Monday, July 25, 2011

bandung, pls be nice. tq

what's to update?

-esok aku last keje before puasa ni. my weekend comes so early. jgn jeles ok. esok petang abes keje terus balik muar. rabu pegi buat passport and pergi kl. khamis pegi bandung sampai ahad. ngam2 balik before puasa. hehe.

-lagi 5 bulan. tapi satu barang hantaran pun tak beli lagi. akmal ajak pergi beli sama-sama. shopping sama-sama. tapi ade ke masa nanti? kursus kawin pun tak pegi lagi. he ajak pegi bulan puasa ni jugak. mau nye tersengguk-sengguk dengar uztaz tu berceramah.

-tetibe mak cakap macam kesian plak aku recycle baju tunang buat baju nikah. but i really dont mind. seriously. i think there is some sentimental value there. mak plan nak belikan aku baju nikah lain mase kat bandung. but aku taknak. baik aku buat baju sanding baru aje kan. korang rase?

-mase tunang ni memang banyak dugaan ker? kitorg ni takde lah gangguan pihak ketiga or whatsnot. tapi perangai masing-masing. sometimes he just annoyed me. at one point i am 50-50. i doubt. am i really to marry him or not. but nasib baik we all gaduh memang tak lama. 3 minit lepas gaduh terus baik. hakhakhak.

"people who are really in love will get angry to each other for so many reasons, but they will stick together and enjoy every bits of their life".

i am. i am. i am really in love with him.

i cant thankful enough how lucky i am to have him in my life, apart from my parents, family and friends.

**ok mushy gile malam ni. yes aku rindu tunang aku. hakhak. ok boleh muntah hijau sekarang. PJJ sucks. bye.

Sunday, July 24, 2011

bunga pahar siapppppp

phewww.

finally,siap 167 bunga pahar. hajat hati nak siapkan 200. tapi macam nak muntah dah mengadap bunga pahar je -__-" so yang termampu 167 jek. hakhak. cukup tak mak? mak cakap "dah malas le tew nak buat lagi". hihik. memang pun =P

ready nak hantar ke muar. simpan dalam kotak dixy si mineral water. mekaseh dixy.

now, lets move on to another DIY project.

jeng jeng jeng


yang ini memang buat jari jemari mulus ku melecet. dah la tangan jadi kasar hari-hari dok basuh dengan sabun scrub kat lab tu. isk :'(

officially 5 months to go!!!

**cc. encik akmal rais. bila kita nak pergi kursus kahwin ni? lepas raye aci tak?


Thursday, July 21, 2011

lagi giant paper flower

yang tak berapa nak jadi.

argh. tense gile kot. haha.


pakai recycle paper kat lab tu. hakhak. huduh kan. apsal la tangan tak berseni ni? isk. nape takde rupe cam flora de etc or ngi. please lah kan...

ni plak. sampingan. memamg hampeh. 

bunga ros segan tak mau kembang.


yang bunga putih tu budak lab lagi sorang yang try buat.

hoh. bila aku jadi seorang yang artistik ni?

benci ah.

bye.

Tuesday, July 19, 2011

giant paper flower......

......yang tak menjadi sangat. huahuahua. mari gelak ramai-ramai.

percubaan pertama ni. hampeh je aku rase. tapi takpe. janji ade ghupe ok le kot. hehe.

buat time dah abes office hour tadi. aku memang suka sangat part time tak berbayar kat lab tu -___- takde keje tapi duk melangok kat lab.

tapi aku rase, berangan aje yang lebih ni. macam malas pun ade jugak. 

taraaaaa....



huduh gile bunga aku ni, takde rupe NGI lansung. pakai starpler je. kertas plak color kuning striking gile. dah tuh je yang ade. kertas putih tak boleh bazir...gune untuk hal-hal office. hihik.

isk. tak lawa lansung. lari. nyorok muka dalam comforter. stress.

berangan nk buat backdrop untuk pelamin nikah ala-ala macam ni:


gambar ihsan google. credit to the owners

**tarikh sanding dah confirm tukar. nasib baik OP free.

dah. bye.



Monday, July 18, 2011

tukar tarikh. boleh ke?

berita terbaru. reception mungkin dipercepatkan seminggu awal dari tarikh yang dah plan. reason, ayah tetibe baru tau itu ialah cuti sekolah raya cina. boleh gitu? -___-"

dia risau nanti tak ramai orang yang datang. wedding anak-anak kawan dia before this yang buat time cuti sekolah, mesti tak ramai yang datang. yeah sebab komuniti polis kan banyak yang merantau, bukan asal johor or muar. so, asal cuti sekolah lama, mesti diorg (termasuk famili aku jugak) akan balik kampung. itu concern ayah aku le.sebab dia tau kitorg pun macam tuh, dia assume orang lain macam tu jugak. tapi macam ade logik jugak lah. hu.

being me yang gabra gubra, cepat-cepat call OP untuk muar. whether tarikh yang a week before yang sepatutnya sanding aku tu free ke tak. luckily he said free. phewwhhhh. so dah mintak dia copkan tarikh tu untuk aku dulu. plus, aku dah bayar deposit. mesti la dulukan orang yang dh bayar deposit kan. cecece.

hal-hal lain macam mak andam, pelamin, baju and seangkatan dengannye, macam xde problem kot. bulan puasa nanti pergi confirm kan balik.

mak aku dah call mak akmal. no kata putus lagi. nanti akan bincang dengan ayah akmal dulu. aku tak kisah mane-mane pun either cuti sekolah or tak. yang penting both sides happy and takde rase tak best to each other. harap sangat fPIL ok. and if lets say tak dapat tukar tarikh, my parents pun ok.

jangan la ade benda-benda tak best jadi. *fingercross*

Sunday, July 17, 2011

tennis day

no no no. not me. bukan aku yang main tennis. aku tak pandai lansung ok. hahaha. pastu aku memang tak berapa nak into sports sangat. dulu mase skolah aku cuma join chess aje koooo lawan sampai peringkat daerah. thats all. hahahaha. jadi sekarang anda bole faham kenapa aku gems. wakakakak.

match ni kat hospital sultan ismail. pukul 5.30am akmal dah gerak dari muar. pukul 7 aku dah kene bangun. weekend pun kene bangun awal -__-

tahun ni akmal just join bola and tennis. tahun lepas die join bola, tennis, bowling dengan bola tampar. kalau ade basketball confirm dia join jugak. tamak haloba kan?? semua nak masuk. mesti urussetia yang uruskan tu muak tengok muka akmal je. takde orang lain dah. ahahhahaha. but thats my man. memang die minat sukan sangat-sangat. different gile kot dengan aku yang suka melingkau aje atas katil hahaha. paling-paling pun aku pegi jogging and aerobik (kalau rajin. haha)

but, even tough aku  tak minat sports, aku support dia 100%. hehe. suka la tengok die bersukan. macam hot dan macho gile aje. tehehehehe. aaawww verangan skit jadi cam david and victoria beckham. hehehehe.

after match die, pergi tengok harry potter. superb lah!

 first aku tengok seluar akmal memang aku gelak sakan. ade ke pakai seluar tido??? hahaha. tapi dia cakap ni bukan seluar tido. memang seluar untuk tennis. roger federer pun pakai. cececece

 aaawwww melentik ko nyah. haha

 semi final- tukar baju. kalah masuk olimpik tukar-tukar baju ko


for single, he got 3rd place. for mix-team (beregu campuran), 2nd place. hehe. tu pun dia kecewa single tak dpt msk final sbb banyak buat mistake and bola out.

congrats my love!! im so proud of you. eheh.

dah. mari sambung tido. sakit-sakit badan lenguh-lenguh dah kaki macam aku plak yang main semalam. akmal cakap aku mengade gediks kalah orang yang main tennis. helooo. orang yang dok menyokong pun patut penat ape. hehe.

bye.

Thursday, July 14, 2011

videographer? perlu kah?

im torned. perlu ke videographer?

i would like to have one. i mean other than photo album, nice jugak if we can have video from the wedding. with music, speech, and all. hehe.

but i bet fiancee tak mau sebab mestilah mahal kan. nnt out of budget.

ade ke OV murah tp best?

fiancee ckp, suruh aje lah sesape shoot video kite mase wedding. then kite editlah sendiri.

good idea jugak. tapi sape nak tlg shoot?

my sister have iphone 4. u know iphone 4 punya video ade kualiti kan??? haaaaaa....shud i ask my lil bro or cuzzie or fren?

belasah aje lah rakam video tuh. kite list out kan ape yang nk kene shoot. bole? hahahhaha

tengok video dari CST ni? ok kan??

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1656399773922

dushhhh tapi takde la terer macam CST nk edit2 video ni...

ok. dah jangan nk berangan. bye

Tuesday, July 12, 2011

a place for honeymoon in malaysia

hai hai hai.

now, talking bout honeymoon. or hornymoon. haha gatal kau nani.

fiancee and i opt for honeymoon in malaysia jek. why? 1st, both of us are gov servant. so kalau nk honeymoon ke oversea leceh nak kene isi borang permohonan keluar negara segala. 2nd, because of we are gov servant and on honeymoon, we tought we can get better deal. haha. teori ni pandai-pandai aku je buat sendiri. 3rd, both parents tak bagi pergi jauh-jauh. hihik. 4th, support la barangan malaysia weh!! dalam malaysia pun tak habis jalan lagi. buat ape menambahkan ekonomi negara luar kan? baik cuti kat malaysia jek. tax semua tu atleast we know we are helping our own country. kan? tak gitu anda-anda semua? hehe. yes, i am patriotic. bukan patriotic yang buat rally bersih tu ye -_-

we all tak kesah mane-mane pun. asalkan dalam malaysia. be it sabah, sarawak or semenanjung aje. but lagi bagus kalau dalam semenanjung. lagi jimat. hehe. and our main criteria, the place for our honeymoon mesti ade PRIVATE POOL.

dah google some resorts and hotels in malaysia yang ade private pool.  here there are, for our references and u all jugak =)

(klik on the words to the link)

1. japamala resort, tioman

the rates
yang ade private only seaview sarang, hillside sarang and penghulu house. but penghulu house for family la.

2. the legend international water homes. PD


rates for deluxe pool is RM400++ depending on season and promotion.

3. the westin langkawi resorts and spa

rates: RM800++ to RM2000++ depending on season and promotion (yang ni untuk yang ade private pool aje). yang normal deluxe RM600++ kot.


rates : RM 7000 for 3days 2 nights stay. inclusive breakfast , 1 dinner, return boat transfer, 120mins spa for 2,
Usage of All Non-Motorised Watersports Equipment, + Complimentary Scheduled Boat Transfers To Gayana Eco Resort For Day Trip, Usage Of Facilities & M.E.R.C. Tour, inclusive tax.



rates: RM1000nett. ade promotion. boleh pilih.
nama every villa ikut negeri. design villa pun. contoh villa penang, pahang, melaka. comel je. hehe



rates: RM1000++ depending on promotion and season.

thats all for now. nanti akan tambah lagi kalau jumpa. hehe.

daaa

Saturday, July 09, 2011

whiteroom studio photoshoot for only RM50!

promotion sampai 10 julai ni aje.
sempena pameran pengantin plaza angsana johor.

cari booth : the newly weds.

with the rm50, korang akan dapat 30 minit white studio photoshoot and 50 edited pictures in DVD copy.
tambahan setiap 30 minit, tambah lah lagi rm50. and maybe korang akan dapat tambahan la kot lagi 50 gambar edit. hu. props disediakan. kalau nak bawak props sendiri pun akak tu cakap bole aje. hehe

jimat kan? berbaloi-baloi.

studio ni kat area perling, jb. orang jb mesti tau ni. hehe.

so, ape tunggu lagi? mari serbu ramai-ramai. hehehe.

booth newlyweds tu. booth ni cam kat corner sikit. korang pusing-pusing mesti jumpa punya lah.

mintak flyer ni dari diorang. tengok pun terus teruja! hihik

bayar rm50 dan simpan resit. photoshoot bole buat bila-bila. tapi kene sebelum 31december ni lah. 

so, agak-agak aku nak buat ape dgn white studio photoshoot ni? 
pandai korang. mestilah pre-wedding! hakhak.

entri ni entri tak berbayar. aku takde niat pape selain mahu membantu b2b lain. membantu mereka-mereka yang bajet ciput macam aku ni ha. hehehe.

sesape ade duit terlebih, mungkin tak pandang la kot promotion ni. =P

ok. dah. nak tido. esok nak jadi cheerleader terlarang untuk akmal. die ade tournament bola esok. im gonna be his pompom girl! hahaha walaupun die x bagi buat macam tuh. takut tak bole main bola kata nye. hahaha.

bye.

Thursday, July 07, 2011

letak lah tajuk sendiri =p

one of my friend asked, why i am lack of updates nowadays? because i think i have nothing interesting to update.my life kinda boring now. work from 8 to 5. sometimes extend to 7 or 8 not because i am so rajin. but aku malas gilaaa nakbalik rumah. im not workaholic. but im just happy to be in the lab. hahaha. freak kan? no la.

updates? korang nk sangat kan? nah.

fyi. aku dah hantar alter baju tunang untuk jadikan baju nikah. tailor yang jahit tuh cakap "haiyaaaa lu sudah tambah isi sikit kah? ade ketat sikit ni? kasi kurus sikit eh?" dussss kau tak rase ke macam nak terjun sungai muar time-time tu jugak. yela banding kan mase tunang berat 48kg. now dah 55 kg koooooo...tercabar betul aku dengar statement amoi tailor tu.

tapi aku rase yang paling tercabar mak aku kot. aku pon tak tau ape kaitan mak aku dengan amoi tu. mungkin mak aku rase genetik-badan-senang-gemuk ni datang dari mak aku, maka beliau dengan murah hati nya belanja aku jus mate 5 sekotak. makkkk anak mu ni terlalu gemuk kaaaaaa? sob sob.

anyways, orang dh belanja, i amik je la kan. dalam pamphlet tu cerita, aku kene follow diet betul-betul. tapi aku mane la tahan do tak makan nasi. lunch tadi aku dh makan nasi sikit setelah 3 hari aku tak makan nasi. bole gile tau tak. hahhaha. aerobik aku pergi jugak. kadang-kadang la. jogging pun. kadang-kadang jugak. tehee.

ayah aku penah sound aku. mase aku tengah melingkar anak paus depan tv. ayah aku dengan selamba slap my ass. dia cakap "oooiiiii ini bole runtuh pelamin ni. pelamin angan ku musnah nanti ni!" agak-agak korang ape perasaan aku mase tuh? aku rase macam nak terjun dari tingkat 4 wetex parade je rase nyeeee -_-"

akmal pulak suruh aku kurus lagi sikit. dia cakap macam ni *dengan nada mengejek*
"nanti gambar kahwin tak cantik nanti....haaaa....dah la amik photographer mahal-mahal....haaaa sape nak jawab nanti tu...." ayat macam nak takut-takut kan aku. yes, beliau memang berjaya. aku memang sangat takut gambar kahwin aku tak cantik. pertama, aku memang kaki posing. kedua, aku rase aku fotogenik. hahahahha sila muntah hijau. ketiga  aku rase akmal tak hensem dan macho mane pun, maka nye aku kene cantik supaya gambar cantik. harharhar.

aku pun tanye die  ni. "orang gemuk sangat ke? kawan-kawan orang cakap org ok je. takde la gemuk sangat pun.

jawapan dia "siapa yang cakap tu? mazseela?"

fyi. mazseela ialah kawan lab aku dimana beliau tengah sarat mengandung tunggu hari nak bersalin dah. di mana berat beliau ialah berat ibu-ibu mengandung.

kesimulan nya? korang pandai-pandai la interprate sendiri. aku tak sanggup.

sneak peek. future baju sanding. hehe.


ok. memang gemuk.

ok. bye