Thursday, July 10, 2014

gile online shopping

sape sini seangkatan dengan aku? angkat tangan!! hahaha

memang dah tahap cronic online shopaholic dah ni. hehe. ko cakap je ape website online shopping? semua aku dah try.

poplook, vicinity, fashion valet, zalora, lazada, mysale, living social, groupon, milkadeal, dealmates. ha ape lagi?

so far semua servis online shop yang aku sebut kat atas ni td, semua ok. sampai dalam masa yang dijanjikan. servis tip top.

kalau jenis yang ade deal mcm groupon or mysale ni, kene bace betul2 bile delivery dia. ade yang pre-order, ade yang in-stock.

aku cuma takde gambar nak tunjuk je barang-barang online yang aku dah beli. sampai-sampai je barang terus unwrap. Nampak tak kerakusan nya kat situ? haha.

so far barang paling besar aku beli ialah dari lazada, steam mop h20 tu. benda tu memang best. tgk tutorial kat youtube camne nak guna. then aku pun try kat rumah. memang tanggal segala dirt. lepas tu rumah rase bersih sebab konon dah sterilise.

aku penah jugak beli make up dari lazada. Naked eye pallete dengan lip gloss set. ok je. xde defect ape pun.

tapi paling banyak memang beli baju la. of course dari poplook and vicinity.com, sofina 2.1 of course la dari fashion valet. skang tengah sabar tunggu sofina 2.1 yang last batch tu sampai. katanya bulan 8 kan. halaaaa tak dapat pakai raya.....

tp bab kasut memang tak pernah beli online sebab aku cerewet pasal kasut. kalau tak sedap or selesa pakai memang tak pakai la kan. kasut aku kene beli kat kedai. kene try puas hati baru beli.

antara penyebab aku lagi suka shopping online, sebab akmal tu kalau aku bershopping kt mall lama-lama nanti dia bising suruh cepat. tak dapat nak cuci mata lama-lama. haha.

so dia memang galakkan aku shopping online. menyenangkan keje dia jugak. tak cukup duit aku suh la dia transfer duit ke bank aku. senang gitu. hahaha.

k tu je.