Saturday, August 27, 2011

4 months before the nikah day

sorry for the long silence. i finally had a chance to blog again.

some of u may know this. i lost my future father in law. he passed away after 4 days in coma.

*Al-fatihah. semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 beriman dan di rahmati ALLAH SWT.*

it is a great lost to us. i care for him just like my dad. he's the one yg excited sgt pasal my wedding. he even chose theme for bertandang, color baju, jenis baju. tapi sayang sangat dia tak sempat nak tengok kami berkahwin dan bersanding. i even bought him kain baju melayu untuk pakai mase majlis nanti masa kat bandung hari tu.

fikir-fikir balik mmg sedih sangat. some of my hantarans pun arwah yang belikan such as telekung, kain pasang.

tapi kami redha. beliau pergi di bulan mulia ni, bulan Ramadhan. dah tentu Allah lebih sayangkan beliau.

future mom in law sangat2 tabah. and so to akmal and his brother. only 2 siblings, both lelaki. ade hikmahnya aku beli rumah dekat dengan rumah parents akmal. yang sangat2 dekat even jalan kaki 20saat dah sampai. hu. Tuhan itu maha kuasa, semua yang berlaku dah dirancangNya. supaya kami dapat menjaga both parents dan tengok-tengokkan mereka bila mereka dah tua nanti. tak gitu?

Al-Fatihah.


Thursday, August 18, 2011

tolong doakan.....

sorry for the long silence.

my future father in law in coma now. tolong doakan beliau cepat sembuh and sedar dari koma.

no mood to update about wedding prep.

all the preparation macam dah tergendala sebentar.

all we care now is he to recover the soonest. sihat dan panjang umur. miracle do happen. insyaAllah.

keep praying and recite yassin for him please.

thanks.

Thursday, August 11, 2011

next project

hai.

nak tanya ni. kenapa orang nak anggap wedding kita gempak dan grand? sebab kita cerita kat blog so they assume wedding kita kene gempak dan meletups kebabo. helooo. tak semua macam tuh kot.

my wedding hanya lah macam wedding yang lain-lain. biasa-biasa saje. takde la jemput artis bagai. buat majlis pun kat rumah aje. pelamin takde panel pun hanya backdrop je. bilik pengantin pun hias sendiri aje. tu yang korang nak kata majlis aku ni hebat? no lah...

aku just nak majlis yang simple and sweet. simple dan tak memeningkan kepala. ape pilihan parents aku, aku bincang elok-elok. then decide same-same.

aku nak semua orang bergembira masa majlis tu nanti. thats all.

ok. dah. nak tunjuk ni pulak.

taraaaaaaa




 ceteka ni nak buat ape? hehe

ade berita tak best. aku baru berangan nak pegi kenduri cik lisa lisut kat seremban tu. tapi tadi baru dapat surat dari JKNJ, kene pergi kursus induksi 2 minggu. start dari 17 september tu. haihssss kacau betul lah...

ok. bye

Saturday, August 06, 2011

in progress


aihhhh tak berapa cantik ler. belasah aje la...dah terbuat pun. no turning back. heheh/

ok. bye.

Friday, August 05, 2011

progress bila balik dari bandung.

hai. macam lame kot tak update.

dah balik dari bandung. summary : pergi 3 luggage. balik 5 luggage. tak termasuk beg-beg kertas yang di kendong. hahahahha.

dan percaya tak aku takde beli lace untuk diri sendiri, untuk di buat baju sanding or nikah? macam rugi kan tak beli. hahaha. aku cuma belikan baju untuk family pakai mase nikah, sanding dan tandang, baju pengapit, baju flower girl and boy, chiffon dan lace untuk buat veil. thats it. oh ye, beberapa blouse dan shirts and also jubah untuk pakai raya. kuatkan iman aku? tak terpengaruh dengan mak and kakak yang suruh aku beli kain untuk buat baju sanding.

fikir-fikir balik. kalau tempah, lepas tu sape nak pakai baju aku tuh. dah la cutting badan aku ni tembs dan pendek. so nanti terperok aje la baju tu dalam almari. no no no. itu adalah pembaziran yang terlampau.  memang kawin sekali seumur hidup. tapi harus la berjimat jgk weh. (dalam hati ade jugak perasaan nak tempah baju sendiri ikut cutting badan sendiri. but...harus lah berpijak di bumi yang nyata.)

tapi aku belikan akmal kain shantung untuk buat baju sanding dia mase tandang kat seremban. tapi tu dia bayar kat aku balik. so tak dikira. hakhakhak.

aku lebih suka berhabis untuk family. mereka gembira. aku lagi gembira. biarlah aku yang bersederhana. jangan mereka. yang penting mereka happy. aku pun for sure akan happy.

kad kahwin? future mak mertua dah pilih design yang dia suka. aku pun ikut aje. sebab we all gabung kad. jimat. aku cuma cakap nak color krim lembut. thats all. harga mesti bawah singgit seposen, lain-lain, aku tak kisah sangat. yang penting bakal mak mertua happy. mak aku happy. ye la. kad kahwin ni lagi banyak bagi kat kawan-kawan parents kita kot. kad bagi kawan-kawan bape kerat aje. kadang-kadang tak yah kad pun jemput pakai fb aje. betul tak? so biarlah kad kahwin ikut citarasa mereka. aku rase dalam 80% kad kahwin tu nanti akan di bagi kat kawan-kawan parents aku dan akmal. so yeah. jangan banyak bunyi mulut tu. nanti jadi menantu derhaka. hehehehe.

bridal butik plak? adil tak cam gini. pelamin ikut citarasa aku. deko meja beradap ikut pilihan mak aku. bilik pengantin, buat sendiri. idea sama-sama. aci tak? yang pasti mak aku tangan berseni. sebab tu aku tak ragu-ragu serahkan deko hantaran kat mak. walaupun ala-ala design orang dulu-dulu. hehehe. memang mak aku dah lama sangat berhajat nak buatkan hantaran aku ni. sebelum ni dia asyik amik tempahan buatkan hantaran orang je. so tanpa banyak bunyik dari mulut, aku setuju je. heehe

so, tu je la kot update aku.  pesanan terakhir , kalau pegi bandung....




sentiasa bawak calculator and kepit bag tangan anda ke depan macam aku buat tuh. hehehe.

ok. bye.

psssss...oh ye. aku dalam proses DIY bunga manggar. tehehe. gedik takkkk bunga manggar pun nak buat sendiri?

ok. bye bye bye