Monday, June 27, 2011

sewa baju sanding sepasang for only RM400

seperti yang dijanjikan. cewahh

aku dah pun bayar booking kat butik ni. memang rate sewa sepasang baju pengantin L&P diorg ialah RM400. for now lah. tak tau lah nanti bila-bila naik harga pulak kannnnn....

secure booking rm500. dalam tangan kena jugak lah sediakan rm900. tapi after pulangkan baju dapat balik lah rm500 tuh. so total sewa baju memang rm400 jek lah..

butik ni dalam plaza angsana je weh. tingkat 4. nama kedai : exclusive. dari lif or escalator dah bole nampak dah.

memang baju-baju diorg exclusive pun. hehe. kalau lalu depan butik ni memang macam takut sikit nak masuk sebab ingatkan baju diorg mahal-mahal. ada design lama and baru. bur for me, tak kesah la design nye macam mana pun. asalkan sesuai dengan badan. kalau design meletupsss tapi bila pakai tak cantik tak guna jugak la kan.

so b2b area jb boleh la kot pergi jenguk butik ni. sesuai untuk b2b yg on tight budget macam aku ni. hakhak.
yang kayo-kayo tok sah  la kannnn...hahhaha

harap membantu anda sekalian.

aku ade dah try-try baju kat situ. tapi belum jumpa yang sesuai lagi. akak butik tuh kata banyak baju cantik-cantik takde sebab ade orang pakai. kan musim orang kahwin sekarang ni. so aku tunggu bulan puase baru pergi  try lagi. lagipun tengah demok sekarang. hehe. korang jangan cop baju aku tauuuu. hu

ok. dah. bye

Thursday, June 23, 2011

photobook malaysia 75% discount !! hurry uppppp!

OMG !!!

aku dah beli voucher ni! hehehehhehe

(actually bukan duit aku, tp gune card credit encik tunang. aku takde credit card. mak miskin nooookkkk)

**klik gmbr utk tumbesaran hebat!

pujuk rayu aku kat akmal berjaya! hehehe
mmg jimat gile ko. 80 pages, 17.5" x 12"
harga asal RM1152. tinggal RM288 je wehhhhh.

remember i only take OP package for only shoot, edit and burn for all 3 events?
after finish all the events, will choose my pictures and make a photobook.
after 5-7 days dah bole dapat album.
tak perlu tunggu sebulan, 2 bulan.
ade tuh sampai dah beranak baru dapat album.
ade kannnnnn?? hihik


so..total lost untuk wedding OP and album only for RM2300 !!!!! (lebih kurang lah) and remeber it is for 3 events.

seeeee?? sape cakap tak bole jimat in terms on wedding OP?

weeeeee sangat happy! hehe

masih ade mase lagi ni kalau u all nak beli. terjah SINI 

the voucher valid till 15 march 2012. so sesape rase wedding nye before march, bole lah beli voucher ni. berbaloi-baloi i tell u! heehe

Wednesday, June 22, 2011

sewa baju sanding sepasang for only RM400?

i found a boutique to rent wedding attires at only rm400, sepasang. i meant rm400 for baju L&P. muraaaahhhhh isnt it?

and their baju are all gorgeoussssss!

but i dont know yet about their terms. will check more on it later this friday.

hope for the best!

if i confirm the booking, i will update u girls. so b2b around johor and jb can get some benefits from it. lalalalala.

owh tak sabarnye nak tunggu friday. eheh.

esok gaji weh!

bye.

Friday, June 17, 2011

kain apekah ini?

mintak tolong semuaaaaa

ape nama jenis kain untuk buat BAJU SANDING LELAKI ni eh??





fMIL mintak tolong carikan mase pergi bandung nnt. kalau berbaloi dia suruh beli.

semangat sungguh beliau untuk anak lelaki beliau ni. hehehe

masalahnye...aku tak tau ape nama kain ni.

please help!

arigato.

Monday, June 13, 2011

happy birthday fiance!

hari ni birthday encik tunang! heehehe.

tahun ni takde present. just bagi card and lunch yang aku masak. hehehhe.

happy birthday love.
thanks for loving me unconditionally.

semoga murah rezeki selalu dapat la kite tukar swift and myvi tuh ke golf gti. muahahahahahaha.

ye ye. fiance and i memang suka sangat kt golf gti  ni. bila la bole beli ni. isk.

dais, make up and main table - settled!

dah sampai jb.

seronok gile duduk kl pastu balik muar pastu balik kl pastu balik muar pastu balik jb. balik jb tak seronok. bosannnn. balik jb bermakna kene kerja dan menyiapkan bunga pahar yang tertangguh hari tuh sebab kehabisan riben. susah ah cari riben yang aku pilih tuh. menyesal pun ade. tapi dah terbuat terpaksa la teruskan. semalam terus beli 10 gulung takut habis lagi. hehe.

aku tau wedding aku lagi 7 bulan. tapi aku nak habaq ni jugak. aku dak book vendor untuk pelamin, make up and meja beradap. bilik perantin buat sendiri jek. hehe.

ye ye. aku tau. mesti ade yang cakap cam awal gile kan book sekarang. tapi aku dengan mak aku sepakat satu benda ni. kitorg tak nak buat kerja last minit, sepat settle, cepat hilang sakit kepala. aku tak nak tension-tension nanti bila tak jumpa org yang nak buatkan pelamin. bile dah tinggal lagi sebulan-2 bulan, aku just nak gie spa and enjoy my single life before kahwin. ehehhe.

pelamin, aku request nak yang simple-simple aje ala-ala pelamin dari Kerja Kahwin. make up pun mak andam aje. yang penting perempuan melayu tulen. my parents kalau boleh tak nak mak nyah yang make up kan aku. untuk meja beradap, ikut citarasa mak aku. impian die katanye. so aku follow aje lah design yang mak aku nak tuh. aku cuma nak tambah initials nama aku dgn encik tunang and also some candles. kalau bunga diorg provide tak cukup kat mata aku, aku tambah la sikit-sikit nanti. arch pun mintak butik pengantin tu provide kan.

bilik pengantin, guestbook corner aku buat sendiri. hehhe.

so yang pending sekarang ialah baju sanding! nak sewa ke tempah eh?

pastu barang hantaran, hape pun tak beli lagi. beli time sale mase raye nanti la kot. berbaloi-baloi. cincin pun akan beli time sales raye. musim raye kan sales melambak-lambak. so simpan duit elok-elok and shopping masa raye ok!

Monday, June 06, 2011

SAPE TAU KEDAI TEMPAHAN KAD KAHWIN KAT BANDUNG?

anyone tau tempat / kedai untuk tempahan kad kahwin kat bandung tak?

kalau tau, pls share with me..im going to bandung next month. insyaAllah....

thanks in advance =)

Sunday, June 05, 2011

OP for seremban, paper lantern and samping songket settle!

what a tiring day. exhausted sangat, kaki sangat-sangat lenguh. nasib baik esok keje duduk depan mikroskop jek. hu.

and it was a very productive weekend for me. semalam dah dapat alas untuk dulang hantaran and alas cake untuk cake cutting. (and maybe akan guna jugak untuk acara potong pulut kuning berhias lepas nikah).

so today, bangun pagi-pagi, kemas-kemas and breakfast. ajak mak and kakak pergi usha pameran kerja kahwin dekat jalan conlay.

here we go...tapi sempat singgah SSF home and curtains. usha-usha perabot, langsir and cadar comforter. memang cantik-cantik sangat. ade comforter tuh ade corak lace putih. before harga nye macam 700++ tapi tadi after less tinggal 300++. hampir-hampir nak terbeli. tapi takde stok pulak. fikir-fikir balik, nasib baik tak beli. sebab i bet bole cari yang lagi murah dari tu.

i heart all the white decos! wish i can have this as my bridal room ^_^

paris for honeymoon?? nottttttt!

ok. after SSF, we went to pusat kraf jalan conlay. targer nak beli samping songket for fiancee jek. tapi jalan-jalan booth pelamin nampak baju cantik-cantik memang la teruja sangat. but most of the vendor yang aku tanya akan charge transportation to seremban around rm500 to 800. to muar plak around 1000. cekik darah kan? baik tak payah.

and finally jumpa songket untuk encik tunang. murah je. rm190 tapi mintak kurang dapat rm160. his budget macam tuh. bukan la songket yang benang sutera tuh.cukup lah sekadar samping songket yang masuk dengan warna baju nikah nanti.

warna pink! hahaha. future mum in law tanye, jambu sangat tak color tuh? hahahhaa

andddddddd dah book OP untuk event kat seremban!!! untuk nikah and bertandang!! yeayyyyyyyy!!!! sekali harung book. sebab boleh meet up with the photog and tengok sampel pictures live. memang cantik and puas hati.



but.....i didnt take the full package, i just amik shoot and burn only. u will surprise bout the price. but i wont reveal it here. well, the price kekadang bergantung jugak on how you deal with the vendor. pandai tawar menawar dapat la murah kan....hehhehe, shoot and burn yang i got is they will cover my event starting form bermekap till habis majlis till outdoor photoshoot, gambar edited and burn to dvd (all the pictures).


happy? yes i am. everything withing my budget but hopefully diorg takkan cincai la shoot my wedding sebab i tak amik album. crossfingers everything will turn out nice. =)). settle semua events nanti and dapat semua gambar, barulah we all akan hantar pergi jadikan photobook. jimat kan? yes indeed! after my calculating, i can save RM1500 on the photographers and albums ok!!!!!! 


moving on, we went to petaling street pulak. hajat hati nak cari paper lantern. and berjaya jumpa! yeay! kat kedai nyonya jalan panggung tu ler! hehehhe. beli yang small size 12 biji and big one beli 4 biji. yang kecik dapat rm3 sebiji. besar rm5. ok kah harga nye? tak pernah beli. ade lagi ke yg lagi murah?


i bought green and yellow sebab my reception theme color kan green kannnnn...hehe. yellow untuk saje tambah contrast so takde la dull sangat nanti.


ape lagi nak citer ni? takde dah. tuh aje kot. yang penting dah bole cross benda penting dalam checklist, OFFICIAL PHOTOGRAPHER.


lega sikit. ok dah bye. nak tido. kaki lenguh gileeeeee

 

Saturday, June 04, 2011

pinggan putih untuk hantaran.

hello

well, aku nak buat tambahan sikit untuk tips nak jimat belanja wedding.

-buat muka kesian mintak sponsor.

hehehehhehehe ^_^

alkisah, siang tadi pergi training and seminar kat hospital prince court. pastu tak sangka plak terjumpa fana and mahiran, my coursemates mase kat UM. diorg pun attend the training jugak. hehe.

itu kami. tersengguk-sengguk dengar talk. haha.

ok dah. habis iklan. balik dari prince court, ajak mak and kakak pegi SSF. sebab ade CLEARANCE SALE. weeeee. u see the word clearance. and u know what thats mean la kan...hehe.

so pusing-pusing dalam SSF tuh. belek-belek. pastu mak la bagi idea. "eh ni ade pinggan cantik ni buat alas hantaran. tak yah dah beli gabus, nak kene hias-hias. leceh."

"tapi mak nak pinggan ni lah. kalau kau beli nnt kau yg simpan. tak aci. mak nak."

comel kan mak saya. hehehehhehe. untuk lebih menjimatkan lagi. beli 9  pinggan tu. mase bersanding, belah encik tunang pakai dulu 7 pinggan tu. then mase bertandang, tukar la hantaran dari side aku letak atas semua pinggan tu plak. jimattttttttt kannnnnnnn. hehehe

so both side nanti hantaran my mum yang buatkan. tapi hantaran from me, aku ler buat sendiri (sikit-sikit la). hehehe. saje. sian plak mak aku buat byk sgt.

and then. mak nak beli dulang untuk cake pulak. boleh guna mase cake cutting nanti ler. hehehe. sebab mak cakap die takde alas cake lagi. ok mak saye memang suka mengumpul barang-barang dapur ni. terima aje lah. ehehhe.


 alas untuk cake. hehe. tak silap dulu harga die RM78 kot. tapi tadi beli for RM48 aje.

pinggan yang hangat diperkatakan. hehe. simple je ni. sebiji RM20. dulu harga die RM40. ok la tuh jimat gile dah.

yang pasti, habis majlis, pinggan ni pulangkan balik kat mak sebab die yang beli. aku tukang pakai je. ahhahahha. 

saya sayang mak saya! huhu

mungkin bole deko hantaran macam ni nanti kot?


lebih kurang la kan. tapi pinggan ni berat sikit la. sikit je. takde la berat melampau tuh. jangan orang yang bawak hantaran tuh sepaikan pinggan tu sudah. heeeee

so bride to be yang lain, pergi serang SSF home deco berdekatan. cepat-cepat. sebelum kehabisan stok.  SSF curtains pun ade clearance sale jugak. besok aku nak gie serang SSF curtains plak. hehehe. kot-kot ade item yang boleh buat hiasan bilik. then after that nak gie usha pameran kerja kahwin kat pusat kraf. insyaAllah. moga dipermudahkan segala urusan. aminnnnn...

ok. dah. bye.

Wednesday, June 01, 2011

tips untuk wedding grand tapi murah. OP booked

hellooo korang!

nak cite ape ni?

as u all know, aku memang lah bride-to-be yang cheapskate,kedekut tahap gaban tapi still nak kawin. hehehe.
tak bermakna takde duit kite tak boleh buat wedding kite. but kene lah bersederhana dan beringat. mane yang bole cut cost, kite cut aje!

so, lepas aje kene risik, aku pun mula meroyan. nak kahwin tapi duit tak bape nak ade. buat loan? big NO. so bf (mase tuh lah) and i berdiskusi dan ade sikit bertekak hihi how to plan our wedding according MY wants :p but within HIS budget. lol lol.

aku pun mula buat research (research i tell u, buat thesis dulu takde ber-research bagai) hahah. bace dan absorb masuk dalam hati dan kepala otak.

kesimpulan yang aku dapat:

- wedding band atau cincin. tak perlu lah nak ber 4C bagai. cukup pegi kedai wahchan atau pohkong jumpa cincin cantik dan puas hati. beli masa sales. untuk lelaki, tak perlu nak ber-platinum sangat. silver sudah. hahaha. untuk perempuan, emas putih sudah. batu tak yah mengerlip sangat nanti kang dah ade anak bahaya kat anak pulak. **tapi encik tunang cakap nak platinum. pernah jumpa platinum RM800 after less. ok la kan?

-pelamin, tak perlu yang panel-panel tu. mahal. amik yang biase-biase je sudah. kalau creative, design aje pelamin sendiri and DIY.

-make up. tak payah make up artist sangat. mak andam aje sudah. sape cakap mak andam make up tak lawa. yang penting kene pandai cari. pastu bagitau mak andam ape yang kita nak. ok punyelah.

-baju nikah. sekarang banyak dah baju kurung moden or dress kelawar yang cantik-cantik siap beaded with price less than RM300. pergi aje uptown, confirm ade. tak payah nak designer sangat. hihi. meja makan beradap pun buat aje sendiri. mintak tolong kawan-kawan or sedara.

-baju sanding. sewa sudah. **tapi aku macam nak tempah aje sebab aku nak baju sanding songket kurung moden kain chiffon flowy2 haa ade ke macam tu kat butik? DUSSHHH lempang pipi sendiri.

-photographer. cari lah photographer indie/ freelance. budak-budak muda yang creative dan mampu capture moments yang best and hasil kan gambar yang cantik. their rate adalah sangat-sangat reasonable. untuk lebih menjimatkan, amik la pakej shoot and burn sahaja. pastu cuci lah gambar sendiri. nak buat photobook ke, crystal album ke. dan boleh gabungkan semua event nikah, sanding dan bertandang sekali dalam 1 album. pastuh kite bole letak gambar yang kita nak aje. untuk gambar yang penuh gambar sedara-mara, cuci aje saiz 4R letak dalam album free yang dapat as wedding gift (dengan syarat kene suruh kawan bagi hadiah album besau punye). haaaaa kan jimat kan....??

-TQ tag. TAK PERLU. ucapan terima kasih dari mulut pengantin, keluarga dan penyambut tetamu sendiri adalah lebih afdal. hihi. takde sape nak cakap "eh nape beg doorgift ni takde TQ tag". lol

-kad kahwin. tak payah yang mahal sangat. last sekali masuk tong sampah jugak kad tuh. dapat yang 50sen tuh ok dah kot. pastu gabungkan jemputan both side dalam 1 kad. lagi banyak, lagi murah kan. pastu mintak la free bunting ke, poster ke. hihi.

-catering. in my case, masak sendiri. jimat dan meriah. puas hati. tapi penat sikit la nak berkemas nanti -_- kalau nak catering, amik lah yang paling murah. yang penting sedap......

-hantaran. buat aje sendiri. time ni lah nak tayang tahap genius kreatif kite kat bakal mertua kan. ala-ala rajin sikit kalau buat sendiri ni. hihi. mesti makcik mulut kepoh macam ni "rajin nye pengantin buat hantaran sendiriiiii untung la ko cik non dapat menantu rajin macam niiiiii" kembang kempis pengantin dengar. hahah.

-bunga pahar. beli lah yang murah. tak cantik pun takpe. pedulikan komen-komen negatif orang. in my case, buat sendiri. sape-sape cakap tak cantik, ade aku kesah. lantak la kan...duit aku. penat lelah aku.

-barang-barang hantaran. ko tak payah la nak beg gucci LV bagai. charles and keith sudah. heheehe. ok ape. cantik jugak kan. pastuh tak payah la sampai berbelas-belas dulang. paling banyak 9-7. ok la tuh. janji ade kan.

so ini ape yang aku rase la. dan ape yang akan aku cuba praktikkan. mana yang mampu lah.

hidup lepas kahwin tuh yang lagi penting. so tak payah la kita nak membazir sangat untuk majlis kahwin ni. yang penting majlis berjalan lancar takde ape masalah.

baik duit yang ade tuh save pergi honeymoon. kan? kan? hikhik oh ye. honeymoon plak tak payah nak ke oversea sangat. dalam malaysia ade je tempat menarik and privacy untuk honeymoon. siap ade private villa and pool macam kat tioman, langkawi, redang. sipadan plak beach nye dah la cantikkkkk sgt.

so thats it. itu yang mampu terfikir sekarang.

andddddddd aku dah book OP untuk sanding kat muar. yeayyyyyyyy!