Thursday, July 10, 2014

gile online shopping

sape sini seangkatan dengan aku? angkat tangan!! hahaha

memang dah tahap cronic online shopaholic dah ni. hehe. ko cakap je ape website online shopping? semua aku dah try.

poplook, vicinity, fashion valet, zalora, lazada, mysale, living social, groupon, milkadeal, dealmates. ha ape lagi?

so far semua servis online shop yang aku sebut kat atas ni td, semua ok. sampai dalam masa yang dijanjikan. servis tip top.

kalau jenis yang ade deal mcm groupon or mysale ni, kene bace betul2 bile delivery dia. ade yang pre-order, ade yang in-stock.

aku cuma takde gambar nak tunjuk je barang-barang online yang aku dah beli. sampai-sampai je barang terus unwrap. Nampak tak kerakusan nya kat situ? haha.

so far barang paling besar aku beli ialah dari lazada, steam mop h20 tu. benda tu memang best. tgk tutorial kat youtube camne nak guna. then aku pun try kat rumah. memang tanggal segala dirt. lepas tu rumah rase bersih sebab konon dah sterilise.

aku penah jugak beli make up dari lazada. Naked eye pallete dengan lip gloss set. ok je. xde defect ape pun.

tapi paling banyak memang beli baju la. of course dari poplook and vicinity.com, sofina 2.1 of course la dari fashion valet. skang tengah sabar tunggu sofina 2.1 yang last batch tu sampai. katanya bulan 8 kan. halaaaa tak dapat pakai raya.....

tp bab kasut memang tak pernah beli online sebab aku cerewet pasal kasut. kalau tak sedap or selesa pakai memang tak pakai la kan. kasut aku kene beli kat kedai. kene try puas hati baru beli.

antara penyebab aku lagi suka shopping online, sebab akmal tu kalau aku bershopping kt mall lama-lama nanti dia bising suruh cepat. tak dapat nak cuci mata lama-lama. haha.

so dia memang galakkan aku shopping online. menyenangkan keje dia jugak. tak cukup duit aku suh la dia transfer duit ke bank aku. senang gitu. hahaha.

k tu je.

Friday, June 20, 2014

why we bought this house?

last 2 years after I got transferred to Melaka, hubby straight away decided to buy a house in Melaka. comparing house's price in muar and Melaka, muar dah bit high. nak-nak yang dekat town area.

Akmal cakap biar dia yang ulang-alik ke muar (its just about 30-40 mins drive, depend on traffic, no toll). wife biar duduk dekat-dekat dengan tempat kerja so bila husband balik dah siap masak. gitu kekdah nya. hahah.

plus Melaka ade jusco 2 biji, cinema MBO,TGV, GSC semua, H&M pn dah ade. Kaison pn dah ade. ape lagi. u name it. hahah. so basically tempat shopping lengkap. =)

so we choose Melaka. Then, it was the surveying part. We visited a few developing houses areas near duyong, telok mas, bukit beruang. most of them were semi-D.

problems with semi-D:
-lots of land yang we all kene maintain. I hate that. aku memang tak suka bercucuk tanam apetah lagi tengok lalang tinggi pinggang. rumah sewa yang tanah sekangkang kera ni pun takde masa nak maintain.
-kos nak renovate lagi banyak kalau nak clear up the land.

ade few areas yang ade single storey terrace. tapi jauh dari tempat kerja aku and jauh dari pengasuh rayyan. area agak ke dalam menghala ke jasin or alor gajah. kalau kene pindah susah nak cari penyewa atau pembeli. sampai ke situ kitorg fikir. hehe.

ade jugak kat bukit katil rumah yang kitorg berkenan. tapi akmal tak suka sebab jalan masuk dari main road cuma satu. means rumah yang kitorg tengok tu dh phase 4. so jalan masuk ke phase 4 siap lalu belakang rumah orang lain. belok sana sini baru jumpa rumah. and busy bila nak keluar simpang.

mostly taman perumahan kt Melaka ni aku perasan macam tu. rumah baru-baru kt belakang nun. belah depan dah ade rumah lain. jalan keluar masuk memang busy nak-nak kalau dekat dengan sekolah.

then ade collegue bgtau kat bukit piatu ade rumah tengah naik.

lepas dah tengok area rumah tu memang kitorg berkenan la sangat. tak busy. 5 mins drive dari hospital Melaka tempat kerja aku, spa ada, salon ada, kedai runcit ada, kedai makan ada. hehe. kedai perabot, kedai lampu, seng heng dengan jakel jalan kaki pun sampai. haha. on top of it, taman ni along AMJ. so that akmal nak pergi kerja takdela kene merempuh jam.

lepas tu terus pergi office pemaju. confirm nak booking. tp dalam waiting list. masa tu dah kecewa sikit. hari-hari doa supaya ade la orang lain punye loan tak lulus. hahaha.

lepas 3 hari macam tu, developer called. ade potential buyer ni back out sebab loan tak lulus. ape lagi, hari tu juga pergi ke office developer and bayar deposit. Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu loan lulus.

so tu la ceritanya.

daaa~

Thursday, June 19, 2014

hello rumah baru ;)

hai.

lately I feel moody, senang nak marah. menstrual dah lambat about 3 days. UPT done tp negative. 2 kali buat UPT both negative. haha. i'll wait until end of the month. if still no menstrual kene la g cek. coz I never had my menstrual late. always on time. tp bila UPT negative ni yg buat aku seram sejuk. takut benda lain je nanti.

treatment h. pylori dah habis. 2 weeks gigih habiskan all d meds. tp ade sikit2 yang terbabas. susah ok nak maintain. that is why I never had any supplement more than 2 weeks. lepas 2 weeks semua ke laut. omega beli dari farmasi tu ade sebotol tak makan. hahah. hadoiii ape nak jadi tah.

in terms of rumah baru:

kene tunggu untuk pindah masuk lepas raya. we aim end of august mesti kene pindah. sebab july dh start bayar rumah. yang untung nya masa bulan puasa ni boleh lah borong sofa lampu kipas langsir segala sebab nak promotion untuk raya kan. for sure banyak diskaun.hehehe.

KC, wardrobe tgk rezeki. kalau saham luster naik bole buat. kahkahkah. kalau tak tunggu dulu.

actually rumah ni banyak defect. kontraktor buat tak betul. siling bawah banyak crack. finishing pun tak ok sangat. so sekarang ni diorang tengah betulkan rumah kitorg dlu. sebab kitorg banyak tambah point electric tu yg jadi pening agaknya. eleh sape suruh kotraktor tu tak tgk plan kan. haha. bior dia buat sampai siap. dah siap baru ambil kunci and bayar payment yang tambah points semua tu.

yg best, harga rumah termasuk:
-autogate
-alarm system

dah x yah pening nak pasang semua tu lepas ni. cuma kalau nk alarm tu link ke balai polis kene buat lain lah.

meh view sikit rumah kami yang tak seberapa ni.

 front view. masa ni belum siap lagi
 living hall
 dining area
 berangan nak buat walk-in wardrobe kt area ni (master bedroom)
 master bedroom
 toiler master bedroom.
 2nd room
 3rd room. toilet share. bole masuk from both rooms
 stor sekangkang kera and area bawah tangga
 4th room
 dry kitchen
wet kitchen skali laundry area (yg tak Nampak dalam gambar)
 
 
-so far aku takde niat nak pecahkan dapur ni and combine dry and wet kitchen tu. sebab aku suka dia terpisah macam ni. bila separate macam ni, rumah pun kurang berbau bila masak sebab bole tutup pintu and tingkap.
-atas tu kene pasang grill sebab orang bole panjat nanti. seram plak kalau nak masak malam2 nnt kan.
-so dekat dry kitchen memang tak pasang dapur masak semua tu. aku tak minat yang hoob and hood kejadah segala tu. haha. sebab macam leceh nk kene servis la semua. rumah still bau jugak. bior masak kat luar ni. haha. senang. pasang eczos fan je nanti.
-lagipun we don't know whether akan duduk lama kt rumah ni ke tak. kalau naik pangkat and kene pindah camnaaa. ceh berangan.
 
k tu je. nanti update lg. daaa
 


Tuesday, June 17, 2014

Tommee Tippie Glass Bottle

hai

kat IG before this penah gembar gemburkan pasal nak tukar botol plastic TT yg rayyan guna kepada jenis glass bottle. ngam-ngam time tu dah sampai masa nak kene tukar botol sebab dah lebih 4 bulan pakai.

bila buat kira-kira balik, banyaknya lah dah terbazir beli botol saje. kitorg plak jenis beli sekali banyak. hantar ke rumah pengasuh sampai 4 botol. so that dia tak payah basuh. nak guna pakai baru je. (talk about paranoid mom). hahah. kat rumah lepas balik dari rumah pengasuh ada lagi 3 botol untuk pakai malam.

kau kira sendiri je lah berapa kos nya. tak masuk kene tukar teat jadi 6+ sebab botol ori cuma jual 0+ je.

so kitorg berkira-kira nak tukar kepada botol kaca.

1. sebab environmental friendly. gula selagi tak pecah. its lifetime. cuma tukar teat bila dah 4 bulan pakai. So dh dpt berjimat kat situ.

2. Rayyan bukan jenis yang membaling botol atau barang dia tak tentu pasal. kalau dah habis menyusu dia akan letak elok-elok. atau bagi kat kita. tu yang buat aku yakin nak tukarkan kepada botol kaca. Even kalau botol susu dia kita tak tutup dia akan tutup sendiri cuma tak rapat lah. 

Sebab tu yakin nak tukar ke glass bottle. So kitorg beli 4 biji botol glass TT tu. 2 hantar rumah pengasuh. 2 lagi pakai time malam. 

Pros:

1. Environmental friendly. Takde bau. BPA free. Plastic free. You all can google why are the content of plastic bottle materials. Bila dah tau terus fikir " what hv i done to my baby for this 18 months i bagi dia plastic bottle. Menyesal tak berguna". Hahaha.

Cons:
1.  Senang pecah kalau baling kuat2.
 
Tp dont worry. Kita bole beli sleeve. Macam sarung botol tu la. So chances nak pecah kalau terjatuh tu mcm minimal sikit lah. Haha. I beli sleeve brand basilic. Memang fit dgn TT glass bottle. 

Kalau perasan, botol kaca TT tinggi sikit. And ring putih tu pn lebar sikit. 

 Sleeve basilic.

Update sikit pasal milestone Akmal Rayyan at 18 months:
- dah paham arahan. Suruh buang diapers kt tong sampah, bukak baju untuk mandi, basuh tangan, baca doa. 
- pengemas. Hahahah. Aku taktau la ni pengemas ke ape. Tp dia tau untuk letak sesuatu barang tu kt tempat asal. Contoh: dia main deodarant ayah dia. Nnt dah bosan dia letak balik kt dresser. Toy dia tau simpan balik kt tent mainan dia. More of campak je toys dia dalam tent tu. Hahaha. Ni aku rase sebab dia tgk aku buat cmtu pagi2 sebab semak mata aku tgk toys bersepah. Campak dlm tent tak nampk dh. Turunkan shades. Ahhaha. Kalau nak amik buku dia akan tarik semua buku sampai jatuh. Then amik buku yg dia nak. Buku yg dia tak nak dia letak semula kat rak. Ni mmg aku ajar. So dia dh biasa. 

Tips: tunjukkan dia cara kemas toys, buku. Suruh dia buat. Bila nampak dia buat tu tepuk la tangan. Cakap pandai nyaaaa. Nnt anak tu pn tepuk tangan jugak sebab suka dgr kita puji dia. 

Rayyan kalau buat ape2 yg dia rase bagus dan elok dia happy pastu tepuk tangan
 sendiri. Kalau kita nampak tolong la tepuk tangan dan puji dia. Hehe. Bagi encourgement. Even tgh main hp ke instagram ke ko wajib stop and tepuk tgn tuk dia. Haha

- dh bole sebut nak, amin, mama, abah, bukak. Byk lg tp tak bole recall plak. 
- favourite tv show ialah Hi 5. Menyesal pn ade aku rekodkan semua episode dia. Dh x dpt nak tgk cerita lain sebab dok ulang-ulang je. Sampai dah bole hafal dah semua lagu. Rayyan siap berjoget kalau tgk hi 5 tu -___-
- foods: telur still allergic. Sampai bila tak tau la. Every 2 months bg dia kuning telur sikit. As instructed by his peads. kalau nasi ade lah 5-6 suap. Kalau bubur ayam bole habis semangkuk besar. Buah mangga tersangat ka suka. Macam kitorg. Hehee
- dh mula taknak kat org yg dia tak biasa. Part ni legaaaaa and sukaaaa. Hahaha. Atau klu mood dia tak baik mmg dia x nak org lain kecuali aku. Aahhhh bliss nyeeeee.

Ok tu je la kot. 

P/s: kunci rumah dah dapat. Yahooooo.lepas ni comfirm byk update psl rumah plak. Huhu

Sunday, May 11, 2014

Breakthrough rotavirus

Hi there.

Dah lama kot tak blog. Asyik blogwalking je. Banyak benda nak cerita tp everytime nak blog, mesti ade je hal. End up dh lupa nk type ape.

Its sunday. Husband is working. Ye sebab dia keje muar. Johor kan keje ahad. 

Anyway, rayyan baru discharged dari ward (lagi) semalam. Rotavirus. Aku pun pelik camne bole breakthrough padahal dh vaccine dia. Yg aku ingat masa 1st dose rayyan ade muntah sikit. Maybe dosage dh tak betul la kot. Nak2 dia tgh tumbuh gigi geraham skang. Lg la senang kene infection sbb gum luka kan.

Weekend before warded tu, we all ade bawak dia pegi playground kt city park seremban2. Maybe dapat dr sana. Isnin nya bawak dia complete kan pneumonia vac kt precious clinic. Ade few babies and todds kt sane. Aku rase ade yg kene cirit birit sbb nampak nurse bg ubat hexbio dgn ubat yg pekatkan stool tu. 

Rayyan pulak mane la reti duduk diam. Dh macam rumah dia. Lari sane sini. Main toys semua. Before keluar dari klinik tu, aku siap basuh tangan dia and sanitize dengan dettol wipes lg. Tp dah nak kene jugak kannnnn

Selasa mlm around 2am dia muntah susu. Aku igt perut dia berangin. Tukar baju and bedsheet dia. Tp sbb nk bg tilam dia kering aku tidokan dia kt katil kitorg. Around 4am dia muntah lg. 6.30 am pn muntah lg. so aku dgn akmal decided nk EL je and tunggu clinic bukak. Around 8 dia muntah lg. 9ish , bawa dia ke klinik. His paeds suspect AGE. Maybe jugak rota. She asked either nak admit or not. Rayyan takde la dehydrate lg. still minum susu dan air. Tp each time susu and air mesti muntah melambak. Aku and akmal chose nak monitor dulu kt rumah. 

Around 2pm dia vomit lg. nasi lansung taknak makan. Susu dan air je. Tp semua keluar balik. Demam sikit time ni, 38.3 cel. Bawak dia pegi mandi and bg dia rendam dlm tub dia. After dah bg ubat tahan muntah, pcm and probiotic, he slept. Lama jugak. Around 5pm dia bgn and B.O, cair, bau masam. Hahaha. Mandikan dia lg. Lepas tu he looked ok. Susu dah tak muntah dh. 

Tp around 7pm mcm tu dia muntah melambak lg. aku dgn akmal bincang2, ni nk dekat 10x ni. X bole biar je. After solat maghrib we shoot pegi pantai ayer keroh. 

MO kt ED checked. Rayyan tak dehydrate lg. his advice, tak payah warded. Aku dgn akmal mntak 15 minit nak bincang. Haha bole lg kan. In the mean time, rayyan still active, jalan2 and babai semua orang, byebye nurse cantik plg dia suka. Hahaha 

Aku bg dia susu. Kalau tak muntah tak payah warded. Kalau muntah warded la. Mcm bating2 plak kan. Kesian tau tgk dia asyik kene cucuk je. 15 minit lepas susu dia muntah melambak lg. warded la jawabnye. 

Nasib baik single room ade kosong. Barang nk stay hosp mmg dh pack siap2  incase warded. Sekali mmg betul pun. Haha. 

Malam tu tido dia takde muntah. Maybe sebab dh drip and masuk ubat tahan muntah. Esoknye, bgn tido terus BO cair. And muntah lg sikit. Stool hantar lab. 

After that dia takde muntah or cirit lg dh. Ptg tu paeds tgk. She said kalau mlm ni   ok je esok bole discharge. tp esoknye (jumaat) dia BO cair 2 kali. Muntah takde dh. Lab results turn out mmg rotavirus. Kene la monitor kt ward lg  1 hari. Masa ni mcm phew nasib baik bawak hosp. Husband balik rumah and basuh semua toys, baju and kain yg kene muntah. Lantai mop dgn dettol. Haaaa gitu kekdah nye. 

Sabtu, aku nampak dia dh ok. Muntah takde dh. BO cair pn xde dh. Doc pn bg discharge. So aku tglkan dia jup sbb kene pegi lab ade keje sikit sementara tggu bil settle.

 Tghari smpi hosp aku tgk dahi dh luka. Hadoi... Jatuh langgar tong sampah dlm bilik ward tu. Tgh bergurau dgn ayah dia, lari2 amik lap besar sgt smpi tersadung kaki tiang IV drip tu pastu jatuh dahi kene tong sampah. Akmal plak sengal nye x bgtau nurse. So aku bwk g kaunter nurse. Apelg bising la nurse napa x bgtau awal2 masa jatuh. Aku mmg salahkan abah dia  pasal ni. Hahaha. Nurse pn cek BP, and vital sign. Pastu buat dressing kt luka dahi rayyan. Pukul 1 paeds dtg and ckp xde ape2 nak risau. Bole balik. Tp kene la jugak nurse and paeds tu buat incident report. Haha. Tak pasal2 je kan. 

So kesimpulan nye, rayyan cuma muntah 12x, and BO cair 4x. Xde la bonts dia melecet. Maybe sebab dh vac rota tu la teruk sgt dia kene compare yg xde vac. Drip pn 1 botol je. Active mcm biasa mmg x duduk diam. 

Ok tu je pengalaman anak kene rotavirus. Thanks to prudential takaful. Semua bil hospital rayyan covered. Bukan la aku nak bangga anak masuk hosp. Sape la suka tgk anak sakit kene cucuk. Tp prinsip aku dgn akmal kalau sakit teruk, biar la treatment betul2 sampai sembuh. Jangan berjangkit kt anak orang lain or jadi makin teruk kalau tak treat. 

Rayyan mase 5 bln kene pneumonia. Ha tang ni takkan nk biar melarat je kan. Of course la kene warded and treatment. Mase umur dia setahun 1 bulan, AGE dan bronchiolitis. Mase tu tgh endemic denggi kt melaka. Risau denggi je time tu. Tp bronchiolitis takkan la tak treat kan. Kang jangkitan paru2 lagi teruk sape nak jawab. Latest ni 1 thn 5 bln, rotavirus plak. 

Takpe la anak. Sakit sikit2 sekarang takpe lah. Nak membesar kan. Takkan nk kurung duk umah je ye tak. Semoga anak kita semua membesar dgn sihat dan kuat. Amin.

*mcm iklan milo pulak


Jumpa lagi lain kali.

Tak sabar nak dapat kunci rumah hoi

Saturday, February 01, 2014

Our future home

I just cannot wait to move in to our own house. Wohoooo!

Fine. It is my husband's loan. But i just pretending my name is in the S&P too. hahahah.

We're waiting for CF. Developer estimates this coming may to give us the keys. Oh i just cannot wait. Excited okehhhhhh.

In d mean time, i am thinking to convert my house loan in seremban into gov loan. But some of my frens said just let it be as bank's loan. Hurm. Need to brainstorm about this. To consider the pros and cons.

Housing price this day.... I tell u its really crazy! The same design as our house but still in construction, price increased for about 150k. And it is just 1 and half year difference!!!!

But we hv another problem. Need to change the car. Hahaha. Husband la...before we got married, he bought this swift when i already hv myvi. So both are small cars. So u can imagine la how sempit it is bila nak balik raya. Byk barang ok!! Haha

Takpe tu bole fikir later. Right now, nk cari idea to decorate our house. 




Till then.