. beli rumah ke, nak buat loan ke, nak saman-saman orang ke. hahaha.







her families came along jugak. and also her bf. ehem ehem. best kot laywer convo pakai jubah 2kali. kite ade ke? T_T melainkan kau amik master tu lain citer la kan...

we have been friends for almost 11 years. she is may gossip partner, tempat aku cerita masalah. we shared almost everything. family problems, love problems, work problems, semua cerita kat dia. and same goes to her jugak. hehe. and her family pun dah macam family aku jugak. mase zaman sekolah dulu selalu melepak rumah die sebab rumah die sebelah sekolah jek. kalau ponteng tuisyen, lepak umah die tengok citer hindustan or pangako sayo. hikhik.sape ingat lagi citer tuh? jericho rosales ensem owh. kadang-kadang sampai tido umah die buat pyjama party.

and because of the friendship, FYI, she will be my maid of honour! ^_^



Monday, April 11, 2011

about the paper flower dais

oh my gucciiiiiii!

i just need to blog about this. cannot wait anymore.

yes, currrently i am so obssesed with paper flowers. as u all know i am doing my bunga pahar using crepe paper. and then i came across cik belle's blog. about the paper flower dais. so gorgeous!

and straightly called mum. asked her, "mak boleh tak orang nak buat pelamin sendiri. pelamin yang ade paper flower." of course mak tecengang-cengang ingat anaknya dah buang tebiat. so i quickly MMS all the pictures yang i maksudkan ke hp my brother. asked him to show it to my mum.

mak cakap "sukatilah ekau lah. mak suka je. jimat duit mak."

eh, mak nak sponpsor pelamin ke? T_T

no, no. duit mak and ayah hanya lah untuk catering because i want the best for the foods. biarlah benda lain i jimat. not the foods.

so i told mak, "if can do this flower, i want my pelamin to be as simple as those pictures yang i tunjuk. i will do my pelamin"

mak cakap " hoho jimat duit mak!" (tapi takdelah mak cakap hoho cam gitu, aku saje tambah perase ^_^ )

so conclusion nye, if aku tak dapat buat pelamin macam ni, i will decor my bridal room guna paper flowers! no need to paint the room anymore! yeay. kuranglah sakit pinggang nanti nak alihkan katil dan perabot segala. hehehehhe.

but, of course aku akan cuba jugak untuk buat pelamin dulu. then barulah fikir bilik perantin plaks. ngehngehngeh.

where did i got the crazy idea?







source gambar : campur aduk.

anyhow, idea cik belle untuk pelamin paper flower itu mmg brilliant and had inspired me! hehehe

mari tengok segala macam tutorial paper flower DI SINI (klik untuk ke website).

sharing is sexy baby!

woohooo!

***peringatan : segala tulisan dalam entri ini hanyalah mode verangan semata. belum tentu jadi atau tak. entri ini ditaip dalam keadaan sawan separa sedar akibat teruja dengan paper flower yang comel-comel itu. sekian terima kasih***

Sunday, April 10, 2011

about bunga pahar and soalan cepu emas

in the process of making these



simple. tak crowded. puas hati. murah. jimat. hahaha.

kos satu bunga ialah 35sen. lebih kurang laaa

aku : bangga tak ade tunang macam kita?
akmal : bangga.

pujian lain? takde. sabar aje lah.

soalan cepu emas.
MANA YANG DI BAWAH INI YANG PALING PENTING DALAM WEDDING?
(maknanya sangat-sangat penting tiada kompromi =P )
YANG KORANG BOLEH SPLURGE ON?
(kira macam kalau mahal terlebih bajet pun takpe)

a. baju dan make up
b. pelamin
c. photographer

makanan and catering tiada dalam pilihan jawapan sebab sponsorship dari parents. hihik.

i need your honest feedbacks.
sebab aku nak buktikan pada encik tunang yang (salah satu benda dalam pilihan jawapan kat atas tadi) adalah sangat-sangat penting. lain-lain pilihan aku bole cut cost and save bajet on that.

korang rase ape? ceciter ceciter.

okthanksbye

charity di zoo johor

sekali sekala buat charity.
sakit jugak la pinggang. sunburn lagi.
nasib baik tak masuk treasurehunt. kalau tak lagi itam.

anyways, enjoys the pics.


dalam cage tuh sepasang harimau. julie and jeli. aku terpijak taik harimau. hihik
korang ade? takde kan. hahahhaha

musical chair la plak. kene pakse join. hu

minah ni la paksa aku join charity ni. tengok muka aku tak ikhlas tuh.

collaboration with starbucks. harus lah join nak frappucino free.
tapi nan ado. normal coffee and tea je free. frappucinno murah lah. no tax. only RM10 per cup.



the event was sponsored by starbucks and also in collaboration with JOHO Lomonatics.

okthanksbye

Saturday, April 09, 2011

lovesick. i am now.

please, cepat-cepat la dapat transfer ke muar. already filled up the form. now waiting for JKNJ to approve it. if there's any vacancy in muar, then i can be transfered. if not, i choose to stay je lah kat jb ni.

i dont know how can i survived the whole 1 year. macam tak percaya je dah setahun kat jb. sape sangka aku duduk jb. dulu mase belajar memang target nak keje kl je. bandar sikit. poyo.

macam mana la bole tahan duduk jb jauh dari famili dan cinta hati.

tolong ingatkan aku.

kthanksbye.

Thursday, April 07, 2011

another songket story

tak habis lagi cerita songket.

look at this.


fokus pada baju pengantin perempuan nye.
kain songket putih, bunga tabur. simple yet elegance.
aku googled harga songket macam ni paling murah tak sampai rm150 pun.
hurm murah pun dah murah. cantik. tambah beads skit, mengerlip la nanti. hehe.

kat bandung ade songket tak?

***my bestfriend, abid dah selamat deliver baby boy. kat selangor specialist. tapi she has some bleeding. uterus pecah katanye. tapi tak tau betul ke tak. now masuk ICU. please pray for her people. tadi aku called husband die, he said abid dah ok skit but still cannot talk. yela masuk ubat bius kan. aaaa takutnye dengar. dugaan perempuan memang banyak kan? T_T

Tuesday, April 05, 2011

DIY 's storage box


poyo nyeeeeeee.
siap ade kotak simpan barang-barang DIY. hahahha.
tengok aje lah sampai bila rajin nye ni..

tapi beads and daun dah habis.
esok la pergi beli.
or next week.
or bile rajin

+__+

Monday, April 04, 2011

beli kain sanding kat bandung VS sewa

fening lah fening. tak tau nak decide macam mane ni.

im going to bandung this july.

1. sape-sape tau contact number supir and hotel kat bandung?  agency yang aku jumpa ni charge lebih kurang rm350 sorang for 4 days and 3 nights, including hotel la. (tiket flight dah ade).  berbaloi ke tak? ade sape-sape penah jumpa yang lagi murah?  share please....

2. satu dunia pun dah tau aku akan pakai balik baju tunang untuk nikah. so, patut ke tempah baju sanding? mane lagi berbaloi? tempah or sewa aje? berbaloi di sini, ialah yang LAGI JIMAT. the points are :

-beli kain kat bandung and tempah kat malaysia
 
or

-sewa aje dari bridal boutique

MANE LAGI MURAH?

(tp baju butik bukan nye lawa-lawa sgt. klu lawa, mesti mahal jugak. ye tak? ke salah anggapan aku ni?)

aaaa tak tau macam mane nak kira.

jenis-jenis kain pun aku tak tau sangat. yang aku tau chiffon, lace, shantung. tu je. hahahahaha. and songket. mak akmal dah tanye kat uncle die yang jual songket tuh. uncle die memang supply songket utk kerabat and VIP. high end punye. ko tau bape harganye? RM 25000. tercekik aku dengar. menangis air mata darah pun jgn harap la dapat beli kan...berangan aje la. pastu mak aku tanya harga songket biase kt terengganu, 2meter plg murah and cantik dalam rm350. 4m dah dekat rm600. aaaaakkkkkk!

sape-sape rajin nak share info jenis kain and harga kain kat bandung, please do so. jasamu amat ku hargai
thank u so much bebeh.

weekend with siblings and carboot april.

last weekend was very hectic and so tiring. but i had so much fun. one of the best weekend i had in jb. uhu. my siblings came to jb. sebab my parents pergi kelantan ber-honeymoon-an. hu.

so my sister, bro in law, lil bro, niece and i stayed at hotel selesa. (selesa ke? hihik). bawak diorang makan kat banafe lama yang famous dengan nasi ayam penyet and pecel lele (betul ke eja?) ikan keli, then karoke kat redbox, makan chicken chop 5 hengget, jalan-jalan kat bazaar jalan seget (or known as bazar karat or bazar jb). swim-swim kat hotel's pool and ke carboot sales. hu. see? banyak gile kan aktiviti. sudahnye aku yang sakit kepala sebab asyik drive. pastu isnin keje. diorang isnin cuti lagi. cet.

enjoy some pictures of my weekend and the carboot sales ok! =)


sejuk gile oh!
carbooters

game baling-baling selipar. hihik teringat time kecik-kecik

buskers ni dari KL.
sudah dalam proses men-DIY bunga pahar. tak secantik mane. simple giler tapi akan ku reveal bila sampai waktu nye eh. huhu. biase-biase aje. yang penting jimat and puas hati sebab buat sendiri.

** sunburn. nasib baik tangan aje yang teruk. muka takde pape. isk isk. untung banyak pun tapi still kene beli banana boat aloe vera gel tu and sunblock and krim garnier dengan harapan kulit akan recover semula. same aje rugi. haha.